Syieda rasa, rata-rata semua masih diselubungi kesedihan dengan misteri kehilangan pesawat MH370 pagi Sabtu lalu. Sebagai hamba-Nya, kita hanya mampu berdoa dan terus berdoa agar mereka ditemui. Sebak sangat hati ini sampai mengalirkan air mata. Malah sekarang ni pun Syieda masih mampu untuk mengalirkan air mata. Tak tahu lah kenapa berita MH370 ini betul-betul membuatkan Syieda tak senang duduk. Sanggup ketepikan mengantuknya mata ini semata-mata nak menonton siaran secara langsung tentang status MH370.
Mungkin kekerapan menaiki pesawat setiap kali travel membuatkan Syieda rasa sangat dekat dengan situasi ini. Tak dapat Syieda bayangkan sekiranya ini berlaku pada diri sendiri. Semalaman Syieda berfikir sampaikan tak lena tidur. Sesungguhnya berat betul dugaan yang terpaksa dihadapi oleh keluarga penumpang dan anak kapal MH370. Semoga mereka tabah kerana Allah hanya menguji hambanya yang mampu dan kuat untuk menghadapi dugaan tersebut. Sebagai rakyat Malaysia yang turut sama merasai kehilangan mereka, hanya doa yang mampu kami berikan.
Dan buat semua yang suka membuat spekulasi dan menuding jari ...HENTIKANLAH!! Sesungguhnya perbuatan itu tidak memberi apa-apa impak kepada situasi sekarang ....... malah hanya akan menunjuk dan membuktikan kebodohan diri sendiri.
Tak kiralah ENGKAU seorang artis waima ahli politik sekali pun ... jangan menulis sesuatu yang boleh membuatkan orang lain bersedih. Mungkin bagi ENGKAU itu hanya gurauan.. tapi tidak bagi kami. Tolong jaga sensitiviti orang disekeliling.
Kepada penumpang dan anak kapal MH370, kami semua masih setia menunggu kepulanganmu. Pulanglah walau apa cara sekali pun.
Loves,
Syieda
8 comments:
ye betul semua sedang bersdih skrg mengenangkan apakah nasib mereka sekarang almost 2 days...Ya Allah..tolonglah mereka itu
kita pon dok sedih n seriau memikirkan kemana la hilangnya MH370 ni...
nak sgt keajaiban datang, diorang semua selamat...dan pulang kembali :(
Even takde family members dalam flight tu tapi tak dapat nak tahan rasa sebak setiap kali tengok berita pasal nie kat mana-mana..
semalam ms pun tak nyenyak tido gara-gara terlampau berfikir pasal benda nie..apepun kita doakan yang terbaik..praying for miracle!
Betul tu Syieda. Sangat terkesan kat kita yang selalu travel by air ni. Rasa dekat sangat. What if it happened to us. Balik2 tanya benda tu kat diri sendiri. Meremang bulu roma. Xdapat nak bayang keadaan diorang yang dalam kapal tu.
Semoga Allah permudahkan segalanya.
Betul lah syieda...sedih sgt...even sy yg tak suka tgk tv ni asik terpacak dpn tv jer sampaikan mak pun tanya..."aih...tak main komputer ker?" hahahaha sesungguhnya idup ku dgn komputer jer...hahahaha
back to mh370...mcm syieda ckp lah...kita yg selalu jln2 ni mmg akan tersentak sikit...sy tak blh dah tgk gambar2 kerusi flight...rasa semacam...
tp pengalaman sy kalo naik flight mlm, mmg kita akan tido, so harap2 kalau ada benda tak baik berlaku pada mereka, mereka tidaklah merasa kesakitan yg sgt teruk...ya Allah time menaip ni pun air mata mencurah2..
sy ada dua plan lps ni...masih duk fikir2 nak teruskan atau cancel..my mother dah berkias2 dah...tp sy jawab...skrg ni lah masa yg paling selamat utk naik flight sbb kastam/imigresen mesti super cautious, maintenance flight pun akan elakkan apa2 kecuaian...
ya Allah...permudahkan lah usaha pencarian semua....
JM,
Doa dan terus doa. Mengharapkan keajaiban berlaku...
Emy,
Memang sedih sangat. Pantang dapat je berita terkini.. nak nanges jep.
Mrs. Smile,
Memang insiden ni betul-betul membuatkan Syieda tak tidur malam. Selalu terfikir kemana hilangnya MH370 tu.
Bie,
Betul Bie! nak up entry pun sampai tak de mood. Harap pada autopublish je la sekarang ni.
Liza,
Betul tu Liza. Nak2 sekarang ni kat FB macam2 post ada. Lagi2 yang letak lagu instrumental...perghhh memang confirm menangis la.
Bestnya ada trip tak lama lagi.Nasib la Syieda tak de pulak seriau nampak kapal terbang. Apa-apa pun ni semua takdir. Kita kena terima hakikat. meh share nak travel ke mana tu?
One of the saddest thing ever...
Saerah..
It's true. I do hope ada yg survive. And it's a really heartbreaking news ever.
Post a Comment