Hari ni hari terakhir Syieda dan kawan-kawan berada di Paris.
Pagi-pagi lagi Norh dah tinggalkan kami untuk balik ke Malaysia. Tak sempat nak muah muah.. #eh?#
Pagi tu, kami pack barang dan tinggalkan luggage kat stor di hotel. Seriyes wei, rasa macam selamat sebab stor tu dah rupa macam bilik kebal.
Plan ari ni banyak yang tunggang terbalik. Sebab nak cover ada tempat yang tak sempat pergi masa 1st day kat Paris ritu.
Pagi tu kami beli Ticket Mobilis untuk zone1-2 aje. Tempat pertama yang kami nak pergi ialah La Valle Village. La Valle Village ni ialah outlet yang jual barang branded macam JPO. Perjalanan lebih kurang sejam juga.
Ada banyak direction untuk ke sana. Tapi route Syieda cenggini..
Direction:
GDN-->Republique(M5)--> Nation(M9) --> Val de Europe(RER A4)
Memandangkan pagi tadi kami hanya beli Ticket Mobilis Zone1-2 je, sampai di Nation, kami wajib beli ticket ke Val de Europe pula sebab La Valle Village ni terletak di zone 5 . Kalau nak tau, Val de Europe ni merupakan station sebelum ke Disneyland.
Waktu kat Nation Station kalau tak silap, ramai orang berjalan bertentangan arus dengan kami. Rupa-rupanya ada inspection tiket time tu. Patutlah ramai yang berjalan patah balik.
Bila kami dah slotkan tiket, kami tak tau macam mana nak g beli tiket ke Val de Europe pula. Subway time tu lengang. Rupa-rupanya nak beli tiket kami harus ke tingkat atas pula.
Apa yang Syieda perhatikan, pihak pengurusan metro memang tak kawal penumpang hantu daripada menggunakan metro/RER. Malah ramai je yang bersubahat gunakan tiket sendiri untuk membantu penumpang hantu tu.
Turun di hentian Val de Europe, hujan gerimis. Kami tak boleh tunggu hujan berhenti sebab masa yang terhad. Di station tersebut ada disediakan information centre. Katanya kami harus berjalan kaki ke La Valle Village selama 5 minit. Ah penipu betul. 10 minit ke 15 minit rasanya kami berjalan.
Dari train station tu, kami harus berjalan ke arah kanan hinggalah kami masuk ke sebuah shopping complex. Shopping complex tu sekadar tempat transit je. Keluar dari shopping complex tu, kami harus ke arah kiri pula sepanjang parking area (gambar atas). Di hujung shopping complex tu barulah kami jumpa La Valle Village.
Waktu kami sampai tu masih pagi, so orang tak berapa ramai. Tapi tak beli apa pun sebab ke sana hanya nak temankan member je pun.
Operation hours: 1000-1900 --> setiap Ahad ada disediakan free shuttle to/from station setiap 10 mins.
Di sana kami berpecah dan janji semula untuk berjumpa di pintu masuk jam 12 tengah hari.
Tepat jam 12 tengah hari kami berjalan ke Val de Europe untuk ke Paris semula. Owh yer, time ni kami beli tiket RER guna mesin je. Kacang goreng. Waktu nak beli tiket, andai kata nak turun kat mana-mana station yang terletak di Zone 1 atau 2, cari "Paris" yer.
Dalam tren kami decide nak ke Champs-Elysees. Seriyes wei Syieda memang teringin nak ke sini sebab apa? Sebabnya..Champs -Elysees merupakan the most famous street and expensive real estate in the world uols. Tak banyak duit dapat jalan kaki kat sini pun dah oke. FOC jer.
Jalan ni tak panjang pun cuma 1.91km je.
Direction:
Val de Europe (RER A4) ---> Charles de Gaulle Etoile
Keluar je dari subway ni kita dah berada di Champs-Elsyees
Dan di kanan jalan raya, megah berdirinya Arc de Tromphe
Arc de Tromphe ini dibina untuk memperingati perajurit yang gugur semasa perang revolusi di Perancis.
Pintu gerbang ini merupakan pintu gerbang yang terbesar di dunia sehinggalah diambilalih oleh Pyongyang pada tahun 1982. Dengan ketinggian 50 meter, pengunjung boleh menikmati keindahan Champs Elysees dari tingkat atas. Tapi kami tak naik atas pun.
Bila google atau nampak gambar orang lain, selalu Syieda wonder camana dorang ambil gambar ditengah-tengah jalan ni..
Rupa-rupanya...kita kena lintas jalan. Dan sila la berhenti kat tengah-tengah tu dan berdiri macam gambar kat bawah ni. Syieda tak berani nak jalan sampai ke hujung tu, kang tak pasal-pasal kena langar pula. Tapi port ni memang selalu jammed. Almaklumlah semua nak ambil gambar posisi terbaik katanya.
Bila dah jammed, kami terus seberang jalan. Plan seterusnya teringin nak cari chanel boutique katanya. Sekali nan hado. Yang jumpa hanyalah butik LV yang giler besar ni.
Beratur uols nak masuk sini. Punyalah ramai orang kaya kat dunia ni. Syieda pun kaya gak. Tapi kaya senyuman je la. hiks. Bayangkanlah sampai tak cukup SA nak layan kita. Siap dimintanya kita naik ke level 2. Ingatkan level 2 tak ramai orang.. sekali 2x5 je kekdahnya.
Lepas lawatan sambil belajar itu, kami plan nak makan macarons. Memang Syieda saje tak nak try mana-mana macaron sebelum ni sebab nak makan yang kat Paris punya. Nasib baiklah tahun lepas ke Paris. Dapatlah rasa. Kalau tak...sampai ke sudahlah tak tau camana rasa macaron sebenarnya.
Syieda suka la bangunan kat Paris ni. Terutamanya kat Champs Elysees. Cantik sangat!
Akhirnya....jumpa pun Laduree. Rupa-rupanya sebaris je dengan LV boutique tu.
Address: 75 Champs-Elysees, 75008, Paris, Fance.
Opening hours:
Mon-Fri 7:30am-11.30 pm
Sat 8.30am - 12.30 am
Sun 8.30am -11.30pm
Tapi mak aiiiiii..
punyalah panjang beratur! Menyesal tak stick pada plan asal Syieda untuk datang makan macaroon pagi-pagi. Sudahnya kenalah gigih beratur. Nak duduk sambil minum teh kat sini memang tak mungkinlah. Sebab semuanya fullhouse. Kena buat reservation lagi uols!
Kami dibenarkan masuk dalam kiraan lima lima..kalau tak silap.
Bila kat dalam ingatkan dah boleh pilih macaroon.. rupanya tidak uols. Kena beratur lagi.
Tukang ambil order pun stok cun melecun uols. Tahap retis kat negara kita rupa dorang.

Drooling...drooling...drooling...bila nengok manisan kat atas meja tu.
Hasil google ritu, ramai suggest pistachio & rose macaron. Rasa pun best. Manis tak berapa manis gitus.. Harga dalam lingungan €1++/macaroon
Kami beli hanya untuk makan time tu je. Nak bawak balik Malaysia mestilah tidak. Sebab kami ada 2 minggu lagi nak berkelana.
Lepas je dapat makan macaroons macam dapat satu energy gitu nak teruskan misi jelajah Paris.. Hahaha melampau betul penangan makan macaroon kat Laduree ni.
Seterusnya kami plan nak ke Moulin Rouge! Tak masuk ......dapat nengok kat luar pun jadi la.
Direction:
Charles de Gaulle Etoile --->Blanche (M 2)
Plan asalnya memang Syieda nak masuk dan menonton sendiri Feerie show ni. Tapi member macam nak tak nak je. So terpaksalah Syieda simpan angan-angan ni untuk trip yang akan datang. "Save the best for last" la kekdahnya.
Waktu dah nyaris-nyaris nak beli tiket ni.. tiap-tiap malam Syieda asyik teringat-ingat lagu ni moulin rouge
Aish parah betul kehendak yang tak dapat dibendung untuk masuk ke dalam.
Kat luar tu ada train cute ni. Tak sure tram ni akan lalu jalan yang mana. Tapi memang tak ramai yang naik. Or maybe tram ni untuk penonton feerie show kot.
Lebih kurang setengah jam juga kami berada di sana. Ramai je orang yang macam kami, ambil gambar dari luar. Lepas tu, kami terus bergerak untuk pulang. Menggunakan metro yang sama, tetiba tangan salah sorang kawan Syieda tersepit kat pintu metro! Syieda pula dah lepas ke dalam perut metro time tu. Bila Syieda pusing, nampak sorang mamat tu tengah bersungguh-sungguh tarik pintu metro yang dah tertutup tu untuk meloloskan tangan partner in crime. Kaget sangat! Akhirnya tangan kawan Syieda terlepas dari pintu metro sebelum tren bergerak. Scary betul kalau ingatkan.
Bila kami sampai di GDN ......kami berhenti makan ayam goreng kat kedai semalam. Kedai ni terletak sebaris dengan GDN je. Maison Chicken Shop kalau tak silap namanya.Beli set kat bawah ni, akan dapat air free. Harga dalam €6.50.

Lepas makan , kami ke hotel untuk ambil luggage dan bergerak ke Porte Maillot Coach Park untuk naik bas ke Tanah Ratu pula. Waktu ni masing-masing macam trauma dengan insiden tangan tersepit kat pintu metro tadi. Kami ambil pendekatan untuk tunggu metro yang agak lengang sebelum naik. Kat Paris ni tak payah risau bilangan metronya. Sebab kerap sangat. Setiap 5 minit cenggitu kalau tak silap.
Kami akan naik Megabus ke London pada pukul 11 malam. Waktu kat GDN kami macam senoneng sikit gara-gara takut tersepit lagi. Tiba-tiba kami didatangi seorang lelaki yang memakai pakaian sukan dan tertera logo metro di bajunya. Setelah menceritakan plan kami, dia suggest kami beli tiket metro untuk zone 5. Padahal daripada study, memang coach park tu terletak di zone 2. Oleh sebab naluri hati Syieda kuat mengatakan yang coach park tu terletak di zone 2, kami guna aje mobilis ticket zone 1 - 2 yang dah dibeli pagi tadi. Kiranya kalau time slot tiket tak berjaya, baru kami plan nak beli tiket untuk zone 5. Dan naluri Syieda betul sebab kami tak de masalah sewaktu slotkan tiket metro tersebut.
Direction:
GDN --> Charles de Gaulle-Etoile (Metro Line2) --> Porte Maillot (Metro Line 1)
Maka bermulalah drama minggu ini. Oleh sebab semua station di Paris ni bertingkek-tingkek...... ada antara station yag tidak menyediakan kemudahan lift. Bayangkanlah kalau nak angkat beg seberat 30kg untuk naik lebih kurang 20 mata tangga ?? Tak ke hazab namanya tu.
Di GDN, tiba-tiba sorang niger pegang tangan Syieda untuk bantu angkat beg. Pergh terkejut mak! Terpaksa tolak dengan senyuman gitu. Kemudian di Charles de Gaulle pula, sorang mamat perancis yang hensem uols nak tolong angkat. Pun Syieda tolak. Bukan bodoh sombong. Tapi malu uols. Siap la dengar bebelan 2 orang travel partner yang marah sebab menolak pelawaan mamat hensem tadi. Di Porte Maillot pula tiba-tiba sorang wanita Perancis ni beriya nak tolong angkatkan beg. Syieda bagitau lah beg ni super berat. Dia sambil terbeliakkan mata cakap apa ntah dengan bahasa perancis bersungguh-sungguh nak tolong angkat. Lepas tu, siap panggil anak teruna dia tolong angkat beg tu.Malunya masa tu tak payah cakap la.
Yang mampu cakap "Merci" "Merci" je la kan.
Sesungguhnya orang Perancis ni memang baik-baik cuma tak tahan dengan tone suara yang digunakan tu. Macam agak kasar sebab cakap dengan kuat.
Akhirnya kami sampai di Palais des Congres de Paris.Untuk pengetahuan kawan-kawan, metro Porte Maillot terletak di bawah bangunan Palais des Congres. Semua persidangan antarabangsa akan diadakan di bangunan ini. Malam tu kami semua dapat melihat pelbagai identiti negara melalui kostum yang dipakai oleh wakil setiap negara. Warna-warni uols. Memandangkan waktu tu baru pukul 9.30 malam, kami ada sejam setengah lagi untuk naik bas. So kami duduk lepak kat dalam bangunan tu.
Owh yer waktu kami sampai tadi, kami lihat tepi pintu tu ada banyak darah. Waktu tu macam kalut sikit sebab orang ramai mengerumuni lelaki tersebut.. Rupa-rupanya seorang lelaki terjatuh dari tangga. Tak sure la sebab apa. Ntah mabuk ntah bergaduh. Yang pasti, waktu nak survey kat mana coach park tu, Syieda dan seorang member tu, sengaja je lalu lalang kat depan camera man. hihihii.. Budget muka masuk berita Paris. heehehe..
Untuk kengkawan yang naik metro nanti, ikut je signage "sortie" (keluar) dan masuk ke Palais de Congres. Sekarang kita berada di level -1. Kami duduk lepak kat sini (ada ruang legar complete dengan meja & kerusi. Wifi pun ada uols) . Dari situ terus berjalan dan naik escalator ke level 0. Ada pintu keluar di sebelah kiri. Keluar dari bangunan tersebut, coach park ada di hadapan kita, Hotel Grand Continental ada di sebelah kanan (belakang bangunan).
Tepat jam 11 malam ....kami pun naik Mega Bus untuk ke London.

7 comments:
Seronok nyer tengok dia jalan2 kat paris..
Tak susah ke nak amik gambar kat tgh2 jalan tu? huhuhuu.. ;D
Seronok nyer tengok dia jalan2 kat paris..
Tak susah ke nak amik gambar kat tgh2 jalan tu? huhuhuu.. ;D
hehe..bila baca tentang pengalaman kat metro paris, memang sangat mengujakan....dengan beg berat lagi, tapi nasib baik kdg2 ada yg tolong angkat.....Alhamdulillah
Kan kalau dah kata ke Paris, memang xbest if x lalu Champs Elysees. Aku beli bandage & plaster je kat sana sebab kaki melecet teruk. Tapi orang tu kata nak berjalan2 kan, siap hangkut paperbag LV uols! Haha. Moulin Rouge pun xsempat terjah aritu. Sob. Kalau gi Europe lagi, nak singgah sehari kat Paris. Cukup syarat gi certain places yang xsempat cover aritu.
TT,
tak sangat. Cuma lintas jalan je. Cuma kat tengah-tengah tu macam seriau sikit. Sebab kereta memang banyak lalu lalang.
Nazuha,
Tu la. Memang tak sangka dorang baik sangat. Cuma masalah bahasa je la.
Bie,
Biasalah...berangan nak jadi model coco chanel sebab tu lalu Champs Elysees tu. hiks.
Berhabis ke shopping kat la valley tu? hehe...masuk kat LV tu memang ketaq habis..almaklumla memang tak mampu...tapi cita-cita nak beli at least satu LV..hehe...
Saerah,
Tak de shopping sgt pun. In fact, beli satu barang je. Almaklumlah..duit tak berapa nak byak.hihihi
Post a Comment