Pagi ni memang keluar apartment lambat sebab takut terserempak dengan orang nak gi kerja. Al-maklumlah nak mengangkut semua beg. Takut nanti dicerca pula oleh warga pekerja pagi tersebut.
Lepas bersiap-siap around pukul 10 pagi terus naik tren ke Tokyo Disneyland.
Tokyo Disneyland
Higashi Kurume--> Hibarigaoka (Seibu Ikebukuro Line Semi-exp)
Hibarigaoka --> Ikebukuro (Seibu Ikebukuro Line Rapid Exp)
Ikebukuro Y09 --> Shin-kiba Y24 ( Tokyo Metro Yurakucho Line)
Shin-kiba --> Maihama (JR Musashino Line)
Disclaimer: Route panjang berjela tu dari apartment Syieda tau.
Sampai Disneyland dalam pukul 12 tengah hari. Mulalah menggagau mencari locker. Semua locker besar penuh! Adeiii...
Dari situ naik Disney tren semula ke Disneysea. Untuk pengetahuan semua.. di Japan ni ada dua Disney Park--> Disneyland dan DisneySea. Dan malam ni Syieda nak naik bas ke Nagoya dari parking lot area DisneySea. Berbekalkan beberapa yen, membelilah tiket tren kat kaunter. Sekali bila nak tap kad tersebut barulah perasan ... mengapakah engkau tidak menggunakan Suica Card.. Ada kebingaian di situ yer..
Macam biasalah..interior design memang kebaboom.. Lebih kurang macam HK Disneyland jugak.
Angin punyalah kuat! Al-maklumlah DisneyPark kat Japan ni dikelilingi lautan. Jadinya memang angin bertiup agak kencang hari tu.
Berjalan sorang-sorang tak tau nak pergi mana. Mungkin tak de member.. jadinya keghairahan naik rides semua sangatlah menghampiri zero. Pusing punya pusing.. Syieda gi masuk satu building untuk menonton bear show. Amekko... tu untuk budak-budak punya show. Sebab rata-rata mak bapak yang bawa anak kecil masuk sini. Syieda pulak masuk sini sebab sejuk sangat. Kaki, tangan, muka semua dah kejung.
Walaupun tak faham sepatah hape pon... namun masih boleh layan sambil tertidur. Ahaks.
Apabila sedar diri bahawa terlupa ambil map.. gigih pergi mintak mak cik sweeper. Baik betul dorang melayan. Belek punya belek dan ditambah sejuk tak boleh blah.. nampaklah satu cafe untuk golongan vegetarian. Apa lagi..haruslah gi sana walaupun tak lapar langsung.
Nak makan sini pun satu hal lagi. Beratur ko! Punyalah panjang. Dan cafe ni macam tersorok sikit. Nasib baik Syieda datang awal. Kalau tak.. merasalah beratur dalam lingkaran ular gamaknya
Pilihan pun tak banyak. Redho aje la apa yang ada.
Tetiba rasa macam kambeeengggg sangat!
Pukul 8 dah ramai pengunjung duduk kat depan castle untuk tunggu bunga api. Syieda baran je la kot.. nengok sipi-sipi aje.. Ye lah.. nak join tak boleh sebab kena naik bas sebelum 10 malam kat parking lot DisneySea. Dalam hati berdoa minta-minta dorang cancel fireworks show malam ni...
Sekali tak lama lepas tu ada announcement katanya fireworks show malam tu terpaksa dibatalkan due to cuaca yang tak sesuai. Tersenyum memang meliriklah Syieda waktu tu. Happy semacam sebab orang lain pun tak dapat menonton show tu.. Har har har....
Dalam pukul 8.45, Syieda patah balik ke DisneySea untuk ambil luggage yang berkoyan-koyan tu.
Parking lot ada kat belakang bangunan luggage storage tu je. Tunjukkan confirmation email dari Willer company tu kat budak-budak yang dok jaga bas kat situ.. Dan tunggulah dalam 20 minit sebab bas belum sampai.
Kejung gaklah pipi ditampar angin laut malam tersebut. Untuk malam tu..Syieda pilih cocoon seat. Ni lah rupanya seat tersebut. Tak de la privacy mana pon.. sebab kejap lagi bas akan tutup lampu.
6 comments:
Rekod betul posting pasal Nippon ni ye Syieda... hampir masuk tahun ke tiga...hehe
Memang besttt sangat kat Tokyo Disneyland kan..tempatnya dahlah bersih..macam-macam games ada..memang berbaloi kalau datang sini.:)
Menarikkkk disneyland ni.....bila la akak nak jejak sini..so far jepun akak jejak Osaka jeh..Teringin nak ke Tokyo
Mie..
tu ar..dah banyak lupa dari ingat. Hiks
Wa..
Betul tu. Senang cerita semua disneyland mmg best la.
Kak Nazuha..
Insyaalah tak lama lagi jejaklah tu. Lagi pun tempat agak pergi dah grand dah.
Post a Comment