Yuhuuu...siapa di sana..
syieda di sini..
hihihihi..
Sihat semua niari?
Harapnya agar semua dalam keadaan yang sihat hendaknya..
Aminn...
Dari La Spezia Station, kami menaiki tren terus ke kota fesyen iaitu Milan.
Kami sampai di Milan lebih kurang jam 10 malam.
Milano Centrale Station sangat besar dan cantik! Memang terpegun seketika kami waktu tu. Macam rusa masuk kampung gamaknya.
hihihihi
Keluar dari station , kami macam terpinga-pinga nak cari hotel.
Rupa-rupanya hotel kami sangat berhampiran dengan station.
Malam tu kami tidur di Hotel Demo.
Esok paginya, kami terus ke restoran untuk bersarapan. Kata sini breakfast adalah free. Harus makan dengan banyak.
Kat sini ada kicap nak makan dengan telur rebus tau
mau tak bertambah-tambah kami breakfast pagi tersebut.
Walaupun Syieda bukanlah orang yang suka bersarapan..... tapi kat sini kena paksa diri bersarapan..kalau tak..mau kebuluran nanti.
Walaupun Syieda bukanlah orang yang suka bersarapan..... tapi kat sini kena paksa diri bersarapan..kalau tak..mau kebuluran nanti.
Lepas sarapan, kami terus check-out dan tinggalkan beg di hotel.
Tempat pertama dan boleh juga dikatakan tempat wajib terjah kat Milan ni tak lain tak bukan opkos lah Duomo of Milan.
Dari hotel, kami berjalan kaki ke Stazione Centrale dan membeli tiket metro ke Duomo. Beli kat mesin sajork. Senang kacang pis hokei!
Ruang dalam Milano Centrale ni memang sangat cantik.
Bila nampak rupa cenggini memang seumpama kita berada di dalam bangunan mahkamah.
Walaupun tak pernah masuk mahkamah.. tapi agaknya cengini kot rupanya..
ke Syieda ni terlebih imaginasi?
Yang penting memang cantik sangat stesen ni.
Selesai membeli tiket metro,
kami terus ke platform bawah tanah.
Jangan tak tau... kat sini memang bertingkek-tingkek aras bawah tanahnya.
Lagi best sekiranya kita bawa luggage yang besar.. ada disediakan conveyor belt untuk memudahkan semua pengguna metro.
nak naik ke nak turun ke ...memang tak de masalah.
memang boleh dipuji station Milan ni.
Mesra pengguna kekdahnya..
Nak ke Duomo ni tak de nak tukar tren bagai..
Cuma naik metro Sundrio (yellow line) - M3 sahaja.
Sila ikut laluan ke S. Donato yer kawan-kawan..
Bila berada di bumi Italy..memang ada feel "Love is in the air"..
Mungkin Syieda ni terlebih berangan.. so memang feel tu ada je bila jejak Italy.
#eh?
-Cinta tak mengenal usia-
Dari Centrale... Duomo merupakan stesen ke 4.
Keluar je dari subway...
Yeaaaa... Dah nampak Duomo sebesar-besar alam.
Gothic cathedral ini mengambil masa lebih kurang 600 tahun untuk disiapkan.
Memang patut pun ambil masa sampai begitu lama.. sebabnya mak aiiii dinding , pintu semuanya penuh ukiran.
Gereja ini merupakan gereja ke-5 terbesar di dunia dan yang terbesar di Italy.
Ketinggian gereja ini sahaja dah mencecah 108 meter.
Walaupun kami berada di sana pada hari Selasa,
Tapi mak aiii ramai betul orang.
Sampaikan ada budak ni nak share coklat dia ngan Syieda...
ah super duper cute budak ni!
Kami berlegar-legar di sana lebih kurang sejam juga..
Paling khusyuk kami dok peratikan ukiran di dinding duomo ni..
memang sangat halus dan berseni.
Dek tak tahan kesejukan....
kami terus ke Galleria Vittorio Emanuele II yang terletak betul-betul bersebelahan dengan Duomo ni..
macam mana nak kenal pasti bangunan ni?
Owh yer Duomo ni dikelilingi bangunan tau.. so galeria ni boleh nampak bumbung lutsinar dari dataran di hadapan duomo tersebut.
Memang banyak butik high-end di sini.
tapi nak buat apa beli kat sini.. kalau kita tau produk tersebut bukannya berasal dari Italy..
lebih baik kita beli kat tempatnya yang sebenar..
at least dapatlah murah sikit.
yer tak?
Orang tak de duit macam Syieda memang cenggitu... asyik nak murah jep...
Dalam Galeria ni pun cantik. Walaupun tak de la besar mana..
tapi tetap membuatkan kita kagum.
Kemudian kami terus keluar dari Galeria dan terjumpalah statue Leonardo di caprio da Vincci.
Oleh sebab sedih tak dapat nak nengok masterpiecenya yang terkenal iaitu "The last supper" ... haruslah tatap statuenya sahaja.
sob..sob..
Syieda ni bukanlah orang seni , tapi bila satu dunia mengagumi karya agung Leonardo da Vincci ,haruslah Syieda pun teringin juga nak nengok. Sekurang-kurangnya bolehlah menyampuk bila ada orang bercerita tentangnya.
Di Milan karya agung Leonardo da Vincci yang masih wujud tak lain tak bukan ialah "The Last Supper" dan terletak di Santa Maria Delle Grazie.
Plan awalnya memang nak juga jejak kaki dan menyaksikan sendiri karya tersebut.
Selepas menggoogle ternyata tiket kena beli lebih awal sebabnya ada certain jumlah pengunjung sahaja dibenarkan masuk pada setiap hari.
Waktu melayari website nak membeli tiket, tarikh yang Syieda nak memang belum keluar lagi.
Dan daripada sumber-sumber internet yang boleh dipercayai.. dorang kata lagi seminggu tarikh lawatan baru boleh beli tiket.
Sekali bila Syieda nak beli tiket lebih kurang 2 minggu sebelum bertolak...
tiket dah SOLDOUT!
adusss... kiciwa mak!
Lepas lepak-lepak di Piazza della scala ni..
kami main ikut je hala kaki tanpa arah tujuan
Masing-masing memang teruja melihat bangunan yang ada di Milan
Ntah mana-mana ntah kami jalan..
keluar masuk lorong akhirnya perut minta diisi.
Akhirnya kami makan di salah sebuah kedai makan yang kecil
Ingatkan kami boleh makan dengan tenang sebab kedai kecil dan mungkin tak ramai pelanggan.. sekali waktu kami masuk tu..semua kerusi dah penuh.
Siap ada group tengah buat farewell party.
Macam biasa order seafood spaghetti & hot chocolate.
Ya hampun... punyalah pekat hot chocolate orang eropah ni!
Bak kata abah Syieda.. hujan ke..ribut ke.. taufan ke... memang ais tak boleh tinggal.
Untuk dessert pula syieda order gelato perasa lime.
Untuk dessert pula syieda order gelato perasa lime.
Boleh pilih mana yang berkenan.
hiks.
Lepas makan kami pun bergerak semula ke Duomo.
Bangunan kat sini memang sarat dengan seni.
Memang seswai lah dengan sesiapa yang berjiwa seni.
Memang seswai lah dengan sesiapa yang berjiwa seni.
Pukul 5 kami pun bergerak meninggalkan Duomo dan bangunannya yang berseni itu.
Duomo dari dataran pada jam 5 petang.
Lepas ambil beg di hotel,
kami bergegas pula ke Centrale Stazion untuk ke Venice yang merupakan tempat idaman dalam wishlist Syieda.
Dari Milan , Syieda akan ke Venice menaiki tren.
Dan perjalanan ke Venice ini merupakan perjalanan terakhir kami menggunakan keretapi laju except metro/tube la yer.
Bila di Italy, sila hafal 2 perkataan di bawah ni.
Insyaallah akan dapat menjimatkan masa anda daripada tersesat di dalam stesen kereta api.
Sila percaya.. ini bukan cakap tipu-tipu.
Akhirnya jam 8.05 malam kami pun naiklah tren ke Venice.
Bila cerita tentang naik tren di Italy ni..memang kelakar sebab macam-macam insiden yang berlaku.
Contohnya masa perjalanan kami dari La Spezia ke Milan aritu .. Waktu kami naik tren, semua orang duduk bersepah-sepah. Tempat beg yang disediakan di tepi pintu automatik di setiap gerabak dah penuh. Kami berjalan dari satu coach ke satu coach sebab tak jumpa tempat duduk.
Walaupun seat ada nombor, tapi semua ikut suka suki je duduk bersepah-sepah. Pulak tu siap buat-buat tidur. Sudahnya kami berempat decide duduk dalam satu cabin yang dikhususkan untuk 4 orang. tak sure tu cabin 1st class ke , 2nd class ke apa. yang pasti kami plan nak pura-pura tidur andai kata ada orang claim tu tempat duduk dia. hiks.
tapi bila kami dari Milan ke Venice pula , kami dapat tempat duduk seperti seat yang telah ditetapkan. Yang tak bestnya seorang lagi travelmate kami terpaksa duduk di gerabak lain sebab waktu kami beli tiket tu berasingan. Kami duduk di seat yang ditempatkan untuk 4 orang. So salah satu seat tu, ada satu minah omputih ni. dressing punyalah cun! Kalau nengok dari segi luaran memang nampak macam orang educated. Muka memang tak payah cakap la.. sombong kemain!
Nengok kami bertiga pun macam pandang sebelah mata.
Sekali tup tup.. dia tanya Syieda #*j%jtn@nsks&ts^ (bahasa itali letew)
terkulat-kulat tak paham apa dia cakap..
Rupa-rupanya.. dia dah silap naik tren!
Tak tau nak gelak ke hapa time tu.
Sekali konduktor tiket tu check tiket minah omputih tu memang confirm dia salah tren.
So dia kena beli tiket lain, dan duduk kat seat di belakang gerabak.
Oh My GUcci!
Kesimpulannya, waktu kat tren stesen kena sentiasa alert pertukaran platform dan jadual berlepas tau.. jangan jadi macam minah omputih tu. confident level dia sangat tinggi.
Akhirnya kami tiba di Venice jam 10.40 malam.
8 comments:
Cantik2 bangunan kat sini esp cathedral tu... mcm ala2 kat rome juga ya, milan ni...
Sukanye tengok bangunan lame kat Milan tu... nampak very oldies and yet classy ... huwaaaa bile nak sampai Italy nih....
Gila mesra passenger station tu. Siap ada conveyor gitu, kan best kalau tiap train station ada facility gitu. Verangan jelah kan.
Buildings kat Italy ni xde ke yang x lawa. Semua memang ada nilai sendiri tau. Kawan gi Milan, dia bagitau semua jejaka sana hensem tahap maksima. Xdapat imagine.
Ok, next Venice kan. Cepat2 update please.
Farikica,
Haah dinding pintu cathedral tu semua berukir. pastu ukiran diorang sangat kecil dan halus. Dah la guna marmar. patutlah ambil masa sampai 600 thn nak siapkan.
Azra,
Italy memang banyak bangunan yg classic. Sila book tiket awal ke Italy. tiket dari satu tempat ke satu tempat around europe tak de la mahal mana pun. macam aritu dari Rome-milan-venice , semuanya syieda dapat Euro9/trip.
Bie,
Cuma kat sini je yg ada conveyor belt tu. macam kat paris ritu macam nak rak angkut beg turun naik tangga. nasib baiklah org paris baik-baik tolong angkatkan.
Tapi memang betul la bie, mamat Italy sangat ohsem!
Wa.. Syieda pun tak sabar nak up entry pasal venice. almaklumlah venice memang dalam wishlist dari dulu. hiks.
Oh milan oh italy klau duit berkepuk mesti best kan anytime leh terbang ke sana sob sob
Apa yg jm perasan kat syieda dh ganti diri dari me kpd syieda lah nampak sweet je
Jm,
Untungnya la kan kalau kita ni byk duit.boleh sarapan kat london, lunch kat italy, dinner kat korea. #eh?#
Tentang tukar nama panggilan tu...ntah tetiba jep gediks melanda. Hihihi
Btw, tq jm bagi souvenir cambodia. Boss syieda tanya bila nak kahwin sbb dpt cincin drp jari manis. Huhuhu....makan dalam.
yuhuuuu...mrs smile disini!
cantik bangunan-bangunan kat milan nie walaupun ms tak berapa pandai nak menghayati senibinanya...:P
alangkah best kalau duit berkepuk-kepuk boleh travel anytime huhu
Mrs smile..
Yuhuu balik. Kikiki
Syieda pun x pandai bab architecture neh. Tapi feeling2 tau seni ya harus. Hehehehe
Post a Comment