5 Disember 2019
Kali ni memang dah lama teringin naw nak terjah ke sempadan negara. Plan pun lebih kurang dan itinerary memang tak buat langsung pun. Ikut dan je.
Actually, sebelum gerak ke Hatyai, aku ke Alor Setar dulu untuk beberapa hari. First time aku jejak kaki kat airport ni. Kecil betul airport ni. Memang senang la nak gerak kalau orang yang gems macam aku. Muhahaha
Berbalik pada cerita travel aku tu, seawal pagi lagi aku dah naik train dari Sg Petani ke Padang Besar. Tambang tahun 2019 ialah RM7.40. Kami tiba kat Padang Besar dalam pukul 8.20 pagi gitu.
Finally sampai pun kat tren stesen Padang Besar. Aku rasa semangat giler time ni. Konon-konon macam tak ramai orang lagi. Aku rasa mestilah aku dapat beratur kat barisan paling depan sekali masa kat border nanti.
Langkah pertama bila sampai kat sini ialah .......ikut je crowd. Dari sini korang dah boleh nampak tren Thailand. Pukul 10 pagi barulah pintu imigresen Malaysia dibuka. Jalan sikit dah kena hadap pulak barisan panjang untuk masuk ke imigresen Thailand. Kalau korang datang berdua macam aku aritu, sorang tunggu kat pintu nombor 6 sorang lagi gi la beli tiket. Bukan apa..kalau potong line boleh jadi rusuhan gamaknya. Ye la ...nak dekat 2 jam berdiri maunya tak hilang sabar.
Tiket boleh beli kat sini. Boleh pakai RM kalau tak silap aku time ni. Harga tiket 50 baht. Tak yah nak risau kalau tak beli tiket in advance. So beli je la tiket pada hari kejadian. Kat sini kalau nak beli simcard pun boleh. Kalau tak silap 200baht. Tapi aritu aku tak beli pun. Roaming je senang. Sebab stay kat sana pun takat 3 hari je. Settle beli tiket, kitorang pun menunggu la pintu imigresen dibuka. Settle part imigresen...menunggu lagi dalam tren. Time gambar kat bawah ni..dah pukul 11.20 pagi. Tren masih belum gerak lagi.
Makin lama makin ramai dah masuk tren. Last-last geraklah tren di dalam kehangatan panas matahari. Tren oldskool. Panas sungguh weiii..
Saranan aku..siap-siaplah bawa bekal sebab dah nak masuk waktu lunch. Lagi 1..bawa pen untuk isi borang ke apa ke. Jangan lupa ye. Habis aku ngap biskut ni. Lapar punya pasal. Tak lama lepas tu kitorang pun sampai la di Hatyai. Turun je dari tren, kena lintas landasan tren. Memang masaklah kalau yang bawak luggage besar. Nasib baik aku bawak backpack sedang-sedang je saiznya aritu.
Lepas dah bergambar sakan kat sini, keluar je tren stesen ikut exit yang ada. Now plannya nak cari hotel yang dah siap-siap booked aritu. Time ni main redah je la. Ramai sungguh orang kat sini. Time tengah navigate arah hotel, kami jumpa kedai makan halal. Kalau tak silap, nama kedai tu Kedai Kelantan. Order 2 pinggan nasi dan Chicken Basil (pad kra pao) serta air kosong 215Baht.Boleh la rasanya. Janji dia pedas. Pad kra pao ni memang favourite aku. Nak buat memang tak laaaa...Hebat suasana kat sini. wayar elektrik berselirat. Teringat aku masa kat tempat kerja aku aritu, wayar elektrik kat tiang elektrik terbakar. Siap meletup-letup. Dengan bunyi zzz karennya.. huii serem. Siap bomba datang bagai. Tapi kat sini relax je.Lepas dah makan dan tenang-tenang..kitorang pun gerak la cari hotel. Memandangkan tak pernah jejak kaki kat bumi Hatyai ni, aku decide cari hotel yang betul-betul kat tengah bandar ni. Makanya aku check in kat Lee Garden Plaza Hotel. Aku macam ada gak baca review yang orang tersalah booked hotel. Sebab Lee Garden dan Lee Garden Plaza Hotel ialah hotel yang berbeza. Yang aku booked ni attach dengan shopping complex. Aku booked hotel ni agak awal. So murah sikit harga biliknya. Lagi seminggu nak gerak ke sana, aku check harganya memang huhuhuhu..
Aku tak ingat pukul berapa boleh check-in. Mungkin pukul 3 kot. Sebabnya, seingat aku la, aku letak luggage dulu kat stor. Ada kena charge rasanya. Ntah la aku pun tak berapa ingat.
Hotel ni memang betul-betul kat tengah bandar. Actually banyak lagi hotel area sini. Tapi bila aku google, masing-masing cakap cari hotel ni sebagai landmark.
Settle letak luggage, kitorang terus deal dengan driver tuktuk yang berlambak kat depan hotel. Kitorang kena sorang 200Baht untuk ke beberapa tempat. Tapi kitorang tak nak la gi temple ke apa ke. So kitorang decide untuk pergi beberapa tempat sahaja. Tempat pertama yang kami pergi ialah Chang Puak Camp. Kalau yang suka binatang boleh la ke sini. Memang ni tempat pelancongan, maka memang ramai la tourist macam kitorang.Meh la kita nengok apa yang ada dalam ni.
Kitorang tak ambil pun mana-mana package. Nengok-nengok je. Kawan aku beli pisang je untuk beri pada gajah. Yang lain just ambil gambar binatang dari dalam kandang je.
Tak lama pun kitorang kat situ. Lepas tu kami gerak ke tempat seterusnya. ....Gerak dulu ya...pape roger.
2 comments:
Haaaaaaa......ada lagi...hahahaha. Ingat dah sesat tak jumpa blog sendiri. Pls sis, tulis blog banyak2 na. Miss u!!!!
Rindu nak gi Hatyai.. thn depan boleh set ke sana..
Post a Comment