Hotel ni dekat je dengan JR Station. Jalan kaki dalam 10 minit dah sampai. Route pun senang. Kalau korang naik bas dari Shirakawago, bus akan turunkan korang kat east side. East side ni ada Tsuzumi Gate iaitu gerbang yang diperbuat daripada kayu. Betul-betul depan bus station tu, ada Kanazawa Miyako Hotel. Bila korang facing hotel tu, korang jalan ikut kiri. Terus je. Nanti korang nampak Econo Hotel ni belah kanan. Silalah lintas jalan yer.
Untuk malam ni, Syieda stay kat single-smoking room. Amekkooo boleh tak perasan tu bilik smoking. Dah la Syieda ni allergic sikit dengan asap rokok. Selagi tak sampai hotel asyiklah berdoa agar tak de la bau yang menyengat tu. Nasib baiklah bau tak berapa kuat. Bukan apa.. takut sakit kepala menyerang nanti.
Bilik boleh tahan besar dan ada free breakfast. Tapi Syieda tak breakfast pun sebab bangun lambat.
Rate semalam lebih kurang RM134.41
No comments:
Post a Comment