Pagi ni memang bangun awal sebab plannya nak check-out pukul 8 pagi. Dalam pukul 7.30 pagi dah minta tolong adik-adik manis kat reception desk tu tolong call kan taxi. Walaupun dah remind dorang dari semalam....haram belum call taxi ghupenya. So pagi tu, dorang tolong tahankan taxi untuk ke Zhangye Railway Station. Kalau baca mana-mana post pun, memang dah bagitau tambang taxi mesti 10 yuan. Tapi pagi tu, staf tu bagitau tambang hanyalah 5 yuan. Tu katanyeeee..hakikatnya, taxi tetap charge 10yuan.
Tak jauh mana pun stesen kereta api ni dengan hotel. Dalam 10 ke 15 minit dah sampai dah. Stesen ni masih baru lagi sebab memang boleh nampaklah shoplot dorang sedang dibangunkan. Timbunan pasir ada dimana-mana.
Besar naw stesen ni. Macam rupa airport pun ada gak. Duduklah melangut kat dalam tu nengok orang ulang-alik beratur untuk naik tren.
Pukul 10.10 pagi, tren pun tiba. Pagi ni naik bullet tren terus ke Lanzhou. Seat tren ni memang best dan besar. View pun ohsem weii.. Dalam jam 1 petang, sampailah di Lanzhou Xi Railway Station. Stesen ni super duper besar dari stesen tadi. Nak tercabut kaki ahkak mengejar dorang sebab nak menuju ke kaunter tiket untuk beli tiket ke airport pulak.
Mengikut signage "NORTH" akan guide korang ke luar bangunan ni. Kat belah kanan korang akan nampak kaunter tiket. Mula-mula aku pun nyaris terhijab daripada nampak kaunter tiket ni. Sebab aku bayangkan kaunter tiket ni macam tingkap-tingkap kecil kat tepi dinding ceggitu. Rupanya idok eh.
Ni satu lagi hazab bila dorang tak faham apa aku cakap. Silap aku gaklah lupa nak cari "airport" dalam mandarin. Siap aku buat bunyi dan aksi okeh. Padahal dalam booking tiket kapal terbang aku tu memang dah siap-siap tulis nama airport. Nasib baiklah dalam banyak-banyak whatsapp yang aku hantar untuk rescue telah dibalas oleh sorang member satu tempat kerja. Rupa-rupanya Zhongchuanjichang namanya. Huk Huk Huk. Ada banyak pilihan masa departure. Dan aku pilih paling awal iaitu 20 mins dari tempoh tiket aku tu di print.
Akhirnya macam tak cukup tanah aku berlari untuk mencari dimana platform tren. Siap scan bagai bag dengan aku sekali, berlari pulak naik ke departure hall. Penat toksah cakaplahkan. Yang pasti..kat sini aku ada nampak restoran halal. Tapi aku mampu nengok je lah kan.....Akhirnya, aku pun sampailah kat mesin automatik tiket. Tak de orang pun beratur. Kalau nak dikira-kira mestilah aku orang terakhir sampai. Aku pun try swipe tiket tu. Tapi kuar warna merah dan palang tu tak mau naik. Ah sudah. Time tu aku tak kira la malu ke apa. Banyak kali aku swipe cenggitu juga. Jangankan peluh jantan...segala mak nenek peluh dah keluar time tu.
Aku pun duduk kat kerusi situ sambil tarik nafas kekeciwaan. Tiba-tiba sorang pompuan ala-ala pramugari berjalan ke arah mesin tiket tu. Barulah orang ramai yang duduk sama-sama tadi.... bangun dan beratur. Cisss rupanya Tipah tertipu okeh. Walaupun pompuan pramugari tu cantik menawan..tapi budi bahasa memang out okeh. Tengking dan tolak orang tua memang tak de masalah.
Pukul 3.40 aku pun sampai di airport. Now aku terkial-kial mencari kat mana terminal2 as kapal terbang malam ni akan depart dari T2. Pusing punya pusing, rupanya tren ni memang berhenti di T2 Lanzhou Airport. Now baru pukul 4 dan mereputlah sorang-sorang kat situ menunggu nak check-in pukul 6 petang.Airport ni tak de la besar mana. Retail department pun kecik aje pun. Tengah duduk tiba-tiba segerombolan polis buat spotcheck. Sekali dengan aku pun dia spotcheck. Nasib baiklah mamat kat sebelah ni tolong translate apa si polis tu mintak. Oleh sebab ko ni foreigner, dorang bukannya bersungguh nak check korang pun.
Tepat jam 6 petang, terus aku ke self check-in counter. Sekali aku yang haram tak faham nak check-in camana. Oleh sebab nampak aku ni macam terkial-kial, staf tu suruh terus ke kaunter 6. Chek-in mudah je. Tapi ada benda yang korang kena tau lepas dapat boarding pass. Ni pun aku tau lepas aku kutip pengalaman menaiki China Eastern Airline. Once dapat je boarding pass...korang kena tunggu kat tepi kaunter tu. Ada LED display board. Kalau beg korang yang di scan tu ada problem...makanya nama korang akan naik. So korang kenalah masuk dalam satu bilik ni untuk digeledah begnya.
Nak dijadikan cerita...airlines ni bagi 20kg luggage free. So aku pi la humban semuanya masuk kargo. Sekalinya, bagpack aku tu tak lepas sebab aku ada letak battery camera kat dalam tu. Dorang bukak bag aku dan suruh handcarry battery tu. Oleh sebab tadi aku dah wrap bag aku ni...jadinya staff tu bawa bag aku untuk di wrap semula F.O.C.
Sini bukannya pakai plastik untuk wrap ye Pakai kotak. Oleh sebab aku tak nak berkotak bagai...aku pilih yang murah iaitu strap ajer dengan harga 10 yuan.
Memang aku sarankan ...beradalah di airport lebih awal..sebab kat sini memang kaw kaw beratur. Flight malam tu delay 1 jam as Urumqi bercuaca teruks.
Untuk next entry bermulalah cerita tak seronok aku...Senang cerita............ Chengdu tak berapa nak mengalu-alukan kedatanganku kali ni. Huks.
2 comments:
Assalamua'laikum Syieda
Sila sambung penulisan secepatnye please.....
Cantik jugak view gunung ganang die..
Post a Comment