hari ke-8 di HK, kami pi makan dimsum.
haruslah makan makanan orang sana.
kami ke islamic canteen yang terletak di HK island.
nak g sini sebenarnya tak susah pun.
tapi kami ari tu,
sesat barat..
jalan-jalan pastu boleh bertembung semula dengan jalan yang sama,
pastu boleh pulak masuk lorong jual daging tuutt..
aishh..
Direction t0 Islamic Canteen, Wan Chai:
---> causeway bay exit A
(escalator dari exit A..terus ke belah kanan.... lintas jalan tersebut dan berjalan ke arah Percial St..susur jalan tersebut hingga jumpa Hennessy Rd (main rd) )
---> belok kiri bila jumpa Hennessy Rd
---> terus jalan hingga jumpa flyover
---> lalu bawah flyover tersebut sehingga jumpa trafic light ke-2 (1st traffic light bawah flyover tu)
---->dari traffic light , belok kiri dan belok kanan pula..
--> cari charterhouse Hotel (sebelah kiri)
---> islamic canteen terletak di belakang hotel tersebut dan dalam bangunan seperti di bawah.
jalan punyalah jauh.
ada lah dalam 10 minit berjalan.
tapi nak makan punya pasal redahkan jer.
lagi pun dari causeway bay nak ke sini, jalan lurus jer.
kalau nak merasa dimsum kena datang sebelum pukul 3 petang. lepas tu canteen ni tutup dan beroperasi semula dari jam 6 hingga 9 malam.
islamic canteen ni terletak di tingkat 5 yer.
kena datang awal sebab kalau lambat..
merasalah nengok mangkuk kayu dimsum ni jer.
order dimsum kat pintu masuk .... pastu angkat la sendiri mangkuk bertingkat-tingkat tu.
dan boleh perasan hebat bila main tunjuk jer kat menu yang ditampal pada dinding untuk order..
hasil kelihatan hebat tadi .. gini la dimsum kami...
makanan di tengah tu paling sedap.. seriyes tak tipu.
pastu cicah pula ngan kicap pedas yang disediakan..
perghhh..
oleh sebab tempat duduk terhad,
maka kami berdua share meja dengan dua orang mamat dari s'pore ni.
dorang dah biasa makan kat sini..
so dorang bagitau la..apa inti dalam semua dimsum kat sini.
dah la jalan kaki punya jauhkan tadi..
terus tamak haloba..g tambah order.
me order nasi dengan ikan kerapu sweet sour tu.. seriyes sedap..
member tu order mi apa ntah..
pastu kitorang order pula tauhu
dannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn..
semua makanan ni tak habis.
mamat dua org tu soh kami tapau..
apakah??
makan dimsum tu jer sebenarnya dah kenyang.
sementara nak bagi makanan hadam kejap,
me pun toleh la kiri kanan..
sekali baru terperasan..
orang-orang kat sini makan sikit jer.
sebabnya dorang order sepinggan, dan share ramai-ramai.
patutlah kat setiap meja di sediakan mangkuk kecil tu.
dasarkannnn..
walaupun tak habis makanan yang di order tadi..
member siap tapau yang ini(ganti gambar atas tu sebab dah habis) dan 2 ketul kuih bom.
kekekeke
dalam pukul 2 kami bergerak ke plan seterusnya iaitu naik herritage tram.
tram ni ada 2 route.
korang boleh pilih nak naik yang mana satu.
memandangkan kami berada di wanchai, kami pilih naik ke Western Market.
5 minit jer dari islamic canteen ke tram stop ni.
herritage tram ni juga dikenali dengan nama "DingDing" merupakan antara pengangkutan terawal di Hong Kong dan berusia lebih 100 tahun. Selain itu, ia juga merupakan satu-satunya tram double-decker di dunia.
Memandangkan kami ni tak tau nak turun kat mana .. so kami pilih duduk di tingkat bawah.
yang uniknya, kita naik DingDing ni dari pintu belakang,
pastu bila nak turun baru guna pintu depan dan swipe la octopus card tu.
tambang tak mahal dalam HKD2.3 je
kalau nak lagi feel,
boleh booked antique tram atau yang open-balcony dari sini
kalau bernasib baik dapat naik tram nombor 70 dan 120, merasalah naik tram design tahun 50-an lengkap dengan bahagian dalamnya yang masih dikekalkan termasuklah kerusi rotan.
Direction to Herritage Tram Stop:
--> keluar balik dari islamic canteen ke Henessey Rd.
--->dari simpang Henessy Rd, belok kiri.
---> jalan terus dan belok kanan ke Tonnochy Rd.
(ada herritage tram stop kat tengah jalan besar...tak tipu eh. betul ni)
turun jer herritage tram di Pedder St , kami terus naik mtr yang betul-betul terletak di seberang jalan untuk ke HK 100sky.
Direction to HK 100sky:
--> MTR Kowloon.
---> naik escalator kat Elements Shopping Mall dan terus ikut signage yang diberi.
untuk ke sini, tix kami dah beli online dari m'sia.
sampai sana terus redeem tix dan dibawa naik ke tingkat 100 untuk menikmati pemandangan HK secara 360 darjah.
walaupun kami booked tour ni pukul 4 petang, tapi kami dibenarkan naik sejam lebih awal.
elevator yang membawa kami naik ke tingkat 100 ni merupakan elevator yang terpantas dan hanya mengambil masa selama seminit sahaja.
masuk sahaja deck ni, kita akan lalui lantai lutsinar.
ada jakun sikit di situ. kekkeke
nak xmas la katanya kan..
haruslah dapat merasa konsep yang di ketengahkan pada tahun ini iaitu..
"bling..bling in the sky"
dekat sini uols boleh dapat free wifi selama 30 minit tau.
selain itu, kat sini juga ada post office.
senang la nak post surat gituss..
dalam pukul 5 kami pun beransur.
kalau ikutkan itinerary ni dah tak de apa lagi dah untuk hari tersebut
(tolak 2 tempat pada waktu pagi tadi sbb bangun lambat...)
so kami ke ladies market yang terletak di mongkok.
Direction to ladies' street:
---> MTR Mongkok exit D3.
---> ikut jer signage ke sana.
kat sini kena tawar kaw-kaw punya tau..
tapi tak beli apa pun..
sekadar nengok-nengok jer pun.
suka lihat pemandangan HK yang memang kaya dengan lampu-lampu macam gambar kat bawah ni.
tetiba teringat zaman belajar dulu,
waktu k-pop wave tak ada lagi..
citer HK la yang menjadi pojaan hatiku..
3 comments:
wowowowowowooo....
syok nye hk...
Perghhhh laju nya 100tingkat 1minit.
Rasa tak kelajuan tu? Ke go smooth je?
Sama la kita.. dulu-dulu fofuler betui drama HK ni... takde retis buat shooting ke masa gi? :D
emy,
khennnn.. apa lagi.. moh ler kita beli tix ke sana...
dekdaa,
smooth jer elevator tu.. tup..tup eh dah sampai ??
retis HK tak jumpa.. felancong fefeeling retis ramai.. kekekekeke
Post a Comment