Baru je nak melangkah masuk jalan yang happening tu, hati memang dah terpanggil-panggil nak mencuba satay China yang orang dok cakap sedap. 10yuan satu cucuk. Bagi Syieda macam mahal la kot. Oleh sebab nak try saje, kita kasik order satu.
Walaweiii sedap ya amattttt!! Serious sedap! Padahal tak de kuah ke apa tau. makan cenggitu aje. Satay tu dorang bakar time korang order je. Nanti dorang akan tanya, nak pedas ke idok. Haruslah mengangguk yer. Dah 4 hari tak rasa makanan pedas ni......... rasa macam hapa je tekak.
Satay ni dicucuk kat kayu apa ntah. Pastu nanti buang kat tong-tong yang ada disediakan kat tengah-tengah jalan. Mula-mula ingatkan perhiasan ke apa. Sebab cantik pulak ranting tu disusun kat dalam tong sampah.
Jalan ni tak panjang sangat. Tapi memang mewah la kanan kiri makanan halal. Korang boleh kenal pasti sama ada peniaga tu muslim apabila yang lelaki tu pakai kopiah dan perempuan tu bertudung. Letakkan was was kat tepi okeh. Insya'allah halal.
Meh Syieda tunjukkan antara makanan lazat yang ada kat sana.
Terliur tak??? Nyum nyum. tapi tak teringin nak makan pun sotong ni sebab mana ada laut kat area Xian kan?? Ha gitew... tapi korang kalo nak makan silakan lah.
Kali pertama ni nampak walnut. Eh ye ke?
Kat sini, memang jadi tumpuan orang ramai. Tak kiralah muslim ke idok. Makin petang makin ramai orang yang berkunjung ke sini. Tetiba time tu teringat pula cerita Zilla bila ada orang mengekori dia semasa di sini. Seramm.. Dah la Syieda ni travel solo. Aish..
Ni kuih apa ntah. Try beli. Tapi tak kena dengan tekak. Macam pulut pastu orang tu sira dengan air gula. Tapi warna macam coklat-coklat. Takkan kat sana pun ada gula melaka kot? Harganya murah je...3yuan.
Roti cenggini memang banyak dan berlambak-lambak kat muslim quarter di China. Roti ni macam manis sedikit. Tapi ok la kalau setakat nak makan dengan tuna dalam tin tu.
Yang warna kuning tu ialah pisang goreng versi China. Sedap gaklah. Pisang tu dicelup dalam bancuhan tepung pastu digolek atas bread crumb pastu digoreng. Memang layan la makan waktu winter sebab bread crumb tu panas tapi tang pisang kat dalam sejuk pulak. Harga 8yuan.
Dalam banyak-banyak makanan kat sini...ntah kenapa lah tekak ni tak boleh telan kaki binatang ni. Mula la fikir yang bukan-bukan. Time dalam kedai makan dok perati je benda ni di restock oleh pekerja muslim tu. Tetap la was was memanjang. Aish.....
Sekali bila DJ post gambar ni, katanya kaki kambing ke apa ntah.
Ntah mana ikut lorong tu, sampailah di Masjid Xian. Tapi tak masuk sebab ada entrance fee la pulak.
Ni lah kedai makan yang Syieda kunjungi untuk 2 hari berturut-turut. Sebabnya.. terliur kat carrot cake kedai ni. Tu yang tudung putih baju pink tengah masak carrot cake.
Tak tau lah kenapa namanya carrot cake. walhal langsung tak de carrot. Sedap sungguh okeh! Pedas dan panas. Nyaman je lalu kat tekak ni. Kalau ikut versi kita macam kuetiaw gitu. Semangkuk berharga 8yuan.
Senang je nak order. Tunjuk makanan yang berkenan dihati, pastu tunjuk jari satu. Pastu masuk kedai. Nanti dia bagi tempat mana nak duduk. Tunggu jelah makanan tu sampai. Serious tak cukup satu. Tapi sebab takut perut memulas, makan semangkuk je. Kat sini tak de jual air. semua orang bawa air sendiri.
Ni pulak versi mi tarik yang tak nampak pun orang tarik. Hmmm... ..
Dalam setiap kedai memang ada jual yogurt. Tapi tak test pun. Yang pasti rasa yogurt la kan. Takkan rasa sirap bandung pulak?
Gula tarik memang banyak dibuat kat sini. Korang boleh tonton proses dorang menarik gula tu dan try rasa. Ada macam-macam rupa dan bentuk. Sedap jugak. Belilah beberapa kotak untuk bawa balik Malaysia. Sampai Malaysia.. separuh dah hancur lebur. Sekotak 20yuan sajork.
Dah habis tawaf satu jalan tu, tawaf sekali lagi yer. Al-maklumlah niari tak de buat benda lain selain makan aje. Lebih kurang pukul 5 bertolaklah balik ke hotel. Naik bas di laluan yang bertentangan dari side datang tadi. Tak payah risau sebab bas 611 memang kerap sangat.
Dalam perjalanan tu, ternampak pula jejantas berbentuk bulat ni dari jauh. Turun aje kat bus stop yang berhampiran. Dan menapaklah lebih kurang 10 minit ke sana. Saje je nak berhenti kat sini. Nak merasa naik jejantas besar cenggini. Sebabnya tak pernah nampak pun. Ada jakun sikit di situ ya. Pastu masuk pulak bangunan kat sebelah tu. Ha jangan tak tau... satu bangunan semuanya jual barang-barang salon. Dari syampu ke curler ke sikat sampailah ke kerusi salon.
Ada gak berkenan dengan make up case .... murah pulak tu. Harga tak sampai RM50 pun. Kalau kat Malaysia jangan haraplah. Cecah RM200 lebih gak. Berkira-kira nak beli ni..... Tapi bila fikirkan masih jauh lagi perjalanan....haruslah keluar dari bangunan tu dengan kekecewaan.
Akhirnya sampai pun kat hotel. Sebab hotel sebelah bangunan tu aje. Dengan confident Syieda naik lif. Sekali silap tingkat. Nasib baik kat sini tak de orang. Tak de la malu sangat. Lagipun boleh layan view jejantas dari atas.
5 comments:
Syeida, actually boleh je masuk Masjid Xi'an free. Just inform dia kita nie muslim dari Malaysia.
Syieda..sorry lama tak menyelit kat sini..tinggal jejak dulu nanti datang balik sbb Xian tu one of my dream destination
Dear... Kalu nak masuk Masjid tu percuma jek... Tak payah bayar... Just beri salam... Assalamualaikummmm!
Mana sambungan nye ni?
Sebulan dah ni tunggu !!
Mereng, kitorang masuk x bayar apa pun. Bagi salam & cakap nak tumpang solat
Post a Comment