Hari yang ditunggu-tunggu pun sudah tiba. Hari ni nak gerak ke salah satu keajaiban dunia. Kalau nak ikutkan, ada beberapa bahagian great wall korang boleh lawati. Paling famous amos tentulah Badaling. Kata orang Badaling ni crowded. So kita ke section yang kurang sikit orang visit iaitu Mutianyu. Nak pergi sini kacang jer. Macam kacang cap tangan yang berkulit tu.. Kena kopek kulit dulu baru boleh makan. Maksudnya tak de la senang sangat. Dan tak la susah sangat pon.
ROUTE:
Dari Dongzhimen Stn, cari signage "Bus Transfer Hall". Kalau korang tak jumpa signage tu...korang try cari signage "Airport Express". Macam jauh gaklah nak kena berjalan. Bila dah jumpa signage "Bus Transfer Hall".....kena naik tangga sampailah korang keluar dari ticket gate (tempat korang tap/slotkan tiket tren). Dari situ, korang akan nampak escalator tinggi. Naik ajer escalator tu. Belah kiri korang akan nampak McDonald. Betul-betul sebelah McDonald tu, akan ada rupa macam gambar kat bawah. (Sorry la kualiti gambar pakai henpon cap ayam selain faktor mengejar QiQi). Kalau korang perasan, kat warna biru dalam gambar tu ada banyak nombor kan......... korang beratur ikut nombor 916. Betul-betul sebelah 866. Ikut ajer lane 916 tu akan lead korang naik bas 916. Andai kata ada tulisan mandarin sebelah 916 tu.......naik ajer. Sebab maksudnya "ekspres". Naik bas ni boleh tap je Yukatong. Kalau tak silap dalam 6yuan.
Perjalanan lebih kurang 1 jam. Gambar atas yang ramai manusia tu, lebih kurang pukul 4 petang. Time Syieda pergi pukul 8 pagi, lengang aje. Kalau tak silap, bas ni sejam satu kot. Bas ni akan berhentikan korang di Huairo Terminus Bus. Sila nengok gambar bawah. Stop ni betul-betul kat luar bus terminus. Ai is so pelik time tu. Sebab tak nampak bas lain..tapi semua orang turun. Syieda pun turun kan aje la. Turun aje bas nampak pulak deretan kedai. Hati sudah susah sebab tak nampak bas 936 yang akan membawa Syieda ke Mutianyu Great Wall. Time tu memang dah ramai dok kerumun Syieda ajak naik minivan. Mula-mula macam elak-elak berkomunikasi dengan dorang...
Sebab tak nampak langsung bas 936...last-last terus naik aje minivan yang ada kat sana. Yang penting korang kena nego abis-abisan. Dari tenet katanya rate sorang dalam 20 yuan - 40 yuan one way. Syieda dapat 30yuan. Kira ok la kot, sebab Syieda sorang je yang naik dan tak perlu tunggu minivan tu penuh. Perjalanan lebih kurang 20 minit.
*Ni yang Syieda agaklah...Kalau salah jangan kecam saya eh. Nak naik bas 936 rasanya kena ke jalan besar. Dari bus stop bawah ni, korang kena jalan arah kiri korang, sampailah jumpa main road. Belah kanan korang akan ada banyak bus stop. Rasanya lah kat situ kot korang boleh naik bus 936 direct ke great wall.
Kalau naik bas ke....... naik minivan ke...akan berhentikan korang betul-betul kat pintu masuk macam gambar kat bawah. Dalam kenderaan nengok belah kanan korang. Tiket masuk, shuttle bus , cablecar/toboggan boleh beli dari kaunter kat tent warna hijau tu.
Dari situ, korang kena menapak lagi merentasi kedai-kedai souvenir ni. Time tu boleh la pulak sejuk semacam. Niat nak nengok-nengok ajer.. ada ajer yang menarik masuk kedai. Entah mandrem apa dia pakai... Syieda pun belilah muffler. Nasib baiklah kualitinya bagus tapi mahal sikit. Siap dia ingatkan suruh datang kedai dia semula balik nanti ..."friend..friend...cheap...cheap..." Tu aje yang dia ulang tak abis-abis.
Tak jauh dari kedai-kedai tu, ada banyak shuttle untuk bawa korang ke entrance cablecar/chairlift. Nasib baik aritu tak perlu tunggu lama sangat sebab ada la dalam 5 orang ikut serta dalam shuttle ni. Agaknya winter, memang tak ramai orang, shuttle jalan je walaupun kami ni tak sampai 10 orang.
Jauh gaklah nak ke entrance chairlift ni. Kalau jalan kaki....minta nyawa gak. Tu kalau Syieda la. Insan yang tak fit langsung. Bila bas berhenti je...masing-masing excited terlebih. Jangan lupa membuang apa yang patut dekat sini. Sebab lepas ni dah tak de toilet ye.
Nasib baiklah Syieda naik chairlift instead of cable car. Sebab entrance cable car lagi jauhhhhh dan kena menapak agak tinggi.
Chairlift entrance ni betol-betol kat tepi toilet tu je ha. Tak jauh pun kena menapak. Naik tangga tinggi ni, macam tercengang-cengang sebab tak de orang. Nasib baik ada sorang staff tu nampak rusa masuk kampung ni. Dia pun ajaklah naik ke belah atas. Omangaiiii seriau bila nampak chairlift. Terfikir...betolkah tindakanku ini????
Bila nampak je chairlift ni teringat satu gambar yang viral kat FB tempoh hari. Chairlift yang muat-muat cikVon tu. Euww...Kalau cikVon besar..abislah nyawa dihujung tanduk.
Owh yer...tadi masa beli tiket, kena pilih nak naik cable car ke chairlift ni. Mula-mula plan nak naik great wall guna chairlift..turun nak guna toboggan. Pastu beralih pulak nak naik cable car. Sekali staff kat kaunter tu suruh pilih either chairlift or cable car. Sebab dua-dua tu company yang berbeza. Chairlift ngan toboggan pulak company yang sama. Terpaksalah pilih chairlift.
Bila naik chairlift ni..apa pun tak boleh gerak. takottttt sangat. Rasa kaki tergantung-gantung. Padahal kaki dah letak kat pedal. Ni kalaulah tak letak kaki kat pedal... mau ternaik metal bar yang macam seat belt tu. Serammm....
Sampai je atas ni.. ...rasa syukur sesangat. Paling terkesima bila nampak great wall depan mata.
Jejak aje kat great wall, mata memang terpana dengan view ni. Sebab ada snow kot. Ai is peminat snow. Harus rasa teruja lebih sikit. Nak dekat sejam jugaklah ...asyik menatap view ni. Memang tak gerak ke mana-mana. Nengok orang yang naik ke watchtower tu. Serammmm sebab dorang memapah kat tepi dinding great wall. Curam sangat. Haruslah i tak berniat ke sana.
Lepas tu, barulah Syieda gerak ke arah yang bertentangan. Seriously..korang yang nak naik greatwall ni..silalah pakai sunblock cream. Kulit terbakar uols. Padahal musim sejuk. Masa tu.. dah rasa kulit muka ni terbakar. Dan dan tu gaklah lorotkan beanie ke bawah..sampai tak nampak jalan dek mata terlindung. Mihmihmihmih..
Memang kagumlah dengan maharaja mana punya idea ni. Tak terjangkau dek akal den ni ha. Oleh sebab tak ramai orang time tu.. kejap-kejap Syieda lambai ke langit. sebab katanya great wall ni boleh nampak dari outer space. So kita budget astronaut nampak dari bulan. Eh tetiba.. Hiks.
Melingkar-lingkar great wall ni. Syieda cuma sampai 2 watchtower jek. Mihmihmihmih..
Adoiii bersungguh-sungguh kot bawa tripod dari Malaysia. Memang purpose bawak tripod ni pun untuk bergambar kat sini... sudahnya terlupa. Actually tak la terlupa. tapi malas nak mencari tripod yang ada kat atas katil sebab kali ni Syieda kena tidur katil atas kat hostel. Dah la pagi tadi bergegar katil double decker tu time Syieda turun. Dah bersiap-siap, baru teringat, tripod tu ada kat atas katil. Takut orang katil bawah terjaga... haruslah Syieda tak ambil tripod tu. Sudahnya...sendiri keciwa sebab tak berapa banyak gambar solo kat sini. Dah la Syieda ni suka bergambar. Memang memendam perasaan betul.
Dek tak tahan kulit muka dah terbakar .... niatnya nak patah balik. Oleh sebab rupa great wall ni sama aje.. boleh pulak Syieda terlajak ke section yang mula-mula tadi Syieda sampai. Nasib baiklah tak terlajak naik tangga tinggi tuh. Else memang mencari nahaslah.
Now nak turun balik. Decide nak naik chairlift ajer la. Sebab toboggan tu macam tak muat je cikVon kita. Eh??
Nak turun ni lagilah scary! Buat timelapse pun rupa tak senonoh. Sebab tangan tu atas metal bar je. Bila tengok balik video tu.. ntah apa-apa je lah aku capture.
Tunggu shuttle kat tempat kitorang diturunkan tadi. Kali ni balik pun sama dengan group tadi. Ha merasalah minta tolong salah sorang tu tangkapkan gambar sewaktu kat great wall tadi. Sebab dia ni asyiklah tersengih bila nampak Syieda. dari dalam shuttle sampai ke great wall. Salute jugaklah kat dia sebab naik cable car tapi berjalan sampai ke chairlift section.
Turun aje dari shuttle ...plan nak lari dari ahsoo yang jual muffler tu. Sekali boleh pulak dia lai lai kat kita. Adoii.. terpaksalah masuk kedai dia. Sebenarnya...tak de benda pun nak beli kat kedai tu. Dah la barang semua berhabuk. Nak tak nak terpaksalah beli fridge magnet. Dah la mahal. Sekeping jatuh lebih kurang RM5 kot. Mula-mula...boleh dia letak lebih kurang RM25. Nak mampss... Giler ke hapa fridge magnet mahal cenggitu. Tapi bila fikir balik... syukur lah dapat beli kat ahsoo tu.. sebab itu ajer souvenir yang Syieda bawa balik as tak sempat cari tempat nak beli any souvenirs. Travel berbelas hari...cuma beli 10 fridge magnet ajer.. Adoiii..
Owh yerrr.. TQ DJ poskan aku souvenir dari China. Kalau tak...memang tak de langsunglah tanda ingatan dari China. Xie xie ni
Keluar je dari area souvenir tu.. nak mencari jalan pulang. Driver minivan memang dah start keliling korang. Macam-macam la harga yang dorang tawarkan. So Syieda buat tak layan ajer..terus ke information counter yang ada dalam bangunan. Macam haremmmm staff tua terkutuk tuh. Dah la macam nak tak nak layan. Sebabnya dorang kena berbahasa inggeris. Boleh pulak dia suruh Syieda naik minivan. Time tu...ada sorang driver minivan yang ikut Syieda...Dia bukak harga 70yuan. Syieda kata tak nak. Pastu dia turun..turun lagi.. sampailah 50yuan. Pastu Syieda tetap kata tak nak. Syieda berkeras dekat information counter tu nak tau juga cara naik bas. Pastu dia congceng congceng apa ntah.. dengan muka cuka getah ..dia pun bagi Syieda sehelai kertas cara untuk naik bas. Syieda pun rampas je kertas tu..pastu blah. Bila dalam bas terfikir..adoii beraninya aku! Mihmihmihmih...
Sebenarnya...Syieda tak jumpalah kertas tu. Nanti dah jumpa............ Syieda up gambar tu kat sini. Senang korang buat rujukan ya.
Bus stop, memang betul-betul kat depan Mutianyu entrance tu ajer. Time Syieda tengah tunggu bas tu...datang sorang mamat ni. Mamat cina okei. Sebenarnya, Syieda perasan dia ni dari atas great wall tadi. Kalaulah Syieda tau..akan balik sama dengan dia....memang dah lama lah Syieda lantik dia jadi jurugambar tak bertauliah. Huhuhuu...
Tengah kitorang menunggu bas..tiba-tiba driver minivan tadi datang mengejar kitorang. Nasib baiklah dia cakap dengan mamat tu ajer. Pastu driver tu beralih ke arah Syieda. tak sempat nak hadam apa dia cakap...bas pun tiba. So mamat tu pun naiklah bas. Takut punya pasal...Syieda pun naiklah bas yang sama. Tinggallah terkontang-kanting driver minivan tu kat bawah sorang-sorang.
Bas yang Syieda naik tu rupanya macam biasa..tapi bila naik atas..masya'allah sempit! Nak jalan kat aisle pun kena mengiring. Kat tengah-tengah bas ada sorang konduktor pompuan. Bila dia jerit.. kuatnyaa suara......
Syieda tanya berapa tambang.. dia pula tak tau nak cakap berapa. Tiba-tiba dia tunjuk yukatong Syieda. Laaaa rupanya..kat sini boleh pakai yukatong. Ingatkan kat bandar Beijing je. So tak taulah berapa tambangnya. Dalam 30 minit lepas tu, bas berhenti kat satu tempat ni. Ramai orang turun. Mamat tadi pun turun. Syieda pun join turun sama. Sekali toleh kiri kanan...macam tak familiar tempat ni. Nama tempat ni Yujiayuan.
Pastu mamat tu pun tanyalah Syieda nak pergi mana. Kitorang pun berborak macam ayam dengan itik. Sebab english dia sangat limited. Nak nanges i time tu sebab dia tak tau siapa Lindan. Pengsannnnn... Badminton pun dia tak tau. padahal Syieda siap lah buat gaya orang tengah smash. Pitam kejap! Yang lagi haruuuu padahal dia orang China okies! tapi macam Syieda pulak yang jadi tourist guide. Waktu kitorang berbincang tu...Syieda pun tunjuklah kertas yang Syieda dapat tadi. Patutnya dia faham lah kan.. Tapi haremm...
Dari situ, kitorang kena naik satu lagi bas untuk ke Huiro Bus terminus.
Akhirnya...bas tu pun tiba. Kitorang diturunkan kat satu tempat yang banyak naw bus stop. Even seberang jalan pun banyak bus stop. Waktu ni..mamat tu konon-konon nak lead la. Siap bagitau Syieda kena tunggu bas kat sini untuk balik Dongzhimen. Tu pun dia confident cakap lepas baca tulisan yang banyak-banyak kat bus stop. Tapi Syieda rasa bukan. Syieda pun pergilah tanya kat sorang amoi yang tengah tunggu bas ni. Nasib dia boleh berbahasa inggeris. Dia cakap kena seberang jalan. Bila Syieda cakap dengan mamat tu yang kita kena jalan..dia pun dan dan tu jugaklah nak pergi tanya amoi tu semula. Eii sapa yang guide sapa ni? Akhirnya..kami pun melintas jalan besar tu dan berjalan kaki untuk tunggu bas 916 kat tempat Syieda diturunkan pagi tadi. Paling tak boleh blah.....Syieda ditegur oleh kawan driver minivan pagi tadi..Siap tanya.. ingat lagikah???
Kami tak tunggu lama pun untuk naik bas 916 tu. Dalam bas kami berborak jugaklah. Tiba-tiba dia tanya apa QiQi Syieda. Terbuntang kot biji mata nak tau apa tu QiQi. Bila tanya apa tu QiQi..dia tak nak jawab pulak. Mesti berbelit kot lidah dia nak terangkan. Pastu Syieda buat-buat tidur. Malu hoii.. Sampai Dongzhimen dia kejutkan. Ntah ailio meleleh ke idok tadi. Mihmihmihmih...
Bas 916 tinggalkan kami kat satu tempat yang unfamiliar. Syieda cakap dengan mamat tu..ikut ajerlah orang ramai yang tengah jalan tu. Dia pula suruh tunggu sementara dia pergi tanya polis yang ada kat situ. Sudahnya memang situ jugaklah kami kena menapak.
Bila sampai dalam Dongzhimen Stn, kami berpisah. Syieda dengan confident cakap naik tren yang bertentangan. Sekali bila dalam tren, baru perasan yang Syieda silap. Dah satu kerja kena patah balik. Dah la Dongzhimen station ni besar.
Dari situ, Syieda nak gerak ke Hutong. Kat Hutong ni, korang boleh menikmati satu pemandangan yang agak menyenangkan. Banyak bangunan tradisional ada di sini. Bumbung dorang cantik. I loike! tak lama pun kat sini, sebab dah start gelap dan sejuk ya ampunnn....
Route:
Dongzhimen --> Guloudajie Stn (Line 2) Exit B (Southwest).
Walk south.
Agak jauh ye nak menapak dari train stn ke drum dan bell tower ni. Minta nyawa!
Lawoo nye la hai Mc Donald kat sini. Memang dah park niat nak ke sini kejap lagi pun. Sampai je kat bell tower nengok dari luar aje la. Sebabnya bell tower tu dah tutup. So patah balik dan sempatlah menyinggah ke McD sambil makan-makan apa yang patut. Gigih ke idok menerima tamparan sejuk sebab duduk kat area luar.
Delivery scooter pun comel ajer.
Bell Tower dari kejauhan.....
Route:
Gulaoudajie--> Olympic Sport Center (Line 8)
Exit B1/B2
4 comments:
Ko dapat kwn ngn lindan ek..hihi
Perjalanan ke Badaling Great Wall jauh lebih mudah rasanya...
jea..
sadap u!
En Mie.
Betul tu. Saja nak buli diri sendiri.
Post a Comment