Selamat pagi uols..
Meh la iols ceritakan apa cerita suspen yang terjadi pada kami petang hari ke-7 yang lalu.
ok camana eh nak sambung..
kejap nak pikir...
ok dah tau..
Kami tiba di La Spezia Station lebih kurang pukul 6.30 petang.
waktu tu hari dah hampir gelap.
Kami berempat terus deposit beg.
Waktu nak deposit beg boleh pulak orang kat kaunter tu tak de.
Kami ni dah kesuntukan masa sebabnya kami perlu naik satu lagi tren ke hostel.
dan hasil balasan email pihak hostel , untuk sampai ke hostel .... kami perlu melalui tunnel.
ok bunyi macam tak berapa nak sedap sebab kena lalu terowong pada waktu malam.
Rupa-rupanya pak cik yang jaga kaunter deposit beg tu , terpaksa melakukan kerja lain iaitu kutip sampah. so boleh dimaafkanlah sebab bukannya dia pergi melepak tapi tengah menjalankan tugas.
Lepas urusan beg, kami terus ke kaunter tiket dan membeli tiket ke Manarola.
owh yer.. Manarola ni ialah hilite ke-2 percutian Eropah kami selepas Oia, Santorini.
Kami terus ke platform untuk menaiki tren.
tren yang kami naik ni... tak sama dengan tren yang kami naik dari Rome ke Pisa tadi.
tren yang kami nak naik ni ialah regional train. jadinya buruk sikit tapi masih boleh diterima dek akal compare dengan metro Rome aritu..
dan bestnya 2 tingkat uols.
Waktu ni perjalanan kami masih seperti yang dirancang....
Hentian pertama ialah di perkampungan Riomaggiore
Ha waktu ni kami berempat keluarkan kepala di pintu tren sambil pandang ke kanan dan ke kiri.
sebabnya tak tau kami berada di perkampungan yang mana satu.
nak tanya orang memang tak lah sebab tak de penumpang lain..
tiba-tiba konduktor tren terpacul dari luar gerabak dan tanya kami nak ke mana..
kami bagitau nak ke Manarola.. ok dia kata next station.
Kami pun hela nafas lega..
dalam 5 minit kemudiannya , tren tersebut berhenti sekali lagi..
time ni kami stuck kat dalam tren sebab tak boleh buka pintu tren.
lagi satu yang me perhatikan... tren kat Eropah ni kita kena buka sendiri pintu trennya.
waktu tu semua kelam kabut sebab pintu tren tak boleh buka.
yang dorang asyik suruh me tekan satu punat kat dinding tren..
dah tekan pun tak boleh buka pintu sebab itu hanyalah skru aje.
bencis!
Dalam kami kalut mencari tempat nak buka pintu tren...
tren pun bergerak.
ha?????
bengang betul bila tetiba konduktor tren tu muncul dalam coach kami...
dia pun terkejut sebab nampak muka kami walhal kami dah patut turun di stesen tadi..
pastu ntah apa-apa dia cakap guna bahasa Italy..
Dia suruh kami turun next station untuk naik tren yang berikutnya ke Manarola semula.
Marahnya tak boleh cakap la time tu sebab kami terlepas hentian di Manarola itu.
Bila tren tersebut berhenti di Corniglia (perkampungan ke-3) barulah kami tahu kenapa pintu tren tak dibuka waktu di Manarola tadi.
Waktu tu baru kami dengar pengumuman bahawa pintu tren memang tak akan dibuka kerana short platform.
hanya pintu tengah sahaja yang akan dibuka. Jadi semua penumpang hanya boleh ekses menggunakan pintu tengah sahaja.
Marah betul kami waktu tu sebab masa kat Manarola tadi memang tak de pengumuman yang dibuat.
Turun di Corniglia kami terus tunggu tren berikutnya.
waktu tu dalam pukul 8 malam.
sunyi sangat kawasan tersebut.
sejuk memang tak payah cakap la..
nasib baik ada ruangan menunggu disediakan.
Waktu tu , kami mula ketakutan..
sebabnya terlalu sunyi dan hanya hutan di belakang dan lautan dihadapan platform.
pula tu , di dalam ruangan menunggu hanya kami ber-4 sahaja.
Masing-masing tak mampu berkata-kata ...hanya banyakkan membaca ayat suci minta dijauhkan daripada perkara yang tidak diingini.
Hampir 1/2 jam juga kami menunggu di sana
sampai la tiba-tiba muncul seorang lelaki.
macam nak gugur jantung ni bila tiba-tiba dia masuk di ruangan menunggu tersebut.
yer la kan.. walaupun kami berempat.. mana nak sama kedrat seorang lelaki.
takutnya waktu tu hanya Allah je yang tahu.
Tiba-tiba dia buat panggilan telefon dan tak lama selepas itu muncul pula kawannya.
ah sudah.. semua berdebar-debar..
TAPI... nasib baik lelaki tu pakai kemeja ada logo trenitalia..
sah-sah lah itu staff trenitalia..
selamat..
Akhirnya tren pun sampai..
hasil perbincangan kami berempat sebelum naik tren ..kami putuskan untuk menginap di La Spezia..
kiranya burn ajer lah booking kami di Manarola walaupun dah bayar
Manarola versus keselamatan...... haruslah kami pilih keselamatan
Antara sebab pilihan kami itu ialah.. keadaan yang sunyi di Corniglia menggambarkan bagaimana kawasan di Manarola. Pula tu kami kena lalu terowong pula nanti.
Lebih baik kami pilih La Spezia sebab kawasan tersebut adalah main station untuk ke perkampungan di Cinque terre ini.
Lebih baik kami pilih La Spezia sebab kawasan tersebut adalah main station untuk ke perkampungan di Cinque terre ini.
Sampai sahaja di La Spezia kami terus keluar dari tren station.
waktu ni pun dah tak ramai orang walaupun kami jangkakan ramai .
kami terus ke sebuah hotel yang berdekatan...
maka malam kami berakhir disitu..
Panjang pulak karangan hari ni yer.. hihihi..
agak-agak malas nak baca sila nengok gambar ajer....
Pagi hari ke-8 di bumi Italy, kami bangun lambat sebab dapat tido hotel yang selesa.. hihihi
Lepas bersarapan, kami terus ke stesen tren. Jarak hotel ke stesen tren lebih kurang 3 minit berjalan kaki sahaja. So pagi tersebut, kami terus ke Cinque Terre Office untuk membeli 1 Day Train Ticket.
Lepas bersarapan, kami terus ke stesen tren. Jarak hotel ke stesen tren lebih kurang 3 minit berjalan kaki sahaja. So pagi tersebut, kami terus ke Cinque Terre Office untuk membeli 1 Day Train Ticket.
Kiranya dengan menggunakan tiket tersebut, kita boleh gunakan tren untuk kelima-lima perkampungan tersebut.
Office Cinque Terre tersebut terletak sebelum kita turun subway untuk ke platform ye..
Di setiap perkampungan Cinque Terre pun ada office yang membolehkan uols membeli daily ticket tu..
no worries ya.
Ni la rupa tiket tren yang boleh digunakan untuk kesemua kampung.
Harga €12
Dah sampai platform, sila validate ticket kawan-kawan yer..
senang cerita untuk semua pengangkutan awam kat eropah ...memang kena sentiasa validate masa mula-mula naik kenderaan tersebut. tak kiralah tren mahupun bas.
Ni gambar mesin untuk validate tiket yang terletak di platform La Spezia.
kurang 10 minit, kami pun tibalah di perkampungan ke-2 Cinque Terre ni...
iaitu perkampungan Manarola..
Time tu hati dah mula berlagu riang sebab nampak bangunan bertingkek-tingkek kat atas bukit sana..
Memang sah la ini tempat yang sering Syieda igau-igau kan sebelum bermulanya misi jelajah eropah ni.
Di setiap perkampungan Cinque Terre pun ada office yang membolehkan uols membeli daily ticket tu..
no worries ya.
Ni la rupa tiket tren yang boleh digunakan untuk kesemua kampung.
Harga €12
Dah sampai platform, sila validate ticket kawan-kawan yer..
senang cerita untuk semua pengangkutan awam kat eropah ...memang kena sentiasa validate masa mula-mula naik kenderaan tersebut. tak kiralah tren mahupun bas.
Ni gambar mesin untuk validate tiket yang terletak di platform La Spezia.
kurang 10 minit, kami pun tibalah di perkampungan ke-2 Cinque Terre ni...
iaitu perkampungan Manarola..
Time tu hati dah mula berlagu riang sebab nampak bangunan bertingkek-tingkek kat atas bukit sana..
Memang sah la ini tempat yang sering Syieda igau-igau kan sebelum bermulanya misi jelajah eropah ni.
Mesti uols tertanya kenapa Syieda pilih perkampungan kedua ini dahulu untuk dilawati..bukan perkampungan yang lain??
jawapannya.. sebab Manarola sangat cantik dari dalam gambar yang pernah dilihat.
hiks.
Lepas posing lebih kurang kat platform,
terus kami ke seberang platform untuk misi menjelajah Manarola
Memang betullah daripada apa pihak hostel emailkan tempohari..
memang akan lalu tunnel ni untuk ke perkampungan manarola.
baguslah sangatlahkan.. imagine tunnel tu siap boleh lori kereta bagai lalu..padahal...kecil je tunnel tu.
Cinque Terre merupakan UNESCO world heritage site yang terletak di sepanjang pantai Italian Riviera. Dikelilingi kawasan berbukit bukau, ianya adalah tempat terbaik untuk mendaki sepanjang coastline dan merupakan sebahagian daripada Cinque Terre National Park.
Terdapat 5 perkampungan iaitu Monterosso, Vernazza, Corniglia, Manarola dan Riomaggiore. Kelima-lima perkampungan ini dihubungkan dengan laluan trekking.
Semua bangunan di sini didirikan di atas permukaan yang curam (lereng bukit) menjadikannya bertambah istimewa.
Pengangkutan untuk ke sini hanyalah laluan trekking, tren dan bot sahaja.
Keluar sahaja dari tunnel, kita kena buat pilihan sama ada nak ke kanan atau ke kiri.
so kami pilih ke kanan..
Keluar sahaja dari tunnel, kita kena buat pilihan sama ada nak ke kanan atau ke kiri.
so kami pilih ke kanan..
Ginilah rupa laluan kami hari tersebut..
Laluan ke kanan ni agak tinggi sebab kita macam mendaki bukit.
kalau nak pos poskad, ada disediakan post office di bangunan belah kiri gambar diatas.
Sunyi je kawasan tersebut waktu kami di sana tempohari.
off season la katanya..
Mana-mana memang akan jumpa tong kitar semula.
nampak tak tulisan "SI" ?
tu maksudnya yes .
Bila Syieda banyak guna SI tu..?
Bila tanya orang untuk tunjuk arah..
memang jawab Si...Si...ajer lah..
hihihi
Memang agak sukar bagi yang bawa beg berat untuk berjalan di laluan kanan ni..
Syukur sekali lagi, sebab semalam kami tak tidur di sini..
aish tak dapat bayangkanlah camana kami nak berjalan kaki ke hostel.
Tidak lama selepas itu, kami pun tiba di satu dataran di atas bukit tersebut.
Nak teruskan pendakian untuk ke bangunan bertingkek-tingkek tu memang tak mampulah..
Jadinya kami berhenti di kawasan dataran tersebut sahaja.
Bangunan hijau inilah hostel yang patutnya kami stay semalam.
Tapi tak de rejeki.. nak buek camana..
Waktu ni.. masyallah..angin punya la kuat..
sampaikan Syieda yang gems ni pun macam nak diterbangkan..
siap ada orang terpaksa berlindung di dalam church berhampiran
Ni pemandangan bangunan bertingkek-tingkek dari dataran tersebut.
Disebabkan tak puas hati dengan rupa bangunan bertingkek-tingkek yang tak sama macam dalam gambar,
kami turun semula dan mendaki bukit pula.
ada satu papan tanda tu tulis, nak nengok view yang cantik..kena mendaki bukit.
Katanya 40 minit mendaki..
Walaupun angin yang hamat la kencang...
layankan ajelah mendaki bukit
waktu ni kami sekali lagi terpisah kepada dua kumpulan.
kumpulan 1 dah naik sampai ke puncak..
kumpulan dua yang dianggotai oleh orang gems.. terkedek-kedek daki bukit.
Takat ni je yang mampu kumpulan 2 daki..
view adalah tidak menepati citarasa.
Penat punya pasal...
kami berdua pun makan nasi.
jangan tak tau.. siap masak nasi kat hotel tadi sebab nak piknik kat sini kononnya.
Tak lama selepas itu,
kumpulan 1 pun join kami dan makan tengah hari..
Bila travel ramai-ramai ni semua kena gerak dengan pantas.
macam kami aritu..
terpaksa tinggalkan kumpulan 1 sebab nak g pos poskad dan janji semula berjumpa di kedai souvenir.
Waktu malam di manarola ni mesti cantik sebab di lereng-lereng bukit memang nampak patung-patung yang pelbagai rupa dan bentuk terpacak disini.
Pula tu, semua patung tersebut akan bercahaya pada waktu malam tau..
Ni rupa post office yang ada di manarola.
dan di hadapan post office ni ada kedai jual cenderamata tau..
Lepas kami berempat bertemu semula,
kami berbincang dan ubah plan.
Kumpulan 1 nak ke kampung lain manakala kami kumpulan 2 tetap nak berada di manarola.
kami berjanji untuk tunggu di La Spezia semula pada pukul 5 petang.
So kalau nak tahu cerita kampung yang lain boleh la jenggah ke blog sahabat saya ni yer... ketik sini
Kami berempat pun berlalu dengan haluan masing-masing..
dek ketidakpuashatian yang melampau... sebab tak jumpa lagi view yang ditatap sebelum bertolak ke sini..
kali ni Syieda ke bahagian kiri pula.(dari tunnel)
Laluan ini tak penat sangat sebabnya kita berjalan menuruni bukit.
Dan...dan....dan...
tak sia-sia mengambil keputusan untuk terus explore manarola..
apabila.. view yang dicari..kini terhidang di depan mata!
Alhamdullillah.. syukur sangat time tu..
Dek keadaan tapak kaki yang tak berapa baik haritu..
kami duduk kat bangku yang disediakan sambil makan roti & peanut butter. hehehehe
Mission accomplished!
Kami duduk mengadap bangunan bertingkek-tingkek tu sampai la jam 4.30petang.
kemudian kami menunggu tren untuk ke La Spezia.
Walaupun hanya ke sebuah perkampungan sahaja..
tapi bagi Syieda apa yang Syieda nak telah tercapai.
Kami Tiba di La Spezia Station dan terus ke hotel,
sebab ada antara mereka tinggalkan beg di sana,
kemudian terus ambil anak gajah yang kami simpan dia station tren pula..
Tepat jam 6.42 petang kami bertolak pula ke kota fesyen..
dimanakah itu??
cer teka.
hiks.
P/s: Ni gambar keretapi di Italy.
Kreatif tak diorang?
8 comments:
best kan jalan2 tempat org :)
Sukanye tengok bangunan bertingkat2 kalerful kat tepi cliff gitu.. huwaaaa nak pegi nak pegi
Cuak betul bila baca situasi dalam train dan ada org lelaki datang kat stesen tu...ye lah kalau berempat pun mmg tak terlawan ngan kudrat lelaki..alhambdullilah..semua tu pengalaman berharga..
Oh my god..cantik betul view d perkampungan manarola tu..ish..nk pegi sana..nak pegi sana huhuhu
Arghh jeles! Kawan aku pernah tag aku kat gambar yang view bangunan bertingkat2 tebing laut. Caption "Breakfast with bff". Pastu baca blog ko ni, dia WA aku bagitau...si Syieda pi tempat kita breakfast aritu. Nak terjun bangunan rasa. Ko dah sampai. Walaupun penuh babak drama malam sebelumnya kan.
zakiah,
ohsem sudah semestinya.. hiks
azra,
Sila pergi. dan sila cover kampung lain tau. pastu share kat blog. sebab ada antara kampung tu, turun je dari platform ketapi dah jejak tepi pantai. tapi x ingatlah kampung yang mana satu.
JM,
sila cover Cinque Terre ni bulan 8 nanti yer. dah alang-alang nak g Europe, terus je ke Cinque Terre ni. Berbaloi-baloi..
Bie,
giler weh tempat ni ohsem sangat! silap aku.. patut buat caption gak kat gambo bangunan bertingkek2 tu... "luncheon with bff" .. gitus.. adoiya..
Salam Syieda,
Hmmm..mcm tu la asam garam travel sendiri kan..? sesat la, silap naik, silap turun tp tu semua unforgettable memories tu.. sok tua2 blh citer kat anak cucu..ha..ha..
rumah2 kat tmpt u p tu cantik2 la kaler die... colourful pas tu mcm kotak2 pon ada...:)
Farikica,
Syieda suka la dgn drama-drama masa travel ni. betul-betul mengajar kita agar bijak buat perhitungan. secara tak langsung boleh buat kita lebih matang.Dengan drama-drama cenggitulah cerita kembara kita akan jadi lain daripada orang lain. walaupun kita pergi tempat yang sama kan? I love dramas. hiks.
Cinque terre ni pun plan last minutes. tak sangka boleh ternampak gambar manarola ni kat ig sebelum bertolak. terus rombak semua iti semata-mata nak g sini.
Post a Comment