Pagi ni kena gerak awal sikit sebab capsule hotel ni kena check-out sebelum pukul 11 pagi kalau tak silap. Memang rules dia cenggitu, duduklah berminggu-minggu kat situ. Tetap hari-hari kena check-out.
Tengah bersiap-siap, mak cik semalam ajak breakfast sama-sama. Katanya kena cepat sikit sebab dia nak gi meeting dalam pukul 9 pagi. Mencicit mengemas beg sebab time dia selak curtain (ke apa ntah nama lain) berlambak barang-barang Syieda baru punggah dari bagpack.
Risau gaklah time tu, kalau mak cik tetiba ajak gi breakfast makanan orang Jepun. Nasiblah dia bawak gi starbuck kat salah satu bangunan tinggi-tinggi di sana.
Shinjuku di pagi hari. Lenggang betul. Rasanya time ni dalam pukul 8 lebih cenggitu
Mak cik ajak breakfast kat bangunan ni kalau tak silap. Shinjuku Marui Honkan. Actually bangunan ni ialah department store. Walaupun belum start beroperasi, starbuck kat tingkat 2 ni dah dibuka dari pukul 7 pagi lagi.
Mak cik beriya-iya nak bayarkan sandwich dan hot choco Syieda. Katanya .... Syieda ni tetamu dia. Haruslah dia yang belanja. Memang rezeki betul pagi tu. Borak pun tak lama sebab dia tengah rushing kan. Pastu doklah sorang-sorang melangut pandang jalan fefeeling kat starbuck Shibuya.Settle breakfast, menapak ke train stn. Tadi dah siap tanya mak cik kat mana exit paling hampir sebab semalam macam rasa jauh sangat nak ke capsule hotel. Rupanya tak de lah jauh mana pun. Kira normal lah kan bila 1st time tu rasa macam jauh je.
Plan pagi tu, nak gi cari kat mana ntah locker semalam dok sumbat beg yang super besar tu. Syieda rasa Shinjuku Stn ni macam besar sangat. Semalam nak cari exit ke hotel pun macam berpusing-pusing.
Tengah dok tercari kat mana locker semalam, ternampak pulak mesin ni. Memang plan kat Tokyo ni nak guna Suica Card je. Mudah sikit nak naik tren nanti. Kalau tak... maulah asyik berlari ke mesin tiket setiap kali nak naik tren. Suica card ni macam touch n go. Boleh reload sentiasa.
Bila dah tersenyum-senyum sorang tengok suica card sendiri....... eh???? locker ada kat depan tu je pun. Rasa macam nak lompat bitang je time tu.
Locker kat sini guna sistem hari. Maksudnya bila bertukar je hari baru, korang kena bayar double lah. Contohnya: kalau korang simpan beg pukul 11.59 malam..pastu korang keluarkan beg 20 minit lepas tu.. tetap kena bayar untuk 2 hari. Macam Syieda ritu... masak gaklah kena bayar 2 hari lebih kurang Y1600 cengitu kalau tak silap.
Dari Shinjuku, Syieda plan nak balik apartment
Ni pun satu masalah sebab macam hapa je tak jumpa apartment. Padahal dari tadi asyik berdiri kat depan apartment. Ni salah pihak pengurusan apartmentlah sebab gi letak nama apartment tersorok. Apadaaa.....
Dalam tengah hari lepas settle apa yang patut.. terus bergerak ke Kawagoe. Macam biasalah hunting for ancient Edo buildings.
Direction:
Higashi Kurume(SI14) --> Tokorozawa (SI17) - Seibu Ikebukuro Line Local
Tokorozawa (SS22) --> Han Kawagoe (SS29) - Seibu Shinjuku Line Local
Han Kawagoe ni ialah stn terakhir untuk Seibu Shinjuku Line. Perjalanan dari apartment Syieda tu cuma ambil masa 30 mins je. Tren pun tak penuh time tu. Tak sure sebab cuaca ari tu ke yang menyebabkan tak ramai orang atau memang tak ramai orang suka ke sini. Entah lah.
Bila dah jadi traveller ni.. tempat pertama memang kita akan pergi ke Information centre. Betul tak? Mentang-mentanglah nak gi nengok ancient buildings... staf yang bertugas pun agak berumur yer. Tapi cute je muka dia. Yang Syieda perasanlah kan.. tiap kali ke informatin centre, mesti staf akan tanya dari mana. Buat statistic la tu kot. Ke memang gitu kerja dia.
Keluar je dari main building tu, ikut aje arah kiri dan berjalanlah lagi 16 mins.
Ok nak cerita sikit... gambar kat atas ni kalau tak silap betul-betul depan traffic light. Time tengah melintas tu, ada sorang kakak ni cakap apa ntah. Bising pulak tuh sambil tunjuk kasut Syieda. OOOO...rupanya nak bagitau yang tali kasut Syieda terbuka. Apa lagi.. kat tengah zebra crossing tu juga terhaip-haip sambil tunduk-tunduk. Tindakan diluar kawalan katanyeeee....
Sebenarnya........ tali boots tu memang Syieda tak ikat pun.. sebabnya macam payah je nak bukak boots nanti. Lagipun tali kasut tu.. kat belah belakang dan nak sampai ke lutut dah pun. Memang tak mungkin akan terpijak. Prihatin ke idok warga Jepun sekalian?
Akhirnya.....jumpa pun bangunan yang pertama. Bagi Syieda.. bangunan kat sini lagi umphhh berbanding ancient buildings yang Syieda pernah nengok sebelum ni. Kat sini macam lagi gah sikit rupa bentuknya. Apatah lagi warna agak gerun macam warna baju askar zaman dolu-dolu. Yang besi-besi tuh la.
Lagi bangunan yang memang menarik minat sesangat!
Kisah si tali kasut :
Syieda masuk dalam satu kedai ni. Kalau tak silap.. kedai ni macam jual baju-baju orang veteran gitu. Syieda masuk sini pun kisahnya sebab tak tahan sejuk kat luar tu. Nak menumpang heater la kononnya.. Tiba-tiba keluarlah sorang mak cik.. ke nenek ntah. Yang pasti macam dah tua sikit lah. Padahal dia tengah berborak dengan kawan dia. Dia pun start ikut je mana Syieda pergi. Macam biasalah kalau kita masuk kedai kan ada orang ikut je. Tiba-tiba dia tahan Syieda tak bagi jalan. Ingatkan apa.. Rupanya dia tolong ikatkan tali kasut! Malunya toksah cakaplah kan. Dah la dia lebih berumur daripada kita pulak tu. Masa tu.. rasa sangat bersalah! Ntah la rasa salah kenapa pun tak tau. Pastu macam biasalah cakap macam ayam itik. Lama kot Syieda kat dalam tu sebab beriya mencari barang untuk dibeli. At least dapat beli satu barang pun jadilah sebab nak cover rasa terhutang budi tadi tu. Akhirnya... keluar tak beli apa-apa pun..sebab memang tak de ape benda pun nak beli. Lagilah rasa double bersalah time tu.
Dalam kedai kat atas ni, Syieda beli roti kentang dorang yang famous amos tu. Kalau nak tau.. kat Kawagoe ni memang terkenal dengan candy dan produk kentangnya.
Kat sini pun, kita boleh lihat ramai sangat orang pakai kimono macam kat Kyoto ritu. Comel je dorang pakai kimono dengan terompah. Ni yang buat tak sabar nak pakai kimono esok hari. Auww...
Selain terkenal dengan candy, kat sini pun banyak sangat jual jeruk. Tapi Syieda tak beli pun. Macam gerun je nak makan nanti.
Selain kita boleh lihat ancient buildings, pengunjung pasti akan melawat ke Toki-no-kane iaitu bell tower. Macam tak de apa-apa pun kat situ. So Syieda tak masuk pun. Ntah boleh naik ke atas tower tu pun tak sure.
Jalan punya jalan, sampailah masuk ke candy and sweet alley. Semua kedai jual candy. Tapi bukanlah candy yang macam rupa sekarang ni. Bentuk dia agak olskul sikit dan tak berapa fancy sangat pun. Lebih kurang macam kita gaklah makan candy kelapa tuh. Tu kan kira macam makanan olskul ye tak?
Cuma Syieda rasa satu je yang tak best kat sini... banyak sangat kenderaan. Dorang tak tutup pun jalan tu untuk kenderaan. Ye la kan.. dah tentu orang datang sini nak tengok bangunan..kang tak pepasal eksiden camana eh? Even Shirakawago pun tak sesesak cengini.
Nampak tu.. asal tak de kereta atau lampu isyarat tukar warna merah.. ramai je dok berjalan sambil bergambar kat tengah jalan.
Dalam pukul 5 dah start gerak balik ke stn. Sebab nak pergi dating kejap lagi. Time tu gaklah tetiba kepala pening tak pasal-pasal. Pastu mulalah berkira-kira nak cancel ke tak dating tu...
Amboi kat Jepun pun nak berdating kah? Dengan siapa? Tunggu.....
To be continued...
Pst: Walaupun jauh beribu batu.. JOHO tetap dihatiku... Eh?
13 comments:
bestnya
ahaaa...rugilah ehhh di kira mcm tu..letak beg 11.59 walau 1 min simpan tetapi kira 2 hari...so perlu check time betul2..
hahahhaha tak bleh blah tetiba johoku muncul....
seronok kalo travel sorang2 kan? mesti dpt kwn baru...siap dpt mkn free lg...me?? ntah masih tak percaya kat diri sendiri utk travel solo...errrkkkk wpun nama blog solo traveller....hikss
teringat masa kat seoul. bila baru2 dgn tangga. nampak tangga je mengeluh. sekali ada satu nenek kat situ panggil naik lift sama dia. Malu pulak rasanya sebab dlm lift tu semua yang tua tua. hehehe
Wei lawa buildings dia. Lagi lawa dari kat Gion. Memang tema cat baju askar besi sungguh. Aku rasa budaya Jepun kot xleh biar tali kasut x berikat. Tanda pemalas. Hahaha. Dah cepat buat entry baru aku nak tau ko ngedate ngan sape. Nyempat je ko kan!
Joho memang tetap di hati... walaupun dah duk negeri lain berpuluh tahun...
Gigih betul jalan sensorang...
Zakiah..
Bestlah jugak.
JM. .
Mmg betul tu. Nasiblah time tu cukup coins. Kalau tak..mau menggelabah tak tentu pasal.
LIZA. .
Kalau ikot hati mmg tak lah nak travel solo ni. Tu pun sbb x de partner.mmg tak sampai seru pun nak travel solo sebenarnya.
Nazla...
Ha sama la aku..tapi aku naik lift utk wheelchair punya. Hiks. Sbb penat punya pasal...buat2 x malu. Kikikiki
Hahhaa..mesti org jepun tu kata..ini org gems pemalas ikat tali kasut. Kikiki
En mie. ..
Org joho gak eh? Gimme 5. Hiks.
Tumpang seronok...!! Awesome trip..!!
Post a Comment