Pagi ni hujan membasahi bumi Hatyai. Ku gagahi jugak la untuk meronda-ronda. Turun hotel terus gi tukar duit dulu. Time tu RM300 boleh dapat dalam 2160Baht. Sekarang ni aku tak tau la currency kita berapa kalau tukar kat sana.
Settled tawar menawar dengan driver tuktuk...kami terus gerak ke Chabura Dimsum untuk breakfast. Kitorang sampai dalam pukul 8.30 macam tu. Nasib baik tak ramai orang. sebab aku pernah baca blog mana ntah tentang kesesakan dalam restoren ni.
Aku membayangkan restoren ni macam besar gitu. Rupanya ada kat deretan kedai je. Parking pun macam payah je nak dapat kalau peak hours. Driver tuktuk bagi kitorang sejam je untuk makan. Servis dorang pantas. So no worries.
Banyak giler pilihan dimsum. Korang pilih je la mana-mana yang korang nak. pastu letak atas tray.
Agak-agak tak reti nak order camana..boleh tanya budak ni. Super duper friendly.
Time ni orang baru habis solat Jumaat. Tu yang ramai orang.
Tak dapat gi Taj Mahal...Songkhla pun jadi la...
Agak-agak tak reti nak order camana..boleh tanya budak ni. Super duper friendly.
Tag biru macam kat bawah ni jangan lupa ambik ye.
Sebahagian hasil order haritu. Time ambil gambar ni ingatkan dah sampai semua order. Sekali ....banyak lagi belum sampai. Punyalah banyak ko ambil sampai tak muat 1 meja. Malu giler kat meja sebelah.
Sebahagian hasil order haritu. Time ambil gambar ni ingatkan dah sampai semua order. Sekali ....banyak lagi belum sampai. Punyalah banyak ko ambil sampai tak muat 1 meja. Malu giler kat meja sebelah.
Pagi-pagi aku dah makan nasi goreng nanas. Tak mau share pulak tu. Makan la ko sorang-sorang. Total belanja kat sini 534Baht.
Aku lupa nak bagitau..tuktuk kami aritu 1000Baht/tuktuk untuk sehari. Aku tak sure la murah ke mahal. Tapi boleh je laaaaa...
Ni la rupa Hatyai yang ramai orang dan banyak kenderaan serta wayar elektrik yang berselirat.1st stop kitorang ialah Songkhla Central Mosque. Masjid ala-ala Taj Mahal ni memang kena lawat ya. Time aku gi tu masih tengah renovate kat laman masjid.
Settle sembahyang, kitorang sempat la beli jajan kat kedai bawah masjid ni. Mentang-mentang semua ada logo halal, banyak gaklah aku memborong mi segera.
Time ni orang baru habis solat Jumaat. Tu yang ramai orang.
2 comments:
rindu nak pi hatyaiiii
hi....bils cuti sekolah rancak menulis ya...
hatyai...kami pegi masa kecik2 dulu...guna boarder pass...
skrg dah lain dah bandar hatyai...
Post a Comment