12 Dec 2014
Good morning Tokyo!
Tidur separa nyenyak ye semalam. Almaklumlah tidur dalam cocoon gitew. Tambah nyenyak sebab seat kat sebelah tu tak de orang.
Sampai Tokyo lebih kurang pukul 7 pagi. Sebenarnya... hari ni paling takut kot. Sebabnya....daripada study hari tu ada terbaca yang Willer Bus ni akan berhenti di Shinjuku Sumitomo Building. Alkesahnya.. kenapa bas terminal ada kat 1st floor? Tak dapat nak digest betul la hakak time tuh! Tapi kalau korang nak ke sini, tak payah risau sebab boleh je print map bergambar daripada Willer page nanti.
Bas berhenti betul-betul kat satu kawasan lapang yang kiri dan kanan, depan dan belakang ada bangunan yang sangat tinggi. Time tu macam kagum la kot.. tengah-tengah bandar pulak tuh terminal bas ni. Tanya salah seorang pekerja kat sana camana nak gerak ke Shinjuku Expressway Bus Terminal. Senang je pun gamaknya nak ke sana. Turun dari sebuah tangga yang agak tinggi, pekerja willer tu suruh turn left. Berjalan la dikau 6 minit katanya. Tapi kalau dah bawa beg besar macam anak kerbau ni.. mau nak dekat 20 minit la kot baru sampai. Sebelum masuk laluan berbumbung nak ke Shinjuku Expressway Terminal, memang akan nampak bangunan cocoon yang unik tu.
Kat belah dalam laluan berbumbung ni, banyak je signage yang boleh guide kita ke sana. Cuma yang hazabnya tak de lift. Masak gaklah dok mengangkut beg naik tangga yang tinggi tu hoi!. Habis je hazab naik tangga tu, dah nampak pun Shinjuku Expressway Bus Terminal kat depan mata. Rasa nak lompat bintang buat senaman pagi pun ada time tu.
Sampai je kat kaunter terus redeem tiket bas yang dah beli secara online. Waktu beli dulu tu memang saje ambil pukul 8.40 pagi Bagi ruang if something happened. Mana la tau kan sesat ke apa. Oleh sebab sampai bus terminal tu awal, kakak kaunter tanya nak ke kalau naik bas pukul 7.40 pagi. Amboiiiii macam orang mengantuk disorongkan bantal aje. Terus je cakap nak.
Tak sampai 10 minit, bas pun sampai. Walaupun masih pagi... tapi boleh dikatakan penuh jugaklah seat aritu. Naik je bas, terus terlelap tak sedar apa. Sampailah pak cik kat sebelah kejutkan sebab dia nak turun. hihihi..malunya.
Dalam pukul 930 pagi sampailah di Kawaguchiko. Bila nengok je bus terminal ni terus teringat i-site Matamata kat New Zealand tu. Tetiba je rindu bertamu. Eh?
Special nya station ni sebab sebelah belakangnya ada pemandangan fujisan yang sangat la ohsem! Memang boleh bikin mulut nganga je memanjang.
Plan pagi ni macam nak letak je beg kat sini. Tapi bila berkira-kira macam payah je nanti malam nak ke hostel.... baiklah kita berjalan kaki ke hostel. Padahal hostel sediakan perkhidmatan angkut hantar percuma. Tapi sengaja je nak jalan kaki kan??? sekali hambik ko.. mintak nyawa jauhnya la hai!
Sampai je di hostel, settle apa yang patut, terus gerak ke Kawaguchiko Station semula. Time tu cuaca sendu sangat! Ayuh la kita ke Yamanakako Hananomiyako Park.
Panjang ke idok membaca tuh?
Tergeliat ke idok lidah tu?
Banyak sangat tempat duduk kosong. Rasanya 1 coach ni Syieda sorang je kot.
Keluar je dari Fujisan Station tu.. terus ke Information Centre. Macam biasalah tanya cara nak ke park tu. Yang bestnya, dorang akan sediakan sehelai bus timetable. Boleh ambil. FOC je.
Untuk ke park tu, ada 2 cara. 1st naik bas dari sini (bound for Gotenba/Hirano) turun kat Hana-no-miyako Koen-iriguchi Bus Stop (¥460). Pastu menapaklah 20 minit. Or naik Fujikyu Yamanashi Fujikko Bus dari sini pastu bas akan berhenti depan park.
Memandangkan last bus kat depan park tu dalam pukul 4 petang, nak ke tak nak ke memang tak boleh nak tunggu Fujikko Bus. Paling cepat ialah naik 1st choice tu la. Beli tiket kat kaunter betul-betul kat luar information centre tu. Time tu bas dah nak gerak dah. Beli je tiket pastu macam tercengang-cengang tak tahu nak naik bas mana satu. Main belasah je tanya sorang lelaki tu. Tunggu bas kat platform 2 kalau tak silaplah.
Nasiblah lelaki tu cakap kat driver yang Syieda nak turun kat mana nanti. Tengah kalut-kalut tu, ada sorang mamat omputih ni kalut sama. Al-kisahnya dia pun nak tuju tempat yang sama dengan Syieda. Masa kat kaunter tiket tadi tu, sebenarnya, Syieda ada dengar yang kakak kaunter tu suruh mamat tu ikut Syieda. Tapi kita ni pun dah lambat kan... so malas nak toleh belakang menghulurkan bantuan.
Naik je bas, mamat tu tapped belakang Syieda bagitau yang dia nak turun kat bus stop yang sama. Sengih je la kan. Perjalanan dalam 20 minit jugak. Pastu driver turunkan kat area ni.
Nampak kereta @ van tu? Ha dari situ belok kiri dan jalanlah 20 minit lagi. Dalam perjalanan berboraklah dengan mamat tu. Rupanya dia ada booked hostel kat area ni. Ingatkan nak pergi park sama-sama. Eh?
Nampak ke idok cuaca yang sendu tu? Dah la tak de kenderaan lalu lalang. Mula-mula tu macam agak cuak la kan takut silap jalan. Pastu bila nampak signage ni terus rasa inilah jalan kebenaran. Eh? Dah separuh haus tapak kasut, masih tak jumpa park. Apa ke lama sangat 20 minit ni. Nampak la satu hypermart. Apantah namanya tak tau lah. Siap masuk dalam dan tanya cashier. Since ni bukan area bandar.. so agak payah la nak jumpa orang yang boleh berbahasa inggeris. Kesian adik tu melukis map. Tapi tak jauh pun sebenarnya dari situ. Ada lah dalam 10 minit lagi kot.
Tada...akhirnya.. Sampai pun.
Kalau nak ikutkan, park ini agak popular if nak nengok fujisan. Kalau time summer ke fall ke, tempat ni memang sesak. Sebab apa?
Inilah sebabnya.. kalau musim bunga tempat ni memang cantik. Batas-batas ni memang akan ada banyak bunga. Kalau nengok official website park ni pun akan makan hati je nengok viewnya. Oleh sebab datang musim sejuk... nampak tanah dan fujisan yang sendu ni je la!
Sebab tu, if winter memang tak de bayaran masuk. Korang boleh masuk free je. Cuma malam je ada bayaran sebab ada winter illumination. Alang-alang dah sampai sini.... kita buat satu round kat park ni. Pekerja park pun tak nampak batang hidungnya.Semua mesti tengah hiatus agaknya.
Dah habis round park tu, memang tak nampak apa pun yang menarik. Jengah sekali lagi.. still fujisan sendu! So kita lepak kat Floral Dome pulak. Dalam ni memang banyak bunga-bunga yang cantik. Dah round dalam dome ni pun tak tau nak buat apa..sebab fujisan masih sendu!
Akhirnya.. akur lah sebab memang tak de luck langsung. Menapaklah keluar park untuk tunggu bas balik ke Fujisan Station. Sekali nengok bus time table kat bus stop tu, bas akan datang lagi 2 jam. Nak maps tunggu bas 2 jam dengan cuaca cenggini? Nak tak nak...patah balik ke Flower Dome. Lagi pun, berdasarkan sekeping kertas yang ditampal kat pintu masuk park tadi, katanya Fujisan akan muncul dalam pukul 3petang cenggitu.
Tengah beria ambil gambar "Fujisan" tu.... beberapa orang kat belakang ni asyiklah ber"haip...haip" sangat kan. Mode kepoh pun datang la time tuh. Sekali bila toleh belakang..... O.M.GEEEEEE....
Fujisan ada kat belakang aku! Yang aku dok ambil gambar dari sampai tadi tu bukanlah Fujisan rupenyeeeee... Keciwa ke idok??
Bongok ke idok!! Stress tau time tu.
Tunggu sampai pukul 3petang..... makin sendu lagi si Fujisan ni ada lah. So marilah kita balik aje. Buang karen betul. Bila tunggu bas pun satu hal pulak. Tak tau side mana nak tunggu. Kat depan park ni ke atau kat seberang jalan tu? Sudahnya tunggu kat depan park. Time tu dah start gelap dah. Bas sampai terus naik. Sekali tu... bas dok round tempat yang sama nak dekat 2 jam kot! Tak faham sungguh time tu! Dari tambang ¥460 tengah hari tadi... Syieda kena ¥1220.
Mabuk ke idok rasanyeeee...
Sampai je Fujisan Station macam susah nak faham rupa station ni. Al-kisahnya tak sama rupa station dengan tengah hari tadi. Eh boleh eh gitew? Malam ni naik tren Thomas & Friends. Alahai... comel sungguh.
Akhirnya selamat sampai di Kawaguchiko Station dalam pukul 9 malam kot. Berjalan la sorang-sorang balik hostel. Lengang sungguh jalan kat sana. mana ntah orang kat Kawaguchiko ni. Sampai je hostel angkut beg masuk bilik pastu pergi kitchen makan maggie in cup. Pastu terus belayar tak sedar diri.
Good morning Tokyo!
Tidur separa nyenyak ye semalam. Almaklumlah tidur dalam cocoon gitew. Tambah nyenyak sebab seat kat sebelah tu tak de orang.
Sampai Tokyo lebih kurang pukul 7 pagi. Sebenarnya... hari ni paling takut kot. Sebabnya....daripada study hari tu ada terbaca yang Willer Bus ni akan berhenti di Shinjuku Sumitomo Building. Alkesahnya.. kenapa bas terminal ada kat 1st floor? Tak dapat nak digest betul la hakak time tuh! Tapi kalau korang nak ke sini, tak payah risau sebab boleh je print map bergambar daripada Willer page nanti.
Bas berhenti betul-betul kat satu kawasan lapang yang kiri dan kanan, depan dan belakang ada bangunan yang sangat tinggi. Time tu macam kagum la kot.. tengah-tengah bandar pulak tuh terminal bas ni. Tanya salah seorang pekerja kat sana camana nak gerak ke Shinjuku Expressway Bus Terminal. Senang je pun gamaknya nak ke sana. Turun dari sebuah tangga yang agak tinggi, pekerja willer tu suruh turn left. Berjalan la dikau 6 minit katanya. Tapi kalau dah bawa beg besar macam anak kerbau ni.. mau nak dekat 20 minit la kot baru sampai. Sebelum masuk laluan berbumbung nak ke Shinjuku Expressway Terminal, memang akan nampak bangunan cocoon yang unik tu.
Kat belah dalam laluan berbumbung ni, banyak je signage yang boleh guide kita ke sana. Cuma yang hazabnya tak de lift. Masak gaklah dok mengangkut beg naik tangga yang tinggi tu hoi!. Habis je hazab naik tangga tu, dah nampak pun Shinjuku Expressway Bus Terminal kat depan mata. Rasa nak lompat bintang buat senaman pagi pun ada time tu.
Sampai je kat kaunter terus redeem tiket bas yang dah beli secara online. Waktu beli dulu tu memang saje ambil pukul 8.40 pagi Bagi ruang if something happened. Mana la tau kan sesat ke apa. Oleh sebab sampai bus terminal tu awal, kakak kaunter tanya nak ke kalau naik bas pukul 7.40 pagi. Amboiiiii macam orang mengantuk disorongkan bantal aje. Terus je cakap nak.
Tak sampai 10 minit, bas pun sampai. Walaupun masih pagi... tapi boleh dikatakan penuh jugaklah seat aritu. Naik je bas, terus terlelap tak sedar apa. Sampailah pak cik kat sebelah kejutkan sebab dia nak turun. hihihi..malunya.
Dalam pukul 930 pagi sampailah di Kawaguchiko. Bila nengok je bus terminal ni terus teringat i-site Matamata kat New Zealand tu. Tetiba je rindu bertamu. Eh?
Special nya station ni sebab sebelah belakangnya ada pemandangan fujisan yang sangat la ohsem! Memang boleh bikin mulut nganga je memanjang.
Plan pagi ni macam nak letak je beg kat sini. Tapi bila berkira-kira macam payah je nanti malam nak ke hostel.... baiklah kita berjalan kaki ke hostel. Padahal hostel sediakan perkhidmatan angkut hantar percuma. Tapi sengaja je nak jalan kaki kan??? sekali hambik ko.. mintak nyawa jauhnya la hai!
Sampai je di hostel, settle apa yang patut, terus gerak ke Kawaguchiko Station semula. Time tu cuaca sendu sangat! Ayuh la kita ke Yamanakako Hananomiyako Park.
Panjang ke idok membaca tuh?
Tergeliat ke idok lidah tu?
Direction:
Kawaguchiko Station --> Fujisan Station (Fujikyuko Line)
Fujisan Station --> Hananomiyako Koen-iriguchi (Bus bound for Gotenba/Hirano)
Comel ke idok tren Syieda arini? Tambang dari Kawaguchiko ke Fujisan Station ialah ¥220 sajork. Beli tiket kat mesin je. Senang, mudah dan yang seangkatan dengannya.Banyak sangat tempat duduk kosong. Rasanya 1 coach ni Syieda sorang je kot.
Keluar je dari Fujisan Station tu.. terus ke Information Centre. Macam biasalah tanya cara nak ke park tu. Yang bestnya, dorang akan sediakan sehelai bus timetable. Boleh ambil. FOC je.
Untuk ke park tu, ada 2 cara. 1st naik bas dari sini (bound for Gotenba/Hirano) turun kat Hana-no-miyako Koen-iriguchi Bus Stop (¥460). Pastu menapaklah 20 minit. Or naik Fujikyu Yamanashi Fujikko Bus dari sini pastu bas akan berhenti depan park.
Memandangkan last bus kat depan park tu dalam pukul 4 petang, nak ke tak nak ke memang tak boleh nak tunggu Fujikko Bus. Paling cepat ialah naik 1st choice tu la. Beli tiket kat kaunter betul-betul kat luar information centre tu. Time tu bas dah nak gerak dah. Beli je tiket pastu macam tercengang-cengang tak tahu nak naik bas mana satu. Main belasah je tanya sorang lelaki tu. Tunggu bas kat platform 2 kalau tak silaplah.
Nasiblah lelaki tu cakap kat driver yang Syieda nak turun kat mana nanti. Tengah kalut-kalut tu, ada sorang mamat omputih ni kalut sama. Al-kisahnya dia pun nak tuju tempat yang sama dengan Syieda. Masa kat kaunter tiket tadi tu, sebenarnya, Syieda ada dengar yang kakak kaunter tu suruh mamat tu ikut Syieda. Tapi kita ni pun dah lambat kan... so malas nak toleh belakang menghulurkan bantuan.
Naik je bas, mamat tu tapped belakang Syieda bagitau yang dia nak turun kat bus stop yang sama. Sengih je la kan. Perjalanan dalam 20 minit jugak. Pastu driver turunkan kat area ni.
Nampak kereta @ van tu? Ha dari situ belok kiri dan jalanlah 20 minit lagi. Dalam perjalanan berboraklah dengan mamat tu. Rupanya dia ada booked hostel kat area ni. Ingatkan nak pergi park sama-sama. Eh?
Nampak ke idok cuaca yang sendu tu? Dah la tak de kenderaan lalu lalang. Mula-mula tu macam agak cuak la kan takut silap jalan. Pastu bila nampak signage ni terus rasa inilah jalan kebenaran. Eh? Dah separuh haus tapak kasut, masih tak jumpa park. Apa ke lama sangat 20 minit ni. Nampak la satu hypermart. Apantah namanya tak tau lah. Siap masuk dalam dan tanya cashier. Since ni bukan area bandar.. so agak payah la nak jumpa orang yang boleh berbahasa inggeris. Kesian adik tu melukis map. Tapi tak jauh pun sebenarnya dari situ. Ada lah dalam 10 minit lagi kot.
Tada...akhirnya.. Sampai pun.
Kalau nak ikutkan, park ini agak popular if nak nengok fujisan. Kalau time summer ke fall ke, tempat ni memang sesak. Sebab apa?
Nampak ke idok cuaca sendu sesendunya?
Hana no miyako Koen Manhole cover
Sebab tu, if winter memang tak de bayaran masuk. Korang boleh masuk free je. Cuma malam je ada bayaran sebab ada winter illumination. Alang-alang dah sampai sini.... kita buat satu round kat park ni. Pekerja park pun tak nampak batang hidungnya.Semua mesti tengah hiatus agaknya.
Dah habis round park tu, memang tak nampak apa pun yang menarik. Jengah sekali lagi.. still fujisan sendu! So kita lepak kat Floral Dome pulak. Dalam ni memang banyak bunga-bunga yang cantik. Dah round dalam dome ni pun tak tau nak buat apa..sebab fujisan masih sendu!
Akhirnya.. akur lah sebab memang tak de luck langsung. Menapaklah keluar park untuk tunggu bas balik ke Fujisan Station. Sekali nengok bus time table kat bus stop tu, bas akan datang lagi 2 jam. Nak maps tunggu bas 2 jam dengan cuaca cenggini? Nak tak nak...patah balik ke Flower Dome. Lagi pun, berdasarkan sekeping kertas yang ditampal kat pintu masuk park tadi, katanya Fujisan akan muncul dalam pukul 3petang cenggitu.
Tengah beria ambil gambar "Fujisan" tu.... beberapa orang kat belakang ni asyiklah ber"haip...haip" sangat kan. Mode kepoh pun datang la time tuh. Sekali bila toleh belakang..... O.M.GEEEEEE....
Fujisan ada kat belakang aku! Yang aku dok ambil gambar dari sampai tadi tu bukanlah Fujisan rupenyeeeee... Keciwa ke idok??
Bongok ke idok!! Stress tau time tu.
Tunggu sampai pukul 3petang..... makin sendu lagi si Fujisan ni ada lah. So marilah kita balik aje. Buang karen betul. Bila tunggu bas pun satu hal pulak. Tak tau side mana nak tunggu. Kat depan park ni ke atau kat seberang jalan tu? Sudahnya tunggu kat depan park. Time tu dah start gelap dah. Bas sampai terus naik. Sekali tu... bas dok round tempat yang sama nak dekat 2 jam kot! Tak faham sungguh time tu! Dari tambang ¥460 tengah hari tadi... Syieda kena ¥1220.
Mabuk ke idok rasanyeeee...
Sampai je Fujisan Station macam susah nak faham rupa station ni. Al-kisahnya tak sama rupa station dengan tengah hari tadi. Eh boleh eh gitew? Malam ni naik tren Thomas & Friends. Alahai... comel sungguh.
Akhirnya selamat sampai di Kawaguchiko Station dalam pukul 9 malam kot. Berjalan la sorang-sorang balik hostel. Lengang sungguh jalan kat sana. mana ntah orang kat Kawaguchiko ni. Sampai je hostel angkut beg masuk bilik pastu pergi kitchen makan maggie in cup. Pastu terus belayar tak sedar diri.
14 comments:
bestnya travel
bestnya satu coach ko sorang jer boleh pilih nak duduk mana2
apesal train tu semua comey sangat!
memang nampak nau ko travel sorg, hatta sekeping selfie pon takde :p
awat larik sgt tambang bas balik tu?
Comelnyer trainnnn.... ohh syieda dok kat kawaguchiko ya? kite p sampai hakone aje... terkekek2 dok membaca cerita u salah ambik gambr tu...punyalah dah beria snap , tetiba salah gunung..ha..ha... buleh gitu? tp oklah syieda... at least dapat gak tngk fuji, dari saya ni ha...?huhuhu...kelam x timbul2
Ok...sgt lawak. Kalau dtg ramai2 blh gak gelak sama2 kan...
Brader tu tak join masuk park ker? Errr hensem tak??Hahhahaha
Zakiah...
emmpphh.. seronok la jugak.
acik smile...
aku pun mcm teruja gilos kot kalau naik tren dorang. Cuma ritu aku tak sempat terjah a few tren yg lagi super ohsem weii
Jea...
tu la yang aku gusar nak travel solo ke idok lagi. Sebab aku ni hantu selpie tau! Stress je tak de gambo solo. Kalau tak..asyik lah muka aku je yg penuh dalam screen kamera.
Farikica..
usah dikenang barang yg lepas. Tapi part silap gunung tu memang sangat tak boleh dimaafkan. Nasiblah ada atok ngan nenek yg bising kat belakang i.. If tak.. Sampai ke Malaysia tak tau yg dah tersilap ambil gambar.
Lizaaaaaa....
Rasa nak menangis la kot time tu. Sebabnya dari tadi dok snap gambo. Sampai terbaring-baring kat atas jambatan ambik gambo fujisan tipu tuh. End up silap la pulak!
kompom tempat tu lawa time summer kan ... lambat bebeno ko up kan entry nih.. kalau tak aku boleh jadik wakil utk ko pi jenguk2 park tu time aku kat sane minggu lepas
azra..
tu ar.. kalo tak boleh ko jadi mata aku time ko kat sana ritu.
nyesal aku x update cite ni cepat2.
kah kah kah mcm mana leh tersalah fujisan nih...syieda...syieda
yg bas tu berpusing2 tempat yg sama almost 2 hours tu kenapa..x pasal2 bayar tambang mahal
Entri ni memang tunjuk sangat dah mereng ko. Aku rasa ko mamai lagi, tu yang eh memanjang. Kan baru je mengharungi kejadian malam menjadi cocoon. Pastu hop on another bas lak. Memang menempah. Tapi aku boleh imagine ah betapa lawa park ni kalau penuh ngan bunga. Tu yang sampai ada entrance fee kan kalau musim lain.
Post a Comment