Europe Trip (Day 18) - Amsterdam, Netherlands

Hello uols... lamanya tak jengah blog sendiri. Rindu ai tak?? ai is rindu uols. Miahahhaha..
Banyak betul kekalutan lepas naik cuti sekolah ni. Segalanya nak kena buat. Tak menang tangan uols. Kang kalau cakap stress, orang lain lagi stress dari iols kan? So marilah kita sambung entry seterusnya. Owh yer entry ni Syieda dedicate kan untuk sorang silent reader yang tak silent dah. Awaklah..yer awak.. :)

Dari London kami menaiki Megabus terus ke Amsterdam. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 12 jam juga. Owh yer England lambat sejam dari Amsterdam tau. Agak lama sebenarnya perjalanan kami pada hari tersebut. Tapi Syieda ok je. Tido dalam keadaan duduk pun nyenyak je. Kalau orang kuat tido macam Syieda ni, ok je semuanya. Yang tak bestnya, kat belakang bas tu, ada sekumpulan remaja agak bising. Pula tu, kami duduk hampir dengan mereka. Dari naik bas, masuk ferry turun ferry asyik memekak ajer la kumpulan budak tu. Al-kisahnya salah seorang daripada mereka too excited nak naik ferry. Tak pernah naik katanya.. asyik tanya kat kawannya itu ini itu ini pasal ferry. Sampaikan kawan dorang tak terlayan dengan soalan yang kerap ditanya tu. Dalam pukul 5 pagi baru senyap kot. Syieda tak berapa ingat sangat sebab memang dari naik bas asyik tertido je. hiks. Waktu di Calais Port, immigration dorang sporting tak macam masa mula-mula sampai aritu. Langsung tak belek pun passport. Siap buat lawak comparekan muka Syieda dengan Mickey yang ada di cover passport tu.

Kami sampai di Zeeburg P&R Coach Park dalam pukul 8.30 pagi. Waktu kami sampai tu mata masing-masing kelat je. Almaklumlah baru terjaga dari tidur. Dari situ kami naik bus di sebuah bus stop tak jauh pun dari coach park tu. Tak lama selepas tu, tibalah bas nombor 37. Sebenarnya ada beberapa cara untuk ke hostel kami. Memandangkan bas nombor 37 yang sampai dulu, kami pun naiklah bas tersebut. Dan nasib kami sangat baik! Bila langsung tak dikenakan bayaran naik bas. Kata driver tu, tak payah bayar sebab kami akan berhenti hanya dalam 2 atau 3 stops selepas itu sahaja. Syukur! Kami bertiga dah tersenyum simpul. Almaklumlah aura jatuh cinta kat Amsterdam dah muncul. lol

Turun dari bas, driver tu siap bagitau kat mana hostel kami berada. Tapi seperti biasalah English bukan bahasa pertuturan mereka. Haruslah cakap macam ayam dan itik. Dari Molukkenstraat kami melalui beberapa jalan yang agak sinonim dengan halwa telinga. Padangstraat, Lombokstraat, Balistraat semua mengingatkan tentang Indonesia. Al-maklumlah Belanda kan pernah menjajah Indonesia. Jadi semua daerah di Indonesia diabadikan namanya di sini. Agak jauh sebenarnya kami terpaksa menarik beg ke hostel. Nasib baiklah masih pagi dan cuaca sejuk je. Haruslah kurang temperature dalam badan.
Kami stay di Stayokay Amsterdam Zeeburg Hostel. Selesai check-in, kami berjalan ke perhentian bas untuk ke central. Tengah duduk menunggu bas, kami di tegur oleh seorang pak cik. Katanya kami ni dah tersilap bus stop. Mujurlah masih baru menunggu kat bus stop tu. Kalau tak........mau kejunglah kami bertiga. Sesi perbualan kami dengan pak cik tu agak lama. Almaklumlah kata nak blend dengan masyarakat setempat. Tak gitu. Keramahan pak cik ini dah menjadikan aura jatuh cinta increase 20%. hiks.

Kami bertiga pun berjalanlah ke bus stop yang sebenarnya yang terletak di Javaplein. Untuk ke Central kami naik bas nombor 22. Beli tiket bas dari driver je. Aura jatuh cinta bertambah lagi 5% bila salah seorang penumpang dalam bas tu sanggup bangun dan memberitahu kami tentang tiket bas tersebut. See...... uols pun mesti dah jatuh cinta juga kan???
Hampir 20 minit,  kami pun sampailah di central. Kami terus ke information centre terletak berhadapan dengan stesen keretapi. Kami beli OV-Chipkaart Daily Pass. Boleh guna 24 jam dari tarikh mula validate pass tersebut. Kat sini nak map kena beli. Iols pun beli gak. Tapi bukan guna pun. Membazir betul. 
Hub pengangkutan awam mereka terletak di sini. Kiranya public transport memang senang nak dapat dari central. Tram, fasttrain, bas semuanya ada berhampiran. Mesra pelancong betul.. Ok nampaknya aura jatuh cinta sudah up ke 35%. 
Plan pagi ni kami nak ke Rijksmuseum. Almaklumlah semua pelancong WAJIB sampai kat landmark utama Amsterdam ni. Dari Central, kami boleh naik tram nombor 2 atau 5. Turun kat Hobbemastraat.Tambang kami gunakan OV-Chipkaart
Daily Pass je. Kat dalam tram kami dapat tempat duduk. Kata dah beli map, haruslah ketua kumpulan terbelek-belek map. Kejap nengok depan, kejap nengok belakang map. Sian...tak paham nak nengok map rupanya..Sekali lagi, seorang lelaki dengan baik hati menghulurkan bantuan. Sian agaknya nampak Syieda yang asyik buka katup map tak sudah-sudah. Increase lagi aura jatuh cinta jadi 50%. Akhirnya kami pun sampai di Rijksmuseum.
IAMSTERDAM dah sedia menunggu kami. Wajib hokei ambil gambar kat sini. Sila jangan tertipu dengan keadaan yang lengang tu yer. Skill menipu harus diguna pakai. Tu kalau nak tau, kat "S" & "T" tu ada orang. Dari tadi mereka tu tak nak bangun-bangun. Harus ambil gambar menutup dorang.
Berhadapan dengan muzium ni, ada winterwonderland. Dari sini memang tak boleh nak dapat ambil gambar penuh landmark ni. Terpaksalah Syieda ambil gambar dari sisi. Boleh la kan daripada tak de. Memandangkan kami ada banyak lagi tempat tak kunjungi, kami tak masuk pun muzium yang ada di sana. Van Gogh ke apa ke.. semua kami tak pergi. 
Dah puas bergambar kami nak ke HRS pula. Dari sana, kami naik semula tram ke Leidseplein. Tak payah risau yer, sebab dalam tram memang akan terpampang nama stop pada digital board. Turun dari situ, kami terpaksa jalan kaki. Nanti boleh nampak Holland Casino. Belok je ke kanan (Max Euweplein). Dari situ ikut je signage ke HRS. HRS di sini tersorok sedikit tau. Dari jalan raya memang tak nampak. Kena masuk sikit ke dalam compound bangunan kedai.
Kita aktiviti masa senggang menebas lalang kat kebun... dorang main chess uols. chessbedebah!
Abis je dari melengkapkan koleksi HR, kami plan nak nengok Anne Frank House. Sebab hasil google aritu, cantik betul pemandangan canal tu. Memandangkan hari pun nak gelap dah...kami menyusuri canal yang ada kat situ je. Janji feeling macam kat area Anne Frank House tu jugalah.
Siapa ingat!! Amazing Race pernah sampai sini. tak ingat la musim berapa. Dorang kena menari ke apa ntah untuk collect sumbangan daripada orang ramai kalau tak silap.
Owh yer, sebab salah seorang bff tu takut air, terpaksalah cancel tido kat boathouse. Nampak macam menarik je kan? Ish.. kena datang sekali lagi la kalau macam tu. Kang kempunan pula. hiks. Sedang kami seronok snap gambar, kami ditegur oleh seorang lelaki Israel. Dia agak ramah orangnya. Menceritakan pengalamannya berpuluh tahun bekerja disini pada kami. Layankan ajer la.
Walaupun baru pukul 5.30, tapi dah gelap. Sejuk sampai ke tulang kering uols. Kami naik tram terus ke central. Mula-mula plan nak ke Redlight District...tapi macam tak sempatlah pula..Almaklumlah masing-masing perut dah berbunyi. Maka kami bergeraklah ke bus stop yang sama kami turun pagi tadi tanpa mengetahui kami dah tersilap arah. Tinggallah kami bertiga jadi orang terakhir dalam bas. Driver bas kata, tak pe sebab dia akan pusing semula ke central. Dari central kami turun bas balik sebab nak ke bus stop yang terletak bertentangan dengan bus stop tadi. Hekeleh.... rupanya bas yang sama membawa kami ke hostel. Buang karen je turun bas. Kalau tau, baik stay je dalam bas tu.
Kesimpulannya.... Syieda claim amsterdam is my kampung. hahhahahha..
Can't wait nak share dengan uols kampung sebenar Syieda dalam next entry.

aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER

Europe Trip (Day 17)- London UK

Walaupun terkesan dengan pengakhiran pesawat MH370, kita yang hidup ni haruslah meneruskan sisa hidup yang tak tau camana pengakhirannya. Damailah dikau di sana....

Berbalik pada cerita Europe Trip yang ntah zaman bila nak habis ni..Pagi terakhir di London, kami plan nak makan KFC. hihuhihu..

Direction:
Victoria-->Paddington

Keluar je dari subway, ke arah kiri ye kawan-kawan semua. KFC ada kat seberang jalan. Nanti memang nampak berderet-deret fastfood kat sana. i.e McD, Subway.

Tips: Sila datang awal ! Sebabnya tempat duduk sangat limited. 1 meal yang ada 2 ketul ayam, fries & soft drink. Add on satu burger dalam £7++ . Agak mahal kan?? bukan agak lagi.. Memang mahal pun! Tu kalau kat Malaysia boleh dapat satu barrel ayam uols!

Lepas makan, kami plan nak ke St Johns Wood Station. Ha nak tau untuk apa?? Nak jejak zebra crossing gamaknya. Apa yang hebat sangat dengan zebra crossing tu?  Jeng...Jeng...Jeng....

Direction:
Paddington ---> Baker Street --> St Johns Wood
Waktu kami sampai kat St Johns Wood Station, angin bertiup sangatlah kuat! Tak pernah rasa angin sekuat tu sewaktu kat London.

Nasiblah Syieda bukan peminat kopi mengopi ni.. kalau tak... mau parah gak lah poket. Almaklumlah.. konsep hidup --> "duit boleh dicari"
Keluar je dari station, ada simpang empat. Sila seberang jalan dan go straight (Grove End Rd). Perjalanan mengambil masa lebih kurang 5 minit.  Dan syukur kerana pagi tu cuaca sangat cantik!
Dalam 5 minit kemudian, akan jumpa junction. Toleh kanan mesti nampak zebra crossing yang popular tu.Well sebenarnya Syieda nak menjejak tempat kumpulan beatles buat pengambaran cover album dorang je. Ha jangan tak tau....tertubuhnya kumpulan ni pun Syieda belum lahir. So acamana tu?
Jalan ni agak sesak sebenarnya. Memang banyak kenderaan lalu-lalang. Malah waktu kami posing kat sini pun, banyak jer kenderaan terpaksa berhenti. Senang cerita memang jalan ni akan Syieda avoid kiranya bermastautin kat sini. Berhenti untuk bagi orang melintas tak pe lagi... ni terpaksa berhentikan kereta semata-mata nak bagi laluan dorang posing.. Apakah?

Memandangkan ini salah satu tumpuan pelancong, nampak tak sorang mamat pakai jacket warna hijau dalam gambar di atas? Ha kerja dia ialah nak jaga orang melintas, sambil kutip derma. Kejap je pun dia kat situ. Sebab lepas tu semua orang buat dek je. Sorry abang! erk? Nanti bila uols kat sini... merasalah nampak pelbagai posing. Masa kami mula-mula sampai tu, ada 2 orang mamat ni. Berposing gak. Melompat, duduk bagai uols. Terkesima mak!

Bila kita berdiri tepi jalan ni... secara automatik kereta akan berhenti nak bagi laluan kat kita untuk melintas. Pastu sila posing sakan. Tak de pula insiden orang jerit dari dalam kereta atau pun bunyi honk. Mungkin dorang dah malas nak layan gamaknya.
Sepatutnya..waktu mula-mula melintas tu kena pandang Abbey Road Studio.(Bangunan warna putih) Bukannya macam gambar kat bawah ni. Ni terbalik la pula.
Nampak tak dua amoi kat gambar atas tu? Dorang dari Japan. Teragak-agak nak melintas.  Pastu kitorang dengan baik hati temankan dia melintas dan ambilkan gambar. In return , dorang pula yang ambilkan gambar kami. Hehehehe..
Bila dah makin ramai pelancong kat situ, kami terus ke studio pula. Bangunan ni masih beroperasi. Tapi artis suam-suam kuku macam kami tak dibenarkan masuk. Takat nengok dari luar je la.Owh yer... uols boleh google aksi uols kat zebra crossing tadi menerusi www.abbeyroad.com/visit untuk save the images dan send semula pada dorang untuk dipaparkan di laman web. Gambar-gambar yang dirakamkan oleh webcam tu cuma bertahan 24 jam aje. Lepas tu dihapuskan. Tapi jangan harap la!! Loading tak sudah-sudah. Buang karen jep.
Walaupun mengajar anak murid jangan menconteng dinding.. tapi aritu terkecuali dong! Harus tinggal jejak. Miahahaha
Lepas tinggal jejak, kami bergerak pulang. Waktu dalam perjalanan, kami ditegur oleh seorang perempuan. Warga indon uols. Newly wed dan baru je menetap di sini ikut suami bekerja katanya. Dengan troli sebab baru balik pasar, dia ada suggest kat kami untuk pergi ke beberapa tempat di situ. Gembira semacam dia bila dapat berbahasa melayu dengan kami. Tak nak di cop sombong, layankan ajer. Almaklumlah waktu tu kami claim diri sebagai duta kecil Malaysia. Boleh?

Agenda seterusnya ialah kami nak jejak London Bridge. Zaman kecil dahulu.. pernah main "jambatan sudah roboh" ? Tapi Syieda kekwat sikit. nak main yang versi Inggeris. "London Bridge is falling down" gitus. Dah berpuluh tahun lepas tu baru berjaya jejak kaki dan menyaksikan sendiri rupa London Bridge.

Direction:
St Johns's Wood --> London Bridge 

Adoiyaa... gayatnya la bila kena turun escalator cenggini! Bertabah je la.
Seingat Syieda yang tak berapa nak muda sangat ni, dari London Bridge station, kita kena lalu beberapa deretan bangunan besar untuk sampai ke destinasi. Signage banyak. So no worries.
Adoi.. hampa ok. London Bridge rupa macam jambatan biasa je pun. Nasiblah sebelum bertolak sempat google gambar London Bridge. Sebab kebanyakan orang akan nampak Tower Bridge sebagai ikon London dengan nama London Bridge. Rupa-rupanya tidak uols. London Bridge dan Tower Bridge ialah jambatan yang berbeza dan berkedudukan sebelah menyebelah sahaja. Kami berjalan di atas London Bridge hingga ke hujung. Excited time tu sebab nampak Tower Bridge. Tapi cuaca tak berapa nak ok sangat! Malap semacam je pandangan Tower Bridge dari London Bridge.
Dek takut tak sempat nak bergambar dengan Tower Bridge, kami bergegas ke sana. Berjalan sajork. tapi tetiba...alahaiii..
Hilang terus dari pandangan. Masing-masing tak keruan. Kiranya tak complete percutian di London kalau tak bergambar dengan Tower Bridge gamaknya. Kami tetap terus berjalan. Owh yer, semalam sempat gak la menonton siaran berita London. Ada insiden kemalangan di Tower Bridge sebab kabus yang sangat tebal.
Akhirnya, kami pun sampai di Tower Bridge. Waktu ni dah nak dekat pukul 5 petang. Kabus pun dah berarak hilang. Berganti pula dengan kelam malam. Sekali lagi kena cepat bergambar. Kang tak pasal-pasal kempunan. Lama gak kami berada di sini. Sejuk kemain uols! Tak tahan la kulit orang khatulistiwa ni. 
Memandangkan kami akan naik bas ke Amsterdam malam nanti, haruslah habiskan sisa-sisa percutian di Tanah Ratu sehingga nampak Tower Bridge bercahaya. Bila asyik posing.. memang tak sedar dah gelap.
Kami terus menikmati keindahan cahaya di Tower Bridge walaupun cuaca tak berapa nak elok sangat. Memandangkan tak sempat naik tower bridge haruslah plan nak jejak kaki ke London semula. Eh?
Dek excited sangat, kami seberang jalan. Pastu terpinga-pinga tak tau nak cari jalan pulang. Akhirnya kami naik tube dari Tower Hill rasanya. Direct ke Victoria. Sampai Victoria balik semula ke hotel sebab nak angkut beg ke coach station. 9.30 malam kami bertiga terus ke Amsterdam.

aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER

We thank you for your last flight #MH370

 The most heartbreaking news and our hope is finally ended. Al-fatihah to our brave captain, crews, brothers and sisters. 

#MH370
My recent trip -Swiss-

aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER

Europe Trip (day 16) - London, UK

Oleh sebab semalam dah jejak Harry Potter set, arini plan nak jejak lokasi penggambaran Notting Hill pula. Walaupun dah tak berapa ingat cerita tu (sebab tak sungguh-sungguh nengok pun) tapi gigih nak masukkan dalam iti juga. 

Tapi pagi tu kami terpaksa twist sikit iti sebab terbangun lambat. Almaklumlah dah masuk hari ke-16, energy pun dah berkurangan. So plan nak ke Bicester Village. Tapi apa ke sengal sebab ikut je telunjuk receptionist katanya nak murah sikit naik bas kat Victoria Coach Station. Sampai terminal bila tanya, katanya bus pertama dah berlepas. So gitu..gini..kami cancel niat nak ke Bicester Village. Lagi pun rasa macam buang masa je nak ke sana sebab bukan nak beli apa-apa pun kecuali nak g makan kat  Jamie Oliver Fabulous Feasts tu je pun.

Memandangkan tak jadi pergi.. kami plan ke beberapa tempat yang kami tak sempat kunjungi masa hari pertama di London aritu.

Dari Victoria Coach Station kami menuju ke Victoria underground. Waktu kat sana sebenarnya Syieda ada rasa macam tak best sangat sebab rasanya London ni terlalu banyak warga asing. Kita boleh lihat sendiri pelbagai bangsa di sana. Majmuk sangat uols.
Dan apa yang Syieda noticed, bersih sangat station dorang ni . Masa tengah memerhatikan orang ramai berjalan, ada sorang wanita ni kelam kabut sebab mencari plastik nak bungkus "barang buangan" anjingnya. Jangan tak tau.. kat sini haiwan peliharaan tak boleh buang bahan buangan sesuka hati tau.

Menunggukan jam 9.30 pagi, ramai orang akan menunggu jam digital yang ada di station tertera nombor 9.30. Pastu berduyun-duyunlah masuk ke dalam subway sebab nak tambang murah punya pasal..Termasuklah kami. hihihihi. Subway dorang memang bersih dan terpelihara. Yang lagi bestnya, mesra pengguna sebab kita boleh tau route train tersebut. Senang cerita, setengah hari guna tube dah boleh jadi bijak bestari. Dan London memang seswai untuk solo traveller walaupun 1st timer.
Dan lagi bestnya, tube dorang tak menakutkan. Sebab ada petugas yang akan jaga kat pintu masuk. So kejadian dikepit oleh pintu tube adalah sangat jarang. Malah kami sempat tengok map sebelum naik tube walhal tube dah ada depan mata dan siren pintu nak tutup pun dah kedengaran. Kalau kat Paris JANGAN haraplah!

Pagi tu kami plan nak ke Big Ben.

Direction:
Victoria-->Westminster

Sebenarnya dekat je kalau jalan kaki dari Victoria ni nak ke big ben.. Tapi kami malas nak fikir jadinya naik tube sudah. So keluar je subway memang betul-betul sebelah house of parliament aka palace of westminster aka bigben.
Menyusuri westminter bridge dah boleh nampak London Eye. Tapi kami tak naik pun. So malas nak ke sana. Ulang alik lalu atas jambatan ni je la kerja kami pagi tu.
Memang bagus untuk 1st timer kan??? dalam map siap bagi jangka masa perjalanan ke sesuatu tempat.
Sejam gak kami kat atas jambatan tu. Padahal ambil gambar yang sama je.. Akhirnya kami bergerak ke Westminster Abbey. Idak ler kami masuk.. ambil gambar dari luar je pun.
Gereja bercirikan gothic ni sebenarnya dah didirikan sejak abad ke-10 lagi. Dan kebanyakan royal weddings diadakan disini termasuklah perkahwinan Prince William dan Kate Middleton pada tahun 2011 yang lalu.
Nak dijadikan cerita, semalamnya Nelson Mandela baru je meninggal. So tugu Nelson depan abbey tu memang penuh dengan orang dan bunga sebagai tanda penghormatan terakhir. Kami pun tukang sibuk kat situ gak. Sibuk memerhatikan gelagat dorang. Ada yang menyanyi la.. dan bermacam-macam ragam.
Dah puas memerhatikan gelagat orang, kami teruskan perjalanan. Jangan ditanya kemana kami nak pergi. Sebab kami sendiri pun tak tau nak pergi mana. Ikut kaki melangkah je waktu tu.
Bila kami seberang jalan, kami dapati port ini yang paling best bergambar sebabnya dari port ni, boleh nampak Bigben dan pondok telefon warna merah yang memang sinonim dengan London. Kalau bernasib baik, dalam gambar ada bas double-decker. Complete!
Sakan mengambil gambar, kami teruslah berjalan  sepanjang Whitehall Rd. Dan sebenarnya, pagi tu ada lintas langsung untuk Nelson Mandela. Maka kami pun tumpang lalu lalang depan kamera. Albiasalah.. budget muka masuk tv.
Jalan punya jalan... akhirnya kami gi masuk Horse Guard Parade. Sempat nengok pertukaran pengawal. Anggap je yang ni sama macam kat Buckingham Palace kononnya la khennn
Dah alang-alang masuk tu kami terus ke St James's Park. Tapi tak masuk pun. Takat nengok itik dari jalan raya. Nak masuk park rasa macam beriadah sangat. Padahal waktu tu masing-masing dah lapar tahap gaban. Untuk memujuk hati dan perut masing-masing, kami plan untuk terus berjalan. Sampailah kami terjumpa Trafalgar Square.

Direction:
Westminster Abbey (North entrance) ---> Whitehall Rd.
*Trafalgar Square*
Waktu kami berada di sini dah nak dekat pukul 3 kalau tak silap. Pula tu, time kami ke London tempoh hari, cuaca agak gloomy je. So pukul 3 petang dah macam pukul 6 petang. Bertabah je la..Owh yer..macamana nak tau itu ialah Trafalgar Square? Senang je, kalau nampak ada 4 lion statues dan terkini ( not so terkini la) ada statue ayam warna biru, sah-sah la itu ialah Trafalgar Square. Di situ juga ada National Gallery (dalam gambar- bangunan berkubah) dan dihadapan roundabout tu ada Malaysia Tourism kalau tak silap. Gah Jalur Gemilang melambai-lambai uols. Biasanya di square ini jugalah mereka sambut New Year eve setiap tahun. Kiranya tempat ni memang happening. Memandangkan tempat ni ialah tumpuan pelancong, maka kita boleh jumpa polis pelancong macam gambar di bawah ni. Tanya je apa-apa, dorang sure boleh jawab.
Memandangkan hari pun dah macam nak gelap je, kami plan nak cari tempat makan. Almaklumlah, dari pagi tak makan apa-apa pun. So kami ke Charing Cross Station yang mana paling dekat dengan Trafalgar Square. Bila tiba di sana, kami google la mana-mana tempat makan halal yang ada. Ha.. jangan tak tau, station besar contohnya Charing Cross ni, ada menyediakan wifi percuma. Sambil men"google" tempat makan, sambil update status. Dan Syieda ambil kesempatan untuk tanya rakan-rakan travel di satu laman sosial ni. Banyak sangat cadangan yang diberikan. So kami plan nak makan kat salah satu kedai makan yang telah dicadangkan..
Waktu kat subway tu jugalah, kami ditegur oleh warga kerja TV3. Oh dengan muka tak tau malu, kami join dorang makan sebab dorang pun plan nak g makan.  Owh yer, salah sorangnya ialah Aidid Marcello. Owh my! team ni sangat best. Kitaorang siap bertukar-tukar cerita sampailah kami tiba di BaysWater Station. Masa kat sini barulah tau yang area BaysWater ni memang banyak giler kedai souvenir dan paling penting banyak kedai makan halal. So kengkawan yang akan travel ke London, sila ke BaysWater untuk senang dapatkan kedai makan halal yer.
Untuk hari tersebut, kami makan di sebuah kedai makan ala Thai kalau tak silap. Namanya "Banana Trees" ini pun kalau tak silap la. 

Nampak tu makanan Syieda. Makan nasi uols kat London. Heaven sangat!
Lepas makan, kami pun terpaksalah undur diri sebab dorang ajak g shopping. Waktu tu memang dah tak larat sangat. Almaklumlah, dari pagi berjalan pastu dapat duduk masa makan ni je. Mau tak rasa macam nak tercabut kaki? Sewaktu perjalanan balik, kami sempat borong souvenir untuk bawa balik Malaysia. Dalam banyak-banyak kedai kat sana, ada sebuah kedai tu, boleh kautim harga. Kedai ni pun kami tau sebab salah seorang daripada team TV3 tu yang bagi tau. Nanti last entry Syieda bagitau nama kedai tu k. Sebab kena cari la pula business cardnya.

Sampai hotel, kami terpaksa bersengkang mata sekejap untuk pack barang. Almaklumlah esok dah nak bertolak ke Amsterdam pula.

aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER