Tengah syiok-syiok tidur dalam cocoon tetiba terasa sejuk je lengan ni. Ha terus celik biji mata. Rupa-rupanya lengan terkena dinding bas. Eh pesal apa sejuk sangat pulak dinding bas ni.. bila selak langsir ..Omaiiiii snow!!!
Memang lebat sangat snow kat Nagoya hari tersebut. Nagoya berubah wajah dalam masa 10 hari sahaja! Excited sangat time tu.
Macam biasalah...bas berhentikan tak jauh dari JR Station. Waktu berjalan ke bangunan JR tu, banyak kali berhenti sebab snow dok mengikut kat roda beg. Jadinya agak payah nak menarik beg tersebut. Tempat pertama yang dituju haruslah locker untuk menyimpan semua beg ni. Punyalah payah nak cari locker. Penuh aje memanjang walhal time tu baru pukul 8 pagi. Rupa-rupanya, warga Jepun ni akan simpan segala beg dalam locker sebelum pergi kerja. Tak tau la kenapa dorang buat cenggitu. Akhirnya dapat gak locker dekat dengan jam emas ni.
Konon-konon pagi tu nak pergi shopping. Al-maklumlah esok nak balik Malaysia dah. Tapi tak tau sebenarnya nak shopping kat area mana. Sebelum kita redah...meh lah kita pergi cuci mata dulu. Nengok salji sebab jakun yer..
Time ni memang kena berhati-hati. Jalan dah start licin. Pagi tu je dah nampak orang tergolek kat tengah jalan. Seriau ok!
Wah.. nampak dah bangunan hotel yang Syieda stay aritu. Eco Hotel nama diberi yer. Dekat sangat dengan JR Stn. Lepas tu sempat gi breakfast kejap kat cafe yang ada di situ. Takat minum hot chocolate je pun. Aktiviti "Membunuh Masa" namanya ni..sementara nak tunggu kedai mula beroperasi.
Pagi ni nak naik Nagoya Metro. Memandangkan Syieda pun cuma ada sehari ni je..makanya idoklah membeli apa-apa pass. Rasanya macam guna Suica Pass. Senang. Kalau tak silap la kan.
Nak gerak ke metro stn tu kena keluar bangunan JR Stn (arah jam emas/Sakura Dori Gate). Kat depan bangunan tu ada lift turun ke subway.
Destinasi pertama ke Otsukaya
Pastu apa ke halnya Syieda pun tatau......menggelupur cari tempat berteduh seolah-olah basah kena air hujan. Bila sampai Malaysia..baru terfikir yang dok berlari mengelak kena salji tu dah kenapaaaa????
Otsukaya Route:
Nagoya(S02) --> Kurumamichi (S07) -Sakura Dori Line(red line)
Keluar aje exit 4, store tu kat belah kiri.
Meh Syieda belanja gambar sekitar Otsukaya Store yang belum bukak tuh.
Oleh sebab hampa.. patah balik ke subway dan ke Osu Kannon la kita yer.
Route:
Kurumamichi (S07) --> Marunouchi (S04) - Sakura Dori Line (Red Line)
Marunouchi (T06) --> Osu Kannon (T08) - Tsurumai Line (Blue Line)
Keluar exit 2 yea.
Keluar exit 2 tu, kena jalan sikit. Pastu nanti korang akan nampak temple kalau tak silap kat belah kiri. Lalu je lorong depan temple tu dan akan lead korang ke pintu gerbang ni. Meh la kita jengok apa yang boleh di shopping. Al-maklumlah tazzabar nak shopping ok!
Sekali lagi hampa! Kedai belum bukak rupanyeeee. Dah la sejuk melampau time tu. Memang fikir nak cari tempat berteduh je. Akhirnya, nampaklah kedai kebab ni. Walaupun tekak tak nak makan.. terpaksa la order juga sebab nak tumpang berteduh punya pasal. Kata tak nak makan kannnnn.. tapi licin yer!
Lepas makan tak tau nak buat apa. Memang mati kutu kot sebab kedai belum buka sepenuhnya. Oleh sebab tak tau nak buat apa... naik semula metro ke Nagoya Station. Pastu asyiklah mundar mandir kat luar bangunan dok kagum dengan snow. Memang kgdotcom okies.
Dalam pukul 10 pagi, angkut semula beg dan misi mencari hotel pun bermula...Dari Nagoya Stn, naik tren terus ke Sakae. Boleh tahan ramai juga orang dalam tren. Rasanya ada lah 3 kali lepaskan dorang naik tren.
Bila sampai Sake Stn, punyalah jauh berjalan mencari exit 12. Bila jumpa exit 12, punyalah tinggi tangga nak kena daki. Pastu mundar mandir dengan beg yang beranak pinak tu untuk mencari floor map. Elevator yang paling dekat ialah di exit 11. Patah balik ke exit 11 dan naiklah elevator dengan penuh gaya kepuasan.
Bila dah sampai kat atas..ku pandang kiri..ku pandang kanan..tak jumpa langsung apa-apa landmark yang berdekatan dengan hotel. Padahal skip satu exit je kot. Pastu malas nak fikir ..terus mencari teksi. Eceeee ceeeee.. berlagak kayalah waktu tu. Driver teksi tengah tidur pulak. Pastu bila ketuk tingkap baru terjaga. Paling best boleh eh lupa yang pintu teksi tu akan buka secara automatik. Patutlah masa mula-mula try nak buka pintu tak berjaya. Akhirnya...sampai pun ke hotel tak sampai pun 10 minit. Nampak sangat dekat.
Sampai je kat bilik, campak beg kat atas lantai.. terus tuju ke atas katil dan ZZZZ... Like seriously ???? Penat yang hamat waktu tu taw!Sedar-sedar dah pukul 7 petang. Ohoiiii punyalah lama ko tidur. Pastu stok tidur mati.
Pastu bersiap-siap nak terjah bandar Nagoya kononnya. Plan memang berderet kot tempat nak visit malam tu. Bila keluar je hotel.. nah amik kooo.. snow lebat gilos. Berdasarkan info yang dapat dari kakak kaunter hotel tu.. tak jauh pun nak berjalan ke Ferries Wheel di Sunshine Sake. Kena jalan straight je.
Napa ntah bila jalan je kat area sini.. tetiba rasa berjalan kat Orchard Road S'pore pulak. Eh tetiba??? Walhal ko sendiri tak pasti pernah jalan kat Orchard Rd ke tidak. Agagagaga
Dari jauh dah nampak Don Quijote Hakodate yang berwarna warni tu. Korang rasa ada Syieda kisah dengan ferris wheel yang memang ada dlm top list to visit? Nan hado la nak menilik ferris wheel tu. Al-maklumlah belum shopping barang souvenir kan.. harus store tu ku terjah dulu. Don Quijote ni shopping mall yang menjual barang agak murah. Tapi tak de la souvenir macam fridge magnet ke keychain ke.
Syieda memang nak pergi store ni dari Tokyo aritu. Sebabnya nak beli 1 beg lagi. Almaklumlah beg yang sedia ada tak mampu menampung isi perut. Tapi sebenarnya Syieda ni memang gagal bab packing barang yer. Sebab tu.. asyik kerjanya nak menambah beg.
Direction ke mall ni senang je.....bertentangan dengan ferris wheel sunshine.
Habis shopping, semua plan ntah ke mana sebab kiri kanan tangan penuh dengan beg plastik. Nak tak nak terpaksa balik semula ke hotel. Nampak Nagoya TV Tower (macam eiffel tower tu) dari kejauhan aje.
Sampai hotel banyak kali swipekan keycard tapi pintu tak boleh buka. Rupanya kau salah bilik. Rasakan!
6 comments:
aku memang idam view sebgini utk trip akan datang ne..harap2 ada rezekilah nak bersnow huhuhu
cantiknye snow kat pokok tu
kita pegi beza sebulan jer...tp cuaca berubah abis...
Zilla..
insyaalah ada rezeki. Ko punya gambar jek buat orang lain boleh jeles. Tak pe.. kita jeles kat kak jem je dulu sekarang ni. Sebab dia kan tengah bersnow... huk huk huk.. Aku gaklah yang mereput kat sini!
Azra..
Aku pun rasa snow cantik kat pokok-pokok.. nak nak gambar snow ko kat daun masa kat kampung tuh! stendet natgeo ok!
Liza..
tu arr.. masa nengok u update blog... rasa macam "eh dapat ke I nengok snow nii".. Sekali syukurrrr sgt dpt juga jumpa snow.
Post a Comment