hari ke-3 di krabi masing-masing dah get ready awal...
lepas b'fast, kitaorang bergegas menunggu di pintu depan hotel sebab dah excited.
van membawa kami ke destinasi yang me pun tak tau kat celah dunia mana
sebabnya...
sempat bermimpi kat dalam van
rasanya makan sejam lebih gak perjalanan pada hari tersebut..
akhirnya kami pun tibalah ke sebuah jeti..
mula la cuak bila nengok long tail boat tu..
mula-mula kitaorang memang plan nak naik speedboat
sekali last minute ntah camana boleh pulak tukar plan
kalau nak ikutkan perancangan awal,
dorang nak ke phi phi island dan yang seangkatan dengannya..
tapi yg me pulak tertarik dengan floating village ni..
akhirnya kami ambil package ni..
reganya seratus hinggit.
ingatkan me sorang yang ala-ala cuak naik bot ni..
rupa-rupanya member sorang ni lagi cuak..
ha nampak tak dia siap pakai life jacket??
lawak la dia sorang ni..
itulah keistimewaan kawanku yang sorang ni.....
bot ini membawa kami semua ke james bond island
sapa yang layan citer james bond ni tau la kat belah mana dorang buat penggambaran.. me??
haram tak tau kat celah mana dorang berlakon pun..
ambilkan ajer la gambar pemandangan yang cantik-cantik..
kami diberi masa 40 minit berlegar-legar di sekitar kawasan pulau..
next,
kami di bawa ke kawasan bakau
sementara menunggu yang lain siap berkayak
kitaorang berlima langsung tak berkayak pun..
kalau la tau cam gini rupa berkayak..
memang sah-sah me dulu yang nak berkayak...
agak-agak kehausan..
sila lah beli air kelapa..
sangat santai..
sebab bukan uols pun yang berkayak..
uols cuma duduk kat depan kayak tu jer..
ni lah antara rupa pemandangan yang kami lihat sepanjang tour di kawasan bakau..
rupa pun lebih kurang sama dengan kat tanjung piai, johor tu..
kemudian kami semua dipelawa turun ke rumah terapung ni
sementara menunggu yg lain berkayak..
bosan..bosan..bosan..
akhirnya,
sampai pun ke tempat yang me sangat idam-idamkan..
kami ke floating village
di sini semua penduduknya islam
malah uols akan di denda sekiranya order minuman yang tidak sepatutnya..
so tak perlu risau..halal ke tidak..
dijamin halal oleh kerajaan thailand..
sementara menunggukan rakan yang lain siap makan,
me & partner bergegas untuk mencari stadium terapung..
ha jgn tak tau...
di sebabkan adanya perkampungan terapung di sini..
makanya,
ada sekolah dan stadium terapung juga..
dan me di beritahu yang ada pemain bola sepak terkenal lahir dan membesar di sini..
bermakna.. mesti dia berlatih main bola di atas stadium ni juga..
tapi sayang...
time kitaorang datang tu,
stadium tu sedang dibaik pulih..
apa pun tak nampak..
yang nampak air laut jer..
apa yang me di beritahu oleh penduduk tempatan,
stadium ni sedang di bina semula di kawasan yang lebih besar
gambar di atas pula gambar sekolah terapung yang pertama me pernah lihat..
berakhirnya lawatan kami ke perkampungan terapung tu..
makanya tamatlah pengembaraan atas air untuk hari tersebut..
seterusnya kami di bawa ke tokong apa ntah namanya..
rupa tak ubah macam sleeping buddha yang kat penang tu..
macam biasa,
bila masuk tokong,
ramai ajer yang dok sembahyang..
kami sekadar tengok ajer kawasan sekeliling,
persis mcm adun kawasan buat lawatan..
time nak kuar tu..
ada pulak yang terperasan sesuatu yang mengalir kat sini..
rasanya..
memang darah..
tapi tak tau sapa punya..
gilo ke hapa nak suruh me yang tanya ni darah sapo..
kat kawasan luar tokong tu,
ada tokong yang me rasa sangat mewah..
dinding dan boleh kata,
kebanyakan bahagian diwarnakan dengan warna emas..
setelah lebih kurang 40 minit di sana..
kami di bawa ke kawasan air terjun..
tak la cantik mana pun..
lagi pun me tak menapak ke tingkat atas pun..
tak kuasa..
penat...
apa yang me buat,
dok bawah,
tunggu 2 orang lagi rakan yang gigih mendaki ke tingkat atas..
tepat jam 5 kami di hantar pulang ke hotel.
memandangkan semalam kempunan nak makan makanan yang dijual kat pasar malam mini..
makanya,
hari ke-3,
awal-awal lagi kami dah ke pasar malam tu..
mula la masing-masing jadi tamak haloba..
membeli tak hinggat!
pastu ke tong sampah juga akhirnya..
seriyes.. yang cucuk-cucuk pakai lidi sate tu tak sedap!
jgn beli.
harap rupa ajer yang cantik.
dek kerana tak puas makan,
kami ke pekan ao nang semula.
ha...
malam ni impian terakhir tercapai,
bila kedai pancake idaman kalbu yang disinggah hari pertama dah dibuka semula..
apa lagi lompat bintang!
haruslah makan pancake untuk kali terakhir..
selepas membeli belah cenderamata untuk dibawa pulang,
kitaorang melepak kat pool sambil ambil gambar..
ye ye ajer la kitaorang berposing
tapi gambar tu semuanya macam membela hantu raya..
bergegar-gegar..
2 comments:
amboi cik syida.. syoknye a jejalan makan angin.. seronok tengok gambar2 tu.. All the best dear...!
gito la cik sab.. nanti saya nak ke bumi kenyalang pula.. tunggu saya eh?
Post a Comment