Selepas Jinjiang River tu ialah Linjiang West Road. Jalan ni kecil je. Korang lintas jalan dan gerak ke kiri. Macam ada hotel ke apa ntah kat tepi tu. Bangunannya besar. Pastu kat situ ada Subway Restaurant. Sebelah dia macam ada sekolah kalau tak silap aku. Jalan dalam 5 minit korang akan nampak Fiesta Thai Restaurant kat belah kanan.
Hostel ni kat sebelahnya je. Masuk entrance Traffic Hotel ni. Pastu ikut kiri korang akan lead ke arah hostel. Dari luar memang tak nampaklah hostel ni.
Aku rasa ok je hostel ni. Lengkap serba serbi. Check-in dan check-out cepat. Staf pun baik dan ramah. Last day aritu, aku memang tak sempatlah nak post postcard sendiri. Aku minta dorang tolong belikan setem dan pos sekali. Ha postcard kat sinilah yang paling lambat aku dapat. Agaknya dorang terlupa nak post hagaknya 😳.
Yang pasti aku tak nampak pun lift. Abislah sape yang bawak luggage banyak-banyak.
Hari tu rate untuk single bed shared bathroom semalam ialah 98 yuan.
2 comments:
okaay comel saja tempatnya ehehe. bestnya berani jalan sorang. CT penakut banyak hihi and tak lepas lagi nak pergi sorang. wishlist juga one day nak cuba jalan solo..
Siti,
Saya pun penakut gak. Tapi belasah je la try.
Post a Comment