Hari yang ditunggu-tunggu pun tiba. Petang ni Syieda akan bertolak pulang ke Malaysia. Excited sangat. Mungkin sebab travel secara solo membuatkan Syieda rasa seronok sangat nak pulang ke tanah air terchenta. Entah la. Nak kata seronok travel secara solo....tak juga.. nak kata tak..tak juga. Ehmmmm.....Entah lah.
Pagi ni bangun agak awal yer sebab nak naik bas terus ke airport. Ha jangan tak tau...tujuan Syieda stay kat hotel ni selain nak habiskan agoda point ialah nak mudah bergerak ke airport sebenarnya. Kalau nak tau..sepatutnya ada bas akan bawa kita direct ke airport. Tak payah susah payah....tunggu je kat lobby. Dan semalam dah confirmkan dengan kakak kaunter. Dan dia pun dah sahkan.
Kalau ikut route yang diberi, bas ni akan bermula dari Nagoya station, pastu ke beberapa buah hotel di sekitar bandar raya Nagoya, last sekali barulah ke hotel ni dengan tambang 1k yen...Ada 4 waktu iaitu pukul 6.57, 9.57, 1.57 dan 5.57 petang dan dijangka sampai airport lebih kurang 50 minit kemudian. So Syieda pun bersiap-siap untuk naik bas pukul 9.57 pagi.
Bila turun je kat lobby katanya bas tak ada sebab snow tebal. Huk alaaa.. geram pun ada kot! So minta dorang panggilkan teksi. Dan nasib baik memang ada 1 je teksi tengah tunggu kat lobby tu. Lepas masuk je dalam perut teksi tengah berkira-kira nak turun kat mana. Kang kalo suruh terus ke airport mau makan ratus ringgit pula. So terpaksalah study map semula. Adoii.. Syieda ni dah la tak boleh buat kerja under pressure. So decide suruh driver taxi turunkan di Kanayama Station dengan tambang 1580 yen. Padahal tak de la jauh mana pun sebenarnya.
Sampai je kat station tu, pergilah ke kaunter tiket. Tengah dok nak beli tiket tren ke airport, pak cik kaunter ternampak suica pass Syieda. Terus dia cancel tiket dan suruh je Syieda guna pass tersebut. Huk alaaa sekali lagi tersipu-sipu atas kebodohan sendiri. Naik tren pun agak payah ye sebab orang agak ramai. Maksud ramai ni tak de la sampai berasak-asak ye. Still korang boleh berdiri. Akhirnya... ku lepaskan aje la train tu berlalu. Ha ambik ko.. next train setengah jam pulak tuh semi-express! Bertabahlah.
Sampai jer airport dalam pukul 11.15 cenggitu. Lama lagi dowh! Flight petang karang pukul 5. Memang mereput la sorang-sorang.. Memandangkan belom beli souvenir.. kita try cari dulu. Dan tempat yang Syieda tuju tak lain tak bukan ialah di tempat yang sama dengan scdha sein . Tak sampai setahun pun kot beza masa kitorang kat sana.. tapi harga souvenir dah naik ok! Sekali lagi bertabah.
Lepas shopping souvenir, puaslah menggoogle kat mana nak wrap beg. Tau je la airasia ni.. ada gak beg ni tak cukup sifat bila sampai Malaysia. Sekali ada jumpa satu page kat net bagitau memang ada plastic wrapping service. Bila tanya kat information counter, katanya TAK DE! Sedih. Yang ada ialah kotak. Tak nak la kotak. Buat bertambah berat beg aje. So kita tawakal je la yer.
Time tu tatau nak buat apa. Jadinya plan nak gi cari tempat makan kat level atas. Sekali kat depan elevator ada sign tak bagi kita bawa naik troli. Ala acamana ni? Tiba-tiba ternampak tempat simpan beg kat bawah tangga. Yes! Harga lebih murah. Satu cart kalau tak silap 500 yen. Letaklah semua beg dalam satu cart tetap 500 yen. Kalau nak ambil locker mahal lah sikit dalam 700 yen/locker dan mungkin kena ambil 2 locker kot. Solution nya letak je beg kat bawah tangga ni. Selamat pun ye gak sebab ada orang jaga. Open sehingga pukul 9 malam kalau tak silap.
Lepas tu barulah bersenang lenang kat level atas. Food hunting pun bermula. Kedai makan kat belah atas sangat attractive! Dorang deco macam rumah-rumah lama. Tapi macam tak berapa nak sesuai je tekak ni. Last sekali terjah starbuck je. Walaupun Syieda bukanlah peminat kopi.. tapi layankan aje lah. Tak ingatlah apa nama minuman tu. Tapi sedap sebab ada dried raspberry. Lama gak kat sini sambil nengok orang lalu lalang. Paling menyentuh perasaan bila nampak rombongan kanak-kanak OKU melawat airport. Bukan sahaja cikgu yang handle dorang, ibu bapa pun turut sama join. Tapi biasalah.. nama pun kanak-kanak OKU. Memang bising sikit. Tapi seronok je nengok dorang mengenal dunia luar.
Pukul 3 petang dah gerak ke kaunter untuk check-in luggage. Pastu ke level bawah untuk pos semula pocket wifi yang Syieda sewa sepanjang berada di Jepun. Memang sangat berjasa. Senang je pun nak pos. Oleh sebab nak beli setem sekali, Syieda pun masuklah ke dalam post office. Bila nak post pocket wifi ni, kakak kaunter minta buka semula envelope tu. Sebabnya terlalu tebal. Rupanya dorang kena biarkan casing tu terbuka macam gambar di bawah. Kakak buatlah camana pun. Janji pocket wifi tu sampai tepat waktunya.
Gambar kat bawah ni bukan library ok. Ni lah rupanya charging point yang disediakan oleh airport. Selesa sangat.
Akhirnyaaaa.... Tepat pukul 5. 35 petang flight D7543 terbang terus ke Malaysia. Sampai Malaysia sekitar pukul 12 malam. Maka tamatlah kisah kembara solo pertama Syieda ke Jepun yang memakan masa lebih kurang 16 hari. Tapi ambil masa setahun lebih untuk karang entry. Huk huk huk.. Maafkanlah daku.. Aku hanya insan yang lemahh.. Kikikiki
Memang Syieda failed bab packing barang yer... Padahal boleh minimized lagi beg tuh!
11 comments:
akak tak boleh travel secara solo ni...takde orang nak tangkapkan gambor...gambo selpi jer nnt bosan gak..haha
uihhhh lama tu pegi....16 ari, tp standard la syieda beg byk sbb 16 ari kan...me masa gi europe 18 ari pun ada 4 beg....rasa serik nak pikul beg segala...tp nafsu nak berjalan tu kannnnn sentiasa ada.....huhuhuhu
hahahaha abis jugak after 1 tahun.Banyaknya beg
a2h5rnya...
Yong...saya pun tak gemor sebenarnya travel solo. Tapi terpaksa..nak buat camana..pasrah.
Liza...ala..kalau I gi 3 hari pun mmg bawak beg macam sebulan nak travel. Kekdahnya tak reti nak pack barang sebenarnya.
Cik cerita..tu la..aku pun tak sangka sampai setahun lebih gak abiskan entry yg berbelas haritu. Kalau trip sebulan agaknya mesti aku ambil masa sedekad la kot nak abiskan entry. Hiks.
Jea..tak payah nak hepi sgt. Ko tu pun bila nak up entry harbin woi!
Cik cerita..tu la..aku pun tak sangka sampai setahun lebih gak abiskan entry yg berbelas haritu. Kalau trip sebulan agaknya mesti aku ambil masa sedekad la kot nak abiskan entry. Hiks.
Liza...ala..kalau I gi 3 hari pun mmg bawak beg macam sebulan nak travel. Kekdahnya tak reti nak pack barang sebenarnya.
Yong...saya pun tak gemor sebenarnya travel solo. Tapi terpaksa..nak buat camana..pasrah.
Post a Comment