Meh nak share cara ke sini.....kot-kot la korang nak stay jugak kat sini nanti.
Route:
Keluar je dari wallperimeter kat depan train stn tu, belah kiri korang ada MCD (mcm gambar bawah). Belah kanan pulak boleh nampak KFC.
Lintaslah mini roundabout depan tu, dan berjalanlah terus ikut tepi MCD tu ha. Jalan yang korang lalu tu ialah Jiefang Rd.
Betul-betul sebelah hotel tu, wujudnya Vienna Hotel. Hotel ni kecil je rupa dia dari luar. Tak de la gah mana pun. Tapi I tetap loike!
Hotel ni Syieda booked tru Agoda dengan harga RM107/nite sahaja. Bagi Syieda berbaloi kot harga. Ni stay untuk 4 orang pun boleh. Sebab katil macam besar je.
Bilik ni tak de tingkap..tapi korang boleh nikmati keindahan Eiffel Tower dari kejauhan.. Bercahaya Eiffel Tower ni tak kira siang ke malam......Eh????
See tru toilet ya. Awas boleh mengudang suasana romantik kalau yang pergi secara kelamin. Eh sekali lagi.
Ada ruangan santai kat tingkat 14. Dari sini, korang boleh layan view. Ni pun aku tau sebab tersilap naik tingkat 14. Macam biasalahkan.....bila tiba kat hotel, memang selalu sangat silap floor.
Kalau korang dari jejantas bulatan yang besar tu...dah boleh nampak Vienna Hotel.
Hotel ni boleh check-out pukul 2 petang ya. Extra bonus bagi yang naik tren malam nanti. Tak de la tercongok lama sangat kat dalam tren stn tu.
No comments:
Post a Comment