macau - hong kong day 6 - part 2

salam semua..
sihatkah??

selepas balik dari disneyland aritu tanpa mengambil beg,
kami bergegas terus ke central ferry terminal.
dan boleh pulak,  buku itinerary tertinggal dlm beg itu..

naik tung chung line hingga ke Hong Kong stop jer dah berapa minit.
pastu dari Hong Kong stop nak berjalan pulak ke central punya la jauh!!!!
sepanjang kat sini,
inilah pengalaman paling semput berlari dengan bag plastic yang super banyak.
bayangkan la.. time sampai HK stop dah pukul 5.10petang.
janji kat central ferry terminal pukul 5.30petang.
dah la tak pernah lagi sampai kat ferry terminal tu,
so tak dapat bayangkan camana rupanya tempat tu..
pastu tak ingat la pulak pier nombor berapa nak kena tunggu..

so kami selamat sampai di pier nombor 9 (main belasah jer)  pada jam 5.40petang..
time tu, pier lenggang ok!
nak sedapkan hati kami semua pulun la bergambar...

akhirnya....
alhamdullilah... sampai pun dia pukul 5.50petang.
the aqua luna junk memang sebab utama me nak g HK sebenarnya.
dan alhamdullilah tercapai pun impian itu..
nengok.. naik bot lagi.
untuk reserved ride ni memang kena call pihak aqua luna 7 hari sebelum tarikh yang kita pilih.

plan asalnya,
kami memilih naik ride ni untuk symphony of light show..
tapi pihak pengurusan bagitau, tarikh yang kami pilih tu, 
ada event lain.
so dorang suggestkan agar kami pilih tarikh keesokan harinya.
memandangkan semua itinerary dah siap,
dan malas nak rombak,
kami tetap dengan tarikh yang sama cuma awalkan sahaja masanya ke 5.30 petang.

sedikit tips: better reserve masa ni (5.30petang),
sebab uols boleh tengok HK waktu cerah dan gelap (siang & malam)

dan lagi bestnya,
hari yang kami naik tu,
cuma ada satu couple dan kami ber-4 ajer.
memang terasa mcm VVIP ok time tu.
member pun suka dengan idea naik ride ni.
bila dah naik junk ni,
kita akan dihidangkan dengan minuman dan selimut.
puas bergambar di bahagian atas,
kelasi kapal (eh betul ker? kekekeke) ajak kitorang bergambar di bahagian bawah pula.
lagu bahasa cina yang dimainkan dalam junk ni,
memang fefeeling macam zaman dahulu kala ok.
terus tetiba jatuh chenta dengan lagu klasik dorang.
bila dah start gelap,
merasalah bergambar dengan cahaya neon yang bergemerlapan.





lebih kurang satu jam juga kami berada atas air.
dan dengan rasa sedih terpaksalah turun kat central semula.
--tsk--tsk--

pukul 8 lebih gitu,
kami bergegas ke citygate pula.

naik la semula tung chung line.
sekali lagi menapak macam tak hengat..
berpusu-pusu dengan orang balik kerja.

kami tiba di citygate outlet dalam pukul 9 lebih.
apa lagi.. shopping la.
dah namanya outlet.. murah la barang-barang kat sini.
contohnya,
me belikan abah sehelai t-shirt timberland dengan harga lebih kurang RM150 gitusss..
sekali bila balik m'sia nengok baju yang sama, warna yang sama, harganya RM290.
apakah???

waktu ni kaki dah tak larat.
me gigih bersila kat tepi pintu masuk persis mcm orang minta sedekah.
tapi apa k kan..

kebanyakan orang yang shopping kat sini, akan bawa beg besar sesiap.
sebab, lepas shopping, dorang akan masukkan barang tu dalam beg tersebut  dan terus ke airport.
dekat jer pun citygate ngan airport ni. sebab dua-dua ni berada dalam lantau island.

tapi.. kat sinilah satu perkara yang tak best terjadi.
waktu kami masuk subway untuk bergerak ke disneyland semula ( ambil beg)
me g la topup octopus card tu dengan nilai HKD100.
pastu, g la membeli M&M almond yang menjadi feberet kitorang sepanjang berada kat HK ni.
masa pergi bayar tu,
memang me pegang sekali octopus card tu.
pastu dah bukan namanya rezekikan..
octopus card tu tertinggal la kat situ.

bila kami dalam tren ke sunny bay untuk ke disneyland,
baru perasan octopus card tu hilang.
gelabah tak boleh nak cakap la kan..
terus suruh member proceed ke hotel g ambil beg,
sementara me patah balik ke tung chung untuk cari octopus card itu.

sekali sampai kat 7E tu,
makcik tu tak mengaku dan cakap bla--bla bla..
malas nak layan me terus blah.
so terpaksa pergi MTR customer service counter yang ada kat sana,
dan beli octopus card baru dengan harga HKD150.

serik dengan kejadian itu.. terus sarung octopus card kat leher.
nasib baik aritu shopping kat hardrock, dapat free pinned tie tu.
maka guna la sepenuhnya..

jumpa balik dengan member-member yang lain kat sunny bay,
dan kami terus turun di lai king untuk tukar tren ke TST.
perjalanan kami tamat pukul 12 tengah malam...

aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER

macau - hong kong day 6 - part 1

morning call pukul 6 tapi kami tersedar pukul 8 pagi.
gigih ni bersiap ala kadar sebabnya kami mengejarkan nak b'fast kat enchanted garden restaurant
nasib baik restaurant ni terletak satu level jer bawah bilik kitorang.
FYI, restaurant ni paling famos amos dalam disneyland tau,
sebabnya....
ada beberapa disney character akan datang meja uols untuk bergambar.

macam me ari tu, mencarilah info pasal restaurant ni,
termasuklah kat official website kata kena call untuk buat reservation.
sebab takut tak dpt b'fast kat sini,
me call la dorang suruh reservekan.
sekali dia kata ikut 1st come 1st serve punya basis.
aiyaa..

so buat yang stay kat disney resort,
tak payah susah nak call mahal-mahal,
sebab nanti pihak management akan email untuk ingatkan tentang percutian korang.
so me apa lagi, reply la email dorang ckp dah call buat reservation, tapi minah yang jawab call tu kata suruh datang cepat-cepat untuk cop tempat.
apakah??
terus pihak management reservedkan tempat kitorang sekali dengan hotel voucher yang baru.

b'fast kat sini ada 2 masa. 
sama ada pukul 7.30pagi - 9 pagi. atau pukul 9.30 sampai 11pagi.
oleh sebab tak dan shopping souvenir lagi, 
me pilih pukul 7.30pagi.
 kalau sampai kat pintu restaurant ni pun dah nak pukul 8.30,
apakah yang mampu kami buat??
~sedeh~
makanan memang la banyak............
yang boleh makan??
memang la sikit...................



 ni jer la yang sempat ambil dan makan.
lagi pun kami
dok ralit bergambar dengan mickey dan kawan-kawannya..
 ni la antara sebab me tak perlu nak beratur panjang dengan orang ramai masa kat park nanti.
 disney characters ni akan datang dari meja ke meja dan greet uols.
apa lagi.. bergambar la kami.
ni pun ada character yang terlepas tak sempat nak bergambar.
 abis jer b'fast,
kami berdua mengemas barang dan terus check-out.
barang boleh tinggal kat hotel,
tapi rasanya ini bukan keputusan yang bijak,
sebab kami terpaksa berpatah balik ke hotel untuk claim beg-beg tersebut.

masuk ajer kat dalam park,
ada sebuah kedai belah kiri uols, betul-betul sebelah cityhall (guest relations counter), berdepan dengan kedai camera,
ada jual souvenir dengan discount 10% sebelum pukul 11 pagi. 
park buka pukul 10pagi.. so ada sejam untuk shopping kat dalam tu.
rata-rata souvenir tak la terlalu mahal sampai kita tak mampu.
kalau yang ada anak ke anak sedara ker cucu sedara perempuan yang masih kecil,
memang confirm rambang mata!!

barang-barang yang kita beli tu,
boleh suruh cashier kat counter tu simpan dan uols boleh claim waktu balik kat luar pintu masuk nanti.

keluar ajer dari kedai tersebut..
tengah diadakan parade.
memandangkan xmas dah tak lama lagi,
haruslah parade pagi ni bertemakan xmas.
macam biasalah,
siap dengan semburan buih sabun untuk impak snow gituss..

 untuk dapat lihat dengan lebih jelas dan senang nak ambil gambar,
me suggestkan korang tunggu parade ni  kat penghujung jalan which is kat depan kedai souvenir tu.
kat sini, memang tak ramai orang.
tapi lambat la nak tunggu sampai semua abis.

agak-agak nak request buat crystal,
boleh terjah kedai ni..
 duit pun dah banyak habis,
so agenda seterusnya kami harus habiskan apa yang perlu hari ni.

so tempat pertama yang kami tuju ialah tomorrowland
sikit notes,
kalau kat sini,
uols boleh nampak kodak signage untuk ambil gambar.
kiranya cantik la latar belakang uols nanti..
signage tu ada kat tepi jalan dan juga kat tanah.
 kat sini kami terus beratur di space mountain.
roller-coaster la apa lagi.
kali ni roller coaster dalam kawasan gelap.
tapi best rollercoaster ni.
nampak bulan bintang ..kata pun universe gitu..

next kami jadi budak kecil g main game tembak-tembak.
kekekekekke
"buzz lightyear astro blasters"
dapat la 49000 point.
ingat hebat la sangat kan.. sekali bila keluar nengok chart..takat level ke-3 dari bawah..
apakah?

keluar dari tomorrowland,
sila la ikut shortcut dari tempat roller coaster atau stitch encounter tu..
jangan jadi mcm kitorang berjalan jauh giler bebeng semata-mata nak ke fantasyland.

di fantasyland,
kami terus meluru ke "the golden mickey's show"
yang ni, beratur punya la lama dan panjang!!
kalau dah ke disneyland,
tak de maknanya kalau tak nengok mickey show kan....
 tapi yang tak bestnya..
biasalah, 
guna bahasa ibunda dorang, dan subtitles ada kat belah kanan pentas.
so agak payah untuk membaca dan menonton sebenarnya..
 habis menonton golden mickey show,
kami terus ke bangunan sebelahnya untuk naik bot..
nengok.... naik bot lagi..
kali ni naik bot dalam "it's a small world".
merasalah jadi budak-budak nengok apa yang ada dalam dunia kecil tu.
jenuh gak cari patung dari Malaysia..
tapi mcm tak perasan pulak kat mana.

 me suka dengan fantasyland ni sebab..
semua berwarna warni..
ai suka kaler-kaler neh.

lepas tu dah tak tau nak main apa..
kami berdua g main "mad hatter tea cups".
cawan berpusing yang membuatkan kami feninggg...

jangan lupa bergambar di fantasy garden yer..
cantik taman ni..
tapi kami hanya ambil gambar dari luar jer.
 kami terpaksa keluar awal pada hari tu,
sebab nak mengejarkan sesuatu yang menjadi sebab utama me ke HK ni.
tetiba pulak ada parade.
layan la parade ni sekejap,
sebab memang tak de jalan nak cilok pun,
semua jalan di main street di tutup untuk laluan parade ni.
 antara banyak-banyak,
yang menarik perhatian sah-sah la kapal angsa yang membawa 4 princess ni.
rasanya paling comel dan nampak serupa ngan kartun mestilah snow white tu kan..
tapi yang paling cantik me rasa yang baju kaler kuning ni..
tak sure ni apa.
rasanya dari kartun beauty and the beast agaknya.
 tapi yang paling suka tinkerbell ni!!
comel sesangat part buat gedik-gedik tu...

akhirnya tamat la kembara disneyland kami..
pukul 4 petang kami meninggalkan disneyland dan beg di hotel untuk ke tempat seterusnya..
~tunggu~

nota kaki---> disneyland ni seswai untuk kanak-kanak jer. sbb tak banyak rides yang seswai untuk remaja purba mcm me ni. 

aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER

macau - hong kong day 5

day 5 kami dikejutkan dengan bunyi telefon..
kalau tak, sah-sah kami terlajak lagi.

rupa-rupanya member kitorang selamat sampai pukul 2 pagi semalamnya setelah berkeliaran di nathan Rd hampir 2 jam.
kesian.

so lepas b'fast dengan makanan malaysia yang super sedap iteww..
kami terus ke ............
disneyland..
ya.. sapa yang pergi hong kong..
rugilah tak g disneyland..
walaupun begitu,
disneyland bukanlah sebab me nak g HK sebenarnya..
sebabnya me akan cerita nanti..
:P

pagi tu kami naik MTR dari TST terus ke mei foo..
tapi jauh tak hengat ok nak transfer ke tung chung line!
siap kena naik dari nam cheong... 
nasib ada kenangan terindah disitu.. kekkeke
almaklumlah.. time study ari tu guna MTR map dari buku lonely planet zaman jahiliah.
merasalah jalan kaki jauh.

tren disneyland yang super comel tu sgt best!
tempat duduk pun ala-ala sofa gituss.
hebok bergambar la semua yang ada dlm tren.

sampai disney semua dah super excited
tapi sebelum masuk,
me kena ambil tix kat disneyland hotel..
apakah??

yea... malam ni kami akan tido di disneyland hotel!!
selesai urusan check-in, claim park tix dan letak beg,
kami terus ke disneyland park guna shuttle bus yang disediakan..

ini ikan dan mickey mouse wajib ambil gambar..

manusia punyalah ramai..
kitorang ngelak-ngelak pun..
tetapss atok kat tepi tu masuk dlm gambar kitorang..
bertabah la..

haaaaaaaaa.. tau.. uols mesti mengata la tu kan... 
colour blok kan??
ye harus.. ikut tema ok!

bagi yang beli tix secara online,
kena ambil tix kat kaunter di dalam gambar di bawah ni..
uols akan dapat tix mcm di atas.. merasalah dpt gambar yang berbeza.

bagi yang gunakan tix untuk dua hari,
uols boleh pilih sama ada nak guna thumb scan atau signature.
so me pilih guna thumb scan untuk hari kedua tu..

satu lagi tempat yang wajib ambil gambar..
malam kat sini lepas fireworks sgt la lengang. boleh la nak merasa ambil gambar dengan lampu-lampu yang bergemerlapan..

disneyland ni terbahagi kepada 5 park.
so uols pepandailah bahagikan masa 
jangan jadi macam kitorang yang mengelabah tak tau nak pergi mana sebenarnya..
excited la katanya..
:P

tempat pertama yang kami kunjungi ialah..
mickey's philharmagic3D show. 
lebih kurang sama dengan sherk 4D kat USS
hari tu, nasib baik la kami sampai betul-betul pintu theater hall tu nak buka..
so tak perlulah kami beratur.

lepas tu kami terus ke jungle river cruise di adventureland.
merasalah naik boat pusing-pusing nengok binatang , volcano dan seangkatan dengannya..

time ni perut mengada-ngada pulak kan nak lapar..
hari-hari sebelum ni tak de pulak cenggitu..
mentang-mentang la tau kat disneyland ni ada tempat makan halal..
terus kami menuju ke tahitian terrace.
set nasi dan air kokakola botol kecil ni dah RM40++ 
apakah??
tak abis pun makan..
ayam tu sangat la berempah. tak tertelan pulak tekak ni.

habis makan terserempak pulak dengan captain jack sparrow yang tak berapa nak gelemer sebab dari tadi tak de orang pun nak ambil gambar dengan dia..
so meh kita bergambar..
lepas tu kami terus ke "rafts to tarzan's treehouse" setelah gagal untuk menonton "festival of the lion king"
sedeh..
aishhh asyik naik pengangkutan air jer sepanjang kat macau dan hong kong ni..
sampaikan dalam disneyland pun naik jugak.

 jadi merasalah panjat pokok dan jumpa dengan tarzan masa kecil.

 lepas tu kami terus ke grizzly gulch theme park.
park ni baru jer dibuka.
so kami naik la mine cars atau roller coaster.
roller coaster ni lain sikit sebab tetiba dia jalan backward.
tapi tak de la takut sangat pun..

lepas tu kami ke toy story land.
nak naik parachute drop (kiri)  dan RC racer
tetiba rasa takut pulak..
dasar ngada-ngada..
so kami takat naik dog spin.
ala yg mcm naik cawan pusing-pusing tu..
tapi yang iniiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...
adusss...nak patah rasanya tangan dok berpaut kat handrail tepi tu..

lepas tu kitorang bergegas ke "festival of Lion King" setelah 2 kali gagal masuk.
baca betul-betul... ye.. DUA kali ok!
gigih la beratur dengan rombongan sekolah.
tapi siriyes tak tipuuuuu..
me tak ingat langsung certain cerita disney ni..
takat kenal a few characters jer.. 
almaklumlah..
 zaman kecil dulu asyik nengok He-man, she-ra 
pastu pengaruh i dream of jeannie 
jadi bila orang nyanyi-nyanyi ....
me wawawawwawa jer la.
sedeh.

habis show ni dah gelap.
so kami bergegas ke main street untuk nengok fireworks
 time ni dah start pacak tripod bagai kat depan castle.
sejuks yang hamat la kan duduk bersila kat tengah-tengah jalan.
pandang kiri kanan.... tak de orang lagi yang duduk kat tengah jalan ni..
dengan rasa malu.. terus bangun dok la kat tepi castle tu sambil makan popcorn. kekekeke

later, show pun start.
satu yang paling tak best.....
 orang sana memang jenis tak de kesedaran sivik ok!
kita dah duduk bersila kat depan jalan ni..
pastu ada jer yang dok menyelit..
menyelit tu tak pe lagi,
siap bawak stroller baby.
bayangkan la orang kat belakang......
apa ajer yang boleh nampak...
sedeh.

fireworks memang best.
dalam setengah jam la kot.
agaknya la sebab me tak nengok jam pun.


 adussss...
walaupun pacak tripod.. tapi gambar mcm hampeh..
harap maaf.

habis jer fireworks,
semua orang kelam kabut g sambung shopping.
tapi kitorang tak g shopping, 
sebab esok nak datang lagi...
_clap----clap_
jadi kami sekadar buat survey apa nak beli utk esok hari.

sebenarnya teringin nak naik cinderella carousel ni..
tapi malu-malu gituss..

 sempat tu bergambar dengan staf yang sibuk melambai-lambai kami dari city hall.
 nak dekat pukul 10.30 kami pun bergerak ke shuttle bus untuk ke hotel.
punya la jauh menapak dari main entrance.
tapi sebab terlalu excited gagah la juga.
 akhirnya............
kami sampai di bilik kami untuk malam itu..
ni la dinamakan 
"bersusah susah dahulu.. bersenang senang kemudian"
bersusah-susah merujuk pada bilik kecil kat macau dan guesthouse di HK.
bersenang-senang merujuk kat bilik disneyland hotel ni..
yehaa...
 dalam disneyland ni ada 2 hotel,
satu HK disneyland hotel dan satu lagi hollywood disneyland hotel.
kedua-dua hotel ni menggunakan shuttle bus yang sama.
kiranya, dari park, akan ke disneyland hotel baru ke hollywood hotel tu.

disneyland hotel ni lebih kepada victorian concept.
haruskan.. fefeeling macam cinderella pakai baju kembang-kembang gituuss...
dah ,meh kita nengok bilik kami malam tu..
 kata pun konsep victorian gitusskan.. ..katil mestilah besar dan empuksss..

 katanya bilik kami mengadap taman..
tapi mengadap jeti pulak..
rupa-rupanya kat jeti pun chantek.
tapi tak menyinggah pulak.
tau pun lepas google dari m'sia.
sedeh.

member asyik ajak round satu hotel.
sebab katanya.. lain feel setelah bersusah dahulu..bersenang-senang kemudian
dengan kaki yang lenguh, gagahkan la jugak.
 kat hotel ni ada banyakkkkkkk cafe.
mostly cafe yang fofuler ada kat hotel ni..
ada salon, ada souvenir shop, ada indoor & outdoor pool, spa, maze, tennis court, conference room, ballroom
 cantik lobby sebab nak xmas.
semua deco pun ada unsur xmas
ada bibbidi bobbidi boutique-berbelit lidah nak sebut
huntung la budak-budak perempuan disolek mcm cinderella, mak budaks tak bole.
ada storybook playroom
pastu ada pulak tu screen paparkan nama tetamu yg meningkat umur
huntung la..

pastu masa kitorang kat level 1
nampak candelier ala-ala majlis tari menari cinderella gituss..
tau apa yang kami spot???

kasut kaca cinderella ok kat candelier tu!
 tapi gambar bawah tu, kakak tiri sinderelo yang pasrah tak dapat kasut kaca.
pfftt..

dah habis tawaf hotel,
kami balik bilik dannnnnnnnnnnnnnn...
order makanan.. kekkekekeke
bertambah gemuks la kalau tiap-tiap hari cenggini..

aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER