Arigatou Japan - Day 13 (Nakamise Street - Odaiba)

Entry lalu

Dari Nippori, terus gerak ke Asakusa. Plan nak beli souvenirs kekdahnya. Almaklumlah...ramai yang kata, souvenirs kat sini murah banyak daripada tempat lain.

Direction:
Nippori --> Ueno (JR Yamanote Line)
Ueno --> Asakusa (Ginza Line)
Tetiba je ternampak kuih ikan ni. Asal orang pergi korea mesti beli kuih ni. So Syieda pun teringin gaklah. Almaklumlah.. dulu ke Korea ikut tour package. Memang nan hado la nak merasa street food cengini. Sekali bila post gambar kat FB, ada orang komen..katanya tak sama rasa dengan kat Korea sinun. Eh yer ke?
Finally, jumpa pun pintu ni. Ha..patutnya pagi tadi ke sini untuk ambil kimono..tapi nak buat camana kan.. Tak de rezeki katanya...
Dari pintu gerbang ni, ada satu kedai jual halal cracker. Banyak naw dia tampal logo halal. Beli gaklah 2 packets. Sampai Malaysia pon tak abis makan.
Memang banyak souvenir yang dijual kat sini. Sekali tu, ada satu kedai tak bagi masuk sebab nampak kat tangan Syieda ada kuih ikan tu ha. Sentap hoi! Memang merajuk habislah tak shopping malam tu. Simpan duit untuk beli souvenir kat Nagoya nanti.


Dalam pukul 8 malam ke awal sikit lagi, banyak gak kedai dah start nak tutup. Cepat naw dorang ni tutup kedai. So plannya nak cari tren stesen yang paling dekat dengan Asakusa ni untuk ke tempat seterusnya. Tapi serious weii.. tak ingat jumpa stesen apa. Almaklumlah.. trip dah nak jejak setahun...haruslah banyak lupa dari ingat.
Yang pasti....dalam kamera ada gambar Shimbashi Station. Nak kata jalan kaki sampai ke sini pun tak ingat.. sebabnya.. bila belek Tokyo map...macam jauh sangat la pulak Asakusa nak ke Shimbanshi Station. So Syieda agaklah...dari Ueno, Syieda ke Shimbanshi Station guna JR Yamanote Line.
Dari sini, Syieda nak ke Aqua City. Macam jauh gaklah menapak untuk naik Yurikamome Line. Untuk trip ni, kena bayar lagi Y320/way sebab Tokunai Pass tak cover.

Tak berapa ramai pun orang nak ke Aqua City time tu. Memang lengang je tren. Tren ke Aqua City ni macam best taw.. sebab tren akan seberang macam laut ke sungai ke...lebih kurang cengitu la. Waktu balik hari tu, time dalam tren.. memang agak terpegun jugaklah nengok Tokyo view yang mewah dengan cahaya neon.

Bila tak study habis.. memang cenginilah jadinya.. patutnya turun kat  Daiba...datang Syieda yang ada keyakinan diri tahap dewa ni.. pergi turun 1 stop awal iaitu Odaiba-Kaihin Koen. Pastu bila turun je tren.. macam terpinga-pinga bila orang kat luar tren nengok kita balik. Mesti dorang kata...."mabuk kot kakak gems ni turun kat sini.."
Terpaksalah naik semula tren berikutnya. Dah la macam lama gak menunggu. Dalam 5 minit kot. Bila kaki dah start sakit....5 minit pon rasa lama sangat.
Turun kat Daiba... ikut je orang ramai. Tadaaaa.... sampai pun.
Sejuk kemain malam tuh! Gigih kot kuarkan tripod bagai. Dulu time nengok blog orang lain..  Selalu Syieda terfikir..... camana la dorang ni ambil gambar. Dari atas bukitkah untuk dapat view liberty ngan bridge ni? La rupanya tak payah pon.. agagagaga..






Lama gak lah diri  kat platform tu. Pastu plannya nak cari Gundam Front. Dari sini.. berjalanlah dikau nak dekat setengah jam tak jumpa pun. Siap lalu overhead walkway ... besar gilos kot overhead walkway tu. Pastu dari atas tinjau ke diver city macam tak nampak pun gundam tuh. Lagi pun kaki dah start sakit. Baliklah dengan kekeciwaan...

Sampai apartment dah pukul 12 tgh malam. Memang tak menyempat nak makan sampai kenyang sebab dah tertido...Adoiya.. orang macam ni pun wujud ker?
aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER

Arigatou Japan - Day 13 (Harajuku - Nippori Fabric Town)

15 December 2015

Sepatutnya pagi ni bangun awal hokei. Sebabnya dah booked slot berkimono untuk jalan-jalan sekitar Nakamise Street atau dok melaram sampai pukul 6 petang. Tapi hakak bangun lambat dek non. Pukul 11 pagi baru keluar apartment. Melepas la nak naik Himiko waterbus dengan kimono merah bunga-bunga.*fliphair*

Dengan kekeciwaan tetap la meneruskan hati yang lara buatan sendiri ni untuk ronda-ronda bandar Tokyo. Sampai je di Ikebukuro Stn, terus ke kaunter JR sebab nak beli Tokunai pass dengan harga ¥750. Tokunai ni berfungsi selama sehari je untuk naik JR tren di sekitar bandar raya Tokyo. Jangan melampau pulak ingat boleh lenjan sampai ke Kawaguchiko naik JR hokei.

Stop pertama ialah Harajuku
Ikebukuro --> Harajuku (JR Yamanote Line)

Otw nak keluar station, siap hati berkata.. pesal apa la macam buruk sangat platform ko wahai JR. Sekali bila keluar... mak aiii.. cantik gak station ni. Keluar je station dah siap-siap ada zebra crossing. Kalau tak nampak memang sesaje letew...
Ada nampak jam tu... Pukul 12.20 hokei baru start tour niari.
Seberang jalan gah bangunan GAP. Ada sale katanye.. Syieda pun apa lagi... start la ambil tu.. ambil ni.. pastu letak balik sebab kemerosotan yen dalam poket. Hik hik hik

Eh ternampak pulak kekasih gelap hakak.
Dari depan bangunan GAP, tak tau camana nak ke Takeshita Street. Ni la akibatnya kalau study tak abis. Bookmark blog orang memang sentiasa.. bacanya tak jugak. Syieda berjalanlah ke arah bertentangan. So sudahnya.. memang kena patah baliklah. Patutnya.. bila cross je depan Harajuku Station ni.. jalan arah kiri dalam 5 minit kot. Nanti nampak Takeshita Street ni kat belah kanan korang.
Walaupun hari Isnin, orang tetaplah ramai.. adeh. Yang ramai tu bukan foreigner tau. Orang Jepun pun ramai santai-santai kat sini..Tetiba nampak pulak Daiso. Asal boleh, kita masuk jugaklah. Tujuannya nak membeli stoking. Pastu macam tak teringat pulak nak naik tingkat atas khen.. Memang beli stoking aje la pagi tu. Sekali bila balik apartment, nengok.. eh stoking ni sebelah lain sebelah lagi corak lain. Agagaga.. ke pesennya cenggitu eh?
Dari Daiso.. terus lagi jalan ke bawah. Banyak gilos kot kedai yang jual barang-barang untuk youngster ni. Hakak yang senja ni.. dok nengok atas ke bawah je la.
Sekali.. nampak orang ramai dok beratur. Mesti ada benda best ni! Dengan gaya kepoh, Syieda pon join dorang.
La... rupanya dorang jual crepes uols. Bila nengok display makanan tu.. memang rambang mata. Semua pun nak cuba. Rega boleh tahan gaklah mahalnya..Tapi demi nak rasa kemanisan berholiday di Jepun.. layankan aje la.
Akhirnya.. sambil dok usha terpilih strawberry cheesecake tuh. Orang gems macam Syieda ni memang suka sangat makan benda yang berkalori tinggi.
Sesambil makan sesambil cuci mata. Banyak kot kedai yang colourful. Memang hakak suka kedai banyak warna cengini walaupun nak belinya idoklah.
Akhirnya... nampak pon orang-orang berpakaian pelik kat sini. Memang plannya nak nengok dorang ni la. Biasalah.. kat tempat kita memang rare jumpa manusia gaya cenggitu. So kat sinilah kita boleh cuci mata.
Amboi.. si tukang interview ni pun tak nak kalah kasutnya. kikikiki

Sampai ke hujung berjalannya ni ha.. pastu patah balik semula. Tapi kali ni.. station paling hampir gini pulak rupanya. Eh?
dari Harajuku.. kita nak jalan-jalan cari kain pulak lah. Aritu ada baca blog sape ntah. complicated naw dia nak bagi direction ke Nippori Fabric Town ni.

Harajuku --> Nippori (JR Yamanote Line)
Keluar dari station ni... ke kanan ok. Jangan jadi macam Syieda ni.. pergi arah kiri. Nasiblah belum jejak lagi kat cemetery. kalau tak.. mesti insaf sekejap. Bila lalu arah kanan ni.. kita akan melintas station untuk Keisei Line. Tapi korang terus je.. sampai nampak tangga tinggi ni.
Turun tangga..ikut arah kiri yang ada orang ramai tu (gambar bawah) 
Kat situlah syorga kain.

Kedai kat sini buka dari pukul 10 pagi hingga 6 petang je. So sila plan dengan betul.
Sepanjang jalan ni memang kedai kain je la. Mula-mula Syieda ada masuk satu kedai untuk baju sejuk kanak-kanak . Saje nak belikan souvenir untuk anak sedara. Masa bayar tu.. Syieda pun tanyalah kat mana kedai Tomato yang fofular tu. Tomato ni jual kain ok. Bukan kedai jual sayur-sayuran. Hiks.

Baik ke tak kakak kaunter tuh.. Dia bagi Syieda satu map.. pastu siap hilite kan kedai tomato yang ada dalam map tu.
Kalaulah tau farikica pun pergi sini... sure Syieda dah berguru dengan dia. sebab barulah Syieda tau.. cotton ni ada jenisnya. Ntah kain yang Syieda beli ni sesuai ke tak pakai dengan iklim kita nanti. Aish. Tapi yang lebih peliknya.. kat sini... nak beli kain ada caranya.  Korang kena angkut satu papan kain yang korang nak. Pastu nanti bagitau kat tukang gunting tu .....berapa meter yang korang nak. Memang jenuh la kalau nak banyak  jenis kain. Syieda memang tak reti nak pilih bila terlalu banyak pilihan ni. Rambang mata okies.

Sekali bila hadiahkan mak kain yang Syieda pilih...adik Syieda kata... pesen ni banyak je kat Malaysia. Eh??

aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER

Arigatou Japan - Day 12 (part 2)

Part 1 <-- Ketik Sini

Sapu sawang sikit :)

Balik dari Kawagoe aritu Syieda kena serangan sakit kepala yang melampau. Syieda suspek ni mesti kes kurang minum air. Time tu tengah berkira-kira nak cancel ke camana dating kejap lagi. Bila tanya pendapat kawan-kawan... semua kata suruh teruskan je.. Tak baik memalukan nama negara ...katanyeee.. Oklah kita teruskan.

Kalau nak ikutkan.... plan aritu, sepatutnya Syieda pergi dating tengah hari. Sekali pagi tu, dapat message daripada dia..katanya tak boleh dating tengah hari.. sebabnya dia mabuk semalam. So pagi ni tak sempat tido. Krik..krik..krik.. Makanya masa dating berubahlah ke malam.

Sampai kat Ikebukuro, macam tak tau nak pergi mana. Kalau ikutkan itinerary, ada lah beberapa tempat lagi yang patut Syieda terjah. Tapi macam malas je. So Syieda pun menapaklah keluar daripada Ikebukuro Stn tu, sebab nak nengok bangunan yang ada kat sana. Kata orang.. Ikebukuro ni terkenal dengan dunia manga selain Akihabara yang famos amos tuh.

Tak jauh pun Syieda jalan. Area stn ni pun dah banyak bangunan berneon.

Tak lama pun kat situ, Syieda plan nak ke Shibuya. Dari Ikebukuro ni boleh naik Fukutoshin Line je. Bila sampai je di Shibuya stn, tak sure nak lalu mana. So kita ikut je orang ramai pergi mana. Tazzabar ni nak lalu Shibuya crossing yang fofular tu. Rata-rata orang mesti nak pergi sini. Meh la kita pun membizikan diri untuk join dorang.
 Keluar je dari stn ni, memang happening kot. Dengan bangunan warna-warni, dengan orang ramainya.. Memang best la nengok gelagat orang.  Makin lama, makin ramai pulak orang nak melintas kat sini. Mana aje la dorang nak pergi ntah.

Bila lintas je baru perasan........ ni lah Shibuya crossing yang terkenal seantero dunia tuh. Aish ingatkan belum sampai lagi. Apadaaa... hilang excitement yang sepatutnya. Kalau korang nak tau... tu ha starbuck yang orang dok suggest untuk nengok crowd melintas. Ingatkan besar la tempat ni. Sekali tak de la besar mana pun. cuma tu la.. ada banyak zebra crossing di setiap penjuru.
Bila dah ada kat depan Tsutaya Building ni, tak tau nak pergi mana. So kita main lintas-lintas je la hari tu. Kalau tadi lintas dari area bus biru putih (gambar bawah), now kita lintas area sini pulak dan nak lalu kat crystal bridge yang menghubungkan dua bangunan tu.
Bila ada kat atas ni, memang boleh nampak orang ramai melintas kat bawah tu. Cuma tak berapa nak jelas dek jaring-jaring yang dipasang. Kat belah sini pun ramai je orang beratur ambil gambar. Sampaikan ada sorang perempuan tu, terjatuhkan lens camera dia yang canggih time nak tukar. Adoi mestilah rasa hati tu macam kaca terhempas ke batu agaknya.


Tepat pukul 6, Syieda gerak ke Tokyo Station pulak sebab nak pergi dating.  Sampai je kat Tokyo subway ni, gigih la menunggu dia. Dia pulak asyiklah message cakap tak nampak Syieda. Ah sudah! Bila Syieda ambil gambar fare gate barulah dia tau yang Syieda guna Metro. Yang dia pulak tunggu kat JR stn. Baguslah kami berdua sebab masing-masing tak tanya kannn...

Kejap lagi nampak dia termengah-mengah berlari. Asyiklah mintak maaf sebab takut Syieda hilang. Boleh? Plan aritu, kami nak pergi makan sama-sama. So Syieda dah cakap awal-awal yang Syieda tak makan itu dan ini. So dia pun ajak la ke satu restoran ni.. ntah mana ntah kena masuk dalam satu bangunan besar. Agak exclusive bangunan tu uols.

Otw ke restoran tu, kami ada lalu satu tempat ni. Menurutnya..... memang tiap-tiap tahun Disneyland akan hias xmas tree yang penuh dengan disney ornament. Even ada banyak pulak disney statue kat sini. Orang pun ramai bergambar. Dia asyiklah suruh Syieda bergambar. Bila balik M'sia, barulah tau.. dia ni memang kaki bergambar hokei. Patutlah.. semua pun suruh Syieda ambil gambar.

Katanya, nak bawak Syieda makan okonomiyaki. Sekali time kami sampai tu... beratur orang kat luar restoran. So kami ke kedai sebelahnya. Since dia baru je bangun.. so dia nak makan banyak. Lapar katanya. Kami order bento set dengan sashimi. Mula-mula tu macam takut-takut jugaklah nak makan..almaklumlah raw fish kot. Ntah tertelan ke tak. Sekali sedap kauuuuu.. memang rasanya mcm orang selalu cakaplah. Cair dalam mulut. Sumpah tak tipu. Ingatkan nak order lagi.. Rupanya, restoran nak tutup pulak.
Ni la rupa tempura bento kitorang. Order sorang satu. Dah kenapa  nak share berdua pulak kan? Tapi macam biasalah.. memang tekak ni tak lalu kot nak makan makanan cenggini. Adoi makan nasi dengan sup je.  Alahai.. memang tak lalu kot.. Yang habisnya tempura tu je. Tapi dia habis kooo makan satu box ni.
 Kami duduk sini lama kot. Dalam sejam lebih. Kami banyak berbual tentang topik thesis dia. Almaklumlah.. dia ni student kat Keio University. Senang cerita kami berbual secara ilmiah. Agaggaga...
Kami bawa haluan masing-masing dalam pukul 10 kot. Pastu Syieda pun balik semula ke apartment yang jauh itu. Macam biasalah, salah naik tren. Pastu tunggu sorang-sorang kat platform dengan sejuk gedi. Adoii memang jiwa tertekanlah time tu.

Sepanjang jalan nak ke apartment tu, sunyi ko! Padahal baru pukul 11 cenggitu. Pastu depan pintu masuk apartment buat hal la pulak. Masukkan nombor security tapi pintu tak nak bukak. Adoiii.. Dah la tak de orang. Menyirap je time tu. Emosi memang tak stabil. Berpeluh tak menahan even cuaca sejuk melampau. Time tu, Syieda memang dah plan, kalau susah sangat... nak balik ke Ikebukuro semula dan carilah mana-mana capsule hotel. Nasiblah tiba-tiba ada minah ni baru balik shopping kot dengan kawan-kawan. Tengah dia sibuk dok mengangkut barang, mintak tolong dia. Ala rupanya... nak masukkan security code tu kena masukkan perlahan-lahan. Bukannya cepat macam mendail telefon. Ah bengang betol.

To be continued.
aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER