Dengan ¥220, tren terus ke Fujikyu Highland. Turun je dari tren, Syieda raseeee ni mesti pintu belakang la kot. Macam tak de pon pintu gerbang ke apa ke yang ada tulis "FujiQ" besar-besar pun. Moh la kita ke kaunter tiket. Sekali katanya banyak je rides yang tak beroperasi hari tu. Tapi gigih la kot nak membeli gak 1-day pass. Ntah sengal ke apa maksudnya pun tak tau.
Lepas tunjuk kertas yang kakak hostel tu bagi tadi, Syieda cuma bayar ¥4000 untuk 1-day pass. Kalau tak silap, 1-day pass dalam ¥5k jugaklah. Bila masuk dalam park tu macam lengang je. Mengapakah?? Padahal time tu baru pukul 2 petang kot.
Kita ke kedai souvenir lah dulu. Belek punya belek pon macam tak berkenan. Apada...fridge magnet pun tak de. Camana tuh?
Memandangkan tak tau nak pergi mana, Syieda doklah mengadap rides yang scary ni. Dok berkira-kira...nak naik ke tak nak. Sekali bila nengok orang kat atas tu.. ouchh memang scaryyyy sangat. Kaki tergantung-gantung. Idok ler teman nak naik.
Lepas tu nampak macam best je ride ni. Still ada gaklah adegan junam-menjunam tuh.. tapi rasanya tak de la scary sangat. Bila nak beratur je.. nampak pulak dua orang budak ni lencun kena air. Terus tak jadi naik ride ni. Dah la time tu sejuk yang tak boleh blah.
Sekali, dengan Syieda gi naik tren kat Thomos Land ni. Hahahahah.. Part hujung-hujung tu.. apantah bunyi bahasa jepun yang keluar..tup tup ada flash camera. Jangan tak tau... rupanya tadi tu bagitau suruh senyum depan kamera. Bila turun je dari tren tu, nengok kat monitor .... muka Syieda tengah ternganga macam nampak hantu je. Scaryyy giler kot nengok muka sendiri.
Oleh sebab tak berapa rajin nak nengok map, Syieda gi masuk satu resto kat area Thomas Land ni juga. Pesan apa aje yang menarik sebab tak tahan sejuk kat luar tu. Sekali kat dalam resto ni pun boleh tahan juga sejuknya. Menggigil-gigil macam apa ntah time tu.
Kalau tak silap, dalam resto ni (K's Thomas Cafe) korang boleh dapat free wifi untuk 30 mins. If dah habis, boleh beli 1-day data dengan harga ¥100 je. Tapi Syieda tak sure la betul ke tak dan kat mana nak beli data tu, sebab Syieda kan dah ada pocket wifi. Tapi nanti korang boleh tingkatkan usaha untuk cari sendiri yer.
Tak tahan sejuk punya pasal, Syieda memang dah tak fikir apa dah time tu. Nak balik ke kawaguchiko stn semula je la gamaknya. Memang tak berbaloi kot Syieda abiskan ¥4k tapi tak naik mana-mana rides pun. Lagi haru, sebenarnya Syieda tak explore langsung pun tempat ni. Kalau refer map FujiQ ni, Syieda sebenarnya tak cover mana-mana pun. Hahhahhaha..
Dari entrance park #2 tu (atas sekali bumbung putih tuh : Fuji-Q guide map) , Syieda cuma sampai ke Thomas Land je. Langsung tak cover tempat lain. Lagi pun, masuk sini je dah lambat dalam pukul 2 kot. Park tutup pukul 5 pulak tu. Mana la sempat kan. Lagipun mungkin sebab solo. So excitement nye kuranglah kot.
Otw nak keluar tu, boleh nampak fujisan lagi clear daripada hari sebelumnya. Time tu, mulalah merepek terfikir nak gerak ke Hana no miyako park semula. Tapi memandangkan dah pukul 5 petang dan nak naik bas ke tokyo pukul 6.10, adalah lebih baik abaikan aje niat separa waras tu. Owh yer... dalam park ni, ada point view untuk nengok fujisan. Kena bayar berapa ¥ pun tatau.
1-day pass holder pun tak sure kena bayar jugak atau tak.
After all, bagi Syieda kalau korang suka rides yang mencabar memang patut singgah kat sini. Rides dia memang scaryyyyyyyyy level paling atas la kot. Yang bestnya, harga park ni macam menarik. Kalau korang tak nak beli 1-day pass (¥5200), korang boleh bayar entrance fee je (¥1400). Pastu kat dalam, kalau korang rasa-rasa nak naik rides, bayar lain. Ada mesin tiket sebelum naik rides tu. Tapi kalau malas nak fikir macam Syieda ni, baiklah beli 1-day pass.Dari entrance #2 ni, tak payah nak jalan jauh pun. Tren station ada kat sini jugak. Nampak tuuuuu.. FujiQ nak "to seeing" you again. katanyeeee.... Eh?
Tak jauh pun perjalanan nak ke Kawaguchiko Stn ni. Dalam 2 mins je. Sampai je kat sini, sibuk membeli kitkat. Kata orang, kalau jumpa kitkat kena terus beli. Sebab tak semua tempat ada jual kit kat yang sama. Gigih la membeli kit kat fujisan ni. Sekali kat airport, berlambak je jual yang ada gambar fujisan ni. Eh...geram betul kita wak!
Tempat menunggu bas kat dalam stn ni, bagi Syieda agak nyaman la kot. Tak terlalu sejuk compare dengan Thomas Land Cafe tadi. Lagi pun banyak plug pin. Senang nak charge apa yang patut. Tunggu bas pun kat depan tu aje.
Naik je bas, nanti kejap lagi, bas akan ambil penumpang di Fuji-Q Highland pulak. Time tu, ramai je orang yang naik. Napa eh tadi tak jumpa pun dorang ni? Mana pulak datang dorang ni sebenarnya. Main entrance Fuji-Q ni cantik dengan neon yang pelbagai. Ada locker kat tepi main entrance tu. Tapi macam kecil je. Kalau takat nak bawa beg troli AF tu, macam tak muat la kot.
Dalam pukul 8 malam sampai di Shinjuku. Tapi bas tak berhentikan kat Shinjuku Expressway Terminal pun. Mana ntah tempat dia turunkan. Yang pasti ada banyak bangunan tinggi-tinggi. Plan malam tu, nak letak luggage kat Shinjuku Station je. Malas nak mengangkut bawak masuk capsule hotel. Yes akhirnya...tercapai jugaklah angan-angan nak tidur kat dalam capsule hotel aka bilik mayat. Eh?
Pengalaman mencari locker kat shinjuku stn ni pun macam hazabedah jugaklah. Berpusing mencari locker kosong. Payahnya tuhan je la yang tahu. Dari utara ke selatan pastu ke timur pastu ke barat tak jumpa jugak. Korner ke tenggara pun tak jumpa. Tiba-tiba nampak sorang pak cik tengah keluarkan barang dia. Memang rezeki kot. Terus simpan luggage kat situ. Tengah dok terkial-kial masukkan beg , wife pak cik tu sibuklah ajak berbual. Tapi satu pun tak faham apa dia tanya. Rupa-rupanya dia nak tahu asal dari mana aje. Camana Syieda tau? Sebab tetiba je sebut "USA ?". Amboi tak menahan tau mak cik ni. Terus je Syieda jawab.. "No. I'm from Malaysia" gitew.
Settle bab luggage, mohlah kita menapak ke capsule hotel. Sesat barat tak payah cakaplah kan. Padahal senang je pun nak ke sini. Bila dah ada kat tingkat bawah ni, kena naik lift ke tingkat 8. Sebab capsule perempuan terletak kat tingkat 8. Beriya menekan nombor 8, tapi tak boleh dah kenapa?
Takkan nak kena naik tangga pulak. Tiba-tiba ada sorang kakak dan anak dia ni bagitau kena ke tingkat 5 kot kalau tak silap. Maka..naiklah kami bertiga ke tingkat 5 bersama-sama. Rupa-rupanya kakak tu akan stay semalam kat sini. Bila dah dapat kunci, kakak tu siap bawak tawaf satu level tu sambil terangkan itu dan ini. Pastu dia siap pesan.. suruh ambik je apa-apa yang ada kat sini. sebab semuanya free. Lepas tu, kami masuk unit masing-masing...terus tidur dengan tak basuh muka pun.
To Be Continued --> Hello Tokyo!
7 comments:
Hi miss USA. Gitu kan terus orang ingat minah omputih. Kulit menjadi putih gebu kot sempena winter. Ok, nak baca cerita capsule hotel. Ppalli!
x da org ek.. kalu ler disney mcm ni..ha..ha.. melompat2 mak... mungkin sebab sejuk kot.. or weekday eh syieda p..?
bestnya japaaaaaaan
miss teen usa kah?? hehe
ko ni pon satu, tak payah buah kajian dulu sebelum naik tu, terus je beratur.. pastu layan thomas. kanak2 ribena sangat...hohoho
bie..
nah miss usa lambai ratu kat ko. phui. kikiki
akuuuuuuuu baru perasan yg aku x ambil gambar langsung pasal capsule hotel tu kecuali capsule aku jek. aish... bila travel solo ni mcm kerap hilang ingatan jek aku ni.
farikica...
tu laaaa.. untung sgt kalau disneyland lengang cengitu. ritu kat disneyland..berpeluh keti mencari locker kosong.
jea..
teen sgt tau! jgn jeles.
tu la.. mungkin sbb aku x de geng la kot. if x.. mmg aku heret kawan aku naik ride tu.
Post a Comment