Holla..
Dalam sebulan berkelana di negara asing...
hari ke-2 ni la yang paling sedikit jer ambil gambar
lebih kurang 8 keping gambar je yang ada..
percaya??
sila percaya memang tak tipu
sebab apa ada 8 gambar jer..
sebabnya ialah dari Istanbul dah pukul 3 petang..
sampai Greece pukul 430 petang..
proses punggah memunggah beg untuk disimpan di airport ambil masa nak dekat 2 jam
keluar airport hari dah gelap..
naik bas terus ke hotel 1 jam...
jalan kaki nak sampai hotel lagi..
sampai je hotel dah nak dekat pukul 10.
so memang penat dan tak terfikir pun nak ambil gambar..
tapi tetap gak gigih nak cerita pasal hotel yang paling tak best ni jugak..
hahahha
bukan apa senang nanti nak buat rujukan pada masa akan datang..
hihihi
Hotel Delfini ni terletak di Piraeus Port, Greece
Kalau nak cakap... mungkin hotel ni sesuai untuk tido je
sebab tak de benda pun yang best pasal hotel ni.
untuk sampai ke sini dari Athens Airport,
Naik bas nombor X96 ( tiket beli kat luar airport)- Euro5
Berhenti kat stop terakhir ( kalau tak silap Gate E5 & bertentangan dengan gate tu ada Metro Station)
jalan kaki patah balik ke belakang (arah bertentangan dengan arus jalan tadi)
cari signage hotel.- jalan kaki dalam 2 minit je dah sampai
Hotel ni dekat dengan Gate E8 dan TIDAK terletak di jalan besar.
Kena lalu lorong.
Hotel ni sangat basic dan lebih kepada motel sebenarnya
boleh la kalau nak tidur je
tapi yang bestnya hotel ni dekat dengan salah satu kiosk Blue Star Ferry
so ada pro & con la sebenarnya
Receptionist malam ok-ok je
Sila bawa bank statement kalau dah bayar dari Malaysia yer..supaya tak jadi macam kitorang
Urusan check-in pun senang & cepat
Wifi hanya kat lobby hotel
lift disediakan...tapi kecil alahaii
untuk bilik kami ber4
ni ha gambarnya yang menyakitkan mata sebab guna hp cap ayam..
harap bertabah dan bertenang...
Toilet biasa-biasa ajer...
towel disediakan dan paling penting ada fridge gitu...
Dan dekat blok tersebut ada kedai serbaneka serta restaurant ( bukan halal tapi takat nak beli air mineral sebotol boleh la)
Rate kami semalam : Euro11 ++ /pp triple sharing
4 comments:
bestnya
berapa malam stay kat hotel tak best nie? atau stay untuk transit jer..
kiranya lokasi pun tak menarik lah eh..recommended tak hotel ni?
zakiah..
best sbb dapat tidur je la.. tapi hotel tak best pung..
Mrs. smile,
semalam je. nak transit punya pasal.. pejam mata je la..
JM,
takat transit tu boleh la kot. lagi pun x de apa2 yang best pun kat sana.
Post a Comment