pagi hari ke 7 trip ni kami berempat naik MTR dari TST terus ke admiralty.
admiralty ialah stop yang palinggggggg ramai umat. tapi nak buat camana kan tu jer cara nak ke island line kat hong kong island ni.
kalau tak nak, berhentilah di central, iaitu stop terakhir untuk Tsuen wan line.
kata pun nak fefeeling jadi orang HK yang serba serbi nak cepat,
jadi berasak-asak kat dalam MTR bukanlah perkara luar biasa.
dari admiralty kita terus tukar tren ke causeway bay.
kemudian naik bas nombor 40 (minibus) terus ke stanley market.
stanley market ni terletak di hong kong island.
tenang jer kat sini.
tambahan pula stanley market ni dekat dengan pantai.
direction dari TST ke Stanley Market:
--> naik tren ke admiralty. tukar tren untuk naik island line ke causeway bay.
--> sampai causeway bay ikut exit B.
--> kena seberang jalan dan tunggu bas nombor 40 (green mini bus) di tepi lorong celah bangunan.
buat plus size...
ha sini ada banyak baju, kasut dan seangkatan dengannya.
legging untuk hari seterusnya me beli kat sini la.
tapi yang tak seronoknya..
banyak anjing dibawa bersiar-siar oleh tuannya kat sini.
terpaksalah kami guna skill mengelak yang maha dewa.
tengah syiok membeli..
tetiba kami terserempak datuk sri yang tengah melawat stanley market ni.
datuk sri sangatlah ramah tamah
later me ke post office yang terletak betul-betul di jalan utama dan kalau uols nak turun dari bas,
mintalah driver bas tu turunkan kat depan stanley post office ni.
yang uniknya HK ni,
uols boleh beli setem daripada vending machine warna hijau sebelah sana tu.
kat the peak pun sama, boleh beli setem daripada vending machine cenggitu.
ni rupa bus stop dorang.
tak de bumbung ok.
merasalah basah kena hujan.
untuk balik pula,
kami berpakat untuk naik citybus nombor 973 yang terletak di bus station tak jauh dari situ.(arah turun bukit)
bas 973 ni direct akan membawa kita ke TST.
tambang pula HKD13.60
sempat la tido,
sebab perjalanan memang jauh.
kami turun drp bas di satu kawasan berhampiran dengan MTR TST.
bila guna subway ni, memang la jauh jer rasa sebab kanan kiri tak de pemandangan,
tapi kita boleh elakkan kemalangan di jalan raya.
kami balik guesthouse dulu untuk simpan beg yang kami beli di stanley tadi serta makan maggi.
setengah jam kemudian kami bergerak guna subway semula untuk ke avenue of star.
memang malulah sapa yang ke HK tapi tak pergi avenue of star ni.
kami sampai avenue of star pun dah nak dekat pukul 5 petang.
manusia tak payah cakap la..
punya la ramai..almaklumlah hari sabtu.
akhirnya kami bercadang untuk datang ke sini semula malam nanti.
lantas kami berempat bergerak ke ferry terminal untuk menyeberangi lautan (eh lautan ker?) untuk ke Hong Kong Island.
yehaaa..
first time nak naik ferry ni.
ada sikit excited di situ.
inilah rupa star ferry yang dok disebut-sebut itu.
star ferry yang crossing victoria harbour ni, telah beroperasi dari tahun 1888 dan
inilah satu-satunya pengangkutan awam yang paling murah menghubungkan central dan TST.
star ferry yang crossing victoria harbour ni, telah beroperasi dari tahun 1888 dan
inilah satu-satunya pengangkutan awam yang paling murah menghubungkan central dan TST.
kami pilih untuk duduk di upper deck.
guna octopus jer. tak susah pun.
akhirnya kami sampai pun di central pier.
misi seterusnya ialah..
cari rickshaw bus
bas ni serupa jer macam HOHO bus.
asalnya nak naik big bus . tapi mahal la pulak..dalam HKD350 kalau tak silap.
so kitorang naik rickshaw bus yang hanya HKD50.
perhentian untuk bas ni betul-betul dekat dengan perhentian big bus tu.
kalau dari jejantas terminal tu,
uols akan nampak banyak big bus kat belah kiri, so rickshaw bus ni belah kanan.
sama macam big bus, ada harga untuk single ride. tapi tak ingat la pula berapa HKD.
so kami ambil unlimited ride.
untuk bus ni ada dua route, sama ada heritage atau metropolis route.
memang tujuan me ke HK ni pun bukan untuk melawat tempat bersejarah.
so kami ambil metropolis route.
kalau malam, sangat cantik!
untuk route yang kami pilih ni, ada night scene yang mana dia akan bawa kita laluan yang lain daripada day scene..
sedang elok lah kami naik bas tersebut dalam pukul 6 lebih untuk day scene dan kami naik sekali lagi untuk night scene route pula.
sempat gak la kami lalu di golden bauhinia square ni yang mana kami patut datang pada hari pertama di HK.
kira tak de la menyesal sangat.
setelah dua kali kami naik bas tersebut,
akhirnya kami turun di the peak.
ni kali ke-2 kami di sini.
tapi kali ni kami hanya ke madame tussauds
sementara bagi chance untuk member yang sorang tu menikmati pemandangan indah HK pada waktu malam sebelum pulang ke Malaysia.
untuk ke madame tussauds ni, kami dah beli siap-siap tix secara online.
mudah tak payah nak beratur panjang untuk beli tram tix.
memandangkan dah siap-siap beli souvenir hari tu kat peak market,
maka boleh la abaikan ajer peak market tu.
kat dalam madame tussauds tu,
pulun la kami bergambar..
bergambar la dengan patung lilin yang terkenal dan jugak yang tak berapa kami kenal.
macam kat bawah ni..
ntah sapa pun tak tau.
kami pulang lebih kurang pukul 11 malam dan merasalah kesejukan beratur kat luar untuk naik tram turun bawah.
untuk balik pada kali ini, kami tak nak pisang berbuah 2 kali..
(kali pertama jalan kaki jauh yg hamat ke MTR central)
maka kami naik bus nombor 15 ke central.
6 comments:
Oh ingat datuk sri pergi dgn korang.. terkejut monyet seketika kekekek.
Dia bercoti @ lawatan kerja?
Eceh ye ye je tanya :p
Patung tu kalu tolak.. tumbang tak?
Ke memang keras kejung kat situ?
Amboi cik shieda kita pose manja bersama marilyn monroe?...
dekda...
datuk sri buat lawatan kerja kat sana.
patung tu kalo tolak, tumbang la.. kalo tak tolak.. statik jer. kekekekke
cik-anne,
gitu la kan cik-anne kalo fefeeling nak gelemer.. kekekkekeke
kak Syieda, akak pgi Market itself or stanley mall? sbb Market dia kecik je kan? baju² pun x banyak choice. more to mat salleh style. sobs
aqilah,
akak g market dia jer. tapi kat hujung-hujung. nak balik baru tau yang kitorang tak guna pintu utama. pasrah jer la...
pantai pun akak tak sempat nak nengok.
Post a Comment