K's House Takayama, Japan

Hostel ni paling senang Syieda jumpa, walaupun tak de la dekat mana pun dari JR Station. Nak dijadikan cerita, Syieda dalam bas pun dah boleh nampak signage guesthouse ni.
Route ke hostel ni, korang boleh dapatkan dari official website dorang . Memang terbaiklah map dorang. Ada tu kat MT Fuji, siap ada nite view map. Mana la tau korang ada yang rabun malam kan.. guna map tu senang nak tuju ke hostel.

Overall, Syieda suka dengan K's House. Sebab semua facilities berbaloi dengan harga. Tapi kalau korang nak yang lebih murah, ada je guesthouse yang lain. Cuma kena rajin carilah.
 Dining hall


 Common hall

 Kitchen, laundry room

Check-in dan check-out mudah je. Time nak check-out aritu, Syieda tak jumpa pun sapa-sapa kat front desk, sebab Syieda keluar awal, so letakkan aje kunci kat atas meja.

Yang bestnya ada lift. Kalau nengok bangunan ni dari luar memang tak sangkalah akan ada lift. Untuk hari tu, Syieda stay dalam single room. Tapi kettle tak de. Haruslah ke kitchen yer. I is so tak rajin. Jadinya makan strawberry dengan susu ajer.


 Post Office dekat je dengan hostel. Nak ke San-machi Suji/ Takayama Old Town pun dekat. Jalan terus je. No belok-belok hokey.

Rate: 4800yen for  single ensuite room/nite
aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER

Eco Hotel, Nagoya, Japan

Hotel ni Syieda stay semalam je. Sebabnya hotel ni paling dekat dengan JR Station dan paling murah. Nak cari hotel ni tak susah pun. Kalau keluar dari JR Station(Taiko-Dori Gate) yang ada jam silver tu, hotel ni ada kat bangunan bertentangan dengan JR Station di main road. Keluar dari JR Station tu, susur kiri (dalam 10 langkah) dan ke kanan hingga ke jalan besar. Ada zebra crossing. Lintas jalan tu, hotel betul-betul depan zebra crossing tu je.

Kalau korang naik Willer Express pula, bas akan berhenti dekat Noritake -1 Chome. Jadinya korang kena jalan kaki ke JR Station. Bila dah nampak JR Station, tak perlu lintas main road ke JR Station tu, tapi jalan ke arah kanan korang. Hotel area-area situ je. Kalau jalan kaki dengan beg yang banyak, nak dekat 30 minit gak baru sampai.

Gambar bawah, Syieda ambil dari arah hotel. Bangunan putih yang rendah dan tinggi tu ialah JR Station


Hotel ni kat tingkat atas. Korang akan nampak signage warna oren.
Yang hazabnya tak de lift. Memang stok kena angkut semua sendiri. Memang masaklah yang bawa beg berbondong-bondong tu.

Untuk trip aritu, Syieda stay kat bilik single non-smoking. Bilik dia lengkap dengan tilam bantal yang empuk, TV, fridge semua la. Malam tu siap mintak air panas kat nenek yang kerja shift malam tu. Sekali dia bagi kettle. Selamatlah makan megi malam tu. Setiap level ada toilet dan sinki. So tak payah nak turun ke basement. Nak mandi ke laundry ke semua kat basement. Yang ini ada pulak lift. Tak berapa nak faham, sebab try gak nak keluar dari hotel tu guna lift, last-last lift terbuka kat basement.
Rate semalam untuk single room ialah RM77.36 sajork.
aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER

Santiago Hostel, Kyoto, Japan

Syieda stay 2 malam kat Santiago Guesthouse Hostel masa kat Kyoto aritu. Dalam banyak-banyak hostel, Syieda rasa ni paling jauh sebab jalannya yang agak berbukit sedikit. Tapi yang bagusnya, hostel ni dekat sangat dengan Kiyomizudera Temple. Untuk female solo traveller, Syieda memang suggest stay sini. Tak perlu nak jalan jauh if balik lambat apabila nengok illumination.

Route ke sini senang je. tak de belok-belok pun. Dari Kiyomizu Gojo Station for Keihan Line, ikut exit 1(dalam tenet kata). Tapi kalau ikut Syieda, Syieda suggest korang ikut exit Kiyomizudera Temple (tak ingat nombor berapa exit tu). Yang pasti ada lift. Keluar je dari lift tu.. korang akan nampak kedai cenggini.(gambar bawah)
Bila berdiri facing kedai ni, korang jalan ikut arah kanan korang. (Kiri ada sungai kalau tak silap). Jalan terus je sampai lah korang jumpa flyover belah kanan korang. Hostel ada kat corner belah kiri korang.
Tingkat bawah cafe yer. So korang kena mengangkut beg naik tangga yang tinggi tuh. Memang hazab. Tapi aritu Syieda bernasib baik sebab abam cafe hensem tolong angkatkan beg. Pastu muka dia macam pelik sebab beg berat sangat. Hiks.

Reception kat 1st floor. Ada service left luggage. Common hall pun area situ gak dengan PC yang melambak. Free la kot. Shower room kat tingkat yang sama. Sabun shampoo semua kena beli if tak bawa. Towel pun renting dari sini.
Gambar bilik tak sempat pula nak ambil. Tapi memang spacious untuk dorm. Semua macam baru dan moden compare hostel kat Osaka aritu. Reading lamp, power socket (ada 2 kalau tak silap) dan curtain untuk setiap katil. Cuma tu la tuh.. tinggi sikit katilnya. Orang macam Syieda pun boleh kaki tergantung-gantung bila nak turun dari katil. (katil bawah yer) . Setiap level ada 2 toilet dan locker yang sama nombor dengan katil. Nak laundry kat tingkat 3. Sabun basuh baju kena beli siap-siap dari reception desk sebab rasanya dorang tak buka 24 hours kot.

Rates for 2 nites: RM179.46 (14 beds female dorm)
aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER

Hostel Base Point Osaka, Japan

Hostel ni paling murah kot yang Syieda dapat area Namba Station. Pilih hostel ni pun sebab tak perlu naik banyak tren dari airport. Nasib baiklah Syieda cepat pantas dan tuntas booked awal-awal. Sebab macam goreng pisang panas je hostel ni terutama aritu ada Supershow kat Osaka. Rasalah dikau berborak dengan budak-budak remaja k-pop bermacam-macam warna kulit. Eh?

Nak sampai sini sebenarnya senang je. Cuma tu la tuh... sesat barat kat dalam Namba Station. Syieda pun tak berapa faham lah kenapa boleh turun naik escalator yang sama untuk 2 kali. Stress...

Keluar je dari Nankai Namba Station (tren dari airport), exit dari north ticket gate (3F) dan turun ke tingkat bawah. Kalau bawak banyak beg macam Syieda aritu, korang gi kat belah hujung kiri ada lift. Lift tu sebenarnya untuk peniaga angkut barang jualan. So memang kena bertabah la tunggu turn yer.

Sampai je kat bawah, korang akan nampak bangunan ni.
Jalan ke kanan pula sampai korang nampak rupa cenggini (gambar bawah). Depan tu ada zebra crossing. Sila lah cross jalan tu. Dan kalau korang telek betul-betul ada starbuck kat tepi Namba Walk (laluan berbumbung) tu. Masuk Namba Walk tu sampailah korang nampak hostel signage yang memang kecil kat belah kiri korang. Dah lah kecil sigange tu, rendah pula tuh. Adoi. Orang yang jenis jalan pandang depan..memang tak nampaklah signage nya. Bertentangan dengan sigange tu mcm ada game arcade.
Sekiranya korang naik metro, Kintetsu atau JR, korang keluar ikut Namba Walk East - B 21 exit. Kat subway tu macam shopping complex dah nampaknya. Pandai-pandailah korang keluar ikut exit tu. Bila keluar je exit tu, korang akan nampak flyover kat belah kiri. Korang ikut kanan yer. sampailah korang nampak bangunan cenggini (gambar bawah). Lintas jalan tu, untuk berada kat bangunan Marui. Pastikan Nankai Namba Stn (Bangunan putih tu) ada kat belah kanan korang. Pastu korang jalan lagi sampai nampak Namba Walk yang ada starbuck. Jalan sama macam direction kat atas.
Hostel ni tak de la besar mana pun. Kecil je. Dari Namba Walk tu, korang akan masuk lorong yang akan lead korang ke hostel. Memang dari Namba Walk tak nampak pun hostel ni. Tak faham kenapa masa sampai haritu reception counter tak bukak lagi. Walhal tunggu sampai pukul 11 pagi. Kat sebelah reception counter ada la pantry. Kecil yang amat. Kalau takat nak masak air untuk makan meggi tak de masalah.

Yang menjadi masalah tak de lift ok. Tangga tinggi dan curam. 1st floor untuk female. Toilet dan shower room memang sharing concept yer. 1 pulak tuh. Kalau bangun awal memang tak de masalah.
Singki ni pula kat dalam female dorm. Dorm terbahagi kepada 2 sama ada 4 beds atau 10 beds.
Satu je la yang Syieda kagum dengan Jepun ni... pandai menjimatkan ruang. Since ini kali pertama duduk hostel campur dengan orang asing... tirai cenggini memang memberi kita privasi.
Setiap katil akan ada reading lamp dan power socket. Cuma bantal tu jer la masalah sikit.. lembik yang amat! Pening kepala eden.
Yang ni kes kelakar. Sebelum bertolak ke Jepun.. memang Syieda ada baca, heater dalam bilik kena guna duit sendiri if nak on kan. Boleh eh jadi masa hari kejadian, Syieda dengan tak tau malu turun bawah jumpa kakak kaunter bagitau bilik terlalu sejuk. Kejap lagi kakak kaunter datang masukkan coins dalam kotak ni. Walhal kotak ni betul-betul tergantung kat kaki katil Syieda. Selamatlah coins 100 yen kalau tak silap. Untuk hari berikutnya, time Syieda sampai je kat bilik, dan dan tu jugak kakak kaunter insert coins. Hihihihi
Locker disediakan dalam dorm. Cuma tu la tuh.. kecil bebeno. Tak muat beg troli yang medium size.
Rate untuk 3 malam ialah RM237.53 untuk 4 beds dorm/ pax
aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER

Capsule By Container Hotel, KLIA2

Hi kawan-kawan...
Memandangkan entry pasal Jepun dah berakhir, untuk post yang berikut dan berikutnya .... Syieda nak share dengan korang semua accommodation sepanjang berada di sana tempoh hari. Dah alang-alang entry Jepun ni makan masa lebih setahun, kita lajakkan terus setahun setengah. Eh? Kikikii
Sebelum bertolak ke Jepun aritu, Syieda dah stay untuk beberapa jam di Capsule hotel yang terletak tak jauh mana pun dari KLIA2 (dalam bangunan yang sama sebenarnya. hiks). 
Yer la kan.. flight dari JB tengah hari. Pastu flight ke Jepun pula pukul 1.30 pagi hari berikutnya.. Mana la tak mereput kat situ sorang-sorang. Oleh itu sementara menunggu nak boarding ke KLIA2, sempat usha rate kat capsule hotel ni. Lepas tambah tolak darab dan bahagi.. ok kita booked aje untuk 6 jam dengan harga RM59.50. Murahkan?? Lagi pun time tu memang plannya nak cover tidur sebab sibuk settle kan kerja hakiki sebelum berjimba. 

Al-maklumlah.. I is puteri lilin. Kenot tidur kurang 8 jam sehari. Eh???

Bagi Syieda rate dia ok. Tak de la mahal sangat. Untuk yang terdesak macam Syieda ok je pun.. Nah usha sini -->   Capsule Hotel

Check-in dan check-out memang fast and furious tau. Upon check-in korang akan dapat kunci bergetah ni. Time tu terfikir, ni nak buat ikat rambut ke apa?. Haaaaa.. jangan korang tak tau, kat Jepun sendiri pun dorang akan bagi kunci cengini gak. Kira ni nak menimba ilmu sebelum stay kat capsule yang sebenarnya di Jepun nanti.
Selain dapat kunci locker tu, korang akan dibekalkan dengan beg warna hitam macam gambar kat bawah ni. Kalau tak silap, dalam tu ada towel dan beberapa benda lain yang tak ingat apa ntah. Maafkan saya yer... Sel otak tak berhubung lagi woi.  #faktorketuaan

Once dapat je masuk, memang excited nak tuju cabin sendirilah. Sebabnya dikau terlalu takut tak muat masuk cabin tuh. Orang gems macam Syieda memang perasaan takut sentiasa ada. Hiks.
Nasib baiklah dikau muat dalam cabin tu. Kira spacious gaklah. Bolehlah takat nak guling 2 pusingan. Eh?? 

Waktu nak booked, korang boleh pilih nak duduk female, male atau mix cabin. Mungkin sebab baru kot, tak ramai pun orang. Siap boleh dapat cabin bawah. Dan kalau tak silap nak masuk kawasan female cabin ni, ada keycard ... Itu pun kalau tak silaplah. Kena tap kat pintu. 
Bantal yang sangatlah empuk. Asyik teringat-ingat betapa empuknya bantal tersebut. Bantal kat Jepun pun kalah tau.
Bathroom kat luar female cabin tu je. Bersih dan banyak. Ada hair dryer lagi. Bagus sangat. Yang pasti tak de mandi berjemaah yer. 
Ni nanti bila kita sentuh dinding dan pijak lantai tu.. memang rasalah bukan simen.
Nak tidur dalam cabinkan......
Owh yer.. nak masuk sini kena buka kasut ok. Letak kasut kat area sini dan jangan lupa ambil selipar senang nak masuk toilet nanti.
Overall, Syieda rasa berbaloi kot. Harga pun tak de lah mahal manapun banding dengan semua facilities yang diberi (Locker, wifi, mineral water dan lain-lain). Lagi satu jangan lupa sediakan RM50 untuk deposit yer.

Nora bagi 7 bintang. Eh tetiba....
aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER

Arigatou Japan - Finale

19 December 2014

Hari yang ditunggu-tunggu pun tiba. Petang ni Syieda akan bertolak pulang ke Malaysia. Excited sangat. Mungkin sebab travel secara solo membuatkan Syieda rasa seronok sangat nak pulang ke tanah air terchenta.  Entah la. Nak kata seronok travel secara solo....tak juga.. nak kata tak..tak juga. Ehmmmm.....Entah lah.

Pagi ni bangun agak awal yer sebab nak naik bas terus ke airport. Ha jangan tak tau...tujuan Syieda stay kat hotel ni selain nak habiskan agoda point ialah nak mudah bergerak ke airport sebenarnya. Kalau nak tau..sepatutnya ada bas akan bawa kita direct ke airport. Tak payah susah payah....tunggu je kat lobby. Dan semalam dah confirmkan dengan kakak kaunter. Dan dia pun dah sahkan.

Kalau ikut route yang diberi, bas ni akan bermula dari Nagoya station, pastu ke beberapa buah hotel di sekitar bandar raya Nagoya, last sekali barulah ke hotel ni dengan tambang 1k yen...Ada 4 waktu iaitu pukul 6.57, 9.57, 1.57 dan 5.57 petang dan dijangka sampai airport lebih kurang 50 minit kemudian. So Syieda pun bersiap-siap untuk naik bas pukul 9.57 pagi.

Bila turun je kat lobby katanya bas tak ada sebab snow tebal. Huk alaaa.. geram pun ada kot! So minta dorang panggilkan teksi. Dan nasib baik memang ada 1 je teksi tengah tunggu kat lobby tu. Lepas masuk je dalam perut teksi tengah berkira-kira nak turun kat mana. Kang kalo suruh terus ke airport mau makan ratus ringgit pula. So terpaksalah study map semula. Adoii.. Syieda ni dah la tak boleh buat kerja under pressure. So decide suruh driver taxi turunkan di Kanayama Station dengan tambang 1580 yen. Padahal tak de la jauh mana pun sebenarnya.

Sampai je kat station tu, pergilah ke kaunter tiket. Tengah dok nak beli tiket tren ke airport, pak cik kaunter ternampak suica pass Syieda. Terus dia cancel tiket dan suruh je Syieda guna pass tersebut. Huk alaaa sekali lagi tersipu-sipu atas kebodohan sendiri. Naik tren pun agak payah ye sebab orang agak ramai. Maksud ramai ni tak de la sampai berasak-asak ye. Still korang boleh berdiri. Akhirnya... ku lepaskan  aje la train tu berlalu. Ha ambik ko.. next train setengah jam pulak tuh semi-express! Bertabahlah.

Sampai jer airport dalam pukul 11.15 cenggitu. Lama lagi dowh! Flight petang karang pukul 5. Memang mereput la sorang-sorang.. Memandangkan belom beli souvenir.. kita try cari dulu. Dan tempat yang Syieda tuju tak lain tak bukan ialah di tempat yang sama dengan scdha sein . Tak sampai setahun pun kot beza masa kitorang kat sana.. tapi harga souvenir dah naik ok! Sekali lagi bertabah.

Lepas shopping souvenir, puaslah menggoogle kat mana nak wrap beg. Tau je la airasia ni.. ada gak beg ni tak cukup sifat bila sampai Malaysia. Sekali ada jumpa satu page kat net bagitau memang ada plastic wrapping service. Bila tanya kat information counter, katanya TAK DE! Sedih. Yang ada ialah kotak. Tak nak la kotak. Buat bertambah berat beg aje. So kita tawakal je la yer.

Time tu tatau nak buat apa. Jadinya plan nak gi cari tempat makan kat level atas. Sekali kat depan elevator ada sign tak bagi kita bawa naik troli. Ala acamana ni? Tiba-tiba ternampak tempat simpan beg kat bawah tangga. Yes! Harga lebih murah. Satu cart kalau tak silap 500 yen. Letaklah semua beg dalam satu cart tetap 500 yen. Kalau nak ambil locker mahal lah sikit dalam 700 yen/locker dan mungkin kena ambil 2 locker kot. Solution nya letak je beg kat bawah tangga ni. Selamat pun ye gak sebab ada orang jaga. Open sehingga pukul 9 malam kalau tak silap.
Lepas tu barulah bersenang lenang kat level atas. Food hunting pun bermula. Kedai makan kat belah atas sangat attractive! Dorang deco macam rumah-rumah lama. Tapi macam tak berapa nak sesuai je tekak ni. Last sekali terjah starbuck je. Walaupun Syieda bukanlah peminat kopi.. tapi layankan aje lah. Tak ingatlah apa nama minuman tu. Tapi sedap sebab ada dried raspberry. Lama gak kat sini sambil nengok orang lalu lalang. Paling menyentuh perasaan bila nampak rombongan kanak-kanak OKU melawat airport. Bukan sahaja cikgu yang handle dorang, ibu bapa pun turut sama join. Tapi biasalah.. nama pun kanak-kanak OKU. Memang bising sikit. Tapi seronok je nengok dorang mengenal dunia luar.
Pukul 3 petang dah gerak ke kaunter untuk check-in luggage. Pastu ke level bawah untuk pos semula pocket wifi yang Syieda sewa sepanjang berada di Jepun. Memang sangat berjasa. Senang je pun nak pos. Oleh sebab nak beli setem sekali, Syieda pun masuklah ke dalam post office. Bila nak post pocket wifi ni, kakak kaunter minta buka semula envelope tu. Sebabnya terlalu tebal. Rupanya dorang kena biarkan casing tu terbuka macam gambar di bawah. Kakak buatlah camana pun. Janji pocket wifi tu sampai tepat waktunya.
Gambar kat bawah ni bukan library ok. Ni lah rupanya charging point yang disediakan oleh airport. Selesa sangat.
Akhirnyaaaa.... Tepat pukul 5. 35 petang flight D7543 terbang terus ke Malaysia. Sampai Malaysia sekitar pukul 12 malam. Maka tamatlah kisah kembara solo pertama Syieda ke Jepun yang memakan masa lebih kurang 16 hari. Tapi ambil masa setahun lebih untuk karang entry. Huk huk huk.. Maafkanlah daku.. Aku hanya insan yang lemahh.. Kikikiki
Ha buat yang nak tau.. berapa banyak luggage yang Syieda pikul selama 16 hari aritu.. ni lah rupanya.
Memang Syieda failed bab packing barang yer... Padahal boleh minimized lagi beg tuh!

aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER