bertabah la semua sebab tak habis-habis lagi cerita HK ni..
almaklumlah.. pas ni cuma ada 2 trip jer..
pastu cuti dari berjalan-jalan sehinggalah akhir tahun nanti..
OMG mampukah saya nak menunggu lama giler tak bercuti??
apakah??
hari terakhir di HK dah pun sampai..
kami berdua bertolak agak pagi pada hari tersebut sebagai langkah percubaan agar tidak terlepas kapal terbang pada keesokan harinya..
pagi tersebut.. macam biasa, kami naik MTR dari TST ke Tung Chung melalui Lai King.
kami tiba di Tung Chung dalam jam 9 pagi.
pagi ini ..kami akan ke Tai-0 yang juga dikenali sebagai "Venice of Hong Kong"
dan untuk trip kali ini...
me pilih untuk naik bas dari stesen bas tung chung ke tai-o dan dari tai-0 naik bas ke ngong ping. dan turun ke tung chung semula naik cable car.
pening kah???
kekekke
tiket cable car dari tung chung station untuk ke ngong ping boleh dibeli secara online seminggu sebelum bertolak.
memandangkan seminggu sebelum naik cable car ni kami dah berada di HK, maka adalah susah nak membeli tiket secara online.
tambahan pula cable car diberhentikan operasi kira-kira dua hari untuk diselenggarakan (kena sentiasa alert dengan web site dorang)
kami beli terus tix bas, boat di tai-0 dan cable car (one way) dari sebuah counter betul-betul di tingkat bawah bangunan cable car dengan harga HKD200++
dan kalau uols nak jimat sikit, tak payah beli tix tu.
naik jer bas nombor 11 di stesen bas Tung Chung (stesen bas ni betul-betul terletak di laluan escalator cable car) untuk ke tai-0.
dari tung chung untuk ke tai-o dengan bas memakan masa lebih kurang 50minit.
so memang tidolah sepanjang perjalanan.
akhirnya hampir pukul 10pagi, kami tiba di tai-o
di Tai-0 lah kita dapat melihat HK yang dahulu..
walaupun HK ni pesat membangun dan mempunyai banyak bangunan tinggi,
pihak kerajaan tempatan telah memperkenalkan pelancongan berasaskan alam semulajadi seperti di tai-o.
bagi yang kaki trekking,
bolehlah berjalan kaki kat lantau island ni,
sejauh 14km dari tai-0 ke tung chung.
dari pemerhatian hari tu,
walaupun namanya perkampungan nelayan,
tapi tempat ni tak berbau hanyir langsung pun.
mungkin faktor cuaca yang membezakan tempat kita dengan negara mereka.
melewati kawasan tai-o ni,
kita akan lihat banyak gerai yang menjual hasil laut, sama ada berbentuk kering mahupun basah.
jangan tak tau, kat sini pun ada belacan ok!
daripada apa yg me study dulu,
kita boleh jer beli ikan kat sini, pastu suruh restoran kat sana masak.
pasti yumeh kan??
tapi sebab tak tau halal ke tak.. abaikan ajer..
akhirnya masa untuk kami naik bot melihat pemandangan perkampungan nelayan tersebut dari sudut yang berbeza pun tiba....
ginilah rupa bot yang membawa kami pusing-pusing di perairan tai-o itu.
dari pemerhatian hari tu juga,
kawasan perkampungan ini sama jer dengan negara kita,
kecuali kawasan mereka lebih bersih dan airnya sangat jernih.
memang jelas, di tepi-tepi jeti banyakkkkkk anak ikan berenang-renang.
agak terkilan sebenarnya,
tak explore sepenuhnya tai-o ni sebab kami terkejar-kejar nak ke ngong ping.
selepas naik bot tu,
kami terus menunggu bas di tepi jeti.
bas sangat la menepati masa
jadi harus alert dengan masa bertolak.
bas yang membawa kami ke ngong ping village ni mengambil masa lebih kurang 15 minit sahaja.
sepanjang perjalanan,
memang cantik pemandangan gunung-ganang.
oleh sebab bas ni mendaki gunung,
jadinya liku-liku jalan tu macam nak naik cameron highland gitu.
tahu tak ---> dekat sini, uols boleh sewa bot untuk g lihat pink dolphin.
pink dolphin hanya boleh di lihat di HK ni jer tau.
pink dolphin hanya boleh di lihat di HK ni jer tau.
menurut company yang tak jadi ari tukannn....
sewa bot kat sini ala-ala haram gitu..
tapikannn..
bukannya kita nak bunuh dolphin tu kan??? takat nak nengok jer pun..
sewa bot kat sini ala-ala haram gitu..
tapikannn..
bukannya kita nak bunuh dolphin tu kan??? takat nak nengok jer pun..
kalau ikut company tu kena bayar sebanyak HKD380
tapi kalau sewa bot kat sini baru HKD20
tapi kalau sewa bot kat sini baru HKD20
akhirnya sampai pun kami di ngong ping village ni...
ngong ping village ni sebenarnya hanyalah sebuah perkampungan yang dicipta untuk tourist dan merupakan pusat berkumpulnya penganut agama buddha.
so tak banyak yang dapat diceritakan tentang tempat ni.
takat nengok pemandangan jer la..
kat sini ada teater tau.
tapi kami tak sempat nak menonton pun.
memandangkan dah nak tengah hari,
kami singgah sebentar di sebuah restoran halal yang terdapat disini.
kedai tu pun baru nak buka,
so makanan adalah sangat terhad.
kami makan kebab yang mana memang bukan menjadi makanan pilihan kami.
sementara itu..
mata ni memang melilau mencari satu kedai menjual dessert yang memang dinasihatkan untuk cuba.
katanya, kalau lambat.. melepas la nak merasa kesedapan manggo pancake tu.
sekali..
kedai tu betul-betul bertentangan dengan Ebeneezer's tu jer.
walaupun masih kenyang..
kami tetap p pekena dessert tu..
la... rupa-rupanya pancake yang dimaksudkan itu ialah crepes yang orang dok sibuk makan la ni..
memang mabelesssssssss ok!
tapi kat sini..ada cerita sedeh!
baju sejukku hampir terkoyak dek bucu kaunter yang tajam itu!
bencisss.
akhirnya..kami sepakat untuk berjalan-jalan di sekitar ngong ping sebelum bertolak ke wishdom path.
dari jauh dah boleh nampak statue buddha kat atas bukit.
tempat mereka menggantungkan impian.
untuk naik ke tingkat atas,
kena bayar tiket masuk.
ada tak nengok runningman semasa dorang kat HK dulu?
ha... dek reality Tv itulah,
me sanggup ni berjalan jauh semata-mata untuk ke wisdom path ni.
ada la dalam 15-20 minit.
lalu kawasan hutan yang sunyi.
tapi sebab semangat yang kental..
hakak teruskan jua..
mungkin sebab kedudukannya yang tinggi,
membuatkan saujana mata memandang.
udara memang sejuk
kiranya berbaloi la menapak jauh tadi.
kaligrafi yang terukir pada setiap kayu ini mempunyai maksud yang tertentu..
oleh sebab tak paham setiap satu tu..
kami simpulkan ala-ala.. "menuntutlah ilmu hingga ke negeri China"..
kami berada di sini hampir sejam juga untuk menikmati pemandangan serta melihat pengunjung yang menggunakan laluan kembara yang disediakan.
untuk pulang kami guna kupon yang telah dibeli awal tadi.
kami memang sengaja memilih untuk menaiki crystal cabin.
kalau pilih standard cabin,
merasalah beratur panjang.
setiap cabin boleh memuatkan 10 orang.
dan terdapat 112 cabin kesemuanya.
setiap jam, sistem ini boleh mengangkut seramai 3500 orang untuk pergi dan balik.
masa yang diperlukan untuk perjalanan sehala hampir 30 minit mengikut cuaca dan ini boleh menjimatkan masa selama 40 minit sekiranya menggunakan perkhidmatan bas.
bagi yang gayat,
tak usahlah naik crystal cabin ni..
sebabnya..
kita boleh lihat pemandangan bukan sahaja di tepi tapi di bawah juga.
view kami hari tu,
tak berapa memuaskan hati.
almaklumlah.. berkabus jer.
ntah kenapa gambar ni serupa macam org tak berapa betul.....
ntah apa yang me happy pun tak tahu..
logo merah dibelakang itulah logo MTR
menggunakan tung chung line,
kami terus hingga ke perhentian terakhir iaitu Hong Kong stop...
dari sana kami melintasi office tower dan shopping mall untuk ke ferry terminal.
menggunakan perkhidmatan ferry,
kami terus ke TST.
alangkah malunya kalau pergi ke HK tapi tak melawat avenue of star.
samalah datang Malaysia tapi tak pergi KLCC.
kami menapaklah ke avenue of star yang terletak di ferry terminal itu.
manusia memang la ramai.
kita kena pandai-pandai menyelit untuk bergambar dengan semua statue yang ada.
avenue of star ni sebenarnya adalah tribute kepada penggiat seni mereka.
selain terdapat pelbagai statue,
disana juga terdapat banyak cap tapak tangan malah tanda tangan artis terkenal HK.
kiranya macam walk of fame la gituss..
kami ni mana la kenal ramai sangat retis HK,
so takat ambil gambar mana yang ingat jer la.
lepas bergambar lebih kurang...
kami terus menggunakan subway untuk ke nathan road..
atau lebih tepatnya Kowloon mosque sebabnya..
member tu cakap,
ada sebuah restoran KFC halal yang terletak berhampiran dengan masjid Kowloon tu.
biar betikkkkan..
mak aihhh.
punya la berjalan ke hulu-ke hilir tapi bayang KFC pun tak nampak..
sudahnya ternampak sebuah kedai ni..
nama jer pharmacy,
tapi dia jual perfume ok.
beli satu percuma satu.
tu yang paling tak tahan..
knowing me yang memang suka giler semua escada limited edition,
haruslah membeli sebotol dengan harga HKD780
pastu dapat free satu botol pulak tu.
tak ke namanya happy.
waktu tu memang dah hampir kering duit dalam poket.
nasib baik sempat mintak tolong member tu bank-in kan duit.
waktu ni..
kaki dah mula terasa sakit yang amat.
dengan kepenatan & perut lapar
kami berdua akur akan kegagalan detact dimanakah KFC tu berada..
langsung terus ke wan chai untuk ke Islamic canteen.
sampai jer di islamic canteen,
dah pukul 8 malam.
terus kami order makanan masing-masing.
tak de nak share makanannya..
sorang sepinggan nasi goreng kami bedal.
nikmatnya ..
ya Allah.. sedapnya..
menu pilihan malam tu ialah nasi goreng.. mak aiii sangat sedap betul la nasi goreng tu.. tambah pula dia dah siap-siap tanggalkan kulit udang..
almaklumlah.. me memang femalas tahap melampau nak buang kulit udang!
dan ikan kerapu sweet sour tu tetap menjadi santapan utama.
member pulak tambah menu ayam yang memang me langsung tak lalu nak jamah.
ni memang pure makanan orang HK,
sbbnya dia siap letak herba yang sama bau macam kedai xinxei..
bluwekk.
hampir jam 9,
kami beransur pulang dengan perut yang kenyang dan seribu satu kenangan manis..
nota untuk diri sendiri ----> kaki sakit tahap gaban, sebab tetiba timbul pulak gelembung kat tapak kaki..gelembung jenis, kalo kita pecahkan kuar air tu.. adehh..
10 comments:
eh..betula..tgk gambar ko ni teringat running man...hehe weh,cable car tu gayat tak..mcam menakutkan jek...
pbp,
khennn... time jiho menang kat wisdom path ni.. terus berazam nak jejak kaki kat sini walaupun bias aku kookie.. camana tu??
Ha'a baru perasan dorang uat game kt c ni hari tkpegi sbb time ujan renyai2 menci tau pegi time summer kejap ujan kejap panas. Syieda x masuk citigate eh?
Akhirnya habis jgk entrihk ni eh :-)
jarimanis,
masuk CTgate tu...tapi tak jumpa pun barang murah?? ces.. terus banned masuk sana.
baru balik dr HK. Masa kat Ngong Ping xpi naik pon dekat patung Buddha . Dahla berkabuss xnampak ape, tengokk anak tangga yg bykk kensell xnaik.
Ahahahaha ok jugak tu gigih abiskan trip.. me trip kemboja, trip umrah tak abis2 sampai sekarang ahahaha.
Oooo mampoookah tak travel kerap sangat ni? He heh heh!
hujan lebat,
khennnn.. sama la kita tak naik pun kat patung buddha tu.. almaklumlah.. dah hari terakhir.. kaki pun mintak maaf sbb tak larat nak jalan jauh..
btw, HK best kan....
dekdaa,
ni semua auto post, gigih menaip time cuti ari tu.. almaklumlah.. awal tahun bz yg tak hengat..
part tak travel tu.. memang betul.. sob..sob.. tapi tak tau la tetiba TERbeli flight tix.. kekkekekkeke
aduhhhhh! i can feeeeeeeeeeeel u. aku memang rase cam dah kaki itik n dah tak rase bumi. kuang kuang kuang. bile tgk ko nye n3 ni lagi la rase malas betul nak travel. tp kalau dah sbulan berlalu, mula la rase loya nak menapak tuh ilang. and rajin pon kembali. ahaks. penyakit btul!
btw mmg sdap betul la food kat canteen tuh. and ayam tuh pon bau2 herba tuh mmg sakit sikit tp bole lagi telan bile dgn nasi goreng zass die tuh. syiok!
babe,
nasi goreng dia memang terbaik la! teringat-ingat neh!!!!!
Post a Comment