Hari ni agak awal yer bangun pagi. Almaklumlah hari Sabtu. Takut bersesak-sesak dengan orang ramai kekdahnya. Memandangkan bilik sebelah je dengan toilet, haruslah terkejut sebab dah ramai orang kat dalam tu. (Azra: yuhuuu..bilik kita sama la.) Bersiap-siap, lepas tu terus mengangkut beg turun bawah. Tak sempat nak ucap babai dengan kawan baru iaitu salah seorang budak yang stay sama bilik. Nama dia Jade. Helper kat K's House. Semalam waktu masuk bilik tu, dia tengah tidur. Agaknya Syieda terbuat bising .. terus dia terjaga. Lepas tu borak punya borak.. orang Taiwan rupanya. "Jangan lupa contact saya ye kalau nak ke Taiwan" katanya...Apakah maksudnya itewww.. hihihihi
Bila dah ada kat bawah.. masih sunyi. Pergi kat reception desk tu.. tanya camana nak dapatkan pick-up service yang dorang provide. Sekali katanya isi form. Siapa cepat dia yang dapat kekdahnya. Untuk pagi tu, Syieda je kot yang nak ke Kawaguchiko Stn. Bila teringat ada kawan tu kata, boleh nampak Fujisan dari sini, terus tanya kakak kaunter mana tempatnya. Katanya kena ke jalan besar. Gigih ni ke jalan besar. Sekali tak de la clear sangat pun Fujisan tu.... Masih sendu macam semalam jugak. Pasrah je la. Dah balik hostel, baru kakak kaunter bagitau.. tak payah la nak rush sangat ke apa.. sebab pagi tu cuma Syieda je kot nak ke stn. Ceh... penat aku berlari macam pelesit tau. Ingatkan kena tinggal ke apa.
Bagus staff kat sini. Bila borak dalam van tu, dia siap tanya nak pergi mana. Siap patah balik ke hostel bila tau yang Syieda nak ke FujiQ kejap lagi. Katanya if ada pamphlet ke apa ntah tu.. boleh dapat diskaun. Baik ke idok? Malah dia macam terkejut kot bila Syieda cerita pasal trip Fujisan
Sampai je di stn, terus macam excited sebab locker banyak kosong. Yer la.. pengalaman kat Nagoya aritu yang berpeluh keti mencari locker kosong memang buat kita paranoid okies. Bilik yang menempatkan locker ada kat tepi station tu aje. Cuma tak perasan tempat yang Azra bagitau dalam entry dia baru-baru ini.
Lepas simpan semua beg, terus plan nak beli sightseeing bus tix. Tapi macam membazir pulak as Syieda plan cuma nak ke suatu tempat je pagi ni. Fikir punya fikir, naik je bus dan beli tiket sehala sudah. Y960/return. Comel je bas ni. Syieda naik Red-Line. Bas bawa kita ke tempat yang mana ntah. Memang cantik sangat! Menyesal tak turun kat area tasik tu. Lawo yang teramat sangat. Dari dalam bas pun dah ternganga-nganga.. kalau turun bas mau menjijis ailio agaknye..
Syieda turun di stop terakhir iaitu Kawaguchiko Shizen Seikatsu-kan (Natural Living Center). Turun je terus tak buang masa menghadap Fujisan. Yerlah kan time tu awan macam ada tak de je. Tapi tetap sendulah.
Nah Jea.. katanye nampak sangat travel secara solo. Sebab tak de langsung gambar solo pun. Bila cari punya cari.. memang lepas bergambar kat Shirakawago.....tak de pun bergambar secara solo lagi. Nampaknya.... kena asah skill camana nak minta tolong orang lain ambilkan gambar.
Dari tepi tasik ni, Syieda berjalan hingga ke hujung. Banyak pokok kering. Agaknya kalau pergi musim summer, cantik kot berbunga bagai.
Patah balik ke tempat tadi, terus masuk ke sebuah souvenir shop. Tujuan asalnya nak beli stoking. Alkisahnya...pagi ni tak pakai stoking sebab semalam kasut basah sangat. Bila sampai je sini pagi tu, lagilah tak sedap rasanya sebab kaki lencun hoi!
Alang-alang membeli-belah tu, belikan sekali soft serve ice-cream ni. Kan ritu kat Kyoto tak sempat merasa. Kiranya ni misi membalas dendamlah. Mahal pula tuh. Y300 satu cone. Ni kalau makan kat McD, baru berapa RM je kan.
Bila bas sampai, terus Syieda naik. Tapi bila nak balik ni, lain macam pulak rupa basnya. Dah driver kata nak turun kat Kawaguchiko Stn....haruslah naik kan. Bila bas dah melewati beberapa stop, nampaklah satu keluarga ni, tengah berjalan kaki tapi kat side yang bertentangan lah. Driver siap berhentikan bas dan tanya dorang sama ada nak ke Kawaguchiko stn atau tidak. Lepas tu, dorang pun naik bas tu bersama-sama kami.
Bila dah berhenti di Kawaguchiko Stn, pertama sekali kena beli tiket tren ke Shimoyoshida. Beli kat kaunter je. Senang. Y300/way. Bila nak naik tren, wah kemain cantik betul Fujisan. Memang Fujisan terletak betul-betul kat belakang Stn. Suka ke idok?
Niari naik komuter tren. Memang lambatlah dia bergerak. Dalam 15 minit cengitu.
Akhirnya..tiba pun di Shimoyoshida Stn. Haruslah rasa gumbira siket.. sebab nama stn pun ada Shida gitew. tapi rasanya ni la stn yang paling buruk. Macam rupa kotak je. Memang tak de pintu ke apa. Siaplah kekejungan bila kat stn ni. Tapi tak perlu risau, sebab kat platform ada tempat menunggu berkaca. Bolehlah menahan kesejukan yang amat ini.
Dari sini, Syieda nak kena mendaki bukit untuk sampai di Arakura Sengen Park. Bila turun je daripada tren, memang nampak Chureito Pagoda kat atas bukit tu sayup-sayup je. Dari sini, menapaklah dikau lalu landasan tren dan belakang rumah orang ye.
Ayuh rakan..mendakilah kita yer..tanpa mengetahui penat yang macam hapa je nanti. Katanya.. location ni popular dikalangan photographer during cherry blossom period. So ...macam datang bulan doblas ni takat nampak ranting kayu je la.
Bila sampai kat sini, tak berkira dah... duduk je kat tangga sambil w/app adik-adik di rumah bagitau...macam nak putus nyawa mendaki. Siap dorang terkejut katanya Syieda ni tak tau ke penat mendaki tuh.
Sebenarnya Syieda tau akan mendaki.. cuma tak sangka la penat cenggitu sekali. Tengah tarik nafas bagai.. nampak sorang nenek ni tengah turun tangga. Okies je dia turun tangga tak pegang pun handrail tu. Aish ni tak boleh jadi. Kena teruskan pendakian ni. Dengan gigih kena mendaki semula.
Tak lama lepas tu mencungap balik. Aish memang tak de stamina langsung. Kali ni nampak ada 5 ke 6 guys ni tengah posing-posing. Ntah straight ke bengkang-bengkok pon tatau. Keji tau.. sebab rasanya dorang tu pun macam tercungap-cungap jugak. Cuma pandai cover sikit la daripada Syieda.
Lepas dorang terus mendaki...Syieda pun konon-konon nak take my own sweet time gitew. Bongkar dalam backpack.. rupanya tertinggal la pulak jajan kat dalam beg besar di Kawaguchiko Stn. Terpaksalah meneguk mineral water je. Nasib baik tergerak hati nak beli daripada vending machine kat stn bawah tadi. Kalau tak.. mau telan ailio je la pagi tuh.
Tengah snap gambar, nampak sekumpulan budak sekolah jepun ni. Pakai baju sukan. main lumba sapa yang sampai ke bawah dulu. Aish seriau okies. Tapi bila nampak je Syieda siap berhenti dan bongkokkan badan sambil cakap Ohaiyogozaimasu. Terhibur hati kakak time tu taw.
Time ni macam dah putus semangat pun ada gak nak teruskan pendakian.. sebab tak nampak pun rupa pagoda merah tuh. Tapi bila fikirkan dah alang-alang sampai.. dan tak tau bila nak datang lagi.. gigih hakak teruskan pendakian. Dan akhirnya... sampai pon.
Bila berdiri tepi pagoda ni.. tak nampak pun view yang Syieda nampak dalam ig ritu. Ha jangan tak tau.. Syieda nak ke sini sebab ternampak view dari sini yang sangat lah ohsem kat dalam ig. Rupanya... nak nengok view tu kena mendaki sikit lagi. Nampak tak tebing kat belakang pagoda tu? Ha dari situ rupanya boleh nampak view fujisan dan pagoda yang ohsem.
Tangga nak ke tebing ada kat belah kanan hujung tuh. Bila dah ada kat atas tu, satu keja pulak nak balance kan badan sebab angin bertiup sangat kuat. Kalau tak stabil ni. mau tergolek dari tebing terus ke lantai pagoda. Syieda tak banyak bergerak pun bila kat atas tebing tu. Macam tak stabil je badan ni. Ala-ala nak kena diterbangkan angin pun ada gak time tuh. Akhirnya.. inilah view yang Syieda maksudkan tuh.
Tapi tu la tuh.. sendu je kan.
Dari atas ni memang nampak padat sangat bandar ni. Bandar yang terletak di kaki Fujisan ni, boleh dilihat dengan mendaki 400 mata anak tangga (baru tau hari ni tau). Ingat nak duduk kat bench yang disediakan .. tapi nampak banyak pulak anjing. Walaupun kebarangkalian anjing tu kacau Syieda memang lah tak de.. tapi Syieda tetap takut anjing. So kensel plan nak duduk kat situ.
Now nak turun ke bawah satu masalah lagi. Sebab mestilah gayat yang tak boleh blah. Boleh tahan curam gak tangga tu. Kalau mendaki tadi tu.. ok lagi kot sebab tak nampak bawah.. tapi nak turun ni ... memang kecut perut jugaklah.
Solution nya... Syieda nak lalu kat laluan kenderaan. Ha bijak ke idok. Sebab mestilah tak berapa nak curam sangat kot. Kang kalo curam.. camana kereta nak naik. Iye ke idok. Dan sangat bersyukur sebab laluan tersebut tak berapa curam dan masalah gayat langsung tak de.
Bila Syieda sampai je kat bawah.... Guys yang Syieda jumpa tadi macam pelik je la kan.. dah kenapa Syieda sampai dulu daripada dorang. Sedangkan dorang tak naik pun ke tebing pagoda tuh. Nampak sangat mengumpatnya.. sebab siap berbisik-bisik. Dengan muka kekwat dan aksi lambai ratu (dalam hati je la) Syieda terus lead dorang berjalan. hihihihi
Dalam hidung kembang kuncup tak tentu pasal sebab dapat turun lebih awal daripada dorang...akhirnya Syieda tak jumpa jalan nak balik stn tadi. Hahahah.. Padan muka sebab riak. Allah bayar cash je. Dorang pun Syieda tak nampak mana ntah. Syieda main taram je la jalan mana-mana pun. Akhirnya sampai pun di stn tadi. Kiranya, orang berjalan balik ke stn ambil masa 10 minit, Syieda rasa mau nak dekat 20 minit kot baru sampai. Kekwat punya pasal.
Selepas beli tiket balik ke FujiQ, kata makcik kaunter ....masa berbaki 20 minit lagi. So apa eh nak buat?
Time tu dah masuk tengah hari kot. Singgah la cafe kat tepi tu dan makan toast dengan hot choco dengan harga Y640. Bolehlah buat alas perut sebelum sampai kat tempat seterusnya.
Lepas makan, Syieda pon terus ke platform untuk tunggu tren. Bila sampai je dalam ruangan menunggu berkaca tu.. dah ramai orang. Tapi masih dapat tempat duduk la. Waktu tu, Syieda nampak ada sebelah glove kat lantai. Syieda suspek bukan dorang punya ..... sebab dorang pun tak kuasa nak ambil.
Bila tren sampai je.... terus muka happy sebab ada heater. Selang 2 ke 3 stop lepas tu, salah seorang pekerja tren terus dapatkan satu family ni untuk pulangkan glove dorang yang tercicir. Wow terbaik ke idok orang jepun ni.
To be continued...
14 comments:
aku memula tu ade jugak plan nak singgah sinih.. tapi last2 terpaksa kensel sebab tak sempat .. maybe next time.. tapi tengokkan tangga tu, hadoiii lemahh lutut
tak sabar nak tau bape kos percutian syieda ke jepun ni
hehehhee
Fuji itu sungguh menggamit hatiku.... memang sejukkan cuaca..masa kat tokyo ke kyoto ke x sejuk sangat gitu... hmmm... yelah, kawasan gunung...
tangga tu ker yang ko panjat? mak ai tingginya kalo aku mau semput minta nyawa
tapi bile mengenangkan view yang superb tu aku rasa mintak2 nyawa pun tetap kena
gagah diri naik keatas. rugi pulak kot kalau tak panjat dah datang jauh2
eeeh terpanjang pulak komen aku :)
syieda...same spot nampaknya kita ambik gambar....hahahahaha
ai is pemalas nak jalan2 sampai hujung....my fren pegi lah....gambar ai balik2 situ jer lah....hikssss
maksudnya Jade mau jadi tour guide Syieda di Taiwan...ngak mahu kah :-)
org jepun mmg baik...sbb apa...hari tu JM tertiggal glove di kaunter semasa bayar beli barang...pastu cashier tu datang kejar..nak pulangkan glove tu..mmg mmg jujur
Azra..
ko boleh je la mendaki situ. pis kacang pis jek. Aku yang gems ni pun boleh naik walaupun nak hilang separuh nyawa.. ko yg slim tu.. mesti laju jer macam naik kapal terbang.
Hwaiting!
Emy...
serem jugak nak buat calculation. Sebab biasanya bila travel selalu buat-buat lupa nak kira kos sbb seremm punya pasal.
Tapi kita akan usahakan hokei.
Farikica..
i tak berapa nak rasa sejuk tuh.. sebab dalam hati panas je terbakar tak dapat nengok fujisan dengan clear. Sob Sob Sob
acik smile!! rindu la kat ko!
Aku masa kat tengah tangga tu.. memang nak nanges je kot. Penat punya pasal. Lagi satu..aku mcm cuak sikit dengan tangga.. takut tersungkur woi.. Dah banyak kali aku nak tersungkur kat tangga. Nasiblah kat sana ritu aku tak tersungkur kecuali time kat kyoto. Eh terpanjang pulak aku reply komen ko. kikikikikiki
Liza..
Ni gigih naik kat tebing tuh sebab ada kawan ai request view tuh. Tambah pulak dah alang-alang sampai kan.. teruskan aje la usaha yang murni. Eh? kikikikiki
JM!!! mana pergi! Rindu la. Ngajuklah dengan kotak komen kat blog JM tu. Asyik tak lekat je komen kita kat situ.
Orang jepun memang terbaik sgt JM. Ada kisah yang sangat tacing time kat tokyo nanti.
Memang tabah ko mendaki kan. Kot aku nak gi situ juga next spring, dah ko kata tempat ohsem untuk sakura viewing kan. Tapi aku risau je, aku yang tertinggal kat bawah. Yang 3 beradik tu sampai pagoda lebih dulu dari aku.
Post a Comment