Oleh sebab semalam dah jejak Harry Potter set, arini plan nak jejak lokasi penggambaran Notting Hill pula. Walaupun dah tak berapa ingat cerita tu (sebab tak sungguh-sungguh nengok pun) tapi gigih nak masukkan dalam iti juga.
Tapi pagi tu kami terpaksa twist sikit iti sebab terbangun lambat. Almaklumlah dah masuk hari ke-16, energy pun dah berkurangan. So plan nak ke Bicester Village. Tapi apa ke sengal sebab ikut je telunjuk receptionist katanya nak murah sikit naik bas kat Victoria Coach Station. Sampai terminal bila tanya, katanya bus pertama dah berlepas. So gitu..gini..kami cancel niat nak ke Bicester Village. Lagi pun rasa macam buang masa je nak ke sana sebab bukan nak beli apa-apa pun kecuali nak g makan kat Jamie Oliver Fabulous Feasts tu je pun.
Memandangkan tak jadi pergi.. kami plan ke beberapa tempat yang kami tak sempat kunjungi masa hari pertama di London aritu.
Dari Victoria Coach Station kami menuju ke Victoria underground. Waktu kat sana sebenarnya Syieda ada rasa macam tak best sangat sebab rasanya London ni terlalu banyak warga asing. Kita boleh lihat sendiri pelbagai bangsa di sana. Majmuk sangat uols.
Dan apa yang Syieda noticed, bersih sangat station dorang ni . Masa tengah memerhatikan orang ramai berjalan, ada sorang wanita ni kelam kabut sebab mencari plastik nak bungkus "barang buangan" anjingnya. Jangan tak tau.. kat sini haiwan peliharaan tak boleh buang bahan buangan sesuka hati tau.
Menunggukan jam 9.30 pagi, ramai orang akan menunggu jam digital yang ada di station tertera nombor 9.30. Pastu berduyun-duyunlah masuk ke dalam subway sebab nak tambang murah punya pasal..Termasuklah kami. hihihihi. Subway dorang memang bersih dan terpelihara. Yang lagi bestnya, mesra pengguna sebab kita boleh tau route train tersebut. Senang cerita, setengah hari guna tube dah boleh jadi bijak bestari. Dan London memang seswai untuk solo traveller walaupun 1st timer.
Dan lagi bestnya, tube dorang tak menakutkan. Sebab ada petugas yang akan jaga kat pintu masuk. So kejadian dikepit oleh pintu tube adalah sangat jarang. Malah kami sempat tengok map sebelum naik tube walhal tube dah ada depan mata dan siren pintu nak tutup pun dah kedengaran. Kalau kat Paris JANGAN haraplah!
Pagi tu kami plan nak ke Big Ben.
Direction:
Victoria-->Westminster
Sebenarnya dekat je kalau jalan kaki dari Victoria ni nak ke big ben.. Tapi kami malas nak fikir jadinya naik tube sudah. So keluar je subway memang betul-betul sebelah house of parliament aka palace of westminster aka bigben.
Dan apa yang Syieda noticed, bersih sangat station dorang ni . Masa tengah memerhatikan orang ramai berjalan, ada sorang wanita ni kelam kabut sebab mencari plastik nak bungkus "barang buangan" anjingnya. Jangan tak tau.. kat sini haiwan peliharaan tak boleh buang bahan buangan sesuka hati tau.
Menunggukan jam 9.30 pagi, ramai orang akan menunggu jam digital yang ada di station tertera nombor 9.30. Pastu berduyun-duyunlah masuk ke dalam subway sebab nak tambang murah punya pasal..Termasuklah kami. hihihihi. Subway dorang memang bersih dan terpelihara. Yang lagi bestnya, mesra pengguna sebab kita boleh tau route train tersebut. Senang cerita, setengah hari guna tube dah boleh jadi bijak bestari. Dan London memang seswai untuk solo traveller walaupun 1st timer.
Dan lagi bestnya, tube dorang tak menakutkan. Sebab ada petugas yang akan jaga kat pintu masuk. So kejadian dikepit oleh pintu tube adalah sangat jarang. Malah kami sempat tengok map sebelum naik tube walhal tube dah ada depan mata dan siren pintu nak tutup pun dah kedengaran. Kalau kat Paris JANGAN haraplah!
Pagi tu kami plan nak ke Big Ben.
Direction:
Victoria-->Westminster
Sebenarnya dekat je kalau jalan kaki dari Victoria ni nak ke big ben.. Tapi kami malas nak fikir jadinya naik tube sudah. So keluar je subway memang betul-betul sebelah house of parliament aka palace of westminster aka bigben.
Menyusuri westminter bridge dah boleh nampak London Eye. Tapi kami tak naik pun. So malas nak ke sana. Ulang alik lalu atas jambatan ni je la kerja kami pagi tu.
Memang bagus untuk 1st timer kan??? dalam map siap bagi jangka masa perjalanan ke sesuatu tempat.
Sejam gak kami kat atas jambatan tu. Padahal ambil gambar yang sama je.. Akhirnya kami bergerak ke Westminster Abbey. Idak ler kami masuk.. ambil gambar dari luar je pun.
Gereja bercirikan gothic ni sebenarnya dah didirikan sejak abad ke-10 lagi. Dan kebanyakan royal weddings diadakan disini termasuklah perkahwinan Prince William dan Kate Middleton pada tahun 2011 yang lalu.
Gereja bercirikan gothic ni sebenarnya dah didirikan sejak abad ke-10 lagi. Dan kebanyakan royal weddings diadakan disini termasuklah perkahwinan Prince William dan Kate Middleton pada tahun 2011 yang lalu.
Nak dijadikan cerita, semalamnya Nelson Mandela baru je meninggal. So tugu Nelson depan abbey tu memang penuh dengan orang dan bunga sebagai tanda penghormatan terakhir. Kami pun tukang sibuk kat situ gak. Sibuk memerhatikan gelagat dorang. Ada yang menyanyi la.. dan bermacam-macam ragam.
Dah puas memerhatikan gelagat orang, kami teruskan perjalanan. Jangan ditanya kemana kami nak pergi. Sebab kami sendiri pun tak tau nak pergi mana. Ikut kaki melangkah je waktu tu.
Bila kami seberang jalan, kami dapati port ini yang paling best bergambar sebabnya dari port ni, boleh nampak Bigben dan pondok telefon warna merah yang memang sinonim dengan London. Kalau bernasib baik, dalam gambar ada bas double-decker. Complete!
Sakan mengambil gambar, kami teruslah berjalan sepanjang Whitehall Rd. Dan sebenarnya, pagi tu ada lintas langsung untuk Nelson Mandela. Maka kami pun tumpang lalu lalang depan kamera. Albiasalah.. budget muka masuk tv.
Jalan punya jalan... akhirnya kami gi masuk Horse Guard Parade. Sempat nengok pertukaran pengawal. Anggap je yang ni sama macam kat Buckingham Palace kononnya la khennn
Dah alang-alang masuk tu kami terus ke St James's Park. Tapi tak masuk pun. Takat nengok itik dari jalan raya. Nak masuk park rasa macam beriadah sangat. Padahal waktu tu masing-masing dah lapar tahap gaban. Untuk memujuk hati dan perut masing-masing, kami plan untuk terus berjalan. Sampailah kami terjumpa Trafalgar Square.
Direction:
Westminster Abbey (North entrance) ---> Whitehall Rd.
*Trafalgar Square*
Waktu kami berada di sini dah nak dekat pukul 3 kalau tak silap. Pula tu, time kami ke London tempoh hari, cuaca agak gloomy je. So pukul 3 petang dah macam pukul 6 petang. Bertabah je la..Owh yer..macamana nak tau itu ialah Trafalgar Square? Senang je, kalau nampak ada 4 lion statues dan terkini ( not so terkini la) ada statue ayam warna biru, sah-sah la itu ialah Trafalgar Square. Di situ juga ada National Gallery (dalam gambar- bangunan berkubah) dan dihadapan roundabout tu ada Malaysia Tourism kalau tak silap. Gah Jalur Gemilang melambai-lambai uols. Biasanya di square ini jugalah mereka sambut New Year eve setiap tahun. Kiranya tempat ni memang happening. Memandangkan tempat ni ialah tumpuan pelancong, maka kita boleh jumpa polis pelancong macam gambar di bawah ni. Tanya je apa-apa, dorang sure boleh jawab.
Memandangkan hari pun dah macam nak gelap je, kami plan nak cari tempat makan. Almaklumlah, dari pagi tak makan apa-apa pun. So kami ke Charing Cross Station yang mana paling dekat dengan Trafalgar Square. Bila tiba di sana, kami google la mana-mana tempat makan halal yang ada. Ha.. jangan tak tau, station besar contohnya Charing Cross ni, ada menyediakan wifi percuma. Sambil men"google" tempat makan, sambil update status. Dan Syieda ambil kesempatan untuk tanya rakan-rakan travel di satu laman sosial ni. Banyak sangat cadangan yang diberikan. So kami plan nak makan kat salah satu kedai makan yang telah dicadangkan..
Waktu kat subway tu jugalah, kami ditegur oleh warga kerja TV3. Oh dengan muka tak tau malu, kami join dorang makan sebab dorang pun plan nak g makan. Owh yer, salah sorangnya ialah Aidid Marcello. Owh my! team ni sangat best. Kitaorang siap bertukar-tukar cerita sampailah kami tiba di BaysWater Station. Masa kat sini barulah tau yang area BaysWater ni memang banyak giler kedai souvenir dan paling penting banyak kedai makan halal. So kengkawan yang akan travel ke London, sila ke BaysWater untuk senang dapatkan kedai makan halal yer.
Untuk hari tersebut, kami makan di sebuah kedai makan ala Thai kalau tak silap. Namanya "Banana Trees" ini pun kalau tak silap la.
Nampak tu makanan Syieda. Makan nasi uols kat London. Heaven sangat!
Lepas makan, kami pun terpaksalah undur diri sebab dorang ajak g shopping. Waktu tu memang dah tak larat sangat. Almaklumlah, dari pagi berjalan pastu dapat duduk masa makan ni je. Mau tak rasa macam nak tercabut kaki? Sewaktu perjalanan balik, kami sempat borong souvenir untuk bawa balik Malaysia. Dalam banyak-banyak kedai kat sana, ada sebuah kedai tu, boleh kautim harga. Kedai ni pun kami tau sebab salah seorang daripada team TV3 tu yang bagi tau. Nanti last entry Syieda bagitau nama kedai tu k. Sebab kena cari la pula business cardnya.
Sampai hotel, kami terpaksa bersengkang mata sekejap untuk pack barang. Almaklumlah esok dah nak bertolak ke Amsterdam pula.
13 comments:
Bila dah banyak entry ko pasal London ni, tetiba hati aku pun gatai nak rindu jejak London lagi. Aku dah pasang niat, nextime gi memang akan bertapa dalam muzium je. Sebab dalam banyak2 tempat aku list nak gi, muzium yang sekangkang kera from my hostel tu je xsempat jejak. Sob.
tak bergambar ngan aidid marcelo ke..dgr citer dia dh resign kan dari TV3..ke JM salah info
Sangat merindui London..rasanye lagi best london ni dari paris
sekarang dah mudah cari info nak makan mana di tengah kota London *wifi is everywhere*
map itu menarik
*dulu tak de map cenggitu*
jumpa crew TV3? what???
*ok...anda beruntung tau!*
hehe
Bie,
Aku pon sama la x puas meronda london. Next wishlist aku kat london is visit 2 org kawan aku yg duduk kat sana. Merajuk la pulak sbb ritu aku x visit dorang. Apa2 pun aku sukerrrrrrrr giler london. Bukan exaggerate. .tapi memang london besh!
Jm,
Tak sure la pulak dia dah resign dr tv3. Mungkin waktu tu blom lagi kot. Neway aidid sgt friendly tak mcm our national sweetheart. .*glup..glup*
Noornazuha,
Betul la tu. London lagi best kot.public transport memang superb some more bersih. And rasanya london mcm tenang sikit kot.
Kak anash,
Map tu yg saya kagum dgn london tu. Payah la kot nak sesat.
Pasal tv3 crew tu ...secara x sengaja terjumpa. Dorg ramah la pulak. Tu yg buat muka x malu join depa makan. Hihihihi
Syieda...ur iti sama mcm ai masa hari ketiga kat london...jln jln jln sampai sakit gila kaki...nak solat susah sgtttt...nangis tetiba
Errr....tak nak repeat london sbb fikirkan 12 jam dlm flight...kalo ada yg nak sponsor buz class then ai sanggup...hahahaha
liza
hahahah. hamboiii naik biz class uols. ai dpt naik sampan pun ok. janji feeling diva kat atas london bridge sengsorang pun x pe. hihihi
saya suka gambar syida dengan big ben dan telephone booth tu..menarik..
Zila..
Ye ke? Saya rasa port tu memang bagus utk bergambar. Complete semua icon london boleh masuk dlm 1 gambar.
Penerangan anda lengkap...kami nak ke London 2017 ni
Post a Comment