Untuk semalam di Athens,
me memang cari hostel yang betul-betul dekat dengan acropolis.
dan dalam banyak-banyak hostel yang disenaraikan oleh website hostel world,
me pilih Dioskouros hostel ini..
kenapa?
sebabnya ialah nama hostel seakan-akan dinosaur. hahahhaa
ok itu tak kelakar..
sebab utamanya ialah kedudukannya yang terletak dekat dengan acropolis, plaka dan metro station.
Direction:
Dari Syntagma metro station, keluar ikut arah Amalias Avenue, seberang jalan dan cari bangunan nombor 38. Belok kanan (Periandrou Street).-lebih kurang macam lorong .
Kemudian, belok kiri dan hostel ada di sebelah kanan.
Hostel ni tak berapa nak baru sebenarnya...
tapi boleh la setakat untuk semalam.
Urusan check-in mudah.
walaupun kami sampai lebih kurang pukul 7 pagi, kami dah boleh dapat bilik.
malah kami diberi sarapan sehari awal memandangkan kami akan ke airport awal pagi esoknya.
Inilah pengalaman pertama menginap di hostel yang berkonsepkan shared bathroom.
So far ok tak de masalah walaupun ada kepingan kaca di pintu toilet telah ditanggalkan.
hehehehhe
yang paling penting....towel disediakan
tapi yang tak bestnya....tak de lift.
memang masaklah sapa yang bawa beg besar.
Sila try pancake disini.
sedap uols..
Memandangkan kami ditempatkan di basement, wifi adalah kureng sikit.
kejap ada kejap tak de line..
macam chipsmore gitu..
Oleh sebab kami ke Athens bulan doblas,
makanya suhu agak sejuk.
Namun bilik kami tak berapa sejuk sebab dibekalkan heater
tapi agak sangsi sebenarnya sebab tak nampak pula kipas untuk summer nanti.
Rate untuk semalam ialah Euro10++/pp untuk triple sharing.
2 comments:
Warnawarni hotel ni...memang ceria. Rate cuma Euro 10 pp? Melampau tau murah dia. Ceh, cakap macam duit berkepuk2.
Murah la hostel2 kat sini..tapi kalau x convert je la. Hihihi
Post a Comment