pagi pertama di krabi memang bangun awal
siap-siap terus b'fast
memandangkan b'fast free,
harus makan sampai kenyang..
time ni tuan belog sibuk menulis postcard utk diri sendiri
almaklumlah,
sebelum ni asyik tak teringat
"dear me...."
sekali bila sampai postcard kat rumah..
rasa syahdu sebab diri sendiri menulis untuk dibaca oleh diri sendiri
umpama refleksi pada cermin
van sampai tepat pukul 830 pagi
membawa kami semua melewati beberapa buah chalet dan hotel sekitar ao nang untuk mengambil pelancong yang lain..
tempat pertama yang kami tujui ialah
krabi safari untuk menunggang gajah
dari m'sia me dah dok terpikir,
mampukah gajah nak membawa diri ini berjalan-jalan????
bukan apa.....
berat kami dah hampir sama..
kang silap-silap me pulak yg bawa gajah tu bersiar-siar..
memandangkan kami berlima,
makanya terpaksalah naik berasingan.
me siap-siap dah warning tak nak naik sorang..
walaupun badan sebesar gajah,
namun hati tetap kecut macam asam kecut
so plan kitaorang hari itu ialah
snap gambar ahli percutian yang lain
snap gambar ahli percutian yang lain
sekali lain yang jadi
ToM - nama sebenar gajah yang me naiki ni
telah ikut shortcut
dan seekor lagi tu pulak ikut kepala angin dia jer
ikut suka mana ajer nak jalan..
sudahnya
tak ada gambar kenangan yang disnap dari camera masing-masing
tempat pertama yang gajah tu redah ialah kawasan pokok getah..
rasa kesian pun ada
sebab gajah-gajah tu terpaksa meredah lopak-lopak.
dek kerana kesian itu,
partner siap menangis hokey!
tak sangka rupa-rupanya persahabatan selama 21 tahun selama ini tak lengkap selagi tak tau yg partner ni terlalu sayangkan binatang..
tempat pertama yang gajah tu redah ialah kawasan pokok getah..
rasa kesian pun ada
sebab gajah-gajah tu terpaksa meredah lopak-lopak.
dek kerana kesian itu,
partner siap menangis hokey!
tak sangka rupa-rupanya persahabatan selama 21 tahun selama ini tak lengkap selagi tak tau yg partner ni terlalu sayangkan binatang..
next gajah ni melalui satu kawasan lapang...
time ni dah bersyukur
sbb ingatkan dah tamat dah kesengsaraan si gajah membawa kami semua...
sekali......
si T0M ni...
g berendam kat dalam air..
masa mula-mula t0m nak menjejakkkan kaki kat sungai tu..
kitaorang berdua mcm percaya tak percaya jer kan...
maklumlah..
sedangkan kat daratan pun kitaorang gelisah semacam ajer dok atas badan tom..
inikan pula bila si tom nak berendam dalam air..
berfikiran positif,
kami berdua menjangkakan tom nak g buang air kecil kot..
sbb time tu tak de satu gajah pun yg berada di kawasan sungai tu..
tapi bila fikir balik,
tadi kawan-kawan tom main selamba badak jer melepaskan hajat kat depan orang ramai...
takkan la tom ni sangat bersopan pula..
time tu,
dah terfikir,
mesti me n partner tenggelam
sebab tom tergelincir kerana licin..
rupa-rupanya...
memang semua gajah akan berendam kat sana
untuk sesi fotografi..
tapi tak perlu risau sebab penunggang gajah ni lagi expert guna kamera.
time ni..
kitaorang berdua dah gelisah semacam
sebabnya...
si tom ni kejap ke depan kejap ke belakang..
mcm orang mabuk..
cuak yang hamat kitaorang time tu..
buatnya tom naik minyak
tak ke haru kitaorang dibawanya lari..
banyak keping juga si penunggang gajah ni snapkan gambar kitaorang
so sekarang ni kitaorang nak naik ke daratan pula
nak naik ke daratan ada satu masalah.(bagi me la)
tapi bagi tom no hal..
nak naik ke tebing sungai tu...agak tinggi
tapi si tom dengan mudah boleh naik ke daratan
tup tup
ada satu insiden yang sangat membuatkan partner lagi sebak bila......
...
....
....
...
...
...
perasan tak straw hat yang kaler biru tu???
sebenarnya straw hat tu me punya.
tapi masa ride ni me pass kat partner soh dia pakai
sbb mengganggu pemandangan mata ni time nak ambil gambar
so bila tom nak naik tebing tu...
boleh pulak staw hat tu terjatuh dalam air..
yang partner dah menjerit-jerit
"topi...topi..topi..."
yang me pulak..
"dah biarkan dia..."
sekali boleh pulak rider tu terdengar..
tau apa terjadi???
dia suruh tom pusing semula dan ambil topi tu..
dek terlalu pantas berlaku..
kitaorang tak pasti camana tom boleh pusing ke belakang semula.. sedangkan lorong nak naik tebing tu sempit..
time tu,
terus partner nekad nak belikan makanan untuk tom..
untung la tom ari tu sebab partner belikan dia pisang sebakul dengan harga 50baht.
next kami dipersembahkan dengan persembahan baby elephant yang bernama Mr GogO..
sangat cute mr gogO ni..
show berakhir dalam masa 10 minit
sebelum pulang jgn lupa beli cenderahati yang mcm me pegang kat gambar bawah ni..
gambar yang diambil sewaktu si tom berhempas pulas mengharungi becak kat kebun getah dengan harga 150baht.
tapi kualiti kertas gambar sangat tak memberangsangkan langsung
seterusnya kami di bawa ke emerald pool
wah hebat tu..
pool pun pakai zamrud
untuk ke sini
akan melalui jalan yang berhutan
almaklumlah,
pool ni terletak di dalam khao phra bang khram nature reserve
ada lah menapak sepuluh minit..
entrance fee ialah 20baht
emerald pool ni mempunyai warna air yang cantik
sebabnya lantai pool ni yang berwarna zamrud..
airnya mempunyai kalsium karbonat yang tinggi
dan yang menariknya..
air kolam ini akan bertukar menjadi hijau kebiru-biruan sekiranya musim panas dan bertukar hijau kusam sebaliknya..
bernasib baik kerana hari tu air kolam itu seperti gambar di atas..
kolam ini tak dalam pun adalah sekitar 1.2 m ajer..
tapi kena berjaga-jaga sebab kawasan tebing kolam ini sgt licin!
ramai ajer pengunjung hari tu yang tergelincir mcm nangka busuk!
ambil gambar memang la cantik..
tapi sebenarnya tak la seindah yang digembar gemburkan..
biasa-biasa ajer..
tapi sebab tetiba ada pool kat dalam hutan belantara ni..
mungkin itu menjadi satu daya tarikan pihak thailand khususnya krabi ni..
lebih kurang sejam kami berada di sana..
kitaorang di bawa ke hot spring yang tak jauh pun dari emerald pool tu..
entrance fee ialah 90baht
dan semua ni termasuk dalam package
yang menariknya kat hot spring ni..
tak ubah macam rupa pamukkale yang me visit masa kat turkey last year.
pengunjung boleh duduk kat dalam 'bathtubs' yang ada disitu tanpa sinaran cahaya matahari sebabnya banyak pokok melindungi kawasan tersebut..
suhu air dalam 'bathtubs' tu antara 35C - 40C.
tapi kalo setakat kat gambar me di bawah ni..
air suam-suam kuku jer.
nak berendam kat sini pun boleh..
akhirnya..
kami di bawa makan tengah hari di kawasan pintu masuk hot spring ni
tempat makan dia sgt klasik
banyak pondok kecil mcm kat dusun..
ni antara lauk pauk yang di hidangkan..
udang goreng tepung dia memang terbaik la..
jangan tak percaya,
me makan berdiri pada hari itu..
sebabnya..
bangku tu amat tinggi..dan tak boleh nak di laraskan ikut keselesaan tuan diri
makanya berdiri la sepanjang masa..
seterusnya..
kami dibawa ke wat tham suea aka tiger cave temple
ha ni nak bagi amaran siap-siap hanya orang yg cukup stamina ajer boleh melihat pemandangan kota krabi dari puncak
sebabnya..
perlu menapak sebanyak...........
turun van..
me dah excited dah
ala setakat 1237 steps..apa lah sangat kan???
muka kekwat ok!
orang excited nak sampai ke puncak!
sekali sampai kat 94 mata tangga..
nafas dah mencungap!
ha..
mula la tak nak teruskan pendakian..
siap suruh partner carry on membawa hajat hatiku yang tidak kesampaian..
huhuhu..
partner bagi sokongan bagitau dah tak steep dah tangga kat belah atas..
ok.. me percaya..
terus menapak sehingga ke 143..
time ni siap surrender dah
sebab nampak tangga yang makin curam...
nak turun pun satu masalah
sebab gayat yang hamat..
nak cover line..
buat-buat ambil gambar pemandangan dari sana..
padahal bukan ada orang nampak pun..
nak ke pintu masuk kawasan ni malu lah pulak kat 2 orang sohabat yang memang dari awal tak nak mendaki tiger cave temple ni..
so ambil langkah cover line..
g ke sebelah dalam kawasan ni tengok pagoda & tokong yang ada kat sini..
sekali..
si tourist guide tu siap menjerit-jerit panggil me..
"hi...hi...hi... you!"
halamak.. malu sudah time ni sebabnya tadi turun van bukan main beriya-iya nak daki gunung tu..
"did u reached to the top?"
ha.. muka kekwat lagi me time ni..
"no... just quarter"
hambik ko... me menipu, suku pun tak sampai sebenarnya..
ha... panjang siot sign yang di tepek kat pintu van kami hari tu..
lawak pun ada
maka berakhirlah jalan-jalan hari kedua kami..
plan seterusnya ialah melayankan 2 orang rakan yang tak sempat nengok sunset semalamnya..
rupa-rupanya berhampiran dengan hotel kitaorang tu ada pasar malam yang sekangkang kera..
sambil jalan-jalan nengok apa yg di jual,
masing-masing dah set dalam kepala apa yang nak di beli time balik hotel nanti..
kami meneruskan perjalanan ke pantai ao nang
dok melangut kat tepi pantai sampai la sunset
agenda seterusnya ialah g buat thai massage
me memang dah cakap awal-awal yg me tak nak buat sebab takut...
so kitaorang berjalan ke hujung pantai ao nang
sekali dari jauh kitaorang noticed ada satu awek ni
siap posing maut kat pantai
apa lagi..
free show kan...
jalan menuju ke hujung pantai sgt happening pada waktu malam
tugasan mencari tempat massage masih lagi dijalankan
walaupun hati berkata tidak mahu dipicit-picit..
tetiba......
scary hokey!!
next ternampak booth jual pancake
harus makan lagi
3 comments:
Hai.. Nak tanye la... Krabi safari yg awk ambik tu kn.. Brp ek charge nye? Ambik dari pakej mn? Interested lak nak gi mggu depan hehe.. Blh bntu saya? 😁
hai fiza..
package tu saya ambil dr satu kedai sebelum sampai kat pekan aonang. kalau nampak kepala tren kaler hijau..kedai tu betul2 kat sebelah dia. "Aonang April travel & tour". harga time tu lebih kurang RM100.
tapi kalau tak jumpa kedai tu pun, ada banyak lagi agen kat sana. kalau rajin boleh survey harga.
#happy holiday#
copp.. RM100++ tu untuk package tau..safari, james bond island, floating village (include lunch),tiger cave,emerald pool..pastu mana ntah lagi. tak ingat pulak.
Post a Comment