magnificent of Istanbul day 3

 pagi hari ketiga 
kitaorang kuar awal
tapi tak ler awal pagi sangat
kuar cepat-cepat agar runway diva tak ikut kitaorg.
tapi itinerary yang dah dibuat lari gila
supposed day 3 kitaorang naik ferry merentas bosphorus
tapi memandangkan dah terbuang duit beli tix bas hop on hop off semalamnya..
maka haruslah digunakan sepenuhnya pada hari ke-3 ni

cerita pagi ke-3 memang sadis
mana tak sadisnya apabila
sampai-sampai sultanahmet,
kitaorang berlari-lari anak naik bas

dengan bangganya cakap kat partner
"kita kena turun kat sini...bla..bla..bla.."
so.. 
bas pun berjalan..
sekali sampai port yang beriya-iya tadi nak turun...
masing-masing buat tak tau..
me buat tak tahu sbb nengok partner tu sibuk mengambil gambar..almaklumlah, smlm batt kamera dia kong.. so konon-konon bagi chance  ler..
yang partner ni pulak buat tak tahu.. sbb memang dia tak tau pun kat mana point yang me cakap tadi..
hahahahhahhaha
sudahnya..
kitaorang buat satu round semula melihat istanbul dari atas bas..
so sampai ajer kat sultanahmet,
me dah siap-siap bagitau driver tu turunkan kitaorang kat eyup
so kali ni tak moh berpusing satu istanbul lagi.

eyup ni memang me dah hilite nak g pun pada hari ke-10 nanti
tapi dah terawal.. nak buek camanokan?
eyup ni sebenarnya bermula dari golden horn sehinggalah ke black sea.

yang menariknya
tempat yang kitaorang pergi ni ialah kawasan tanah perkuburan
ada uols bercuti kat kubur??
tak de kan..
tapi kawasan tanah perkuburan ni sgt unik ok!
ada cable car..
sebab tu la,
eyup wajib dilawati bagi sesiapa ke istanbul.
 antara celahan pokok-pokok hijau itulah..
kubur-kubur orang turki
apa yang me diberitahu,
bukan mudah nak disemadikan disini.
ramai turkish yang berharap dapat dikebumikan di sini.

selain memandu ke puncak bukit tersebut
rata-rata pengunjung akan menaiki cable car ataupun dipanggil teleferik.....
tambang tetap sama.
1.75TL kalau guna akbil.

 satu cable car boleh memuatkan seramai 8 orang
dan tak terlalu lama untuk menunggu setiap satu pusingan.
ni bukan rupa orang gayat yer..
tapi muka org ngah meng'adjust' kamera yang menghasilkan gambar kabur..
sekali rerupanya itu kabus..
hahahahhahaha..

akhirnya sampai lah kami di atas puncak bukit tersebut.
punya la sejuk sampai gambar pun tak jelas..
ingatkan kitaorang antara yang terawal sampai...
sekali..
dah ramai dah dok bertenggek kat sini.
untuk pengetahuan semua
kat atas puncak bukit ni..
bukannya orang ramai melawat kubur sedara mara masing-masing..
tapi sesaja nak menikmati keindahan panorama yang indah,
bercinta-cintun,
dan yang lagi hebat
menjalani sesi penggambaran pengantin!
hado kat mesia??
tak do kan??
kalo kat mesia.. nak jejak kaki kat gate kubur jer dah seram sejuk..
tapi kat sini..
siap boleh bercanda-canda lagi.
 kubur orang sana memang tak menakutkan pun.
gambar di bawah ni
adalah pemandangan yang menghadap golden horn
 dah alang-alang berada di eyup
jangan lepaskan peluang untuk minum teh di pierre loti cafe
cafe ni sgt terkenal
sebenarnya kecik jer cafe ni
tapi yang menjadikan dia hot dan dikunjungi ramai ialah lokasi cafe tersebut yang menghadap golden horn.
 cafe yang sangat menarik ini sebenarnya sempena nama seorang penulis yang berasal dari french dan juga seorang tentera laut yang terkenal.
disebabkan itu,
terdapat sebuah mini muzium di bahagian belakang cafe tersebut.
seperti biasa jangan lupa untuk menikmati segelas kecil teh epal yang sgt sedap dengan harga 2TL sahaja

 sangat payah ok nak minum air panas pakai gelas kecik yang tak bertangkai..
adussss..
nasib sedap air tehnya.
owh yer lagi satu yang menariknya bila membeli belah di bumi istanbul ni...
kita akan dihidangkan dengan teh sewaktu membeli belah..
biasanya dorang akan menawarkan teh epal yang sangat lazat.

selepas mengalas perut dengan teh epal dan sandwich
kitaorang bergegas turun untuk ke satu lagi tempat iaitu miniaturk.
miniaturk ni pula terletak di seberang golden horn ni..
 sebelah kiri yang berlatar belakangkan pokok-pokok hijau tu..
ialah tanah perkuburan eyup yang kami lawati tadi
manakala deretan rumah di sebelah kanan uols tu ialah kawasan penempatan eyup.
 tujuan ditempek gambar diatas ni
bukanlah nak bagitau tentang sebuah keluarga bahagia..
tapi dressing pompuan yang pakai coat kaler brown tu.
hahahhahhha..
hebat kan??
kalau mesia sibuk dengan wanita bertudung pakai baby-t 
tapi dorang, pakai tudung dengan skirt. 
kira ni tak teruk sangat.
ada lagi yang pendek. tapi bukan mini skirt la.
adoiyaaaa.. setiap negara lain caranya..

akhirnya sampailah kami di pelabuhan eyup.
tak jauh pun berjalan kaki dari teleferik station tadi
ada la dlm 1o minit perjalanan..
 by the time kitaorang sampai..
aduss ferry dah bertolak dah..
kena la tunggu lagi sejam
memandangkan kat sini pukul 5 dah gelap
mula la kami berdua memikirkan cara lain untuk sampai ke miniaturk
tengah sibuk-sibuk berfikir
eh pak cik tua ni datang..
"koniciwa..bla..bla..bla..."
eh dia ingat me ni jepun ke hapa..
layan kan ajer la apa yang di cakap dalam bahasa turki..
siap tunjuk gambar mudanya dalam wallet.
mungkin dia org femes kot??
layankan ajer la bergambar dengan dia.
 later kitaorang find out ada bot kecil kat tepi pelabuhan tu.
so apa lagi..
kitaorang pun belasah naik bot tu..
time dah naik baru terpikir..
eh kalo tenggelam macamana??
almaklumlah..
kitaorang tak dibekalkan ngan life jacket...
ish. ish ....
so masing-masing duduk tegak jer sampai ke seberang..
 nengok tu..
ambik gambo pun sampai tak center.
punya la tak berani nak gerak-gerak.

 akhirnya berjaya juga kami sampai ke seberang setelah membayar 15TL
time ni muka masih happy sebab dah berjaya bertarung nyawa daripada tenggelam..
walaupun tak tau apa akan berlaku seterusnya...
 hambik ko 
kalau terpaksa menapak lebih kurang 40 minit
sebabnya boat tadi berhentikan kitaorang di bahagian belakang miniaturk.
dah satu keja kena menapak ke bahagian pintu masuk miniaturk.
tapi tak pe.. sebab tak berpeluh pun langsung..
sebenarnya 
miniaturk ni mempamerkan keindahan bumi turki dalam bentuk replika miniature 
bayaran masuk hanyalah 10TL
agak-agak tak sempat nak melawat semua tempat kat turki
lawat ajer kat sini.
complete dalam masa sehari..
masjid biru


temple of artemis
yang ni ada kat ephesus
dan merupakan salah satu tempat yang saya nak pergi!


library of celsus ni pun saya nak lawat.
terletak di ephesus


ancient theater..
tak dapat pegi yang kat greece..
g yang kat turki pun udah ler..
janji dpt pegi
dan yang paling utama me nak jejakkan kaki ialah ke sini...
PAMUKKALE
ntah kenapa suka betul..
nanti kita citer pengalaman ke sini yer..
yeah..yeah.. saya dah pegi semua tempat di turki..
tapi yang acah-acah punya jer..
miahahahaha
owh yer sebelum balik
singgah la sebentar ke sebuah mini muzium yang mempamerkan tentang pemimpin yang sangat dikagumi oleh masyarakat turki iaitu kamal ataturk.
owh yer bercerita tentang pemimpin negara ini..
beliau meninggal pada 10 November 1938.. dan pada 10 november , masa yang sama dengan tarikh kematiannya pada setiap tahun, semua turkish akan berhenti daripada melakukan segala tugasan untuk berdiri bagi menghormati  beliau.
so selepas feeling hebat dah round satu turki..
kami pun bergerak pulang.
time ni dah mengelabah tak tau nak balik camana..
so keluar ajer dari miniaturk, ada bus stop
fuh lega
niat di hati nak naik cab ajer
sekali bas sampai..
terus kitaorang bergerak pulang naik bas.
seperti biasa guna akbil untuk 1.75TL

so mula-mula ingatkan nak ke galata tower utk melihat pemandangan istanbul pada waktu malam....
sekali boleh lepas pulak stop tu.
hapa lagi..
terus ke stop terakhir iaitu eminonu
malam kat sini ..eh silap petang la..
kompius jap sebab petang kat sini dah gelap...

kat sini sangat happening
sebab orang ramai dok menghampiri gerai-gerai yang berlampu warna-warni ni..
contohnya tarihi eminonu balik ekmek ni..
sapa yang tak cuba makan balik ekmek ni sgt la rugi
balik ekmek ni ialah burger ikan
seriyes..
ikan-ikan tu dibakar time tu juga
see..
mamat-mamat turki ni ngah gigih mengril isi-isi ikan tu
yang paling bestnya..
dorang grill ikan tu kat atas bot yang terhuyung-hayang
tapi kitaorang makan kat atas darat
uish.. kalo dok sekali kat atas bot tu pun best gak.
rega burger ikan ni hanyalah 5TL
terus burger ni menjadi fav saya
tapikan...
mula-mula makan tu.. dah terpikir.. mengapakah time buat research semuanya advise soh makan burger ni
padahal..
tak de la sesedap mana pun..
1st bite tu jer dah tergigit tulang-tulang dan baunya pun agak hanyir..
sekali bila dah 2 , 3 suap
baru tau kesedapannya..
sebab apa.. sebab masa 1st bite tu..
tak de nak nengok atau peratikan orang sekeliling
terus ngap!
rupa-rupanya kena letak garam & perahan air limau untuk menyedapkannya..
aishh
patut la kat atas setiap meja memang disediakan sebotol garam dan sebotol perahan air limau
ish ish.. teringat-ingat kesedapan balik ekmek tu..
niat dihati nak g beli lagi hari-hari yang berikutnya..
sekali terlupa sebab, partner tak berapa menggemarinya..
plus
runway diva memang tak makan makanan cenggini..

tup..tup...
dah habis makan ..
me peratikan
orang kanan kiri semua sibuk makan benda kat bawah ni..
siap minum air tu
disebabkan semangat ingin tahu yang membara-bara..
me g la membeli makanan ni
dgn harapan mungkin dessert kot..
sekali tau hapa?????????????
hambik ko!!!
jeruk sebenarnya..
adus...terkenyit-kenyit  mata ni time merasa jeruk tu..
yang lebih heran..
tergamak dorang menghirup cuka jeruk tu
serupa cam minum air kokakola..

apa yang me peratikan kat bumi istanbul ni..
terdapat pelbagai jenis jeruk
agaknya sebagai penyedap makanan kot..

later kami bergerak ke seberang jalan untuk ke spice bazaar
tujuannya
untuk membeli turkish delight
kat sini murah sikit berbanding grand bazaar
tapi tak banyak sgt pilihan pun.

bersebelahan dengan spice bazaar ni ada yeni camii (new mosque)
kalau ikutkan dalam itinerary
memang kena pegi melawat
tapi tak sempat.
nengok dari luar ajer la jawabnya
masuk ajer spice bazaar @ market ni..
dah berbau rempah ratus
buat yang gemar memasak memang inilah syurganya

lepas kitaorang membeli beberapa bungkus teh (kat sini memang ada banyak jenis teh yang wangi-wangi),
beberapa kotak turkish delight,
runway diva call ajak makan waffle kat ortakoy
ok la tu.. tak sabar pulak nak rasa kesedapan waffle di sana.

kitaorang pun tahan satu teksi ni..
lepas bagitau apa yang patut dan dimana nak berenti..
pakcik teksi pun dengan konfiden bawa teksinya..

sampai kat satu simpang..
pakcik teksi ckp..kena ambik jalan lain sbb traffic jam.
so runway diva text us
tanya kat mana
kitaorang pun bagitau la yang pakcik teksi guna jln lain sbb jam
runway diva pun agreed sbb memang ada fashion show pun kat main road tu..
so kitaorang berdua kat dlm teksi pun lega la time tu.
later pakcik teksi pun bagitau yang kitaorang dah sampai ke ortakoy mosque..
lepas membayar 12TL
kitaorang text runway diva balik
bagi tau yang kitaorang dah sampai
so runway diva tanya........................
ada nampak tak.. orang ramai??? jawapan ~ tak
ada nampak tak ...banyak lampu-lampu berwarna warni?? jawapan ~ tak
ada nampak tak ..masjid yang tengah renovate??? jawapan ~ tak
ada nampak tak jambatan yang panjang dan berlampu-lampu ??? jawapan ~ nampak
ada nampak tak banyak orang jual waffle ??? jawapan ~ tak..
bla..bla..bla..bla...
sudahnya me suggestkan kitaorang balik rumah setelah runway diva gagal mencari nama masjid yang kitaorang bagitau..
rupa-rupanya pakcik teksi tu letak kitaorang ntah mana-mana ntah..
dan apa yang me noticed driver teksi kat sana..
main ambik jer penumpang..walaupun tak tau arah yang hendak di tuju..
so far ni la 1st & last time kitaorang kena.

sudahnya..
sampai kat rumah,
kitaorang pulun masak kari untuk melepaskan geram memasing..


aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER

magnificent of Istanbul day 2

 day 2, me lah orang yang paling awal bangun
rasa diri ini hebat pulak kan sebab bangun awal. almaklumlah.. saya ni bukanlah morning person!
pagi tu runway diva dah sediakan bfast
adehhh
me bukan la org yg boleh bfast 
pastu mula la perut meragam..

lepas semua dah bersiap
sekali lagi kami ke kabatas station untuk menaiki tram ke sultanahmet station
once sampai di sana,
kitaorg terus menuju ke hippodrome yang terletak di sultanahmet square
tempat ini di panggil hippodrome kerana pada zaman byzantine tempat ini menjadi medan sukan dan sosial pada zaman itu.
 0belisk 0f Thutmosis III

Theodosius the great telah membawa obelisk ini dari negara mesir dan didirikan di hippodrome
ianya diukir dari batu granite merah jambu dan diletakkan di atas marmar.
obelisk ini dipercayai telah berusia hampir 3500 tahun.

gambar dibawah ini pula dipanggil 
Serpent column
column di bawah ni sebenarnya tak lengkap.
sepatutnya sebelah atasnya ada sebuah mangkuk emas dan 3 kepala ular
yang mana digunakan untuk meraikan kemenangan orang yunani semasa perang parsi pada abad ke-5 sebelum masihi.
namun semasa perang salib ke-4, mangkuk emas itu telah dicuri 
dan kepala ular tersebut telah dimusnahkan pada akhir abad ke-17.
maka yang tinggal hanyalah serpihan column ini sahaja.
 next kitaorang bergerak ke sebuah binaan yang berada pada tempat ke-3 dalam wish list saya ke istanbul
iaitu hagia sophia/ aya sophia
tak jauh pun dari hippodrome. ianya terletak di sebelah kiri hippodrome.

 hebatkan tong sampah dia..
apa yg me noticed
lori sampah dia langsung tak berbau
kitaorg siap boleh lalu sebelah lori sampah lagi!

on the way nak ke hagia sophia
kitaorg ternampak satu kawasan yang tertulis sultan ahmed turbesi
atau makam sultan ahmed
haruslah masuk sbb tak de entrance fee pun.
sekali menapak masuk..
ya allah..
dalam makam pun sangat cantik!! 

 terkesima dengan corak iznik
haruslah berangan posing nak buat kalender cap hayam!
 rasanya tak lama kitaorg kat dalam tu..
jalan satu round terus kuar

on da way nak masuk hagia sophia tu
kitaorg lalu la kat booth bas kaler merah ni
setelah deal
kitaorg bersepakat utk ambik package bas ni dengan kadar 35TL untuk 2 hari
sebenarnya package ni untuk sehari dari pagi hingga petang
dan memandangkan kitaorg beli tix pun dah tghari ditambah pulak dengan low season
dia bagi extra sehari  lagi fOC.
masing-masing apa lagi..
lompat bintang.
 tapi kitaorg decided untuk naik bas ni selepas kitaorg balik dari hagia sophia
sebabnya time tu hagia sophia langsung tak de org beratur kat entrancenya
so bagi uols yang nak melawat hagia sophia ni..
make sure datang awal. sbb nanti satu keja nak kena beratur pulak
 bangunan kaler pink ni lah yg di panggil hagia sophia
bayaran masuk di kenakan 20TL
dan semua pelawat harus melepasi scanner.
 inilah rupa pintu masuknya
 sekali bila menapak masuk...
masing-masing terdiam
sebab terlalu dan tersangatlah kagum melihat interior deconya yang tak boleh digambarkan dengan kata-kata..




 cuba korang noticed apa yg ada diantara kalimah allah dan muhammad pada gambar dibawah?
 ye itulah virgin mary!
sebenarnya hagia sophia ni dah wujud dari tahun 360 Masihi dan merupakan sebuah gereja  pada zaman maharaja constantius.
maharaja tersebut telah banyak menderma emas dan perak untuk digunakan dalam gereja ini.
gereja ini merupakan sebuah gereja yang paling besar pada era tersebut.
karya seni ini berlarutan menjadi gereja hinggalah ke era maharaja theodosius II dan Justinian.
malah gereja ini juga telah mengalami kerosakan apabila bandar constantinople (istanbul)
dilanda gempa bumi berkali-kali
namun pada tahun 1453,
apabila Turks menakluki constantinople, gereja ini telah bertukar menjadi masjid.
dan bermulah operasi menghilangkan semua tanda-tanda kristian di dalam gereja itu.
kemudian barulah ditambah minarets, mimbar, library, primary school secara berkala.
akhirnya dibawah kuasa kemal atartuk, hagia sophia telah dijadikan muzium.
 on da way nak naik tingkat atas,
ouls jangan lupa untuk membuat satu pusingan tapak tangan yang lengkap sambil membuat wish 
di wish column yer.

beginilah rupa laluan ke tingkat atas..
adusss.. org yang kurang stamina mcm me ni..
sah-sah separuh nafas hilang!


 dari tingkat atas
kita boleh lihat
kesan-kesan mozek yang dah beratus-ratus ribu tahun
sebab tu semua dilarang menggunakan flash semasa disini kerana dikatakan kesan flash menyebabkan mozek-mozek tersebut rosak.
 sila abaikan gambar perempuan yang budget hebat dlm gambar-gambar ni..
sian kat dia..
teringin nak gelemer la tu.
 rasa memang mcm tak nak balik jer bila dah sampai kat dalam tu..
disebabkan kitaorg belum lunch..
so lepak dan makan kejap kat tepi hagia sophia .
time nak ke WC mereka di sebelah belakang tu..
ada banyak artifak-artifak yang bersepah-sepah dan belum di simpan di dalam muzium.
nak snap gambar tak bawak kamera la pulak
 memandangkan kitaorg dah booked tix naik bas hop-on hop-of ni
kitaorg pun pusing-pusing la sekitar bandar istanbul..
jalan-jalan sambil nengok
kawasan eminonu (padahal tiap-tiap hari lalu lalang sini)

 lalu depan dolmabahce palace
 kemudian berenti sekejap kat kawasan taksim square
untuk ambil penumpang dari sana..
 kemudian melihat kesan runtuhan city walls

 dan kembali semula ke sultanahmet.
yang lagi bestnya
sebenarnya kitaorang nak pegi ke eyup which is ada dlm tour tu.
sekali sampai kat kawasan eyup
bas ni terus jer jalan
hambik ko..
sebenarnya......kitaorg .kena inform kat bus driver tu yang kitaorg nak turun kat sana..
nasib boleh naik lagi sekali esok hari
 turun-turun je bas
kitaorg menyeberang jalan untuk ke tempat  nombor 4 dalam wish list saya semasa di istanbul iaitu 
basilica cistern
kalau dari pintu keluar hagia sophia,
jalan menuju ke arah kanan dalam 100m
dan uols akan nampak pondok ni..
memang tak sangka
pondok kecil ini mempunyai rahsia yang besar di sebelah bawah tanahnya
 bayaran masuk ialah 10TL sahaja
 apabila menyusuri tangga ke bahagian bawah tanah 
dah terasa kesejukkannya 
sambil diperdengarkan alunan muzik yang sangat mengasyikkan!


 ye.. inilah yang asyiknya tentang basilica cistern yang mana tangki air bawah tanah ini telah dibina semasa zaman pemerintahan emperor byzantine 1
panjang cistern ini ialah 140m dan lebarnya ialah 70m.
terdapat 55 mata anak tangga, dan terdapat 336 tiang yang setinggi 9 m setiap satu.
dan dibina secara tersusun sebanyak 12 rows yang terdapat 28 columns pada jarak 4.8m setiap tiang.
tangki air ini berupaya menakung air sebanyak 100000 tan dalam satu-satu masa.

tapikan..
selain me nak nengok cistern ni,
me sebenarnya sangat la teruja nak nengok....

 ye!!!!
2 kepala medusa ni.
tak tau la kenapa suka sangat
mungkin dah terbiasa nengok citer-citer yang berkaitan dengan greek mitos mcm zeus la,  hades la, poseidon la, hermes la, perseus la.. tapi antara banyak-banyak tu sangat tertarik dengan medusa ni..
mungkin sebab dia berambut ular kot?
atau dia boleh menukarkan org kepada batu??

tapikannnnnnnnnn
sebelum ni..
me memang dah budget yg medusa ni jahat.
yer la kata dia monster underground world.
tapi hari tu bila baca kisah dia..
rasanya hati terus terpaut ok!
tak kirala uols nak kata me jahat..
jahat la..
sbb sian ok medusa ni. kira mcm mangsa keadaan.
dari apa yang me paham,
medusa merupakan sorang dewi yang sangat cantik dengan mata yang berwarna hitam, rambut yang panjang dan badan yang sgt ummpphh!!
time tu dia bercinta dengan perseus iaitu anak zeus. 
dalam masa yang sama, 
athena juga jatuh hati dengan perseus dan cemburukan medusa.
so, athena telah menukarkan rambut medusa menjadi ular dan menyebabkan siapa sahaja yang melihat medusa akan bertukar menjadi batu.
so.. sapa yang jahat??
oleh sebab itu,
perseus telah memotong kepala medusa dan mengambil kesempatan ke atas power yang dimiliki oleh medusa dengan membawanya sewaktu berperang.

eiiii geram pulak me nengok perseus ni..
ni la dinamakan nak huntung sendiri jer!

namun ada myth yang mengatakan medusa melihat cermin untuk menukarkan dirinya menjadi batu.
so apa motif 2 kepala medusa kat dlm cistern ni...???
tidak lah diketahui..

walaupun sedih nak berpisah dengan medusa (ewah..)
kami meneruskan perjalanan pulang ke rumah..
time nak sampai kat tramvay..
ternampak pulak kedai ni..
apa lagi.. serbu la..
 eh tau napa me serbu kedai ni??
kalau dah rupa ini yang dipaparkan kat luar kedai??
ada tak rasa nak teruskan jalan kaki tanpa menoleh berkali-kali??
 jawapannya sudah tentu la 
TIDAK!!!!!!


aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER