Arigatou Japan 2014 -wrap

Ok ni Syieda nak bagi budget sepanjang lebih kurang 17 hari kat Jepun 2 tahun yang sudah. (Giler kentang lama entry nih). Harap dapat membantu bagi sesiapa yang nak jejak kaki kat sini nanti yer. Kalau ada yang salah, minta maaflah..... Al-maklumlah..faktor ketuaan yang menjadi-jadi sekarang ini. Hiks......

KL-Kansai (Airasia) - RM401 (makan + 30kg luggage)
Kansai tru- pass - 5200 yen
Hostel Base Point (3 nites) - RM237.53
Pocket wifi - 8550yen (17 days)

NIL

Universal Studio - 6980 yen
JR tren to USJ - 320 yen

Namba Stn - Yodobashi Stn - 180yen
K Pass - 2000yen
Santiago Guest house(2 nites) - RM179.46

Kyoto bus - 460 yen
Randen train - 500 yen
Sagano Romantic Train - 620 yen
JR Train - 200 yen
Toei Theme Park - 2200yen
Kiyomizudera Illumination - 400 yen

Kyoto - Nagoya (Willer Express) - 1500 yen
Eco Hotel (1 nite) - RM77.36
Bus to Nabananosato (return) - 1780yen 
Nabananosato Illumination Entrance - 2100yen

Bus to Takayama - 2980 yen
K's House Takayama (1 nite) - 4800yen

Bus to Shirakawago - 2470yen
Locker (Shirakawago)  - 600yen
Bus to Shirakawago point view (return) - 400yen
Bus to Ainokura(return) - 2600yen
Bus to Kanazawa - 1850yen

Econo Hotel Kanazawa(1 nite) - RM134.41
Locker (Kanazawa Stn) - 700yen
1-day Kanazawa Loop Bus Pass - 500yen
21st Century Art Museum - 1000yen
Kanazawa-Tokyo (Willer express) - 4140yen

K's House Mt Fuji (1 nite) - 3000yen
Keio Bus Tokyo-Kawaguchiko(return) - 3500yen
Kawaguchiko Stn -Fujisan Stn (return) - 440 yen
Bus Fujisan Stn -  Hananomiyako Park - 460yen
Bus Hananomiyako Park - Fujisan Stn - 1220yen

Bus to Oishi Park(return) - 960yen
Kawaguchiko Stn - Shimoyoshida Stn - 300yen
Locker (Kawaguchiko Stn) - 1200yen
Shimoyoshida Stn - Fuji-Q - 220yen
Fuji-Q Theme Park - 4000 yen
Fuji-Q - kawaguchiko Stn - 170yen
Shinjuku Locker - 1600yen

Shinjuku Capsule Hotel (1 nite) - RM116.68
Suica Pass - 8000yen

Yoshie Apartment/3 nites (Airbnb) - RM419
Tokunai Pass (JR Loop Line) - 750yen

NIL

Disneyland - 6400yen
JR Musashino Line - 160
Disney locker - 900yen
Bus Disneyland-Nagoya (Willer Express) - 3660yen

Nagoya Tokyu Hotel - RM120.88

Nagoya - KL (Airasia) - 36,239yen (Makan+seat+40kg luggage)
Nagoya Airport Locker - 500yen

Total : RM5521.58 (100yen = RM2.98)

Overall, tak de la murah mana pun trip Syieda kali ini. Tapi korang boleh je kurangkan lagi budget ni if tidur kat hostel. Sebab ada certain hotel tu, memang Syieda booked untuk 2 orang. Al-maklumlah, plan asal kan nak pergi berdua. Sekali kawan tak jadi pergi. Nak cancel dan cari hotel baru yang murah memang tak de la kerajinannya kot. Jadinya.....jalan ajer dengan plan yang sedia ada.

Budget ni memang Syieda tak include pun makan dan souvenir dan lain-lain. Sebab bagi Syieda itu terlalu subjektif untuk dibincangkan. Cuma apa yang Syieda boleh katakan ialah.. barang-barang mereka mahal. Pula tu dengan nilai wang kita yang teruk sekarang ni.. memang agak rabaklah poket if hari-hari nak makan kat luar. Kalau fine dining pun paling kurang dalam RM60 sorang. Souvenir pun tak la murah mana. Itu pun Syieda grab kat airport sebab tak sempat beli di tempat lain. 

Next, Syieda nak share dengan korang apa yang Syieda sempat beli. Mana la tau boleh bagi idea untuk korang beli dan bawa balik ke Malaysia.
Kitkat yang special tu semua Syieda beli kat KitKat Boutique. Ada macam-macam flavour. Yang paling ingat ada cream cheese. Coklat Macadamia tu pula paling banyak Syieda borong. Sekali bila compare dengan harga kat Malaysia, sama je. Cis bedebah sungguh.
KitKat redbean tu sedap gak rasanya. Rasa macam makan aiskrim potong kacang merah.
Paling Syieda suka KitKat kat bawah ni. Rasa dia macam lemak-lemak kaya yang sapu kat roti tu.

Ni pula kain-kain yang Syieda sempat beli kat kedai Tomato. Kain hitam putih yang belah atas tu, Syieda bagi kat mak. Mula-mula bila dapat kain tu, mak kata macam corak kain kat Malaysia jer ...T__T
Bila dah bikin baju, mak puji sebab kain tu best. Sejuk dan tak jarang. Terus mintak adik Syieda pula belikan kain cenggitu time dia ke Jepun aritu.
Ni pula set T-shirt HR yang sempat Syieda beli kat Osaka dan Tokyo. Nasib baiklah sempat belikan t-shirt ni untuk anak buah. Else melopong lah dorang tak dapat apa-apa.
Souvenir kat Disneyland yang paling worst sekali. Tak banyak barang yang menarik di situ. Even nak cari fridge magnet yang menarik pun payah. Snow globe memang tak usah cakaplah. Tak jumpa langsung!
Ni pun nasib Syieda sempat beli untuk diri sendiri bila nampak kat tepi jalan. Ish memang teruklah shopping kali ini. Tak sempat beli apa-apa pun.

Ni je souvenir yang sempat Syieda beli kat airport waktu balik aritu. Tak banyak pilihan.  Memang tak berbaloi beli luggage 40kg. Bagi untung kat AirAsia buta-buta je.

Maka dengan ini..tamatlah kisah di bumi matahari terbit walaupun ambil masa hampir 2 tahun kot nak siapkan entry. Kalau ditanya nak datang lagi ke tak?? Sudah tentu Syieda akan datang lagi. Sekian......

Assalammualaikum semua..
aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER

Nagoya Tokyu Hotel - Nagoya

Finally, ni hotel terakhir Syieda stay untuk malam terakhir di Jepun. Nagoya Tokyu Hotel. Besar hotel ni. Rata-rata yang stay kat sini macam rupa businessman tak pun pramugari atau pramugara. Paling selekeh mungkin Syieda la kot. Jangan kecam saya banyak duit ok! Ni stay kat sini ada 2 reasons ajer. Pertama nak abiskan Agoda point.... yang kedua sebab nak naik airport shuttle dari sini. Yerlah kan.. booked luggage 40kg kot nak bawak balik Malaysia. Sekali haram tak shopping apa pun. 20kg je luggage aritu. Phui membazir!

Sebenarnya nak sampai hotel ni tak susah mana pun. Berhenti kat Sakae Station, exit 8. Bila korang keluar je exit tu, jalan kaki dalam 10 minit ajer. Tapi Syieda yang keluar exit 9 sebab nak naik escalator punya pasal......langsung tak jumpa kat mana exit 8. Ingatkan exit sebelah menyebelah ni, dekat tapi tidak hokei!
Hotel ni memang tak payah cakaplah. Luas semacam. Semua pun ada.
Dari sini sebenarnya ada airport shuttle dengan harga 1000 yen ajer. Tapi pesal ape ntah aritu tak de. Ke Syieda tak faham apa adik kaunter cakap pun ye gak sebenarnya.  T__T

Rate semalam selepas tolak Agoda point yang tak berapa banyak tuh - RM120.88
aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER

Yoshie's apartment- Tokyo

Siapa itu Yoshie?? BFF ke? ke sepupu?? Ha.. jawapannya ntah tak kenal. Hiks. 1st time nak guna airbnb punya pasal. Akhirnya apartment kakak Yoshie jadi pilihan.

Apartment ni agak jauh dari bandar Tokyo. Naik tren dari sini terus ke Ikebukuro ambil masa dalam 30 minit. Kalau nak ikutkan memang rugi la kot dari segi masa dan tambang ke bandar raya Tokyo, tapi demi nak try airbnb punya pasal.. redahkan ajer.

Owner apartment sangat bagus. Walaupun tak berjumpa, tapi semua yang korang tanya akan dijawab dengan segera. Map nak ke sini pun diberi secara details, cuma bila sampai simpang apartment tak pasti yang mana. Andai kata lah korang nak stay kat sini, ni Syieda ada bagi sedikit panduan agar tak tersesat.

Route: Lepas turun je escalator (map nak ke escalator ni.. owner akan bagi)  dan jumpa family mart, korang akan jumpa kedai basikal ni. Aeon pun bukak kedai khas untk basikal aje tau.
Korang akan ke kanan (kedai basikal kat kiri) . Pastu terus je..sampai lah korang jumpa gambar kat bawah ni. Memang la owner ada bagi nama apartment, tapi tulisan tu kat dinding belah kanan korang. Memang tak nampak lah. Nanti masukkanlah password untuk naik lift. Nak tekan password jangan laju-laju kalau tak merasalah membeku kat luar sebab password denied.
Bahagian depan bangunan ni ada rupa cenggini. Dorang tanam sayur salad agaknya. Tepi jalan cenggini pun dorang bercucuk tanam. Rajin sungguh dorang ni.
Apartment ni tak besar mana pun. Memang ala-ala studio style tapi kecil. Kalau tiga orang mungkin muatlah kot. Tapi yang Syieda suka sebab semua complete. Nak main masak-masak atau men-dobi baju pun boleh. Memang Syieda pulun hari-hari basuh baju. Masa mula-mula sampai nak men-dobi baju macam terkulat-kulat tak tau nak tekan button masa. Al-kesahnya semua pun tulisan Jepun. Apa ajer lah yang kau harapkan. Nasib baik, owner cepat reply.
Toilet dia best. Besar dan wangi. Lilin berlambak-lambak. Mesti dia budget Syieda nak berendam dalam tub mandi sambil hidupkan lilin kot. Tak kuasalah kita. Sampai apartment pun, ingat nak tidur ajer.
Tak de apa pun yang menarik nak lihat dari level ini. Banyak bangunan tinggi jer.
Overall, Syieda suka apartment ni. Rate untuk 3 malam = RM419
aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER

K's House-Mt Fuji & Shinjuku Kuyausho-mae Capsule Hotel-Tokyo

K's House Mt Fuji
Rasanya tak perlu diperkenalkan lagi dengan hostel ni sebab rata-rata yang melawat Kawaguchiko mesti akan stay kat sini kan? Sama je macam Takayama aritu, facilities semua tiptop. Tak de apa pun nak komen. Cuma tu la tuh.. yang ni jauh sikit daripada tren station. Aritu, Syieda jalan kaki dengan beg yang super banyak. Sangatlah pancit ok! Nak dekat 40 minit cenggitu baru sampai. Route nya korang dapatkan daripada sini. Ikut je bulat-bulat map yang diberi. Insyaallah tak sesat.

Ada sekali tu Syieda balik dalam pukul 6 petang...Dah gelap macam pukul 10 malam tau. Berwalkathon sorang-sorang. Sekejap-sekejap toleh belakang sebabnya sunyi sepi. Tak de kenderaan langsung. Mana ntah dorang pergi. Tido agaknya.

Tapi tak perlu risau sebab ada free shuttle. Korang kena deal dengan staff hostel ni yang ramah tamah dan fasih berbahasa inggeris tu. Macam esoknya, Syieda naik free shuttle ke tren stn. Isi nama dalam borang kat front desk tu. Ikut sapa cepat dia yang dihantar dulu konsepnya.
 Dalam banyak-banyak, Syieda pernah gunakan dapur je. Besar dan luas dapur dorang ni. Nak main masak-masak pun boleh.
Bilik Syieda untuk 4 orang. Luas juga. Katil tak de la tinggi mana, cuma tak bestnya ada palang kat katil buatkan susah nak gerak. Mesti dia ingat ramai orang yang selalu jatuh katil tengah malam kot. Hiks.
Bilik betul-betul sebelah toilet. Cuma toilet ni bercampur laki perempuan.

Selain itu, yang bestnya, korang boleh dapat discount kalau ke Fuji-Q theme park. Bagitau je kat staff, dorang akan bagi satu kertas yang perlu korang serahkan masa nak bayar tiket masuk Fuji-Q.

Rate semalam = 3000 yen/pax


Shinjuku Kuyausho-mae Capsule Hotel- Tokyo
Oleh sebab teringin sangat nak merasa tidur kat capsule hotel, gigih mencari capsule yang sesuai. Akhirnya Syieda pilih di Tokyo. Mula-mula cuak jugaklah... takut tak muat. Hihihihi.. Rupanya tak de la kecil sangat.
Cuma nak pergi sini agak complicated sikit. Al-maklumlah Shinjuku Station tu luas. Yer sangat luas!! Bila google memang agak payah nak dapatkan cara-cara yang senang untuk ke sana. Owh yer... kalau nak tau, Syieda akan rasa selamat dan senang kalau dapat baca review daripada mana-mana blog. Al-maklumlah.. review daripada blog ni based daripada pengalaman penulis sendiri. Yang tu Syieda lebih percaya daripada baca hotel punya promotion.Masuk bakul angkat sendiri konsepnya.

Memandangkan itinerary Jepun Syieda yang dah hanyut dengan external HD bervirus itu, tak dapatlah Syieda nak share dengan korang beberapa map bergambar yang sangat membantu untuk sampai ke capsule hotel ini. Tapi jangan sedih.. Syieda akan tulis mana yang ingat je yer..

Route: Dari Shinjuku Stn, ikut east exit. Sebenarnya ada banyak nombor pada east exit. Ikut nasib..sebab waktu aritu, Syieda ikut exit berapa ntah..dan jauh ok nak sampai ke capsule hotel. Walhal ada je exit yang hampir dengan hotel. Bagi yang ada pocket wifi tak de masalah.. cuma yang tak de tu.. korang kena google siap-siap Yasukuni Dori. Bila dah ada di Yasukuni Dori, korang kena cari Mr Donut. Mr Donut ni arah ke Shinjuku Stn.Kalau malam memang meriah dengan lampu warna-warni. Bila jumpa je Mr Donut, korang kena jalan menghala ke bawah dan korang akan nampak signage warna biru belah kanan. Korang kena masuk kedai tu, dan ada lift kat tepi.

Bila naik lift, akan lead korang ke reception desk di level 5 kalau tak silap. Memang ramai orang beratur untuk check-in. Sebabnya hotel ni punya polisi ialah.. check-out pukul 11 pagi setiap hari tak kiralah korang stay untuk seminggu, tetap kena check-out setiap hari. Memang agak annoying la kan.

Capsule untuk perempuan ada kat level 8 kalau tak silap. Security memang tiptop. Bila jejak je kaki kat dalam ni.. memang bersih. Ada la tempat letak luggage yang besar. Cuma tak de locker. Tapi locker untuk simpan barang berharga ada kat dalam sebuah bilik. Bilik ni memang penuh dengan orang yang nak tukar baju. tapi jangan risau.. masih sopan santun.
Toilet dan shower room ada di tempat lain. Tapi masih dalam level yang sama. Ok good sebab tak de konsep mandi berjemaah. Dapat berus gigi, towel dan macam-macam lagi. Tak perlu nak sewa bagai. Cuma jangan lupa bawa turun towel waktu check-out yer.  Overall semua ok.
Hujung sana tu.. ialah powder room.


Rate semalam = RM116.68
aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER

Econo Kanazawa Ekimae Hotel - Kanazawa

Hotel ni Syieda stay untuk semalam je. Rasanya hotel ni baru rebranding kot. So korang akan jumpa Greens Hotel signage kat pintu masuk. Mula-mula tu macam pelik je. Jumpa kakak front desk nak tanya kat mana Econo Hotel sebab google map memang dah kata itulah Econo Hotel. Rupa-rupanya memang hotel yang sama.

Hotel ni dekat je dengan JR Station. Jalan kaki dalam 10 minit dah sampai. Route pun senang. Kalau korang naik bas dari Shirakawago, bus akan  turunkan korang kat east side. East side ni ada Tsuzumi Gate iaitu gerbang yang diperbuat daripada kayu. Betul-betul depan bus station tu, ada Kanazawa Miyako Hotel. Bila korang facing hotel tu, korang jalan ikut kiri. Terus je. Nanti korang nampak Econo Hotel ni belah kanan. Silalah lintas jalan yer.

Untuk malam ni, Syieda stay kat single-smoking room. Amekkooo boleh tak perasan tu bilik smoking. Dah la Syieda ni allergic sikit dengan asap rokok. Selagi tak sampai hotel asyiklah berdoa agar tak de la bau yang menyengat tu. Nasib baiklah bau tak berapa kuat. Bukan apa.. takut sakit kepala menyerang nanti.
Bilik boleh tahan besar dan ada free breakfast. Tapi Syieda tak breakfast pun sebab bangun lambat.
Rate semalam lebih kurang RM134.41
aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER

K's House Takayama, Japan

Hostel ni paling senang Syieda jumpa, walaupun tak de la dekat mana pun dari JR Station. Nak dijadikan cerita, Syieda dalam bas pun dah boleh nampak signage guesthouse ni.
Route ke hostel ni, korang boleh dapatkan dari official website dorang . Memang terbaiklah map dorang. Ada tu kat MT Fuji, siap ada nite view map. Mana la tau korang ada yang rabun malam kan.. guna map tu senang nak tuju ke hostel.

Overall, Syieda suka dengan K's House. Sebab semua facilities berbaloi dengan harga. Tapi kalau korang nak yang lebih murah, ada je guesthouse yang lain. Cuma kena rajin carilah.
 Dining hall


 Common hall

 Kitchen, laundry room

Check-in dan check-out mudah je. Time nak check-out aritu, Syieda tak jumpa pun sapa-sapa kat front desk, sebab Syieda keluar awal, so letakkan aje kunci kat atas meja.

Yang bestnya ada lift. Kalau nengok bangunan ni dari luar memang tak sangkalah akan ada lift. Untuk hari tu, Syieda stay dalam single room. Tapi kettle tak de. Haruslah ke kitchen yer. I is so tak rajin. Jadinya makan strawberry dengan susu ajer.


 Post Office dekat je dengan hostel. Nak ke San-machi Suji/ Takayama Old Town pun dekat. Jalan terus je. No belok-belok hokey.

Rate: 4800yen for  single ensuite room/nite
aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER

Eco Hotel, Nagoya, Japan

Hotel ni Syieda stay semalam je. Sebabnya hotel ni paling dekat dengan JR Station dan paling murah. Nak cari hotel ni tak susah pun. Kalau keluar dari JR Station(Taiko-Dori Gate) yang ada jam silver tu, hotel ni ada kat bangunan bertentangan dengan JR Station di main road. Keluar dari JR Station tu, susur kiri (dalam 10 langkah) dan ke kanan hingga ke jalan besar. Ada zebra crossing. Lintas jalan tu, hotel betul-betul depan zebra crossing tu je.

Kalau korang naik Willer Express pula, bas akan berhenti dekat Noritake -1 Chome. Jadinya korang kena jalan kaki ke JR Station. Bila dah nampak JR Station, tak perlu lintas main road ke JR Station tu, tapi jalan ke arah kanan korang. Hotel area-area situ je. Kalau jalan kaki dengan beg yang banyak, nak dekat 30 minit gak baru sampai.

Gambar bawah, Syieda ambil dari arah hotel. Bangunan putih yang rendah dan tinggi tu ialah JR Station


Hotel ni kat tingkat atas. Korang akan nampak signage warna oren.
Yang hazabnya tak de lift. Memang stok kena angkut semua sendiri. Memang masaklah yang bawa beg berbondong-bondong tu.

Untuk trip aritu, Syieda stay kat bilik single non-smoking. Bilik dia lengkap dengan tilam bantal yang empuk, TV, fridge semua la. Malam tu siap mintak air panas kat nenek yang kerja shift malam tu. Sekali dia bagi kettle. Selamatlah makan megi malam tu. Setiap level ada toilet dan sinki. So tak payah nak turun ke basement. Nak mandi ke laundry ke semua kat basement. Yang ini ada pulak lift. Tak berapa nak faham, sebab try gak nak keluar dari hotel tu guna lift, last-last lift terbuka kat basement.
Rate semalam untuk single room ialah RM77.36 sajork.
aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER