China 13583km - Day 6

8 Dec 2015

Menempuh lebih kurang 13 jam perjalanan dari Xian dengan hard seat...akhirnya aku pun sampai di Zhangye.  Targetnya mestilah la canggih sikitkan railway stn kat sini as Zhangye mungkin tempat tumpuan pelancong...tapi meleset target aku tu. Meleset sama sekali. Sedeh!

Tren stn kat sini rupa macam biasa-biasa aje. Tapi tak surelah kalau departure hall nya canggih. Nasib baiklah staf kereta api tu yang ingatkan aku untuk turun. Sebab tak de langsung announcement ke apa waktu dalam tren.
Zhangye ni bukan final stop. Kalau korang terlepas stn ni.....mungkin korang terus ke Umruqi kat Tibet sana. Oleh sebab andaianku tentang train station ni meleset, aku terus je berjalan keluar. Pastu tak sure nak ke arah mana. Ermmm....

Trip ke Zhangye bagi aku sangat mencabar...sebab tak jumpa satu blog Malaysian pun yang ada cerita tentang Zhangye. Rujukan aku hanya satu je..itu pun daripada sorang indonesian traveller ni. Tapi trip dia dalam 2 ke 3 tahun yang lepas.

Berbekalkan ketabahan (nangess) dan 100% tawakal...aku gamble je la apa pun nak jadi.
View atas ni ialah view yang korang akan nampak once keluar dari tren stn. Dari sini, jalanlah menuju ke bangunan putih belah kanan korang tu...

Betul-betul depan kedai yang ada tulis China Post tu, korang naiklah bas nombor 1. Bas ni warna hijau dan ada banyak. Senang cerita macam minibus cenggitu. Tapi tak de la mini sangat pun basnya. Yang pasti ada tertera nombor 1 kat depan bas. Masukkan 1.5yuan dalam tabung kat pintu depan tu. Masukkan cukup-cukup ye sebab tak de pulang baki. Oleh sebab bas ni tak berapa besar...adalah menjadi lebih rumit kalau korang bawak luggage yang besar.

Bila korang nampak je drum tower, korang dah kena bersedia untuk turun. Kiranya 1st stop selepas drum towerlah yang korang kena turun. Kalau nak ikut itinerary yang aku buat aritu.. korang akan turun kat Industrial and Commercial Bank (Gong Shang Yin Hang). Nak lebih yakin...mesti ada China Post signage warna hijau kat bangunan/bank belakang bus stop tu.

Pesen bas kat China ni..tak semua perhentian, bas akan berhenti. Jadinya kalau korang tersalah turun bas...sampai kiamatlah korg tak dapat naik bas selain nombor bas yang ada tertera kat bus stop. Menangis air mata darah pun dorang takkan berhenti kat stop tu. Jadinya adik-adik sekalian...pastikan stop korang tu tepat ye.

Bila dah turun tu..korang kena naik bas nombor 4 pulak. Rupa bas macam gambar kat bawah. Nombor 4 ada kat depan bas tu ha. Tambang untuk trip ni 1 yuan aje. Pun masuk dalam mesin kat sebelah driver. Bas ni akan membawa korang ke West Bus Station.
Dari sini mulalah perjalanan aku yang complicated sikit. Tapi korang tak yah takut..sebabnya tak de la complicated mana pun.

Oleh sebab aku tak tau pun kat belah mana nak turun, aku nekad untuk tunggu final stop. Almaklumlah...plannya memang nak ke bus station. So aku bayangkan mestilah bas ni akan berhenti kat West Bus Station. Lagipun, hotel yang aku booked untuk dua malam tu katanya dekat dengan West Bus Station ni.

Sambil mata aku melilau-lilau dalam bas...aku tak dapat mengagak pun kat celah mana bus station tu. Tapi aku ada nampak satu couple ni bawak luggage yang agak besar. Dorang turun kat area kedai-kedai. Time dia turun tu...aku riki-riki gaklah mana tau kat situ bus station. Tapi tak nampak bayang pun. Sampailah bas bawa aku ke sebuah kawasan yang lapang. Bila bas matikan enjin, aku nengok semua penumpang turun. Eh....tak nampak pula bas lain selain ada sebuah bas kat sebelah bas aku ni yang ada ramai orang. Pulak dah...

Dengan penuh kehairanan...aku pun tanya driver. Macam biasalah..driver tak faham aku cakap apa. Dah aku tunjukkan hotel voucher yang ada tulisan mandarin pun dia buat acuh tak acuh. Mula la aku bengang. Pastu dia tunjuk kat bas sebelah. Daripada apa yang aku faham hasil bahasa badan dia tu.......dia nak bagitau yang aku dah terlepas stop yang sepatutnya. Patutnya aku turun sama dengan couple yang bawa luggage besar tadi. Pastu tunjuk bas kat sebelah.... nak suruh aku naik letew untuk patah balik ke arah West Bus Station .

Sudahnya...aku pun turun bas dan berjalan kaki... pastu aku pun tahan la teksi. Memandangkan aku yakin tambang teksi yang masih berbaloi (sebab rate kita tinggi daripada dorang sikit)....berhentilah sebuah teksi yang dipandu oleh driver wanita. Ganas hoi dia drive. Kalaulah aku drive kat sini..alamatnya tak sampailah ke destinasi...

Akhirnya...teksi pun berhentikan aku di hadapan hotel. Nasib baiklah tambang murah..cuma 6yuan je. Naik je bilik..aku terus terbaring kepenatan. Tapi tak menahan..kat atas katil ada sekuntum bunga ros. Wow sangat ni....

Plan aku hari ni..memang nak riki kat mana west bus station tu. Bila aku tanya kat front desk tu...macam tak berapa nak membantu. Jadi aku nekad nak redah sendiri.

La..rupa-rupanya tak jauh mana pun hotel aku tu dengan West Bus Station ni. Jalan kaki dalam 5 minit je dah sampai. Kalau korang stay kat hotel yang sama dengan aku ni..keluar je dari pintu hotel...korang jalan arah kanan sampai nampak bus stop pastu seberang jalan. West Bus Station ada kat tepi bangunan dalam gambar kat bawah.
Ko rasa mampu nak mengagak rupa West Bus Station macam kat bawah ni?? Dah la tak nampak  satu bas pun. Rupa-rupanya bas ada kat belakang bangunan yer. Macam biasalah..kena scan bagai sebelum masuk bus station. 

Nasib baiklah ada gambar tempat yang aku nak pergi esok terpampang kat dinding. Terus aku gi kaunter tanya sama ada boleh beli tiket untuk esok tak? Selesai membeli tiket ...aku pun plan nak jalan-jalan kat area sini. 

Aku suka bila kat sini. Sebabnya..tenang sikit. Orang pun tak ramai. Harga barang pun lebih murah sikit berbanding area yang menjadi tumpuan pelancong macam Xian semalam tu. Tapi bagi aku.....harga air mineral dorang mahal la. Sebotol besar dalam 7yuan. Memandangkan aku ni jenis kuat minum air.. memang berbotol-botol air aku beli. Padahal dalam bilik dah disediakan cerek elektrik.
Dalam pukul  5 cenggitu, aku dah balik hotel. Penat.  Dalam pukul 6.15 dah gelap. Nasib baiklah tilam super empuk. Memang takutlah kalau esok terlajak tidur. Hihihihi..

So kesimpulannya kalau nak gi ke zhangye west bus station....selepas naik bas nombor 4, korang akan lalu satu roundabout ni. Bas akan ambil pusingan jam 3. Turun kat 1st stop selepas roundabout tu. Lintas jalan cari bangunan yang ada jam macam gambar kat atas tadi yer....

aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER

Vienna Hotel Xian Train Stn Branch, China

Untuk semalam di Xian, Syieda stay kat hotel ni. Kalau ikutkan review macam dekat je dengan Xian Railway Stn. Memang betul pun. Senang je nak cari hotel ni.
Meh nak share cara ke sini.....kot-kot la korang nak stay jugak kat sini nanti.

Route:
Keluar je dari wallperimeter kat depan train stn tu, belah kiri korang ada MCD (mcm gambar bawah). Belah kanan  pulak boleh nampak KFC.
Lintaslah mini roundabout depan tu, dan berjalanlah terus ikut tepi MCD tu ha. Jalan yang korang lalu tu ialah Jiefang Rd.
Terus je jalan dalam 5 ke 10 minit cenggitu, ikutlah korang nak jalan laju-laju ke idok....sampai nampak WanHao Hotel.
Betul-betul sebelah hotel tu, wujudnya Vienna Hotel. Hotel ni kecil je rupa dia dari luar. Tak de la gah mana pun. Tapi I tetap loike!
Hotel ni Syieda booked tru Agoda dengan harga RM107/nite sahaja. Bagi Syieda berbaloi kot harga. Ni stay untuk 4 orang pun boleh. Sebab katil macam besar je.
Bilik ni tak de tingkap..tapi korang boleh nikmati keindahan Eiffel Tower dari kejauhan.. Bercahaya Eiffel Tower ni tak kira siang ke malam......Eh????
See tru toilet ya. Awas boleh mengudang suasana romantik kalau yang pergi secara kelamin. Eh sekali lagi.

Ada ruangan santai kat tingkat 14. Dari sini, korang boleh layan view. Ni pun aku tau sebab tersilap naik tingkat 14. Macam biasalahkan.....bila tiba kat hotel, memang selalu sangat silap floor.
Kalau korang dari jejantas bulatan yang besar tu...dah boleh nampak Vienna Hotel.

Hotel ni boleh check-out pukul 2 petang ya. Extra bonus bagi yang naik tren malam nanti. Tak de la tercongok lama sangat kat dalam tren stn tu.
aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER

China 13583km - Day 5

7 Dec 2015

Pagi ni berbelah bahagi nak check-out ke idok sebab boleh check-out pukul 2 petang. Fikir punya fikir sambil golek-golek atas katil, check-out aje lah. Dalam pukul 8.15pagi menapak terus ke train station. Berpeluh gaklah keti menapak ke sana.

Bila sampai aje terus left luggage kat kaunter. Kalau nak simpan beg kat China ni, memang kena scan bagai. Siap suruh buka beg lagi. Cuma kena bayar 20yuan sampailah ke petang nanti.

Dari situ, terus gerak ke belah kanan korang untuk naik bas #5(306). Senang je nak cari bas ni. Kalau tak silap kat depan China post. Dan konduktor dia macam hensem-hensem sikit. Naik je bas ni nanti konduktor tu minta bayaran. 7yuan je. Bas ni direct ke Terra-cotta Museum.
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam. Apa ntah nasib kat Xian ni, cuaca tak berapa nak cun sangat. Gloomy. Ni mesti penangan jerebu yang dah beralih arah dari negara kita. Agaknya lah.

Bas berhenti betul-betul kat car park yang merupakan stop terakhir bas tersebut. Pastu macam hilang arah tak tau nak ke mana sebab car park besar sangat. Rupa-rupanya, jalan terus ke depan.


Yang paling tak faham napelah tersorok pulak entrance ticket office ni. Walaupun agak pagi sampai kat sini, tetapsssss orang dah ramai. Mungkin lepas isya semalam dorang dah sampai agaknye. Dah la ticket mahal. 120yuan. Tapi sebab memang teringin sangat nak ke sini...buat-buat pejam mata je la hulurkan duit.
Rupa-rupanya dari ticket office tu nak ke entrance museum ni jauh hazabedah. Dah la Syieda berjalan secara berjemaah dengan dorang. Bising yang amat okeh!

Mohon jangan buang ticket tadi yer, sebab kat entrance kena scan tic tu semula. Oleh sebab Syieda buat itinerary ni agak tergesa-gesa, makanya memang tak sempat nak buat research kawasan tersebut. Ingatkan jauh la dari satu pit ke pit yang lain. Rupanya tidak okeh!

Bangunan-bangunan kat dalam gambar kat bawah ni merupakan pit yang korang kena visit. Paling best 1st pit. Sebab paling besar.
Meh kita layan gambar yang Syieda sendiri pun tak tau dari pit mana. Memang puaslah mata dok perati je setiap pit tersebut.
Oleh sebab ko bukan sedara atau kekasih gelap Mark Zuckerberg, ko dapat nengok dari kejauhan aje la yer.
Kelihatan seekor kuda sedang dicantum-cantumkan badannya. Kat sini korang boleh lihat ahli arkeologi tengah buat kerja.

Kalau korang tanya berapa lama akan ambil masa kat sini, jawapan Syieda sekejap je la kot. Sebab hari tu pukul 1 dah siap buat tawaf satu museum. Bila dah siap-siap makan tengah hari kat bawah pokok, rancangnya nak balik. Okeh yang ni Syieda tak faham sebab balik lalu jalan lain. Tetiba je ada banyak kedai jual souvenir. Menyesal beli satu fridge magnet kat dalam sana. Mahal ya ampun! 120yuan! satu je pulak tu. Ingatkan tak de kedai souvenir. rupanya ada ha kat luar sini. Kat salah satu kedai ni lah Syieda pos poskad. Dan 1st postcard yang sampai di Malaysia. Postbox tu gantung kat tepi kiosk je. Memang sempoi.

Oleh sebab tak tahan sejuk, Syieda tak naik pun bas 306 tu. Lambat naw menunggu bas tu tak sampai-sampai....Syieda naik bas 914. Bas ni lambat sikitlah sampai kat bandar Xian tu, sebab lalu laluan lain. Senang cerita banyak tempat dia berhenti.  Tambang mahal 1yuan rasanya.

Akhirnya sampai Xian pukul 3 petang. So ke muslim quarter la semula kita yer. Sebab memang aim Syieda nak makan banyak-banyak sebelum bertolak.
Kali ni tak berapa ramai sangat orang. Mungkin sebab hari Isnin la kot. Pastu tergerak hati nak join orang yang beratur panjang ni. Rupa-rupanya dorang beli kebab. Tapau la satu untuk makan dalam tren malam nanti. Mahal sikit kebab dorang ni 15yuan.

Perut dah start berkeroncong, so Syieda ke restoran semalam dan pesan menu yang sama jugak. Oleh sebab tak tau nak buat apa lagi... duduk je la kat dalam kedai makan tu. Orang silih berganti...Syieda je yang tak bangun-bangun. Dorang ni memang stock tak de nak berbual-bual lepas makan.. jenis nak cepat aje. Makan cepat-cepat terus blah.

Akhirnya, Syieda order mi tarik yang ada banyak kat luar tu. Sebabnya, tadi nampak sorang amoi tu dok order mi tarik. So Syieda pun tunjuk nak yang sama macam amoi tu. Mungkin sebab kenyang.....rasa mi tu macam tak boleh gi la. Kuah dia macam rasa kuah kacang. Kalau sedang lapar...mungkin sedap agaknya mi tu. Memang tak habis pun. Makan dua ke tiga sudu je.
Dah macam lama sangat duduk dalam kedai tu... Syieda pun plan nak tawaf untuk kali terakhir. Sedih kot time tu. Ntah bila la masanya boleh sampai lagi ke sini. Dalam pulun sedih tu, siap beli tauhu busuk yang banyak dijual kat sini. Hoiii..memang tak tertelan hokei! Tak sedap. Tapi Syieda ada jumpa 1 yang sedap. Kat Kunming sana. Sedap hoi! Yang tu kita cerita untuk entry yang entah bila nak timbulnya.
Habis je tawaf satu jalan, moh la kita balik. Sila tunggu bas kat depan bangunan ni. Bangunan ni ada kat seberang jalan tempat korang turun masa sampai tadi. Bas nak ke tren stesen banyak sangat. Tak perlu risau. Tunggu je kat kotak 611 yang ada disediakan kat atas jalan raya tu ha.
Sampai semula di tren station dalam pukul 7 malam. Panjang jugaklah beratur kat luar tu. Tunjukkan passport dan ticket tren, barulah korang boleh masuk ke dalam tren station. Oleh sebab tak nampak lagi kat platform number kat display board yang besar  tu, Syieda syiok syiok je duduk kat waiting room tingkat bawah. Sesambil makan buah limau, dok peratikan aje warga China yang ada pada hari tu.

Tiba-tiba je nampak mak cik cleaner campak benda ntah kat lantai. Macam serbuk pun ada. Macam hampas apa ntah. Pastu dorang bersihkan semula. Satu waiting room dorang buat cenggitu. Unik gak cara dorang bersihkan lantai. Tak terfikir nak record sebab kagum sangat kot. hehehe..

Tak lama lepas tu, Syieda pun terus ke tingkat atas untuk tunggu tren. Ginilah rupa orang ramai kat waiting room. Insyaallah tak sesat. Jangan risau. baca je lah nombor tren tu.

Bila pintu yang rupa macam kat kandang lumba kuda tu terbuka.. memang amazing race la semuanya. Ntah apa yang dikejarkan pun tak tau. Padahal semua seat bernombor. Ke dorang tu duduk tak ikut nombor ea?
Untuk trip malam ni Syieda ambil seat kasta paling rendah. Woiii.. tak terjangkaulah seatnya tak berkusyen. Pastu kecik pulak tu. Tapi nasib baiklah satu coach tu cuma ada 3 orang je untuk malam tersebut. Mak cik yang duduk kat area tengah cabin memang ramah ajak berbual. Tapi haram tak faham. Sengih memanjang.  Bila tren start bergerak...semuanya start tido. Syieda je la yang tak tido.

Dalam setiap coach ada sorang staf. Tapi dengan dia sekali bantai tido tak lama lepas tu.
Hasil tidur-tidur ayam...banyak kali Syieda terjaga. Siap babai mak cik time dia turun. Pastu, port belakang tempat Syieda duduk tu.....berkurumun pulak semua staf tren ni berbual-bual. Ntah dari coach mana dorang ni. Semua pun tak tau english. Time tu memang guna bahasa isyarat aje. Pun begitu...dorang tetapsss nak berborak. Aishh pening pala ahkak melayan.

Menjelang subuh...dalam coach tu cuma tinggal Syieda sorang jer. Agagagga...Brunch makan biskut dan coklat aje sesambil layan view yang bergunung ganang. Serius kagum kot pemandangan kat sini....


aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER

Muslim Quarter, Xian

Day 4

Lepas dah buat satu pusingan di drum tower, barulah nampak satu area ni yang penuh dengan orang ramai. Tak berfikir panjang, Syieda terus meninggalkan drum tower yang tak habis ditawaf tu.

Inilah muslim quarter yang orang dok sebut-sebut tu....Agak happening ya di sini.
Baru je nak melangkah masuk jalan yang happening tu, hati memang dah terpanggil-panggil nak mencuba satay China yang orang dok cakap sedap. 10yuan satu  cucuk. Bagi Syieda macam mahal la kot. Oleh sebab nak try saje, kita kasik order satu.
Walaweiii sedap ya amattttt!! Serious sedap! Padahal tak de kuah ke apa tau. makan cenggitu aje. Satay tu dorang bakar time korang order je. Nanti dorang akan tanya, nak pedas ke idok. Haruslah mengangguk yer. Dah 4 hari tak rasa makanan pedas ni......... rasa macam hapa je tekak.

Satay ni dicucuk kat kayu apa ntah. Pastu nanti buang kat tong-tong yang ada disediakan kat tengah-tengah jalan. Mula-mula ingatkan perhiasan ke apa. Sebab cantik pulak ranting tu disusun  kat dalam tong sampah.
Jalan ni tak panjang sangat. Tapi memang mewah la kanan kiri makanan halal. Korang boleh kenal pasti sama ada peniaga tu muslim apabila yang lelaki tu pakai kopiah dan perempuan tu bertudung. Letakkan was was kat tepi okeh. Insya'allah halal.

Meh Syieda tunjukkan antara makanan lazat yang ada kat sana.

Terliur tak??? Nyum nyum. tapi tak teringin nak makan pun sotong ni sebab mana ada laut kat area Xian kan?? Ha gitew... tapi korang kalo nak makan silakan lah.
Kali pertama ni nampak walnut. Eh ye ke?

Kat sini, memang jadi tumpuan orang ramai. Tak kiralah muslim ke idok. Makin petang makin ramai orang yang berkunjung ke sini. Tetiba time tu teringat pula cerita Zilla bila ada  orang mengekori dia semasa di sini. Seramm.. Dah la Syieda ni travel solo. Aish..
Ni kuih apa ntah. Try beli. Tapi tak kena dengan tekak. Macam pulut pastu orang tu sira dengan air gula. Tapi warna macam coklat-coklat. Takkan kat sana pun ada gula melaka kot? Harganya murah je...3yuan.

Roti cenggini memang banyak dan berlambak-lambak kat muslim quarter di China. Roti ni macam manis sedikit. Tapi ok la kalau setakat nak makan dengan tuna dalam tin tu.
Yang warna kuning tu ialah pisang goreng versi China. Sedap gaklah. Pisang tu dicelup dalam bancuhan tepung pastu digolek atas bread crumb pastu digoreng. Memang layan la makan waktu winter sebab bread crumb tu panas tapi tang pisang kat dalam sejuk pulak. Harga 8yuan.
Dalam banyak-banyak makanan kat sini...ntah kenapa lah tekak ni tak boleh telan kaki binatang ni. Mula la fikir yang bukan-bukan. Time dalam kedai makan dok perati je benda ni di restock oleh pekerja muslim tu. Tetap la was was memanjang. Aish.....
Sekali bila DJ post gambar ni, katanya kaki kambing ke apa ntah.

Ntah mana ikut lorong tu, sampailah di Masjid Xian. Tapi tak masuk sebab ada entrance fee la pulak.
Ni lah kedai makan yang Syieda kunjungi untuk 2 hari berturut-turut. Sebabnya.. terliur kat carrot cake kedai ni. Tu yang tudung putih baju pink tengah masak carrot cake.
Tak tau lah kenapa namanya carrot cake. walhal langsung tak de carrot. Sedap sungguh okeh! Pedas dan panas. Nyaman je lalu kat tekak ni. Kalau ikut versi kita macam kuetiaw gitu. Semangkuk berharga 8yuan.

Senang je nak order. Tunjuk makanan yang berkenan dihati, pastu tunjuk jari satu. Pastu masuk kedai. Nanti dia bagi tempat mana nak duduk. Tunggu jelah makanan tu sampai. Serious tak cukup satu. Tapi sebab takut perut memulas, makan semangkuk je. Kat sini tak de jual air. semua orang bawa air sendiri.

Ni pulak versi mi tarik yang tak nampak pun orang tarik.  Hmmm... ..
Dalam setiap kedai memang ada jual yogurt. Tapi tak test pun. Yang pasti rasa yogurt la kan. Takkan rasa sirap bandung pulak?
Gula tarik memang banyak dibuat kat sini. Korang boleh tonton proses dorang menarik gula tu dan try rasa. Ada macam-macam rupa dan bentuk. Sedap jugak. Belilah beberapa kotak untuk bawa balik Malaysia. Sampai Malaysia.. separuh dah hancur lebur. Sekotak 20yuan sajork.

Dah habis tawaf satu jalan tu, tawaf sekali lagi yer. Al-maklumlah niari tak de buat benda lain selain makan aje. Lebih kurang pukul 5 bertolaklah balik ke hotel. Naik bas di laluan yang bertentangan dari side datang tadi. Tak payah risau sebab bas 611 memang kerap sangat.

Dalam perjalanan tu, ternampak pula jejantas berbentuk bulat ni dari jauh. Turun aje kat bus stop yang berhampiran. Dan menapaklah lebih kurang 10 minit ke sana. Saje je nak berhenti kat sini. Nak merasa naik jejantas besar cenggini. Sebabnya tak pernah nampak pun. Ada jakun sikit di situ ya. Pastu masuk pulak bangunan kat sebelah tu. Ha jangan tak tau... satu bangunan semuanya jual barang-barang salon. Dari syampu ke curler ke sikat sampailah ke kerusi salon.

Ada gak berkenan dengan make up case .... murah pulak tu. Harga tak sampai RM50 pun. Kalau kat Malaysia jangan haraplah. Cecah RM200 lebih gak. Berkira-kira nak beli ni..... Tapi bila fikirkan masih jauh lagi perjalanan....haruslah keluar dari bangunan tu dengan kekecewaan.
Akhirnya sampai pun kat hotel. Sebab hotel sebelah bangunan tu aje. Dengan confident Syieda naik lif. Sekali silap tingkat. Nasib baik kat sini tak de orang. Tak de la malu sangat. Lagipun boleh layan view jejantas dari atas.


aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER