Baru perasan yang satu gambar hotel pun lupa nak ketik sepanjang berada di Paris.
Jadi terpaksalah pinjam gambar Mr Google.
Kami stay di sini selama 2 malam sahaja.
Hotel ni Syieda pilih sebab kedudukannya yang dekat dengan GDN Station. Jalan kaki dalam 5 minit dah sampai.
Direction:
Head northwest on Pl Napoleon III toward Rue de Compiegne,
Continue onto Rue de Dunkerque,
Slight left onto Rue de Mauberge,
Destination will be on the right.
Senang cerita, keluar je tren, sila ikut arah Rue de Dunkerque. Bila dah berada di luar GDN station, ke arah kanan sampailah jumpa satu simpang 5. Ingat....5 tau. bukan 4 yang macam biasa tu.
Sila ikut laluan zebra yang ada di sana. Hotel ada di seberang jalan dalam deretan kedai.
Gambar atas ni ialah GDN station. Dari sini, jalan ke arah kanan.
Kami tak tau langsung tentang perkhidmatan bas tu sehinggalah hari kedua. Bas awam akan berhenti betul-betul di hadapan hotel untuk ke Lourve Musee.. Malah ada juga perkhidmatan bas ke Disneyland (booked dari hotel)
Gambar di bawah ini pula, bilik untuk berdua. Kalau bertiga ada extra bed kat belakang pintu.
Hotel ni ada lift untuk memudahkan sesiapa yang bawa big luggage.
Receptionist semua baik. Kecuali ada sorang mamat muda tu tak berapa fasih English. Lain yang Syieda tanya...lain yang dia jawab. Pastu sengih-sengih.
Owh yer..email dorang tak reply. Tak paham ler kenapa.
Owh yer..email dorang tak reply. Tak paham ler kenapa.
Tak de breakfast dan kettle air.
Water heater, towel semua ada. Waktu kami sampai tu, ada beberapa level sedang di renovate.
Boleh simpan luggage waktu last day FOC sajork. Free wifi. Tapi biasalah linenya mcm chipsmore.
Rate: RM225++/pax triple sharing for 2 nites.
Pictures credit to Google.
8 comments:
Waduh tersimpul2 lidah jm nk nyebut nama2 jln tu. hayokkk 5 simpang tu mmg besar jln nya. Bilik x berapa besar eh sib baik sebilik 3 org leh kongsi. Lokasi strategik cantik lak tu
Bilik hostel aku kat Paris aritu, kecik. Ada 2 bunk beds. Private toilet. Wifi super laju. Dah nak balik tu baru tau, kawasan tu ramai pickpocket. Haha selamba lak aku jalan sampai kul 10pm. Sibaik summer; so matahari still ada.
Jm,
Memang ada simpang 5 tu la yg buat kita alert hotel tu kat area situ je.kalau tak...mau tersesat ntah ke mana..
Bie,
Adoi teringin betul nak rasa cerah pukul 10 mlm tu. Seriyes aku x boleh nak imagine camana.
Salam perkenalan cik syieda,
Sy ni silent reader kt blog syieda... bln 5 sy nj tour europe... hotel kita kt paris sama la... sy bc review mcm x ok hotel ni.. tp ni la yg mrh n dekat GDN... murah pn rm1.3k utk 2 mlm... huhu....
lambat lagi ke nak up entri ams?? Heheeh...
Nk tau syieda duk hotel mn? Sbb nye kat ams je sy x book hotel lg...
Rina...
hi Rina,
Tq sebab dah revealkan diri. hehehe.
Bagi Syieda, hotel kat paris ni ok je. Situasi kita sama sebenarnya sebab hotel ni yang paling murah. Tapi rate Rina tu macam mahal kan? Mungkin sebab dah lepas winter kot?
Pasal amsterdam tu, macam lambat lagi kot. hihihi..London pun tak lepas lagi ni. Ritu Syieda dari London ke ams naik Mega bUs. So Syieda stay kat Stayokay zeeburg sebab dekat dengan coach park.Ni hostel tau.Syieda rekemen stay kat stayokay ni. Bfast free pastu ada macam2 facilities.Ada banyak stayokay kat ams. Dari hostel, kena jalan kaki ke Javaplein bus stop naik bus nombor 22 ke central. Harga tiket Euro 2.80
Better survey hotel/hostel yg orang selalu stay. Sebab katanya kat ams, banyak hostel/hotel berhantu.
Tq ye syieda for the info... byk benda nk tny syieda sbnr nya... heheheh...
lama lg nk smpai amsterdam ye...
route sy nnt gi amsterdam dulu, br pegi london... naik eurolines...
sy dh check hostel yg syieda stay... tp mak aiii, mahal nye... so, we opt to apartment sbb blh main msk2... heheehe..
baju2 kotor syieda hntr laundry or bungkus blk m'sia je???
sbb mls nk nk bwk baju byk 2 kan... konon nk bwk brg light2 je... x sanggup nk angkut beg troly-molly besar gabak... sbb baca cite syieda x byk lift... mau kurus mak blk malaya klu xde lift... hehehe...
rina...
Rina..
Mahal ke? Musim panas kot. Sbb tu mahal agaknya. Baju ritu basuh kat hostel. Adoiii lama la pulak nak menunggu. Siap biarkan baju tu jalan sendiri. Ambik besok pagi..hiks
Post a Comment