Dari Nippori, terus gerak ke Asakusa. Plan nak beli souvenirs kekdahnya. Almaklumlah...ramai yang kata, souvenirs kat sini murah banyak daripada tempat lain.
Direction:
Nippori --> Ueno (JR Yamanote Line)
Ueno --> Asakusa (Ginza Line)
Tetiba je ternampak kuih ikan ni. Asal orang pergi korea mesti beli kuih ni. So Syieda pun teringin gaklah. Almaklumlah.. dulu ke Korea ikut tour package. Memang nan hado la nak merasa street food cengini. Sekali bila post gambar kat FB, ada orang komen..katanya tak sama rasa dengan kat Korea sinun. Eh yer ke?
Finally, jumpa pun pintu ni. Ha..patutnya pagi tadi ke sini untuk ambil kimono..tapi nak buat camana kan.. Tak de rezeki katanya...
Dari pintu gerbang ni, ada satu kedai jual halal cracker. Banyak naw dia tampal logo halal. Beli gaklah 2 packets. Sampai Malaysia pon tak abis makan.
Memang banyak souvenir yang dijual kat sini. Sekali tu, ada satu kedai tak bagi masuk sebab nampak kat tangan Syieda ada kuih ikan tu ha. Sentap hoi! Memang merajuk habislah tak shopping malam tu. Simpan duit untuk beli souvenir kat Nagoya nanti.
Dalam pukul 8 malam ke awal sikit lagi, banyak gak kedai dah start nak tutup. Cepat naw dorang ni tutup kedai. So plannya nak cari tren stesen yang paling dekat dengan Asakusa ni untuk ke tempat seterusnya. Tapi serious weii.. tak ingat jumpa stesen apa. Almaklumlah.. trip dah nak jejak setahun...haruslah banyak lupa dari ingat.
Yang pasti....dalam kamera ada gambar Shimbashi Station. Nak kata jalan kaki sampai ke sini pun tak ingat.. sebabnya.. bila belek Tokyo map...macam jauh sangat la pulak Asakusa nak ke Shimbanshi Station. So Syieda agaklah...dari Ueno, Syieda ke Shimbanshi Station guna JR Yamanote Line.
Dari sini, Syieda nak ke Aqua City. Macam jauh gaklah menapak untuk naik Yurikamome Line. Untuk trip ni, kena bayar lagi Y320/way sebab Tokunai Pass tak cover.
Tak berapa ramai pun orang nak ke Aqua City time tu. Memang lengang je tren. Tren ke Aqua City ni macam best taw.. sebab tren akan seberang macam laut ke sungai ke...lebih kurang cengitu la. Waktu balik hari tu, time dalam tren.. memang agak terpegun jugaklah nengok Tokyo view yang mewah dengan cahaya neon.
Bila tak study habis.. memang cenginilah jadinya.. patutnya turun kat Daiba...datang Syieda yang ada keyakinan diri tahap dewa ni.. pergi turun 1 stop awal iaitu Odaiba-Kaihin Koen. Pastu bila turun je tren.. macam terpinga-pinga bila orang kat luar tren nengok kita balik. Mesti dorang kata...."mabuk kot kakak gems ni turun kat sini.."
Terpaksalah naik semula tren berikutnya. Dah la macam lama gak menunggu. Dalam 5 minit kot. Bila kaki dah start sakit....5 minit pon rasa lama sangat.
Turun kat Daiba... ikut je orang ramai. Tadaaaa.... sampai pun.
Sejuk kemain malam tuh! Gigih kot kuarkan tripod bagai. Dulu time nengok blog orang lain.. Selalu Syieda terfikir..... camana la dorang ni ambil gambar. Dari atas bukitkah untuk dapat view liberty ngan bridge ni? La rupanya tak payah pon.. agagagaga..
Lama gak lah diri kat platform tu. Pastu plannya nak cari Gundam Front. Dari sini.. berjalanlah dikau nak dekat setengah jam tak jumpa pun. Siap lalu overhead walkway ... besar gilos kot overhead walkway tu. Pastu dari atas tinjau ke diver city macam tak nampak pun gundam tuh. Lagi pun kaki dah start sakit. Baliklah dengan kekeciwaan...
Sampai apartment dah pukul 12 tgh malam. Memang tak menyempat nak makan sampai kenyang sebab dah tertido...Adoiya.. orang macam ni pun wujud ker?
9 comments:
Salam kenal syieda..
Cantik nya odaiba di malam hari..
Hari tu pegi tgh2 bari buta..panas lit2 baik punya hehehe
Syieda...kami pun tercari gak gundam ni....tnya sorang minah jepun...dia bawakan kami tp dia jalan laju gila....sayup2 jer jarak dia dgn kami tp akhirnya dpt gak la tgk gundam...tak sempat nk ucap tima kasih kat dia...berdesup hilang....
I like Odaiba! meriahkan...kalu bawak duit bnyak lagik meriah..he..he.. lama jugak kat odaiba hari tu kami anak beranak... p palette town
Hi didi kar..
Pergi malam punyalah sejuk. Tak tahannnnnn
Liza...
Mmg tak pueh ati kot tak nampak gundam tu. Beriya berjalan. Naik lenguh kaki.
Farikica..
Aritu x masuk pon bangunan kat sana. Pandang sipi2 je
Farikica..
Aritu x masuk pon bangunan kat sana. Pandang sipi2 je
Liza...
Mmg tak pueh ati kot tak nampak gundam tu. Beriya berjalan. Naik lenguh kaki.
Hi didi kar..
Pergi malam punyalah sejuk. Tak tahannnnnn
Post a Comment