Hari tersebut, cuma ada Syieda dengan sorang pak cik yang bawa camera canggih je taw. Ainokura ni, orang jarang visit sebab perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang 45 minit dengan tambang Y1300/way. Kalau berkenan nak ke sini, sila refer dulu bus time table di sini.
Bila bas jalan je, terus check itinerary nak kena buat apa selepas tu,
Sekali tu.....baru tersedar yang Syieda boleh termissed baca note yang Syieda dah siapkan sebelum ke sini dulu. Dalam note tuh.... Syieda dah hilite kan....... kalau nak naik bas ke Ainokura, kena naik bas pukul 9.30 pagi SAHAJA.
Sebab apa Syieda kena naik bas pukul 9.30 pagi ajer???
Sebab bila naik bas pukul 9.30 pagi, Syieda akan sampai di Ainokura pukul 10.15 pagi dan balik semula ke Ogimachi pukul 1.05 petang. Bermaksud Syieda ada lebih kurang 2 jam lebih untuk explore Ainokura dan panjat bukit kat sana untuk nengok pemandangan seluruh Ainokura.
Tapi Syieda yang sengal ni, telah menjadi lupa daratan time kat Ogimachi tadi dan tazzabar naik point view atas bukit tuh. Walhal aktiviti tu, sepatutnya Syieda buat selepas balik dari Ainokura. Now tak boleh nak buat apa sebab bas dah bergerak ke Ainokura.
Oh yer lupa nak bagitau apa sebenarnya buat Syieda frust sangat nih.. ...
Hari tu, Syieda bergerak dari Ogimachi pukul 11.55 pagi dan sampai di Ainokura pukul 12.40 tengah hari. Lepas tu, kena naik bas ke Ogimachi semula pada pukul 1.28 petang. Bermaksud Syieda hanya ada lebih kurang 45 minit aje untuk explore Ainokura.
Kalau nak naik bas selepas pukul 1.28 petang tu........ Syieda kena naik bas pukul 5 petang dari Ainokura. Tapi memang tak boleh pun, sebabnya......... Syieda nak kena naik bas ke Kanazawa pukul 5.30 petang dari Ogimachi pula Pening tak?? Buat-buat faham je la eh?
Memang tak berbaloi hoi hoi dengan tambang pergi balik yang menjangkau RM70++ tuh utuk explore Ainokura dalam masa 45 minit sajork!. Grrrrr
Apa boleh buat... layan perasaan je la sepanjang perjalanan ke Ainokura.
Bagi Syieda perjalanan ke Ainokura memang terbaiklah! Tak sama dengan scenic route New Zealand dan Switzerland yang pernah Syieda naik hari tu. So ... duka lara hari tu terubat sedikit.
Ni pun salah satu heritage village otw nak ke Ainokura. Apantah namanya....
Bas berhentikan betul-betul depan bus stop berbumbung segitiga ni...Dah la Syieda sorang je turun kat sini... Pastu terpinga-pinga tak tahu nak ke mana.
Pastu nampak arrow ke kiri.. Aww 300meter katanyeeeeeeee..... Dah la macam berbukit sikit....Mau tak pancit nanti... Pasrah dan berserah je la...
Masa tuh.. memang terfikir, nak teruskan aje ke...atau nak duduk je kat bus stop tunggu bas balik Ogimachi. Last-last kita kasik gamble..... teruskan aje ke Ainokura sebab tetiba je nak terkucil. Eh?
Takut ke idok sepanjang 300 meter tuh? Time tu..terfikir kalaulah ada werewolf ke apa camana tuh? Kalau Jacob datang.. tak pe lah kan. Eh?
Akhirnya, 300meter berjaya juga diharungi. Dari jauh.... dok riki-riki apa yang ada.
Akhirnya, jumpa pun toilet. Tu ha pintu toilet terletak antara van dengan kereta (gambar bawah). Yang tinggi kat atas tu, jalan nak ke point view. Tapi tak sempat la hai nak panjat bukit tuh.. Tabah je la nengok sambil lambai ratu. Eh?
Ainokura Manhole Cover
Memang betul, Ainokura tak ramai pelancong compare to Ogimachi. Lepas balik Malaysia baru tau yang kat sini mungkin boleh bermalam bagi solo traveller. Nampak tak kerugian disitu!
Memang Syieda langsung tak sempat jejak belah dalam Ainokura ni. Takat ambil gambar dari parking lot ni je ha! Stresss betul time tuh. Plan nak makan tempura kat situ pun terbantut taw!
Selain naik bas ke sini, naik tren pun boleh. Tapi nanti ada kena tukar tren ke apa cenggitulah. So untuk yang ada JR Pass boleh berhenti kat Takaoka Station. Pastu kena tukar tren biasa sebelum naik bas ke sini. Nanti korang study sendiri la yer..
Pukul 1.05 petang, terus ke bus stop semula. Kali ni kena seberang jalan pula.
Time tu la kan.. Syieda terfikir .... ni kalaulah ada orang yang termissed bas.. memang harulah kot. Sebab tak nampak langsung teksi. Nak tahan kereta sambil tayang bulu kaki pun belom tentu lepas.. sebab tak de kereta lalu lalang kat sini.
Sepanjang perjalanan memang nampak banyak jambatan cenggini. Tu belum nampak lagi tunnel yang ditebuk dalam bukit atau gunung. Yang TER-kagum tu, sebab boleh nampak bertingkat-tingkat tunnel pada sebuah bukit. Hebat ke tidak?
Memasuki salah satu tempat yang berpenghuni. Kalau tak.. asyik nampak hutan je.
Bila nampak empangan yang membeku ni terus teringat Wolverine. Eh?
Bila sampai aje di Ogimachi, plannya nak naik point view semula. Sekali terpaksa membatalkan niat sebab ais kat jambatan gantung tu dah mula mencair dek orang lalu lalang kat situ. Rata-rata orang ramai yang jalan atas jambatan tu mesti dok pegang tepi jambatan sambil jalan berhati-hati. So kensel.. sebab takut terjatuh.
Maka menunggulah bas untuk ke Kanazawa di ruangan locker untuk panaskan badan. Sejuk kemain taw! 3 jam hokei menunggu! Dalam pukul 5, keadaan di situ dah hampir gelap. Information Counter pun dah tutup. Tapi adalah sorang pak cik tu yang tunggu kami dalam 8 orang ni untuk naik bas. Tepat pukul 5.30 bas pun tiba. Time tu juga ada satu couple tu, turun bas. Rasanya dorang nak bermalam kat Ogimachi kot. Kalaulah pak cik yang jaga parking tu tak de.... mau mati kejung kot couple tu... Sebabnya..dorang mestilah tak tau arah mana nak ke Ogimachi Village tu. Memang gelap gelita. So pak cik tu yang bawa mereka menyeberangi jambatan gantung dengan bantuan torch light.
So korang kalau nak ke sana...pastikan sampai sebelum gelap taw....
Next Stop --> Kanazawa!
16 comments:
hohoi jacob la wolverine la, byk tgk tv nih :p
kenapa mcm takde entiti lgsg dlm gambo2 ko ni?
serius seram #sambilbayangedwardcullen:)
Agak klo slaim winter, tmpt cntik mcm ni x
best ni boleh bermalam kat sini
Subhanallah! Lawa giler wei! Ni kalau ko kata kat Swiss pun aku percaya. Kenapa tetiba mereng bertandang eh. Kalau tau awal, boleh ko layan semalam kat Ainokura tu kan. Xpe, next trip perhaps.
Same with me masa first day...sampai2 jer gelap gelita...abis duit dan tenaga...tp ini semua pengalaman....tu yg mahal...
salji didanau hatiku tengok gambar ni semua sampai aku takleh fokus nak baca! fallin in love dah aku...maaaakk tolong!!!
Jea..
Eleh ko.. edward cullen kunun. Ceh!
Bella letak maneeee??
DJ,
Cantiklah kot.. sebab semua mcm hutan je.. Mesti hijau kot. Tak pun daun kaler2..
Cik Cerita..
tu la... kalau taw.. dah lama booked kat sini.
Bie..
Tu la. Aku kalo dapat bermlm kat sini.. memang tak nak balik M'sia kot.. sampai abis winter. Eh?
Liza..
memang frust kot kalo sampai dah gelap. tapi memandangkan tak tau bila lagi nak sampai sini....pasrah je la...
Mrs Smile...
Aku yang ada kat sana pun tak boleh fokus ok. Berjalan pun senyum jer..Macam org tak betul dah time tuh.
cantikkkk sgt....:)
lama tak jenguk sini
sebab
pc agak tak-betul
blog tanpa gambar adalah bosan
(rasa cam nak baling je pc kuar ikut tingkap)
hahah
best huit dapat tengok senow di jepun..lawa nyer permandangan!!!!!!!!!!
*terasa sejuk menyucuk2 plak*
Kak nazuha....
Terima kasih kak... memang cantik sgt. Kalau nengok real lagi la cantik.
kak anash,
saya pun hangin je if nengok blog tak de gambar. Almaklumlah.. jarang membaca. kikikiki..
neway.. welkam bek kak.
Post a Comment