hari ni kami berdua ke Ocean Park (OP)
OP merupakan saingan kpd Disneyland dan ianya terletak di kawasan Aberdeen,
kiranya masa kami ke stanley hari tu, boleh nampak OP yang terletak diatas bukit.
tix ke sini kami beli secara online
pihak sana akan terus scan barcode dalam email yang telah disertakan.
dari stesen Admiralty , ikut exit B3
pastu ikut jer anak panah ke stesen bas untuk ke OP.
Bus number 629 memang dah sedia menunggu.
disebabkan me memang tak plan nak balik ke stesen yang sama,
so me beli jer tix bas one way
nak guna octopus card pun boleh.
memandangkan bas ni memang menuju terus ke OP,
kami memilih untuk duduk di tingkat atas.
tak lama selepas itu, kami pun tiba di tingkat bawah OP.
sama macam disneyland,
semua beg akan di check terlebih dahulu.
so segala biskut/ceklat , me masukkan ke dalam poket baju sejuk.
jangan lupa untuk ambil map di sebelah kiri selepas melewati pintu masuk.
kami sama-sama teruja melihat lanskap OP.
OP ni terbahagi kepada dua iaitu Waterfront & Summit
kami memilih untuk naik The Summit first sebab drp study,
semua rekemen agar naik atas dulu.
on the way nak ke cable car,
kita akan lalu di kawasan yang menggambarkan HK era 40an/50an.
cantik sangat.
malah dorang ada offer untuk ambilkan gambar siap pakai cheongsam gitus..
tapi dek takut kena beratur panjang untuk naik the summit,
kami terpaksa pendamkan ajer hasrat tu..
disebabkan kami datang ni masih awal lagi,
so tak panjang pun beratur untuk naik cable car ni.
cable car ni boleh memuatkan 6 orang.
dan hari tu,
kami dapat naik berdua jer.
mungkin pekerja tu nampak kami ni terlalu gemss kot.
ah belasah la.
member sedikit gayat.
tapi me pun gayat gak sebenarnya..
kata gagah berani.. ya harus berlagak kengkonon berani..
padahal.. tuhan jer yang tahu..
punya la panjang cable car ni..
siap member tu kata,
ni la cable car terpanjang yang ada di dunia..
bayangkan la...
cabin ni tetiba terputus kat tengah-tengah lautan.
pastu ni lautan dalam pulak tu (banyak kapal-kapal besar lalu di sini)
tak sempat nak jumpa mayat dah kena makan dek jaws dah.
choiiii la..
begini la cantiknya waterfront dari dalam cabin.
akhirnya sampai pun di "the summit"
sejuk ya hampunnn..
neway..
semua deco berkisar xmas.
kitew suker!!
tempat pertama yang kami terjah ialah "thrill mountain".
nama pun dah scary kan..
haruslah kami main permainan yang termampu jer.
iaitu "whirly bird".. main terbang-terbang jer.. sedeh.
berdepan dengan "whirly bird" tu ada "The Flash"
permainan yang boleh buat kepala dibawah kaki ke atas..
apakah???
so kensel..
next kami ke "polar adventure".
fefeeling nak g kutub tak dapat kan..
so kami syiok sendiri la ambil gambar di sini..
pastu ternampak pulak roller-coaster.
ala rendah jer pun..
ya harus cuba.
gigih la cari camera waktu kat atas roller-coaster,
sekali bila kuar muka kat screen,
mak aihhh buruk bebenor..
ntah apa mimpi,
gi beli ok gambar tu.
siap budak kat counter tu tanya banyak kali,
sama ada betul ker nak beli gambar ni..
mesti dia rasa ini jer la gambar kite yang paling cantik pernah dirakamkan..
sob..sob..sob..
gambar kat bawah ni bukan replika yer..
ni betul-betul binatang.
sebenarnya,
memang nak naik satu roller-coaster yang memang berputar belit alam ni..
tapi dek member tu takut..
iols pun jadi takut..
kekkeke..
so takat ambil gambar jer la yang mampu.
mungkin member tu rasa sangat la bersalah sebab takut naik roller-coaster tadi,
so dia ajak main "the rapids" yang terletak di rainforest zone.
nampak sangat la permainan ni memang tak seswai langsung untuk dimainkan waktu sejuk cenggini.
sudahnya, merasalah kami berdua kebasahan..
adooiiyyaa..
later kami lunch dengan makan sotong bakar jer.
-sedeh-
kat Op ni,
sana sini buka lagu kuat-kuat..
tapi semua lagu pun lagu k-pop..
apakah?
next kami menapak ke bahagian bawah the summit untuk ke marine world.
sian.. kami hanya berani naik ferris wheel ni jer.
beratur kemain panjang.
sanggup pulak tu menunggu.
dari atas ferris wheel ni kami sempat meninjau roller-coaster yang ada kat sebelah.
berkira-kira nak naik ke tak.
roller-coaster "the dragon" ni memang betul-betul terletak di tebing laut China Selatan.
kira kalau tercampak..sah-sah la berkubur kat laut china selatan.
sekali bila cakap ngan member niat dihati,
terus dia pun kata nak join sekali.
ya happy banget time tu.
bukan nak cakap apa la kan....
takat "the dragon" ni..
2 kali ok..kami naik!!!
pekerja kat situ tak kesah pun,
sebab tak de orang yang nak naik.
siap dorang lambai-lambai orang yang lalu lalang kat sana suruh naik.
hmpphh..
waktu ni masing-masing punya keyakinan diri dah tahap max gitu..
next kami g menonton dolphin show di ocean theatre.
menarik juga la show ni bila dolphin cuba berkomunikasi dengan manusia.
oleh sebab kami sampai awal,
merasalah cari tempat duduk yang best.
akhirnya kami ke adventure land.
nak gak la kan nengok apa yang adventure sesangat tu..
dalam banyak-banyak rides yang ada,
kami pilih mine train
lepas kami membuat beberapa pemerhatian,
roller-coaster ni tak de la berapa bergulung sangat pun..
dengan keyakinan yang tinggi...
kami pun naik la ride ni..
i tell u la kannn..
macam nak tercampak jantung kitorang waktu naik ride ni.
lebih menakutkan daripada ride yang sebelum ni.
serik!!
dengan kepala lutut yang terketaq-ketaq,
kami berdua decide nak beransur pulang.
untuk turun ke waterfront , kami nak naik ocean express pulak.
so terpaksalah kami menapak naik escalator ke pacific pier.
pacific pier ialah puncak tertinggi di OP.
nak nengok sunset pun boleh dari sini.
dan dari sini juga kita boleh lihat kawasan aberdeen
dan tempat kami nak pergi selepas Op ni pun terletak nun kat sana..
untuk naik ocean express mak aiiii..
punya la panjang orang beratur ..
ocean express ni tak ubah macam kapal selam.
memang best naik ocean express ni.
dalam perjalanan..
kat lelangit kapal ni..
ada ocean show.
tup..tup ..tak sedar kita dah sampai di waterfront.
keluar aje dari ocean express,
kami bergambar dengan maskot OP ni.
kesian dia..
tak de sapa yang hirau kan..
bila kami nak bergambar dengan dia.. mengelitik dia kegembiraan.
dekat waterfront ni kami tak sempat nak melawat apa pun.
yang sempat hanya bergambar jer.
pastu shopping souvenir untuk diri sendiri..
nak belikan utk kengkawan...rasanya ramai yang tak tau kewujudan OP ni.
plushies melambak-lambak.
sediakan duit jer la.
rasanya kat sini..
duit abis bukan sebab membeli barang..
tapi pulun beli semua gambar setiap kali abis naik rides.
dah la time tu duit memang tak berapa nak ada..
kami keluar dari OP dah pukul 5.
kemudian kami tahan taxi ke Jumbo Kingdom.
nak buat apa kat sini??
tadaaaaaaaaaaaaa..
tak de nak buat apa pun..
cuma nak tengok jer.
kalau sesapa penggemar citer HK,
uols pasti akan notice floating restaurant ni
especially cerita "the God of Cookery" - Stephen Chow
kalau mamat ni berlakon,
memang sah-sah me dah dok terpacak kat depan tv awal-awal.
floating restaurant ni sangat fofuler tau
sampaikan Queen Elizabeth II pun pernah makan kat sini.
walaupun seafood yang dijual disana..... kami tak pasti halal ke tak,
so kami ambil gambar jer la.
dan sebenarnya,
pengunjung boleh naik boat yang disediakan secara percuma untuk ke restoran ini.
selepas dapat snap beberapa keping gambar,
kami terus ke satu mart yang terletak tidak jauh dari situ.
sempat la kami menyambar beberapa bungkus makanan ringan yang memang ada cop "halal".
kemudian kami berjalan kaki ke bus terminus tidak jauh pun dari situ.
kami memilih untuk naik bus ke causewaybay.
nasib baik kami dah agak familiar dengan bandar causeway bay ni.
so kami turun ditengah-tengah bandar dan terus ke MTR causewaybay yang terletak di times square.
tak tau la uols dah sampai tahap menyampah ke tak..
tapi me tetap jugak nak masukkan herritage tram dalam entry ni..
suka yang melampau ok!
waktu kami sampai di causewaybay MTR dah nak dekat pukul 8.
merasalah berasak-asak dengan orang yang baru balik kerja.
10 comments:
yuhuuu...bestnya dpt pegi Ocean Park..hari tu pegi tak sempat nk singgah coz tak cukup masa..kalau mcm gini kene repeat hihihi...
bergumbira sakan ye kat OP ni..
pitam tengok roller coaster.. - -''
restoran yg sama ke dlm ceta james bond?ke bukan hehehehe
nak pinjam baju sejuk bleh?ekekeke
Berapa jauh cabel car tu? Penah terjadi stuck kat tgh2 ke sebelum ni? Huuu.
jarimanis,
OP ni bagi kita lagi best dr disneyland dari segi rides la. memang tak menyesal kalau g OP ni..
norh,
yer norh. seronok betul kat sini... tak ramai sgt org (weekdays) dan tak perlu beratur panjang.
hanie,
rollercoaster 'dragon' tu tak berapa takut sgt...tapi 'hair riser' tu..lagi menakutkan...
emy,
ntah ler..james bond yg mana satu?
cakap jer bila nak pinjam baju tu.. no hal.
dekdaa..
jauh gak la.. dlm 20 minit kot. tapi memang cable car tu akan terberhenti sekejap kat tengah-tengah tu..incase ada warga istimewa nak turun/naik la.
wahh sonoknyer gi hongkong tuu.,e HHhe
wak,
khennn... seronok g jamu mata..kekkeke
mmg terbaik la.. uols pg semua tmpt kot. PUAS ATI! aku berdua dgn laki pg mne yg betul2 sesuai utk kami berdua je. kalau dgn kwn2 dlu mau je pg OP tuh. hohoho.
babe,
tak semua tempat kitorang sempat cover. ada gak terbabas sbb bgun lewat. ntah ape kena asyik bgun lewat jer sepanjang kat sana...
tapi OP memang best. semua rides tak payah beratur panjang. cuma iols ni yg fenakut tak kena tempat...kekekekeke
Post a Comment