morning call pukul 6 tapi kami tersedar pukul 8 pagi.
gigih ni bersiap ala kadar sebabnya kami mengejarkan nak b'fast kat enchanted garden restaurant
nasib baik restaurant ni terletak satu level jer bawah bilik kitorang.
FYI, restaurant ni paling famos amos dalam disneyland tau,
sebabnya....
ada beberapa disney character akan datang meja uols untuk bergambar.
macam me ari tu, mencarilah info pasal restaurant ni,
termasuklah kat official website kata kena call untuk buat reservation.
sebab takut tak dpt b'fast kat sini,
me call la dorang suruh reservekan.
sekali dia kata ikut 1st come 1st serve punya basis.
aiyaa..
so buat yang stay kat disney resort,
tak payah susah nak call mahal-mahal,
sebab nanti pihak management akan email untuk ingatkan tentang percutian korang.
so me apa lagi, reply la email dorang ckp dah call buat reservation, tapi minah yang jawab call tu kata suruh datang cepat-cepat untuk cop tempat.
apakah??
terus pihak management reservedkan tempat kitorang sekali dengan hotel voucher yang baru.
b'fast kat sini ada 2 masa.
sama ada pukul 7.30pagi - 9 pagi. atau pukul 9.30 sampai 11pagi.
oleh sebab tak dan shopping souvenir lagi,
me pilih pukul 7.30pagi.
kalau sampai kat pintu restaurant ni pun dah nak pukul 8.30,
apakah yang mampu kami buat??
~sedeh~
makanan memang la banyak............
yang boleh makan??
memang la sikit...................
ni jer la yang sempat ambil dan makan.
lagi pun kami
dok ralit bergambar dengan mickey dan kawan-kawannya..
ni la antara sebab me tak perlu nak beratur panjang dengan orang ramai masa kat park nanti.
disney characters ni akan datang dari meja ke meja dan greet uols.
apa lagi.. bergambar la kami.
ni pun ada character yang terlepas tak sempat nak bergambar.
abis jer b'fast,
kami berdua mengemas barang dan terus check-out.
barang boleh tinggal kat hotel,
tapi rasanya ini bukan keputusan yang bijak,
sebab kami terpaksa berpatah balik ke hotel untuk claim beg-beg tersebut.
masuk ajer kat dalam park,
ada sebuah kedai belah kiri uols, betul-betul sebelah cityhall (guest relations counter), berdepan dengan kedai camera,
ada jual souvenir dengan discount 10% sebelum pukul 11 pagi.
park buka pukul 10pagi.. so ada sejam untuk shopping kat dalam tu.
rata-rata souvenir tak la terlalu mahal sampai kita tak mampu.
kalau yang ada anak ke anak sedara ker cucu sedara perempuan yang masih kecil,
memang confirm rambang mata!!
barang-barang yang kita beli tu,
boleh suruh cashier kat counter tu simpan dan uols boleh claim waktu balik kat luar pintu masuk nanti.
keluar ajer dari kedai tersebut..
tengah diadakan parade.
memandangkan xmas dah tak lama lagi,
haruslah parade pagi ni bertemakan xmas.
macam biasalah,
siap dengan semburan buih sabun untuk impak snow gituss..
untuk dapat lihat dengan lebih jelas dan senang nak ambil gambar,
me suggestkan korang tunggu parade ni kat penghujung jalan which is kat depan kedai souvenir tu.
kat sini, memang tak ramai orang.
tapi lambat la nak tunggu sampai semua abis.
agak-agak nak request buat crystal,
boleh terjah kedai ni..
duit pun dah banyak habis,
so agenda seterusnya kami harus habiskan apa yang perlu hari ni.
so tempat pertama yang kami tuju ialah tomorrowland
sikit notes,
kalau kat sini,
uols boleh nampak kodak signage untuk ambil gambar.
kiranya cantik la latar belakang uols nanti..
signage tu ada kat tepi jalan dan juga kat tanah.
kat sini kami terus beratur di space mountain.
roller-coaster la apa lagi.
kali ni roller coaster dalam kawasan gelap.
tapi best rollercoaster ni.
nampak bulan bintang ..kata pun universe gitu..
next kami jadi budak kecil g main game tembak-tembak.
kekekekekke
"buzz lightyear astro blasters"
dapat la 49000 point.
ingat hebat la sangat kan.. sekali bila keluar nengok chart..takat level ke-3 dari bawah..
apakah?
keluar dari tomorrowland,
sila la ikut shortcut dari tempat roller coaster atau stitch encounter tu..
jangan jadi mcm kitorang berjalan jauh giler bebeng semata-mata nak ke fantasyland.
di fantasyland,
kami terus meluru ke "the golden mickey's show"
yang ni, beratur punya la lama dan panjang!!
kalau dah ke disneyland,
tak de maknanya kalau tak nengok mickey show kan....
tapi yang tak bestnya..
biasalah,
guna bahasa ibunda dorang, dan subtitles ada kat belah kanan pentas.
so agak payah untuk membaca dan menonton sebenarnya..
habis menonton golden mickey show,
kami terus ke bangunan sebelahnya untuk naik bot..
nengok.... naik bot lagi..
kali ni naik bot dalam "it's a small world".
merasalah jadi budak-budak nengok apa yang ada dalam dunia kecil tu.
jenuh gak cari patung dari Malaysia..
tapi mcm tak perasan pulak kat mana.
me suka dengan fantasyland ni sebab..
semua berwarna warni..
ai suka kaler-kaler neh.
lepas tu dah tak tau nak main apa..
kami berdua g main "mad hatter tea cups".
cawan berpusing yang membuatkan kami feninggg...
jangan lupa bergambar di fantasy garden yer..
cantik taman ni..
tapi kami hanya ambil gambar dari luar jer.
kami terpaksa keluar awal pada hari tu,
sebab nak mengejarkan sesuatu yang menjadi sebab utama me ke HK ni.
tetiba pulak ada parade.
layan la parade ni sekejap,
sebab memang tak de jalan nak cilok pun,
semua jalan di main street di tutup untuk laluan parade ni.
antara banyak-banyak,
yang menarik perhatian sah-sah la kapal angsa yang membawa 4 princess ni.
rasanya paling comel dan nampak serupa ngan kartun mestilah snow white tu kan..
tapi yang paling cantik me rasa yang baju kaler kuning ni..
tak sure ni apa.
rasanya dari kartun beauty and the beast agaknya.
tapi yang paling suka tinkerbell ni!!
comel sesangat part buat gedik-gedik tu...
akhirnya tamat la kembara disneyland kami..
pukul 4 petang kami meninggalkan disneyland dan beg di hotel untuk ke tempat seterusnya..
~tunggu~
nota kaki---> disneyland ni seswai untuk kanak-kanak jer. sbb tak banyak rides yang seswai untuk remaja purba mcm me ni.
2 comments:
hahahah tak sesuai utk rumaja purba ke?
Takpe.. rumaja purba moden.. curlasttt gittewww :P
dekdaa
- khennnn.. moden ke purba.. tapi tetap jugak remaja purba.. sob..sob..sob..sob
Post a Comment