3 Disember 2018
Hari ni anak sedara aku super excited as tertunai sudah perjanjian yang aku buat hampir setahun lamanya. Tetibeeee
Untuk ke sini kami naik metro line 11. Walaupun kami tak perlu nak tukar train tapi agak lama jugaklah nak sampai Disneyland ni. Lagi-lagi tetiba kami kena tukar train di Luoshan Road sebab train nak kena service la pulak...
Seingat akulah..keluar dari perut metro line 11 di Disneyland Park station tu, macam ada dalam sebuah station yang sangat besar. Aku sempat withdraw duit kat station tersebut. Memandangkan kami plan nak tunggu sampai fireworks malam nanti, kami siap-siap beli tiket metro untuk balik. Takut berebut dengan orang lain. Bukan tak tau orang mainland ni.. suka naw nak berebut-rebut.
Usai urusan di station, kami terus menapak ke park. Pergh jauh gaklah. Tapi time tu tengah excited. Tak de lah rasa jauh sangat. Yang nampak lebih menarik ada boat yang dihias cantik membawa penumpang yang stay di Disney Hotel untuk ke park. Wah ini macam kena repeat balik nanti. Hiks.
Kami sampai lebih kurang 15 minit selepas park dibuka. Itu pun dah panjang gilers orang beratur. Selepas beg kami di belek-belek(perkara biasalah tu) kami pun masuklah dengan gembiranya. Dengar je lagu yang dimainkan lagilah menggelupur kegembiraan kami haritu.
Ok done satu gambar kat sini!
Masuk je kami dalam park..ehhh mickey dan minnie lalu depan kami. Dan paling bestnya, time tu tak de ramai sangat orang beratur untuk bergambar. Apa lagi.. aku pun tarik adik aku untuk beratur sama. Hahahah anak sedara aku macam paksa rela gituh.
Aku memang terpisah dengan dorang anak beranak as aku tak mampu nak berjalan macam orang lain. Sedih betul trip aku kali ni. Ntah nape la kaki aku time ni jugaklah nak sakit. 😓
Actually aku memang dah listkan nak makan apa sepanjang di sini. Salah satunya mestilah popcorn. Walaupun sama je rasa popcorn kat mana-mana. Tapi bila kita makan dalam bekas yang cute ni mesti lagi feel. Hihihi
Aku memang teringin sangat nak makan aiskrim. Aku ada baca satu blog ni yang aiskrim macam kat bawah ni selalu sold out. Memang rezeki akulah dapat beli aritu. Yess.. lepas beli aku pun duduk sambil-sambil ambil gambar. Nak bagitau family kat rumah yang aku dapat beli aiskrim ni. Sekali adik aku datang pastu tanya aku..."Halal ke tu?".. Aku pun macam terkulat-kulat. Terus aku google ingredient-nya. Tak nampak macam mencurigakan. Tapi ada satu label ni bila aku google dan infonya...dorang gunakan sumber haiwan. Tapi tak cakap pulak haiwan apa. Cis bedebah sungguh. Terus aku buang dalam tong sampah sambil berlalu pilu. Huhuhuhu
Aku banyak menghabiskan masa round-round tanpa tujuan sepanjang kat sana. Aish.....Kalau la aku tau kejap lagi aku akan terkandas...memang aku dah visit semua tempat yang best kat dalam park ni awal-awal lagi.
Aku ni kerjanya asyik shopping ajelah sepanjang kat sana. Apa ntah yang aku beli pun tatau. Oleh sebab adik aku ikut...aku skip belikan souvenir untuk anak-anak dia. Hiks.
Oleh sebab aku tak tau nak buat apa..aku nampak pulak waiting time-nya 5 minit aje..terus aku ke "Voyage to the Crystal Grotto". Luckily adik aku call aku. Time tu jugaklah aku suruh dorang datang sini. sebab tak payah nak beratur bagai.
Dapatlah satu-satunya gambar dengan disney castle sepanjang hari tersebut. Waktu ni kalau tak silap aku dah noon. Perut pun dah berkeroncong. Terus kami ke Disneytown untuk cari makanan.
Lepas security border tu...jalan ke kanan korang until korang jumpa Food Republic. Kalau korang jalan terus macam kitorang aritu..nanti korang kena naik tangga bagai untuk ke foodcourt.
Ada food court halal kat hujung sekali dalam ni. Time aritu pun ada dah beberapa muslim family tengah makan.
Price sesuailah dengan namanya theme park kan. Ni menu anak sedara aku kalau tak silap. Sebab rasanya aku makan beef noodle lagi hari tu.
Area Disneytown ni best korang boleh shopping macam-macam. Ada pandora, ada sephora and a few brands outlet. Semuanya ada kat sana. Tapi kalau beli tiket park sehari..memang tak sempatlah nak buat lawatan muhibbah.
Settle makan kami gerak semula ke park. Time ni hujan dah start turun. Adeii.. Start tak best time tu. Aku ni nak gerak laju-laju memang terbatas sangat. Sekali tu ada parade. Tunggu jugaklah. Tak habis pun aku nengok sebab hujan semakin lebat. Aku dah siap bertengkar dengan adik aku time tu. hahaha.. Bak kata aku kat anak sedara aku.. "Bila travel ni tak seindah mimpi".....agaggaga.. Ntah paham ke idok anak sedara aku tuh.
Keluar dari situ aku tak tau nak pergi mana. Aku terpaksa beli raincoat sebab kat luar tu hujan makin lebat. Jalan punya jalan aku duduk kat kerusi-kerusi yang ada di sepanjang jalan yang ada kat laluan parade tu. Adoii sadis betul hidup aku time tuh.
Bila dah gelap, hujan mulai berhenti. But still gerimis lagi. Aku sambung shopping.
Around pukul 7.30 malam kitorang gerak balik sebab ingatkan fireworks tak de. Almaklumlah hujan kemain lebat. Bila kami dah sampai kat metro station...adehhh bunyi fireworks. Cis bedebah sungguh.
Baliklah kami dengan kekeciwaan.
Kami sampai lebih kurang 15 minit selepas park dibuka. Itu pun dah panjang gilers orang beratur. Selepas beg kami di belek-belek(perkara biasalah tu) kami pun masuklah dengan gembiranya. Dengar je lagu yang dimainkan lagilah menggelupur kegembiraan kami haritu.
Ok done satu gambar kat sini!
Masuk je kami dalam park..ehhh mickey dan minnie lalu depan kami. Dan paling bestnya, time tu tak de ramai sangat orang beratur untuk bergambar. Apa lagi.. aku pun tarik adik aku untuk beratur sama. Hahahah anak sedara aku macam paksa rela gituh.
Habis je bergambar..... tempat pertama kami terjah ialah Tron Lightcycle Power Run di Tomorrowland as kat Shanghai je yang ada. Ni kalau lambat memang hazabedah lah beratur. Itu pun dorang guna fastpass. Bila aku nengok roller coaster tu..aishh macam takut plak. Lagi pulak lutut aku dah la sakit sepanjang trip aritu. Memang tak lerrr aku nak naik. Aku tunggu kat bawah je. Saje-saje aku klik shutter, eh aku terklik gambar dorang anak beranak. Hihihi
Actually aku memang dah listkan nak makan apa sepanjang di sini. Salah satunya mestilah popcorn. Walaupun sama je rasa popcorn kat mana-mana. Tapi bila kita makan dalam bekas yang cute ni mesti lagi feel. Hihihi
Aku banyak menghabiskan masa round-round tanpa tujuan sepanjang kat sana. Aish.....Kalau la aku tau kejap lagi aku akan terkandas...memang aku dah visit semua tempat yang best kat dalam park ni awal-awal lagi.
Aku ni kerjanya asyik shopping ajelah sepanjang kat sana. Apa ntah yang aku beli pun tatau. Oleh sebab adik aku ikut...aku skip belikan souvenir untuk anak-anak dia. Hiks.
Oleh sebab aku tak tau nak buat apa..aku nampak pulak waiting time-nya 5 minit aje..terus aku ke "Voyage to the Crystal Grotto". Luckily adik aku call aku. Time tu jugaklah aku suruh dorang datang sini. sebab tak payah nak beratur bagai.
Dapatlah satu-satunya gambar dengan disney castle sepanjang hari tersebut. Waktu ni kalau tak silap aku dah noon. Perut pun dah berkeroncong. Terus kami ke Disneytown untuk cari makanan.
Price sesuailah dengan namanya theme park kan. Ni menu anak sedara aku kalau tak silap. Sebab rasanya aku makan beef noodle lagi hari tu.
Area Disneytown ni best korang boleh shopping macam-macam. Ada pandora, ada sephora and a few brands outlet. Semuanya ada kat sana. Tapi kalau beli tiket park sehari..memang tak sempatlah nak buat lawatan muhibbah.
Settle makan kami gerak semula ke park. Time ni hujan dah start turun. Adeii.. Start tak best time tu. Aku ni nak gerak laju-laju memang terbatas sangat. Sekali tu ada parade. Tunggu jugaklah. Tak habis pun aku nengok sebab hujan semakin lebat. Aku dah siap bertengkar dengan adik aku time tu. hahaha.. Bak kata aku kat anak sedara aku.. "Bila travel ni tak seindah mimpi".....agaggaga.. Ntah paham ke idok anak sedara aku tuh.
Serious aku tak tau mana arah nak tuju. Hujan makin lebat. Jalan punya jalan aku lalu area Alice in Wonderland Maze di Fantasyland. Tu pun aku jengah dari atas je sebab hujan kemain lebat. Sian orang kat dalam maze tu bertempiaran lari.
Sekali sebelah maze tu ada sleeping beauty castle. Aku try masuk. Rupa-rupanya ada "Once upon a Time Adventure". Aku pun join. Selain nak elakkan hujan, aku nak panaskan badan sebenarnya. Tu yang aku join. Sekali adventure ni memang adventure betul sebab ko kena mendaki tangga-tangga yang ada untuk naik ke chamber. Tapi memang cantiklah view dalam tu. Dengan perincian tangga, mosaic, dinding dan semua la. Aku rasa aku je lah orang terakhir yang sampai kat setiap pit. HuhuhuhuKeluar dari situ aku tak tau nak pergi mana. Aku terpaksa beli raincoat sebab kat luar tu hujan makin lebat. Jalan punya jalan aku duduk kat kerusi-kerusi yang ada di sepanjang jalan yang ada kat laluan parade tu. Adoii sadis betul hidup aku time tuh.
Bila dah gelap, hujan mulai berhenti. But still gerimis lagi. Aku sambung shopping.
Around pukul 7.30 malam kitorang gerak balik sebab ingatkan fireworks tak de. Almaklumlah hujan kemain lebat. Bila kami dah sampai kat metro station...adehhh bunyi fireworks. Cis bedebah sungguh.
Baliklah kami dengan kekeciwaan.
5 comments:
beb...tak tau nak gelak ke simpati...
mmg betul la...ni trip payung....
semua tpt hujan...
Memang sedih sebab hujan non stop.
cute2 bekas popcorn..
Nohas,
Kannnnn.. nak makan tu terasa macam makan gold popcorn. Ehhhh
Gila betul sedih muka kau seketul pakai poncho tu. Tapi lawatan muhibbah ke kedai2 tetap berjalan lancar kan hatta hujan lebat sekali pun.
Post a Comment