Kami sampai di Venice pada pukul 11 malam. Waktu ni macam antara percaya atau tidak je sebab dah sampai ke tempat yang memang menjadi pujaan hati Syieda.
Memang Venice antara tempat yang selalu Syieda berangan tiap-tiap malam. Orang lain berangan macam mana nak jadi kaya, Syieda berangan macam mana nak jejak kaki di Venice.
hehehehe
Siapa yang tak mahu menjejakkan kaki di Venice yang terkenal sebagai City of Canals. Siapa?? Siapa??
Sila angkat kibod.
Sila angkat kibod.
Tren kami pukul 11 malam tu, mungkin tren yang terakhir , sebab waktu tu stesen kereta api memang dah lenggang. Cahaya pun suram-suram, orang pun tak ramai.
Keluar je dari stesen dah nampak sungai..hihihi.. sungai ke? ah belasah je la. janji nampak air. hihhihi
Kami terus berjalan ke arah kiri sehinggalah kami jumpa hostel yang kami dah book tempoh hari.
Urusan check-in pun mudah. The host pun baik. Oleh sebab ada curfew oleh pihak hotel, kami dibenarkan jalan-jalan sekitar kawasan tersebut dan pulang sebelum jam 1 pagi. Kiranya macam kisah dongeng cinderella.
kalau kereta kuda cinderella akan bertukar jadi labu bila pukul 12, kami pula mungkin akan merasa tidur luar kalau tak pulang sebelum pukul 1 pagi...
Lepas letak je barang , kami berempat bergegas untuk berjalan di kawasan sekitar hostel.
Gigih masing-masing meredah kesejukan sebab kami tak mungkin akan jumpa venice pada waktu malam lagi.
almaklumlah, kami stay semalam je kat sini.
almaklumlah, kami stay semalam je kat sini.
Dapat la snap sekeping dua gambar..
jadilah kan daripada tak de..
Esok pagi, kami semua tak breakfast sebab dah terlalu excited nak explore venice.
masing-masing takat minum air kosong je.
Plan pagi ni, kami nak gi beli tiket bas ke airport sebab malam karang nak naik flight ke Paris pula.
Untuk beli tiket airport shuttle ni senang je.
Dari St Lucia Station(stesen tren) kita akan ke arah kanan hinggalah kita jumpa Ponte Della Costituzione Bridge. Naik jambatan tu, dan belah kanan kita nanti ada kiosk jual tiket, dan bas ada kat depan jambatan tersebut.
Perjalanan dari hostel nak ke kiosk shuttle bus tu tak de la jauh mana. Lebih kurang 10 minit berjalan. tapi kami ambil masa nak dekat setengah jam juga sebab ralit melihat kota Venice.
Pagi di Venice memang sangat cerah. Vaporetto (water bus) dah mulakan perkhidmatannya. Jangan lupa naik tau!
Ni lah rupa tempat nak beli tiket vaporetto. Kat situ nanti ada signage nak kena naik line yang mana. toksah risau k. senang kacang pis jer.
Gambar kat bawah ni pula rupa St Lucia Station, Venice.
Kalau uols berdiri membelakangkan stesen ni, arah kiri untuk ke hostel, dan ke arah kanan akan ke airport shuttle bus.
Depan ni memang dah ada canal. Memang sah ini Venice.
Jalan je terus, akan jumpalah Ponte Della Costituzione Bridge ni.
Turun je bridge tu, sila ke hentian paling hujung- A1
Lepas urusan airport shuttle, kami terus naik vaporetto untuk ke Rialto Bridge pula.
Sepanjang perjalanan memang tak berhenti wa...ooo.....wa.. je bunyi mulut sebab excited punya pasal.
Sebab excited punya pasal ni juga lah kami sanggup meredah kesejukan dengan duduk kat open deck.
Tada... akhirnya kami pun tiba di Rialto Bridge.
Turun je water bus tu, kami terus beli souvenir.
Macam-macam yang kami beli.
Masing-masing pulun beli mask.
Masing-masing pulun beli mask.
Syieda je yang tak beli. sob..sob..sob..
Cuma sempat beli yang dalam bentuk FM je. Tu pun sampai la ni tak ingat letak kat mana.
aish.
Kalau uols nak rasa pakai mask ngan baju kembang-kembang tu, sila datang waktu Carnival of venice. Sebabnya waktu tu, semua akan pakai mask berlegar-legar di San Marco Square.
Selain itu, kalau uols ada extra masa kat sana, boleh masuk kelas untuk belajar buat mask. Yang ni, memang Syieda teringin sangat!
Lepas beli souvenir,
kami terus ke Hard Rock Shop untuk menambah koleksi.
HRS ni dibuka dari jam 9.30 pagi hingga 11 malam pada setiap hari.
Dari terminal water bus di Rialto Bridge ni cuma jalan seminit je dah sampai HRS.
Sorang staff HRS tu memang Syieda pujilah. baik sangat!
Lepas tu kami berjalan-jalanlah di area tu.
Menuruni tangga di sebelah HRS tu, memang berderet kedai-kedai.
Macam-macam jenama terdapat di sana. Antara nak beli atau tidak jer.
Biasanya sesiapa yang ke Venice ni memang akan sesat barat kat lorong-lorong kecil di sana
Tapi kita tak terasa yang kita ni sesat sebab di setiap lorong tu ada macam-macam benda yang boleh buat kita lupa yang kita ni tengah sesat
seriyes wei!
Syieda suka nengok bangunan yang ada di sana
walaupun tak bercat dan berlumut tapi Syieda suka! sangat suka!
hahahha.. ada unsur bias di situ..
Waktu kami jalan tu, kami decide nak naik gondola.
Memang harus naik, untuk menghentikan angan-angan Syieda pada setiap malam.
Selagi tak naik gondola, memang sahlah tiap-tiap malam akan berterusan berangankan Venice
Untuk langkah berjaga-jaga agar tidak diketuk dengan harga yang melampau , sila naik licensed gondola ye.
Nak kenal pasti senang je, pastikan gondolier tu pakai baju belang-belang.
Waktu kami pergi tu, memang dah check harga untuk satu gondola ialah €80.
So bahagi 4 , sorang €20. Pada dasarnya memang la agak mahal..tapi demi kenangan.. haruslah pejam sebelah mata je. hihihi
Untuk route kami aritu, kami ambil yang short route je iaitu tak lalu grand canal. Perjalanan dalam 40 minit cenggitu.
Gondola kami pada 4 December yang lalu.
Akhirnya tercapai jugalah angan-angan mat jenin Syieda selama ini.
Sebelum bertolak, ahli jemaah haruslah ambil gambar sebagai kenangan..
Menyusuri canal memang satu pengalaman yang sangat berharga.
Walaupun ramai orang kata air canal tu busuk... tapi Syieda tak bau pulak busuk..
almaklumlah.. bila dah terlalu suka... bau busuk pun boleh jadi wangi macam kasturi.
#eh?#
Dari Grand Canal ni boleh nampak Rialto Bridge yang kami sampai pagi tadi.
Sila tatap je gambar seterus dan seterusnya..
Pasangan ni dari Singapore.
Siap bertegur sapa.. don't know why la khen... singaporean kat oversea sangat ramah berbanding dengan orang kita.
Apa dah jadi dengan orang kita ni?
Menurut gondolier kami aritu, kedalaman air di venice ni ialah 3 meter.
dan bangunan di bawah ni katanya pernah menjadi rumah Leonardo da Vinci
Akhirnya gondola pun berhenti disini.
Walaupun tak de aksi nyanyian macam yang selalu orang ceritakan bila naik gondola,
tapi Syieda berpuas hati sebab cita-cita dan impian dah terlaksana.
Tengkiu pak cik!
Ada nampak aksi kekwat saya dalam gambar kat bawah?
Plan seterusnya kami harus ke Piazza San Marco
Ikut je anak panah yang ada kat dinding-dinding
kuar masuk lorong ntah mana-mana ntah kami jalan..
tapi pose cheTa harus!
Kalau nak tau, Venice @ Venezia ni termasuk dalam World Heritage Site yer.
Terletak di Utara Italy, Venice tercipta hasil gabungan 117 buah pulau yang dipisahkan oleh 150 terusan(canal).
Untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat, hanya mengunakan jambatan dan gondola atau water bus sahaja. Sebab itulah Venice dikenali sebagai "City of Canals"
Untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat, hanya mengunakan jambatan dan gondola atau water bus sahaja. Sebab itulah Venice dikenali sebagai "City of Canals"
Kalau Pisa akan bertambah condong saban tahun.... begitu juga Venice.
Venice akan tenggelam dalam beberapa sentimeter saban tahun.
Dan mungkin satu hari nanti Venice terus hilang dari pandangan kita.
owh tidak!
Disebabkan kami kesuntukan masa, kami tak sempat nak melawat ke pulau-pulau yang berhampiran.
Tengok Murano glass kat kedai souvenir je dah teruja apatah lagi kalau jejak kaki kat pulau murano..
owh yer.. Pulau Murano terkenal dengan blown glass nya.
Kalau penggemar pandora.. silalah beli charm kat sini! terlalu banyak pilihan sampai bisa buat kita pening lalat nak pilih yang mana satu.
Akhirnya kami pun sampai lah di Piazza San Marco
Kat sini tak buat apa-apa pun..
takat ambil gambar pastu duduk-duduk..
feeling-feeling syiok sendiri je.. hehehe
Ni bukan kat Macau yer..
Venetian ni yang original tau.
Cuma bezanya kat dalam ni tak de gondola macam kat Macau.
Kami di Piazza San Marco ni tak lama pun.
Dalam sejam dua je.
pastu kami cari kedai makan sebab waktu ni baru masing-masing rasa lapar..
Hari ni order pizza.
penuh la daun-daun diletaknya....tetiba rasa macam kambing pun ada.
Kemudian kami ke Rialto Bridge semula sebab nak naik vaporetto ke St Lucia Station.
Balik hostel packed barang dan terus naik bas untuk ke airport.
10 comments:
Ah baru je tengok The Tourist dan filem kat Venice...memang cantik giler...berapala you habis untuk trip ni ye?
the last time i was here was more than 10 years ago, looks like it's a time to revisit mebbe :)
suke pos che Ta mu itewww
Saerah80,
masih tengah kira budget lagi. boleh gitu? hihihi..
nanti last entry Syieda share expenses trip ni k.
Lily,
Wow, 10 years! Lucky u sbb dah sampai Venice years ago. I ni pun macam nak g lagi Venice esok. #eh?#
Umie,
CheTa la sangat khen..
Venice oh venice..bilalah nk merasa... mcm dlm alam fantasi ja gmbr2 tu...cntik2 semua
Farikica,
Memang rasa macam dalam alam fantasi bila kat sini.. Rindu nak jejak kaki kat Venice sekali lagi. :)
rasa tak cukup je semalam kat sana kan..byk betul view yg cantik..jgn kata Syeide..itu antara impian JM jugak..ohh..di mana nak cari duit berkepuk nih...huhuh
Jm!!!!
Mana pigi!!! Lama x nampak.
JM kan nak g bulan 8 ni. Mesti cover venice tau!
dear...
missed venice..
missed cappucino..
missed baju sejuk..
missed europe..
missed tengok peta..
hehehehe
gambar norh ada kat dlm entry ni la :))
Norh,
Venice harus ripit!!
Ni 2 keping je la gambar kita ramai2.. oia ngan venice. Pastu mana ada kan?
I missed those days..nak ripit pliss..
Post a Comment