kenangan ni berlaku kira-kira 10 tahun lampau..
(ceh macam la zaman jahiliah bunyinya)
memandangkan hidup sebagai student yang kena berdikari,
perlulah nak balik JB naik bas di Pudu jail raya.
padahal ada ajer station bas kat Shah Alam direct ke JB.
~ngee~ngee~
selepas berhempas pulas naik bas turun bas, naik teksi turun teksi, naik komuter turun komuter....pastu sambung pulak dengan naik tangga turun tangga, naik escalator turun pulak, lalu pulak depan butik Datuk Radzwan Radzwill (eh betul ke eja ni?) sambil berangan2 nak tempah baju kawin ngan designer meletops itu, sambung lagi jalan depan Petaling Street......akhirnya sampai pun..
punya la jauh itinerary...padahal tak de la jauh sangat
so sampai ajer puduraya, buat la tinjauan tix yang bersesuaian.
so confirm tix pukul 3.15.
setelah berpakat..sila gunakan pepatah sepakat membawa berkat..
kami berdua mencari tempat untuk memenuhkan tangki memasing.
done, Burger King menjadi pilihan.
makan punya makan, minum punya minum, borak punya borak..
akhirnya jam dah pukul 3 petang.
so bergegas la kami ke puduraya.
dengan nafas yang turun naik..
jumpa akak kaunter
itu ini itu ini..
kakak kaunter cakap tunggu bas kat luar pudu.
tunggu kat stesen minyak.
ok suka.. sbb tak payah nak hidu bau asap bas kat bawah puduraya yang super menyesakkan.
turun jejantas dari pudu raya sambil mata ni melilau cari nombor plat bas.
ok nampak dah.
ada lah dalam 30meter dihadapan.
hati girang sbb dah nak balik JB.. boleh la sambut raya bersama keluarga mencari pisang goreng cicah sambal kicap.
so mari berjalan lenggang kangkung.
tup..tup..tup...bas bergerak .
apa lagi cuak tahap dewa time tu.
tak kira malu ke dak,
me dah siap berlari pecut gamaknya sambil jerit2.."tunggu..tunggu.."
rasanya org keliling tu pun mula cuak.
mesti derang ingat apa2 ntah yg berlaku..
lari pecut punya pasal,
sampai gak kat bontot bas..
siap tepuk2 bontot bas suruh berhenti..
sedangkan org kat dlm bas,
terpingga2..
sekali bas pun berhenti kat tepi jalan.
me apa lagi terus naik bas..
bila naik ajer, nengok seat tak penuh pun. ada la dlm 10 org..
pastu bila toleh kat driver,
belum cakap apa2 pun,
driver bas dengan muka cuak cakap..
"Dik abang cuma nak alihkan bas ni ke depan sikit ajer."
adoiya.. malu ok!
terus cari number seat.
duduk, terus buat2 tido.
padahal masih tercunggap2 dek separuh nyawa hilang sebab pecut 100m tadi.
~hrmm~
No comments:
Post a Comment