Nak sampai sini sebenarnya senang je. Cuma tu la tuh... sesat barat kat dalam Namba Station. Syieda pun tak berapa faham lah kenapa boleh turun naik escalator yang sama untuk 2 kali. Stress...
Keluar je dari Nankai Namba Station (tren dari airport), exit dari north ticket gate (3F) dan turun ke tingkat bawah. Kalau bawak banyak beg macam Syieda aritu, korang gi kat belah hujung kiri ada lift. Lift tu sebenarnya untuk peniaga angkut barang jualan. So memang kena bertabah la tunggu turn yer.
Sampai je kat bawah, korang akan nampak bangunan ni.
Jalan ke kanan pula sampai korang nampak rupa cenggini (gambar bawah). Depan tu ada zebra crossing. Sila lah cross jalan tu. Dan kalau korang telek betul-betul ada starbuck kat tepi Namba Walk (laluan berbumbung) tu. Masuk Namba Walk tu sampailah korang nampak hostel signage yang memang kecil kat belah kiri korang. Dah lah kecil sigange tu, rendah pula tuh. Adoi. Orang yang jenis jalan pandang depan..memang tak nampaklah signage nya. Bertentangan dengan sigange tu mcm ada game arcade.
Sekiranya korang naik metro, Kintetsu atau JR, korang keluar ikut Namba Walk East - B 21 exit. Kat subway tu macam shopping complex dah nampaknya. Pandai-pandailah korang keluar ikut exit tu. Bila keluar je exit tu, korang akan nampak flyover kat belah kiri. Korang ikut kanan yer. sampailah korang nampak bangunan cenggini (gambar bawah). Lintas jalan tu, untuk berada kat bangunan Marui. Pastikan Nankai Namba Stn (Bangunan putih tu) ada kat belah kanan korang. Pastu korang jalan lagi sampai nampak Namba Walk yang ada starbuck. Jalan sama macam direction kat atas.
Hostel ni tak de la besar mana pun. Kecil je. Dari Namba Walk tu, korang akan masuk lorong yang akan lead korang ke hostel. Memang dari Namba Walk tak nampak pun hostel ni. Tak faham kenapa masa sampai haritu reception counter tak bukak lagi. Walhal tunggu sampai pukul 11 pagi. Kat sebelah reception counter ada la pantry. Kecil yang amat. Kalau takat nak masak air untuk makan meggi tak de masalah.
Yang menjadi masalah tak de lift ok. Tangga tinggi dan curam. 1st floor untuk female. Toilet dan shower room memang sharing concept yer. 1 pulak tuh. Kalau bangun awal memang tak de masalah.
Singki ni pula kat dalam female dorm. Dorm terbahagi kepada 2 sama ada 4 beds atau 10 beds.
Satu je la yang Syieda kagum dengan Jepun ni... pandai menjimatkan ruang. Since ini kali pertama duduk hostel campur dengan orang asing... tirai cenggini memang memberi kita privasi.
Yang ni kes kelakar. Sebelum bertolak ke Jepun.. memang Syieda ada baca, heater dalam bilik kena guna duit sendiri if nak on kan. Boleh eh jadi masa hari kejadian, Syieda dengan tak tau malu turun bawah jumpa kakak kaunter bagitau bilik terlalu sejuk. Kejap lagi kakak kaunter datang masukkan coins dalam kotak ni. Walhal kotak ni betul-betul tergantung kat kaki katil Syieda. Selamatlah coins 100 yen kalau tak silap. Untuk hari berikutnya, time Syieda sampai je kat bilik, dan dan tu jugak kakak kaunter insert coins. Hihihihi
Locker disediakan dalam dorm. Cuma tu la tuh.. kecil bebeno. Tak muat beg troli yang medium size.
Rate untuk 3 malam ialah RM237.53 untuk 4 beds dorm/ pax
No comments:
Post a Comment