dek sebab mendapat berita yang traffic tidak mungkin menyebelahi me utk sampai jb pada masa yang ditetapkan,
haruslah melencong ke alor star.
kitaorang bermalam di T-hotel sebabnya dekat dgn area rumah salah seorang kawan ayah yang turut sama semasa majlis di penang aritu.
lagipun hotel ni baru dan ratenya pun ok jugak.
berdepan dengan hotel tersebut ialah terusan wan mat saman yang telah ditambak sikit hinggalah begini rupanya..
perjalanan pertama kami pada hari tersebut ialah ke Perlis untuk ke bazar MDKP yang terletak di bukit kayu hitam
nama pun jalan dengan mak-mak kan..
tempat sebegini memang sangat digemari oleh mereka-mereka..
sebagai anak yang menurut perintah...
ikut kan ajer la.
kan dah cakap..
tak de benda pun nak dibelinya kat sini..
tapi kalau mak-mak memang suka betul beli barang kat sini
walaupun ada jer barang yang sama jual kat mana-mana..
next kami ke kuala perlis pula
sepanjang perjalanan memang tak jemu mata ni mengadap sawah bendang yang menghijau.
kawan abah bawak kitaorang makan laksa perlis.
katanya tempat ni sgt la famos amos tau
sebabnya dekat dengan jeti kuala perlis
memang la famos amos betul tempat ni..
sbbnya tak putus-putus menerima kunjungan orang ramai.
sampaikan kitaorang terpaksa berdiri tepi meja semata-mata nak bagi tau kat orang ngah duduk kat meja tu agar makan dengan cepat.
kekekekkee
tapi time kitaorang makan tak tergesa-gesa pun nak meninggalkan meja
sebabnya memang stok laksa dah habis.
siap pekerja tu tutup separuh pintu kedai
lepas pekena laksa special tu
kami pusing-pusing area jeti dan sekali lagi menyinggah kawasan beli belah untuk kaum ibu-ibu lagi..
kali ni..
operasi membeli belacan pulak.
layan..jangan tak layan..
nasib kat belakang kedai tu ada sawah bendang
tak terasa sangat boring sebab dok ralit bergambar dengan sawah bendang.
lepas membeli belacan tersebut,
kitaorang pun bergerak pulang ke hotel
dan bersedia untuk acara jalan-jalan esok hari.
hari kedua di alor star
me sempat la menjamah sarapan orang kedah iaitu pulut ngan ikan kering.
yang mana agak jakun bagi saya yg berasal dari selatan nih.
so kemanakah kita hari tersebut??
ke pekan rabu la kita jer
punya la lama tak jejak kaki ke sini...
rasanya nak dekat 10 tahun tak ke sini..
cuaca tak payah cakap ler..
panas yang hamat!
nasib berjumpa dengan kuih kegemaran.
dah la masih panas sebab baru digoreng.
memang laju jer masuk mulut ni.
memandangkan ada sorang ahli rombongan kena hadiri meeting esok pagi,
haruslah kami semua bergerak pulang.
oleh sebab kawan abah ni baik hati,
sempat jugalah dia bawak kami semua tour sekitar bandar alor star.
maka berakhirlah unplanned trip kami yang singkat itu..
No comments:
Post a Comment