cuti sekolah yg lalu,
memang rancang untuk ke butterworth untuk majlis pertunangan seseorang..
punya la lama perjalanan..
memanglah jarak dari selatan ke utara tu jauh
bertambah pula dengan jammed..
kalau tak sabar boleh patah balik ke selatan..
R&R memang sesak ngan pengunjung..
parking memang nan ado..
so petang tu sempat la menyinggah ke kuala kangsar..
niat di hati memang nak ke pekan kuala kangsar
tapi kalau dah namanya konvoi beramai-ramai
ada ajer yg itu.. yg ini..
akhirnya tak kesampaianlah hajat kami nak ke pekan kuala kangsar
sekadar minum petang di pinggir pekan
dan meneruskan perjalanan ke butterworth.
esok pagi..
senoneng kepala sebab kena bangun awal & siapkan hantaran
siapa yang bertunang tu..
biarlah rahsia..
nanti dah kompom ai bagi tau ek..
dalam 2ish majlis pun berakhir..
harus pantas sbb esok dah nak balik jb semula.
so memang plan ari tu cuma nak pergi ke bukit bendera dan nak pekena laksa janggus kat area balik pulau tu jer.......
mungkin sebab cuti sekolah dan weekends,
so jenuh gak la beratur utk beli tix kereta api tu..
harga tix utk local RM8 jer.
alhamdullilah sampai ajer di atas
terkesima
dengan suhu yang nyaman dan pemandangan yg sgt cantik..
kami meneroka puncak penang hill
kami meneroka puncak penang hill
dari atas ni..
boleh lihat kepesatan pulau pinang
dan tahukah anda????????????
kat atas bukit bendera ni ada hotel...
seriyes saya tak tahu!!!!!
nampak gayanya terpaksa masukkan agenda tu utk plan yg akan datang..
jika kita menyusur ke belakang..
masih banyak tarikan yg ada di sana..
dan hari tersebut kami menaiki ride untuk meronda-ronda kawasan sekeliling bukit bendera.
harga yang dikenakan hanyalah RM30 untuk satu ride.
so bole la muatkan sehingga 6 orang
ada certain stop yg dorang akan bagi peluang utk bergambar
atau agak2 uols notice tempat yg cantik..
boleh je soh driver tu berhenti.
tinggalan dari tahun 1818 katanya..
periuk kera..
antara tempat yang diberhentikan untuk pengunjung melihat sendiri periuk kera ni..
jambatan gantung tertua katanya juga..
rumah yang tidak berbumbung katanya..
abis tu, time hujan camana??
tapi rasanya ada jer atap zink kot..
lagi antara rumah yang ada di atas sana..
jgn tak tau..
di atas sana tu ada juga pejabat pos..
sila jgn bunuh kalau anda terjumpa dia melintas jalan.
dalam jam 7 malam,
kami pun bergerak pulang..
oleh sebab ramai gak pengunjung nak turun ke bawah,
dan kami orang yang terakhir masuk kedalam cable car,
makanya
tak kesampaian la hajat nak berada di bahagian hadapan cable car untuk merasai suasana ala-ala naik rollercoaster.
balik tu perut terasa lapar..
hajat nak cari laksa janggus tidak kesampaian untuk kesekian kalinya..
untuk itu kami ke padang kota
dan untuk kesekian kalinya haruslah order pasembor.
sikit tips, try beli pasembor kat gerai gani.
kuah dia lain daripada yg lain
dan yang paling penting........ panjang Q nya...
dan harga dia pun .....
main pukal jer..
RM29.
No comments:
Post a Comment