Kali ini perjalanan Syieda adalah sepanjang 13583km. Rasa macam jauh kan?? Tapi tu pun tak sampai separuh China yer. Besar lahaii China ni. Memang kena banyak kali gaklah repeat negara ni untuk complete tour. Masalahnya....bilakah??? #senyumsendiri
Bertolak dari JB dengan flight t/hari. Kiranya tak de la nanti melangut lama sangat kat KLIA2 tuh.. Ada lah dalam 3 ke 4 jam ajer sebelum ke Beijing pula. Kali ni tak payah nak hover sangat booked capsule bagai. Kita jamu-jamu mata dan tekak je la heh kat sana.
Gedebak gedebuk ...pukul 5 dah check-in. Syieda kalau boleh memang akan pastikan check-in awal. Kalau nengok kejadian hari tu...memang seriaulah bila dengar cerita dari group yang beratur kat sebelah ni..tertinggal passport ok! Kalo Syieda yang jenis tak berapa nak banyak sangat duit ni... memang stok darah tak mengalirlah time tu sebab kena cancel flight. Ish..minta dijauhkan.
Settle semuanya, kena menapak ke gate nombor berapa ntah. Yang pasti paling last ok! macam nak tercabut tapak kaki ku. Tu belum sampai lagi kat China dah sakit kaki. Adeii... Hari tu baru tau.. rupanya dah tak de dah air mineral dalam botol dijual kat dalam boarding hall KLIA2 ni. Yang ada cawan plastik yang macam kat pasar malam tu. Memang terperanjatlah i time tuh. Sebab biasanya, Syieda memang akan beli sebotol dua untuk minum kat dalam flight sementara nak tunggu makanan tiba. Time tu macam &*%&$* je muka ni.
Settle minum air, patah balik ke gate tadi..... sekali dah mula ramai warga mainland. Oleh sebab gate belum pun buka, dan seat kat depan gate tu dah riuh rendah dek suara dorang yang terjerit-jerit macam nak gaduh je rupanya (padahal berbual) terus Syieda lepak kat gate sebelahnya. Sebelum bertolak sempatlah ke toilet dulu. Ha time ni dah mula rasakan betapalah annoying nya makhluk ni semua. Ceritanya cenggini.. Time tunggu turn nak masuk toilet, keluarlah sorang ahs0o ni. Meludah kat lantai. Padahal nak sampai ke singki dalam 3 langkah aje lagi. Apa ke melampau pengotornya. Bila dah sampai China....baru tau...meludah tu memang habit dorang yang tak boleh ditinggalkan. Tapi ni Malaysia kot. Ko datang Malaysia....tapi tak nak ikut cara kita. Euwww rasa nak potong je lidah ahs0o tu.
Time kat depan boarding gate lagi la haru...daripada 2 line boleh jadi 3. Sesuka hati je la dorang tambah 1 lagi line. Tak ke akan membuatkan proses masuk ke dalam flight lagi lambat. Pastu dengan tak de rasa berdosa..potong queue. Adeii..
Dalam flight memang penuh dengan orang dia aje. Malaysian hanya Syieda ngan satu family ni. Duduk dalam flight yang ada 4 seats tu. Tapi cuma Syieda dan sorang amoi beranak kecil ni kat seats tu. Geram pun ada gak ngan amoi ni. Padahal lagi 2 seats sebelah dia tu kosong....tetaplah tak nak berganjak. Nak jugak bersempit dengan Syieda. Pasrah je la.
Sepanjang perjalanan, Syieda asyiklah tidur. Al-maklumlah, kejap lagi nak kena bersengkang mata kat Beijing airport pulak. Dalam pukul 2 pagi selamatlah mendarat di Beijing. Sebelum keluar flight tu, FA akan spray apa ntah. Takut bawa wabak agaknya. Padahal dorang yang buat wabak. Grrr.... Time tu rasa antara mimpi ke idok ni. Mamai-mamai aje rasanya. Sebab trip kali ni memang Syieda tak expect pun akan solo. Memang ada gerun terlebih sikit daripada trip ke Jepun aritu.
Lepas je settle immigration dan kastam, tak tau nak pergi mana. Ikut itinerary, patut naik bas ke Terminal 3. Memang nampak shuttle bus sentiasa ada je kat luar tu nak mengangkut kami-kami ni semua. Tapi Syieda decide nak stay aje kat T2. Time tu memang sunyi dah airport. Banyak je "ulat" yang approach kita untuk tanya pasal hotel. Once kita ignore dorang, insyaallah dorang blah cenggitu aje. Port Syieda untuk malam tu, memang betul-betul kat tepi salah satu pintu masuk. Sekali bila baca signage tu, rupa-rupanya airport express start pukul 6.35 pagi. Sempat la duduk santai kat atas couch yang ada kat sana. Kalau ukur badan Syieda yang terlebih muatan ni, memang tak bolehlah nak baring-baring as semua couch tu ada armrest.
Waktu sana dengan Malaysia tak de beza langsung. Cuma bezanya kat sana sejuk. Hiks. Time tu memang tidur-tidur ayam aje. Tak lena mana pun. Tak perlu risau tentang keselamatan, as airport ni beroperasi 24 jam rasanya. Pula tu, polis pun asyiklah mundar mandir kat situ.
Dalam pukul 5.30 pagi, Syieda dah bersiap-siap untuk bergerak ke basement untuk naik airport express. Bagusnya China ni satu je, memang dorang akan sediakan bekalan air panas. Kat stesen bas ada, stesen kereta api ada , kat airport pun ada. Patutlah waktu dalam flight, semua warga mainland serbu FA minta air mineral. Sampai FA terpaksa cakap air dah habis. Bila dah ada air panas cenggini, korang akan terbiasa nampak dorang masak mi segera di mana sahaja. On the go lah katanya.
Siap semua, dalam pukul 6.15 pagi, Syieda pun turunlah ke basement. Dari jauh dah terintai-intai sebab tak nampak langsung bayang manusia kat basement tu. Pula tu, kaunter tiket masuk subway masih ber-grill. So Syieda naik atas semula dan carilah apa-apa yang boleh dimakan sementara nak naik tren. Sudahnya beli air ni. Ke Korea ke kita? Eh..
Dalam pukul 6.30 pagi, turun semula ke basement. Still tak bukak lagi gate tu. Menggigil kesejukan pulak dah. Tetiba sorang mak cik sweeper ni, tarik Syieda ke salah satu heater. Pastu siap usap-usap jari jemari ni sambil senyum. Sah lah tu nak mengata "Apa ke gemok sangat budak ni" Pffftttt.
Dia sengeh dengan Syieda pun sengih pastu terus dia blah. Time ni semua pun berebut nak tunggu tren. Ntah dari mana pula orang ramai ni datang. Kalau korang nak tau, kat China ni, semua beg serta badan korang akan di scan dahulu sebelum masuk ke railway station ke, bus station ke waima airport sekali pun. Memang hazabedah la kot Syieda time tu yang bawa beg beranak pinak ni.
Plan asalnya, nak beli Yukatong Card. Yukatong Card ni macam touch n go. Boleh reload bila-bila masa dan digunakan untuk semua pengangkutan. Tapi tak jadi beli pagi tu sebab dengar suara staff kat kaunter tu jerit-jerit. I is so hati tisu. Terus beli 1 way tix dengan harga RMB25.
Airport Express akan stop kat Dongzhimen Station. 30 minit perjalanan. Pagi tu penat betul berdiri sepanjang perjalanan. Kalau korang nak ke airport dengan menaiki airport express.... route dia lain sikit. Macam ada tukar tren ke apa cenggitu lah.
Sampai aje kat Dongzhimen Stn, plan Syieda nak riki tempat bas untuk esok hari. Jadinya, Syieda kena cari signage "bus transfer hall". Once nampak je signage tu dan sebelum naik tangga ke atas, kat tepi tu ada satu kaunter tiket. Just try nasib. Dan bernasib baik bila staff tu boleh berbahasa Inggeris sedikit. Akhirnya beli pun Yukatong dengan harga RMB120. (RMB20 tu deposit-boleh redeem bila return card tersebut).
Dah riki tempat nak tunggu bas untuk acara esok hari, Syieda plan nak beli tiket tren ke beberapa destinasi pula di Beijing West Railway Stn.
Route:
Dongzhimen (Line 2) --> Fuxingmen
Fuxingmen(Line 1) --> Military Museum
Military Museum (Line 9) --> Beijing West Railway Stn.
Jangan dipandang sebelah mata yer kepesatan Beijing ni. Tren bersepah-sepah. Setiap pelusuk pun ada metro.
Bila sampai di Beijing West Stn ni, satu masalah korang nak keluar ikut exit yang mana satu. Tolong ikut NORTH exit. Sebab kalau korang ikut exit lain, korang kena la tawaf satu stesen untuk sampai di view yang ada dalam gambar kat bawah ni.
Owh yer lupa pulak kita... keluar north exit, korang akan jumpa satu information counter. Mula-mula tak tau tu ....memang la Syieda pergi tanya kat sana. Masam mencuka je muka staff tu. Padahal baru pukul 7 kot. Mohon korang jangan terasa hati kalau berdepan suasana cenggitu. Sebab dorang memang cenggitu perilakunya. Ala takat warga emas pun boleh diherdik waktu dorang tanya soalan. Inikan korang yang bertitle sebagai pelancong. Huh..
Selain korang nampak information counter tu, korang akan nampak escalator kanan dan kiri korang. Naik escalator yang belah kanan. Pastu naik sekali lagi escalator. Tadaaa.. sampai sudah. Belah kanan korang ada satu pintu untuk masuk ke ticket counter. Belah kiri korang yang ada board warna biru "ID/ ticket validation north entrance" (gambar bawah) pula entrance korang kena masuk untuk tunggu tren keluar dari Beijing.
Yang seronoknya, korang boleh terus beli tiket untuk semua destinasi sepanjang di China. serah je form yang Syieda bagi link kat entry sebelum ini. Kaunter 16 kalau tak silap untuk tourist sebab staff dia boleh berbahasa Inggeris.
Settle bab tiket, Syieda terus menuju ke hostel. Punyalah jauh berjalan kaki di lorong kecil. Tapi yang bestnya, bangunan kat sini memang penuh unsur-unsur tradisinya. Even pintu dorang pun macam zaman dynasty Ming ke apa ke ...tak taulah.. yang penting purba kala cenggitu.
Gedebak gedebuk pukul 12.30 t/hari bergerak ke agenda yang seterusnya iaitu Tiananmen Square.
Route:
Beixinqiao (Line 5) --> Dongdan
Dongdan (Line 1) --> Tiananmen East.
Tak sure ikut exit A ke D sebab dalam itinerary tulis Exit A, gambar pulak exit D. Betul-betul kecelaruan minda nih.
Jalan sikit korang akan nampak Tiananmen Square yang popular tu kat seberang jalan. Kereta memang bertali arus. Tak mungkin korang akan dapat melintas kat situ.
Sila gunakan laluan bawah tanah yang dah disediakan. Sini korang kena scan sekali lagi. Yang ni, dorang akan scan agak teliti sikit.
Tak de apa pun kat square ni, jadinya korang lalulah di pintu gerbang bawah gambar Mao Ze Dong untuk ke Forbidden City. Memang niat Syieda nak masuk ke forbidden city....tapi nak buat camana.. time tu dah pukul 2 kot. Gate tutup pukul 4.30 petang sebab musim winter. Dah la forbidden city ni besar. Mau gaklah tersesat barat kat dalam tu. Untuk pengetahuan korang, Forbidden City ni tutup pada hari Isnin.
Nanti kat sinilah ada ramai orang akan approach korang untuk hire dorang jadi translator. Pastu hangin pulak sorang mamat ni bila Syieda kata Syieda tak nak pakai translator. Boleh pulak dia tanya kenapa. Malas nak layan. Ignorekan aje. Sudahnya takat nengok dari luar aje lah.
Plan yang sebenarnya, Syieda nak daki satu bukit ni untuk lihat keseluruhan forbidden city dari atas iaitu Jinshan Park. Cuba gak tinjau dari depan entrance forbidden city tu.... tak nampak sebarang bayang bukit pun. Sekali kat sebelah kiri tu nampak signage ke Zhongshan Park. Ku kira sama la kot. Zhongshan dengan Jinshan ... Bunyi macam sama kan... Rupanya.....tak sama! Masuklah sini dengan harga RMB3. Puas kot pusing satu park, tak nampak pun bukit yang nak di daki tu. Hampa sesangat. Sudahnya layan aje la apa yang ada kat situ.
Sini pun ada bamboo groove. Tapi kena bayar la. Tak kuasa la nak masuk. Dah la tersilap park. Bikin hati panas aje.
Tiba-tiba nampak ramai sungguh manusia kat sini. Piket ke apa ni?? Sebab takut punya pasal.... terus keluar dari park ni.
Keluar dari park ni, nampak banyak bas beratur kat sini. Ingatkan kat sini boleh nampak Jinshan Park tu. As study aritu katanya betul-betul berdekatan dengan Jinshan Park tu ada banyak trolley bus. Tapi ni bukan trolley bus, ni tourist bus. So Syieda ikut aje crowd tu. Punyalah jauh menapak nak cari metro stn yang terdekat. Agaknya 3 ke 4 kilometerlah. Barulah jumpa metro.
Nampak aje metro dah rasa gembira tahap dewa. Plannya malam tu nak ke Wangfujing Street. Wangfujing Street ni terkenal dengan makanan exotic. Tapi tak nampak pun. Yang nampak ialah bangunan tinggi-tinggi. Seronok ni kalau bershopping. Hehehehe
Sebab dah tak jumpa Jinshan park, kita gi makan kat sini. Banyak giler kot Syieda order. Semua mata asyik memandang je. Bila tiba je makanan.. huh memang banyak giler. Semua tak abis. Macam tak luak pun ada gak. Orang tamak memang cenggitu.
Nasi goreng dia sedap. Tapi makan dua tiga suap je... tak caya?? Cer baca kisah seterusnya kenapa tak habis makan.
Daging ni disarankan oleh waiter. Sedap katanya. Memang sedap gak rasanya. Pun tak habis. Yang berbijan tu, memang datang sekali dengan daging. Euwww tak sedap. Macam rasa jamu jer. Grrrr.. Ingatkan kuih bom. Eh apa ntah nama dia. Syieda memang panggil kuih bom. dalam tu isi kelapa. tapi ni.. dalam macam kacang hijau ke apa ntah.
Nampak meja sebelah order sampai 8 cucuk. Ai is tak nak kalah. Order la dua. Yang ni aje habis. Sedap gak satay yang orang dok cakap tu. Total makan malam ni memang la mahal yang amat yer.. RMB120. Mihmihmihmih.. Terus rasa nak puasa seminggu. Thehehe..
Al-kisahnya... tengah tunggu makanan, nak alihkan camera.. tetiba ku nampak .............................................................................................................................. jacket ku koyak. Adoiiii terus tak selera nak makan dah! Koyak part ketiak pulak tuh! Cis bedebah sungguh! Tak tau masa bila dia terkoyak. Actually bukanlah terkoyak. Dulu masa beli, orang tu kata lather..Ntah ye ke tak. Mungkin cuaca kita yang tak sesuai dengan jacket tu dan cara penjagaan yang salah, makanya lather tu tertanggal! Bertabah lah.....Day 1 dah kena belanjakan duit untuk benda yang tak penting. Benci betol!

16 comments:
Dari Forbidden City tu nak keluar ke stesyen subway memang jauh giler... terus boleh turun beberapa kg sebab menapak...
Wangfujing exotic food street tu agak tersorok sikit... memang susah nak jumpa...
kita macam dah trauma nak ke china...selepas pengalaman sesat barat kat guangzhou n senzhen hehe....selagi x leh cakap bhasa china atau study habis2an, selagi tu xmo jejak china hewhewhew
kt baca entry syieda dulu....tapi xian n beijing dah lama sgt teringin nak pergi....lepas kes MH370 terus padam hasrat nak g beijing hahaha...senget...
ala kesian plak syieda travel sorang2....nasib dah biasa kan :D
Huwaaaaa ingatkan syieda berjalan beribu batu sebegittewwww... rupa2nya naik flight.. tertipah seketika hahahaha.
Huihhh ada sate?
Sedap lah pulak sate.. aritu gi beijing takde sate pung (sbb gi dgn pakej ahhaha).
sataaaaaaaayyyyyy......
rs nya bukit yg ko nak daki tu ko kena jalan sampai habis (or pusing) forbiden city tu. Aku ngn bibie aritu nmpk bukit tu sambil menyumpah ko..haha sejuk+penat gitu ko suh ktaorng mendaki ek..haha
Encik Mie...
La... memang jauh ke subway dari Forbidden City tuh?? Patutlah macam nak tercabut tapak kaki hari tu.
Emy,
Ala mula-mula kita pun cuak gaklah kes MH370. Parents lagi la cuak. Tapi nak buat camana nasib badan kena travel solo kali ni. Huhuhu :(((
Dekda...
satay ni wajib cuba tau. Memang sedap. Tak tipu!
YONG...
Adoiii memang sedap la satay tu. Terbaik dari ladang!
Jea...
akhirnya..ko naik tak bukit tuh??
haroslah tak..haha
Akak mmg salute kat you lah.. solo memanjang ye..
berani sekali je ke Kashmir dulu.
apa2 pun akak mmg tak lalu food di Beijing.. pasal minyak bijan dia kot.
solo ok...leh layan perasaan sorang2...takder sapa kacau, tp mati kutu gak bila tak blh nk bersembang kan...
ka yan..
akak lagi hebat solo ke kashmir. Selamat ke kak kalau solo ke sana?
liza...
sangat betul!!!
Hahaha sebenarnya nak naik juga tapi kaki kitorang dah cramp & perut pun dondang sayang. Tu yang alju menyumpah ko. Awat nye ko xnaik je. Dari exit Forbidden City memang boleh nampak dah viewing platform Jinshan Park tu.
Post a Comment