Pagi ni terbangun awal la sikit dek tak selesa tidur dalam gerabak yang bergerak. Sikit-sikit terjaga sepanjang 11 jam perjalanan. Pak cik sleeper sebelah tetap nak berbual. Syieda pun main jawab je la ikut suka hati nak jawab apa. Beberapa minit nak sampai, ada inspector kereta api kutip slipper. Ingatkan dapat free. Ghupanya idok yer.
Akhirnya, jam 8 lebih sampailah Syieda di Xian. Ada sedikit keterujaan di situ ya. Sebab apa? Sebab memang plan nak makan aje apa yang ada kat sini.
Gitew la orang gems....ingat makan aje kerojenya.
Oleh sebab langsung tak membuang sepanjang berada kat dalam kereta api semalam, nampaklah toilet kat area-area situ. Gigih ni masuk. Sekali.......
Eh?? Apa ni? Pelik hokei toilet cenggini. Pastu nampak la pulak ada je yang tersenggih-sengih membuang tak reti nak tutup pintu. Adehhh.. Kecelakaan apakah ini??
Pastu ikut je orang ramai keluar train station. Eh??? Dah sampai dah? Kecik bebenar rasanya train station ni. Tapi tidak sebenarnya ya. Untuk ke waiting hall pula, memang besar sebab ada 2 tingkat.
Wallaaaa... keluar je memang dah tersergam gagah perkasa wall perimeter ni. Pastu ntah nape, Syieda pun senyum sendiri. Nampak tak orang yang sedang mengangkut plastik putih tu? Kat sini memang pemandangan biasa kalau korang nampak pak cik - pak cik tua dok mengangkut barang yang 2 atau 3 kali ganda lebih besar dari badan mereka. Muka pula kemain cool aje. Serious gagah perkasa.
Cuaca pagi tu tak berapa memberangsangkan sangat. Aish....kabuslah pulak dah. Dari situ, terus berjalan kaki ke hotel. Tak susah pun nak ke hotel. Jalan straight aje. No belok-belok. Jiefang Lu memang betul-betul depan train station. Korang yang nak cari hotel, boleh consider area jalan ni.
Lepas jumpa hotel, lepak-lepak kejap, pukul 12 barulah bergerak. Plannya nak cari makanan. Walhal Syieda punya bahu naik rebeh mengangkat stok makanan dari Malaysia. Tetap nak gi makan kat luar.
Turun bawah, tanya receptionist haram tak faham. Macam biasalah accent kita kan tak sama. Dalam banyak-banyak perkataan disebut, tetiba ada lah satu perkataan tu yang dia faham. Terus bulat mulut dia cakap OO0000OO00000...
Hari ni nak ke Bell dan Drum Tower. Bell Tower sebutnya Zhong Lou ye. Untuk ke sini, dari hotel kena menapak sikit untuk naik bas. Bas ambik betul-betul kat depan Xian Railway Station tadi. Area KFC. Owh ye, Kalau korang dari train station, kat jalan tu, ada McD belah kiri korang (which is jalan nak hotel Syieda). Side kanan ada KFC. Tunggu aje bas nombor 611. Bas memang banyak. Sentiasa ada. Tambang pula 2 yuan. Macam mahal la pulak berbanding dengan Beijing. Ke Syieda silap?
Bas kat sini, tak berhenti di setiap bus stop yer. Bas akan berhenti kat bus stop yang ada nombor bas tu aje. Macamana nak tau?
Sonang ajer.....Kat bus stop ada tulis nombor bas. Tak pun kat jalan tar depan bus stop ada nombor bas. Senang sikit korang dah boleh siap-siap beratur ikut kotak yang telah disediakan.
Dalam bas ni tak de LED display. So agak payah. Nanti bila dengar aje announcement sebut "Lou" korang boleh turun. Stop ni betul-betul kat depan bell tower. Bell tower ni memang kat tengah-tengah roundabout. Kiranya, sebelum bas ikut roundabout tu, korang dah boleh turunlah ya. Gambar bawah yang banyak bas tu ialah tempat yang patut korang turun kalau naik bas 611.
Bell Tower ni ada beberapa tingkat. Layan jugaklah Syieda dok naik semua tingkat. Walaupun sepatah haram tak faham apa display tu punya riwayat hidup.
Memang kabus agak tebal time tu. Ntah jerebu ke bukan pun tak tau lah. Sebab masa Syieda datang ke China dulu, tengah sibuk cerita pasal jerebu negara kita dah dibawa angin ke China. Tapi tak de bau asap pulak. Bukan jerebulah agaknya.
Dari atas memang korang boleh nampak starbuck cafe yang unik ni.
Tu diaaa... drum tower dari jauh.
Okeh mari kita gerak ke drum tower pulak. Untuk ke drum tower ni, kena lalu depan starbuck tadi. Paling win bangunan ni. Lama gak kot Syieda duduk kat tangga sana sambil perati je bangunan ni. Lawo kemain. Bangunan ni shopping complex agaknya. Ke hotel? Eh tak tau lah.
Oleh sebab dah bayar tiket combo, terus je masuk Drum Tower. Ramai jugaklah orang pada hari tu. Al-maklumlah Ahad katanyee..
Dari tingkat atas, memang boleh nampak ramai peniaga muslim kat bawah. Sebab inilah muslim quater yang orang dok cakap-cakap tu. Tapi tak ramai pun orang?
Jeng...jeng...
--> Selamat berpuasa korang. JB cuti niari. Sehari je la. Tapi Syieda cuti seminggu. mihmihmih
3 comments:
Aduhhhhh! Rindu Xi'an....
Samaaa
Rindu makanan kt Xian.
Post a Comment