Puasa tak? Kalau tak puasa sila angkat periuk. Eh? Semoga sama-samalah kita melayari bulan yang mulia ini dengan penuh kesyukuran. Jangan beli banyak sangat kat PARAM tu tau.
Sebenarnya, Syieda kenal "PARAM" ni dalam 4 ke 5 tahun yang lepas. 1st time dengar perkataan tersebut rasa macam sikit pelik. Sebab macam tak sedap je bunyinya. Almaklumlah sebelum ni memang sebut penuh uols --> Pasar Ramadhan gitew. Tapi tak kiralah apa pun bunyinya, tempat tu memang vass sangat khennn..Tapi tahun ni, Syieda berazam nak kurangkan pergi PARAM sebab nak save untuk trip akan datang. EH? kikiki..
Berbalik pada nawaitu nak post entry ni ialah nak habiskan cerita europe trip tahun lepas tu. Dan entry ni memang betul-betul akhir untuk trip tersebut. Yer la.. aritu kata finale...tetiba tersambung pula...
Sebenarnya banyakkkkkkk sangat pengalaman yang dapat Syieda kutip sepanjang trip ni. Tapi rasanya semua macam manis je. Tak terfikir pula yang pahit dan masamnya..Ni cakap serious ok!
Bagi Syieda , trip ni memang tough sangat. Travel selama 25 hari dengan beban bag melebihi 30kg ( tu masa pergi je tau) , Syieda rasa memang tak mungkinlah Syieda nak buat lagi. (Buat masa sekarang je la). Bila fikir balik, rasa macam tak caya pula dapat settled kan semua dalam masa 2 bulan aje. Pernah satu hari tu, ada seseorang tu macam agak terkejut bila baca itinerary Syieda....sebab bagi dia... plan Syieda ni insane katanya. Dan dia cuma wished good luck dan katanya lagi nak tunggu Syieda kat pit stop ajer.. gitew..
Hari pertama dan kedua travel memang Syieda akui jantung Syieda macam tak stabil je. Time tu terfikir .. dah nak matikah aku?? Syieda suspek, jantung Syieda macam terkujat kot sebab sebelum ni mana ada buat pergerakan seaktif macam masa travel aritu. Turun naik tren dan kapal terbang tambah pula waktu makan yang tak menentu. Kami memang tak fit. *sigh*
Pengalaman yang sangat berharga dalam trip ni ialah pengalaman tidur di airport. Mungkin bagi orang lain, biasa aje kot. Tapi bagi Syieda itu satu-satunya kenangan yang tak mungkin Syieda lupakan. Rasanya macam seronok jugak. (Syieda aje la yang rasa cengitu.... hiks)
Travel dalam musim sejuk ni, bagi Syieda tak de la mencabar sangat (sebab suhu time tu tak extreme sangat). Time kat Manarola,Italy Syieda notice tapak kaki Syieda sakit yang amat. Sekali bila buka kasut..nauzubillah tapak kaki ni warna putih (Sebab warna asal tak berapa cerah.... huehue) . Tapak kaki tu cerah sebab kulit tu dah terlalu basah dan mengelembung. Kalau nak ikutkan boots yang sama Syieda gunakan masa pergi NZ aritu. Tapi bila sampai hotel , Syieda buka kasut dan anginkan kaki, kulit tu kembali kepada normal. Rasanya itu kot kenangan pahit. Disebabkan itulah, Syieda nekad tinggalkan boots tersebut kat London.
Bila badan dah terlalu penat, otak dah tak boleh berfungsi betul sangat. Otak bagi arahan suruh angkat kaki. Rasa macam dah angkat kaki rupanya arahan tu tak sampai ke otak. Macam Syieda kena kat La Spezia Station, Italy. Time tu travelmates semua dah ke depan. Yang Syieda pula kat belakang sorang-sorang. Tengah naik tangga. Rasanya macam dah angkat kaki ..rupanya tidak. Merasalah hampir-hampir tersungkur ..nasiblah abang kulit hitam sempat pegang tangan Syieda.. Malu toksah cakaplah..Mampu cakap grazie ... .grazie...ajerlah.
Syieda rasa sangat bersyukur sebab tak dilanda musibah atau scam yang sering orang ramai katakan itu. Mungkin nasib menyebelahi Syieda untuk kali ini. Dan mungkin juga berkat doa ibu bapa masing-masing yang mengiringi perjalanan kami. Cuma salah sorang travelmate tu kata dia macam kena pickpocket. Tapi tak sure sangat cerita tersebut.
Dan yang paling best, bila kita tau nikmatnya tidur dengan nyenyak. Syieda akui yang Syieda bukanlah orang yang senang tidur waktu malam. Kadang-kadang tu tengah tidur boleh terjaga sebab terfikir dah kunci pintu ke belum, dah matikan iron ke blom atau dah matikan api cerek air ke blom. Aishh macam-macam masalah la.Tapi bila travel ni, memang dapat tidur yang sangatttttt nyenyak! Kalau bom jatuh kat sebelah pun belum tentu sedar.
Lagi satu, Syieda ada masalah dengan sistem 24jam. Tak reti uols nak baca. Kena tukarkan ke sistem 12 jam dulu. Barulah tau pukul berapa waktu tu. Ok fine. Nak dijadikan cerita, kes ni terjadi time Syieda nak beli tiket flight balik ke Malaysia.Waktu tu katanya Saudi Airlines tengah buat promo. Dalam pukul 12 tengah malam, Syieda pun berjayalah beli tiket tersebut. Dah lepas beli, barulah mengodek flight itinerary. Dalam flight itinerary tu katanya kami akan sampai di Jeddah pukul 2330. Dan bertolak semula ke Malaysia pada 0030. Ntah apa kes malam tu rasa menggeletar seluruh badan bila congak, kami akan berada di Jeddah hampir 24 jam. ???? Padahal masa tu , hujan uols kat luar rumah.... tapi badan Syieda punyalah berpeluh tak hengat!. Panic attack la katanya.Terus email Saudi Arabia sebab ....... ni la...
"Saudi Arabia allows transits of up to 18 hours without a visa (and you generally cannot leave the airport), but beyond that a visa is a must".
Dah la nak buat visa tu kena ada mahram. Terus call travelmate tengah-tengah malam. Dia dalam mamai-mamai tu memang tak boleh fikir. Ntah apa-apa yang dia cakap. Ngigau agaknya. Sekali tu bila tenung balik.. Eh dah kenapa??? transit sejam je pun! Hekeleh...cuakness betul. Ye la.. kalau la betul kiraan Syieda yang kena transit hampir 24 jam, kenalah burn aje tiket tu. Almaklumlah beli time promo. Mana boleh refund. Pula tu sah-sah la Syieda kena ganti tiket kawan Syieda tu sebab kesilapan sendiri. Aishh..mana nak cekau duit woii... Sekali airlines tu reply balik kata tak perlu. Malu uols. Cepat betul dorang reply. Dalam sejam gitew. Terus tutup laptop untuk 2 ke 3 hari berikutnya. Phobia katanya...
Kesimpulannya, Syieda rasa suka yang amat dengan trip kali ini. Insyaallah kalau diizinkan, Syieda nak travel sama macam trip kali ini. Tapi mungkin tak cover banyak negara kot. Sebab apa yang Syieda rasa bila travel banyak negara , macam tak puas nak explore.
Now Syieda listkan perbelanjaan sepanjang 25 hari di bumi Eropah sebagai panduan uols.Tapi ni sekadar guide line je la kot sebab ada tu macam ingat-ingat lupa. Rate pun berubah-ubah. Sebab time Syieda pergi tu, RM kita macam jatuh sikit. Sebab tu ada nilai € cecah 4.6. Glupp.. So untuk entry ni, Syieda pukal kan ajer Euro=RM4.4, Pound =RM5.5, TL=1.5, dan CHF =3.58.(as 29 Jun 2014) --> nampak tak?? dah perap entry ni hampir sebulan uols.
Day 1 (Istanbul, Turkey)
MAS (KL-IST)
RM1149
Luggage storage (Ataturk Airport)
TL18/day
Topkapi palace
Museum TL25
Harem TL15
Istanbulkart
TL13.75
Taxi airport <-> hostel
TL6
Hostel
TL70
Tips & Tricks:
- Boleh bermalam di Airport Ataturk
-Kalau dari Sultanahmed nak ke Atarturk Airport............ jangan turun di Yusuf Pasa...silalah turun di
Zeytinburnu.
-Topkapi palace wajib pergi waktu pagi (beratur super panjang!)
- Hagia Sophia tutup hari Isnin
- Beli Istanbulkart lagi murah daripada guna jeton untuk naik tram/metro
- Ada mesin untuk beli Istanbulkart sebelum entrance Metro (Ataturk Airport)
- Luggage storage di Ataturk Airport beroperasi 24 jam
Day 2 ( Istanbul-Greece )
Bus transfer Ataturk Airport --> Taksim --> Sabiha Airport
TL23
Pegasus Airlines
€46.99
Luggage storage(Athens Airport)
€12/day
Bus to Piraues Port
€5/way
Hotel Delfini
€11
Tips & Tricks:
- 2 jam masa diperuntukkan untuk route Ataturk Airport-Sabiha Airport
- Hold luggage allowance ialah 20kg untuk Pegasus Airline
- Ada post office di tingkat bawah Sabiha Airport (Arrival) - PTT Bank (warna kuning)
- Airport Athens buka 24 jam
- Bus X96 ( Athens Airport-Piraues Port) beroperasi 24 jam
- Tolong bawa bank statement untuk setiap booking hotel yang telah dibayar awal (dari Malaysia)
Day 3 ( Piraues, Greece )
Ferry Piraues --> Santorini --> Piraues
€99.5/pax
Van to Thira Port-Oia-Thira Port
€30/pp
Tips & Tricks:
-Off Seasons tak banyak ferry ke Santorini. Malah bukan hari-hari. Kena plan betul-betul dan harga lebih
mahal dari peak seasons.
-Check harga flight, sebab lebih kurang sama je dengan harga ferry (dah beli tiket ferry baru tau yang harga
lebih kurang sama. sob sob sob)
-Ni contact number mamat yang bawa kami dari Port ke Oia aritu:
George Kouriatis
+302286085203(T), +302286085205(F), +306943477768(M)
email: info@notostravel.com
website: www.notostravel.com
- Boleh bawa makanan luar ke dalam cruise. Bawa kettle pun boleh uols.
- Sampai sahaja kat Thira Port(Santorini), ada shuttle bas ke Fira. Bas tu ada kat tepi port. Kalau terlepas, terpaksalah naik cab atau sewa kereta (macam kami). €60/way
- Untuk yang mabuk laut, silalah makan ubat siap-siap yer..
Day 4 (Santorini, Greece )
Maryloujohn Villa Hotel
€22
Bus Oia-Fira-Oia
€3.20
Tips & Tricks:
-Hotel ni kami booked tru Agoda aje.
- Waktu check-out at Maryloujohn ..... memang la sangat punctual. Pukul 11 pagi dah ada orang ketuk pintu nak kemas bilik.
- Sunrise cantik kat pekan Fira, sunset cantik kat Oia
- Musim awal winter ni, tak banyak kedai beroperasi. Kalau kat Fira boleh dikatakan hanya 1% je yang buka. Yang lain tunggu musim panas.
- Kat dalam tempat menunggu ferry di Thira Port, khusus untuk ladiesssss.. sila jangan melepaskan hajat di
toilet depan pintu Ladies itu!!! reflection kat lantai boleh nampak dari luar...owh tidak!
Day 5 ( Athens, Greece)
Daily Metro Ticket
€4
Historical Site Ticket
€12
Airport express
€5
Hostel Athens
€11.35/pax
Tips & tricks:
-Sebelum menggunakan daily ticket(Metro) di Athens, sila validate dahulu tiket itu. Lepas tu, tak payah validate lagi. Boleh digunakan 24 jam. Mesin untuk validate ada disediakan diluar platform. Biasanya mesin tu berwarna oren.
- Menggunakan Metro Athens senang sangat. Sebab ada 2 line aje.
- Bas untuk ke Athens Airport terletak bertentangan dengan Metro Station(Syntagma) dan bangunan Parlimen.
- Bas ke airport beroperasi 24 jam dan mengambil masa lebih kurang 30 minit.
- Agak susah nak cari roti di kedai serbaneka. Roti berkrim disukai ramai banyak la..
Day 6 (Italy)
Aegean Airlines
€105.15
Shuttle bus to Roma Termini
€4
BIG Ticket(METRO)
€6
Hostel Beautiful
€15.30
Colosseum
€14
Tips & Tricks:
- Luggage storage di Athens Airport terletak di hujung bangunan. Dari meeting point di arrival hall, luggage
storage ni terletak di hujung bangunan.
- Untuk kebanyakan airline di Eropah ni, sila ikut luggage allowance yang diberi. Memang banyak je drama swasta yang boleh ditonton dek tak ikut allowance yang diberikan.
- Shuttle bus dari Fumicino Airport ke Roma Termini ada banyak. Tak perlu risau sekiranya terlepas bas.
- Luggage kena uruskan sendiri di ruang letak beg di bawah bas.
- Tiket masuk Colosseum kena beli awal. ...Kalau tak..... merasalah beratur panjang
- Metro di Rome hanya akan bertembung di Termini sahaja.
Day 7 ( Pisa, Italy)
Trenitalia Rome-Pisa
€29
Bus to Pisa from centrale
€1.1
Trenitalia Pisa - La Spezia
€9
Tren La Spezia - Manarola
€2.10
Hostel 5 Terre
RM110.40
Hotel La Spenza
€42
Deposit beg di La Spezia Station
€14
Deposit beg di Pisa
€3
Tips & Tricks:
- Naik Trenitalia tak de tempat khusus untuk letak luggage yang besar. Kita kena pandai-pandai adjust, sama ada letak di belakang seat atau ada tempat letak beg di pintu masuk coach. Tak de limit berat beg untuk dibawa naik tren. Janji boleh handle sendiri.
-Tren sangat pantual. Sila berada di dalam coach sebelum waktunya agar tidak tertinggal kereta api.
- Toilet di Pisa Centrale mahal ya hampun!! €1. Dalam toilet macam dalam disco uols siap ada CCTV.
- Dari Pisa boleh beli tren direct ke Manarola
- Tak semua tren akan ke setiap perkampungan Cinque Terre. So kena check dengan kaunter tiket.
- Pintu tren ke Manarola hanya dibuka di coach yang tengah sahaja. so berhati-hati. Jangan jadi macam kitorang.
- Hostel 5 Terre di Manarola sangat senang nak cari. Keluar dari tunnel, ikut kanan dan jalan terus
(tapi hazab sikitlah sebab mendaki bukit). Hostel (warna hijau) kat belakang church.
Day 8 (Cinque Terre, Italy)
Cinque Terre Daily Ticket
€12
Tren La Spezia - Milan
€9
Hotel Demo
€28.61
Tips & Tricks:
- Ada laluan trekking menghubungkan kelima-lima perkampungan Cinque Terre.
- View paling cantik di Manarola ialah ke arah kiri selepas keluar dari tunnel.
- Kalau kesuntukan masa di Cinque Terre, tak perlu beli Cinque Terre Daily ticket. Rugi sebab sempat explore satu kampung sahaja. (opt: beli tiket ke Manarola sahaja = €4.10 return)
Day 9 (Milan, Italy)
24hrs Metro Ticket
€4.50
Tren Milan - Venice
€9
Venice hostel
€30.10
Tips & Tricks:
- Boleh beli tiket metro ke Duomo €1.5/way
- Di Milan kami tak letak luggage di pusat deposit beg, sebab kebanyakan hotel akan benarkan kita simpan luggage.
Day 10 (Venice,Italy)
Airport shuttle
€6/way
Vaporetto to Rialto Bridge
€7
Gondola
€20/pax (€80/gondola)
Vaporetto to St Lucia Station
€7
Easyjet to Paris
RM180.66
Tips & Tricks:
Day 11 (Paris, France)
Metro CDG airport - Gare Du Nord Station (1 way)
€9.50
Lourve Musee
€12
Mobilis ticket (Zone 1-2)
€6.60
1way ticket (Zone 1-2)
€1.70
Hotel Paris
RM232.01 (2nites)
Tips & Tricks:
Day 12 (Paris)
Mobilis ticket (zone 1-5)
€7.40
Disneyland Park
RM280.84
Tips & Tricks:
Day 13 (Paris)
Mobilis ticket (Zone 1-2)
€6.60
Ticket Nation to Val de Europe
€6.55
Mega Bus ( Paris - London)
£5.25
Tips & Tricks:
-Patut beli tiket metro dari zone 1-5. Lebih jimat. Tapi tersilap perhitungan pula gi beli tiket zone 1 - 2.
Lepas tu beli tiket ke Val de Europe.(time ke La Valle Village)
-Mega Bus tak de nombor tempat duduk. So pepandai datang cepat untuk pilih seat.
-Mega Bus terkenal dikalangan student. Kadang-kadang tu boleh dapat tambang semurah £1 aje. Tapi kena cepat la.
-Sewaktu gunakan tren di Paris, kita kena alert kalau siren dah berbunyi. Lenggang Mak Limah confirm nanti tersepit.
-Nak dining kat Laduree sila pergi awal pagi. Sebab selalu fullhouse.
-Megabus akan naik ferry untuk merentas Selat Inggeris. Sila prepare dengan travel itinerary & tiket balik malaysia sewaktu di Calais Port.
-yg bestnya megabus ni ada free wifi. Tapi available bila kat london je. Acamana tu.
Day 14 (London)
Hotel
RM442.35
Tak berbelanja (makan & transport) sebab buat walkathon.... Jimat duit Kak Ton. hehehhe
Tips & Tricks:
-Dari Victoria Coach Station, boleh jalan kaki je ke Buckingham Palace lebih kurang 40 mins.
Day 15 ( London)
Osyter card
£65 -untuk 3 hari
Harry Potter Tour
£29
Shuttle bus to studio
£2 -return
Tips & Tricks:
-Beli Oyster Card untuk lebih mudah bergerak. Fare murah sikit if kita travel dari pukul 9.30 - 4.00 petang Lepas tu start semula murah dari jam 7 petang.
- Deposit untuk Oyster Card £5
-Transport di London ni macam Paris juga sebab ikut Zone. Lagi jauh zone kita keluar, lagi mahal tambang kena bayar.
-Dari London City nak ke Warner Bro's Studio (Harry Potter Movie Tour), kena naik tren hingga ke hujung(special route). Tambang tak ingatlah pula berapa sebab petang tu dah kena reload semula Oyster Card waktu balik dari WBStudio.
-Masa yang paling sesuai untuk tour Harry Potter ni bagi Syieda pukul 12.30 tgh. Contohnya kita bertolak dari London City dalam pukul 9.30 pagi. Sampai sejam kemudian. Lepas tu naik shuttle ke studio. So masih sempat beli souvenir sebelum masuk studio. Tour lebih kurang 3 jam. By pukul 4 dah boleh bertolak balik.
-Simpan tiket shuttle baik-baik. Sebab kita gunakan tiket yang sama untuk balik ke Watford Junction (Overground train) semula.
-Try Butterbeer kat dalam studio. Sedap!
Day 16 (London)
Guna Oyster Card dari Victoria ke Westminster. Lepas tu buat walkathon. Guna balik Oyster Card dari Charing Cross --> Bayswater --> Victoria. Giteww..
Tips & Tricks
- Stesen tube yang besar seperti Charing Cross ada disediakan free wifi.
- Banyak kedai makan halal di Bayswater.
-Souvenir shop pun melambak kat sini. Yang ni Syieda rekemen :
Gift & Gifts- Souvenirs of London
115b Queen's Way
W2 4SJ, London.
T: 02072438970
Notes: Tapi time uols pergi tak dapat murah macam Syieda, harap bertabah la yer. Sebab Syieda cakap
berdasarkan pengalaman sendiri serta direkemen oleh beberapa orang yang lain.
Day 17 (London)
Mega bus(London - Ams)
£12.25
Tips & Tricks:
-KFC halal ada kat Paddington. Senang je nak cari. Keluar subway belok kiri.
Day 18 (Amsterdam, Netherlands)
Bus (Javaplein - Central)
€2.80
Daily Pass
€7.50
Hostel
€58.60
Tips & Tricks:
-Beli Daily Pass instead of OV Chipkart .Lebih berbaloi katanya.
-Daily Pass dikira 24 jam daripada mula-mula validate pass tersebut.
-Mesin nak validate pass tu ada kat pintu masuk bas atau pun tram.
-Tiket bas one way tu valid hanya sejam sahaja yer.
Day 19 (Giethoon, Netherlands)
Tren Amsterdam - Zwolle
€17.60
tren Zwolle - Steenwijk -Zwolle
€15.50
Bus Steenwijk - Githoon - Steenwijk
8.20€
Tren Zwolle - Rotterdam
€20.30
Tren Rotterdam - Blaak - Rotterdam
4.70€
Tren Rotterdam - Amsterdam
14.50€
Daily Pass
7.50€
Tips & Tricks:
-Kami beli daily pass sebab boleh guna sampai esok pagi.(Dari hostel ke central)
-Dari dalam bus, ada dipaparkan jadual tren (pukul berapa depart & platform mana).
-Tiket bus nak ke Giethoon boleh beli dari driver. Cakap je nak ke Giethoon. Beli tiket secara berkumpulan ada diskaun (kalau tak silap) sebab bus kat sini pun ikut zone.
-Rotterdam lagi best kalau dapat explore sehari.
-Waktu dalam tren, ada coach yang memang tak boleh buat bising. Bagus untuk yang kaki tidur macam Syieda. hiks
Day 20 (Amsterdam)
Amsterdam to Schiphol Airport
€4.40
Amsterdam--> Zaandam(Primark) --> Amsterdam
5.30€
Deposit bag (2 lockers)
7.95€
Amsterdam --> Zaanchan
8€ (return)
Easyjet (Amsterdam - Geneva)
RM477.45
Tips & Tricks:
-Ada ruangan simpan luggage di Amsterdam Centrale.
-Daily Pass tak boleh guna untuk ke Zaanchan. Heh..kitaorang siap beli daily pass pagi tu. Membazir.
-Sampai Geneva Airport, ada kupon percuma untuk public transport.
-Boleh tidur kat Geneva Airport. Tak de polis pun check.
Day 21 ( Interlaken, Swiss)
Swiss Pass
CHF231
Deposit Luggage
CHF36 (4days)
Hostel Interlaken:
CHF54.30
Tips & Tricks:
-Swiss Pass agak murah kalau travel secara berkumpulan.
-Simpan luggage dalam locker di airport lagi murah daripada deposit beg kat kaunter.
Day 22 (Jungfrau, Swiss)
Jungfrau + Kleine Scheidegg
CHF131
Locker (Jungfrau)
CHF5
Bus (Lucerne Station --> Hostel)
CHF3.20
Hostel Lucerne
CHF57.10
Tips & Tricks:
-Kalau boleh, sampai awal di Jungfrau. Sebab banyak tempat nak cover.
-Last tren turun Kleine Scheidegg pukul 4 petang.
-Hostel kat Lucerne ni paling mahal kot. Sebab daily membership ajer dah CHF6. Belum masuk Visitor's tax.
Day 23 (Lucerne, Swiss)
Bus(hostel Lucerne --> central)
CHF3.20
Ibis hotel, Geneva
CHF32
Tips & Tricks:
-Kebanyakan toilet boleh guna CHF atau Euro. Tapi macam murah lagi guna € kot. Sebab biasanya €1 atau CHF2. Tapi kalau dah tak tahan.... gunakan aje mana-mana coins yang keluar dari poket.
Day 24 (Bern, Swiss)
Ibis Hotel, Geneva
CHF38
Tips & Tricks:
-Boleh berjalan kaki je explore bandar Bern ni. Tak de la jauh sangat.
-Kat sini, Syieda ada perasan satu tram ni yang sangat cantik! Boleh makan-makan plus ID pun cantik uols. Macam zaman dolu-dolu.
Day 25 (Geneva, Swiss)
Saudi airline rm1491.60
Tips & Tricks:
-Di certain train station di Swiss ni, kita dah boleh check-in dan luggage boleh hantar terus ke Geneva Airport. So tak payah mengangkut beg yang banyak tu. BUT tak apply kat semua airlines la.
Total:
RM11, 201.39/pax
Yang ni tak termasuk makan dan souvenir. Part makan tu, kami tak kerap sangat makan di luar sebab banyak bawa bekal dari Malaysia. Malah kami banyak tinggalkan makanan kat hostel sebab tak larat nak mengangkut. Kalau tak silap ....sekali makan lebih kurang €20.
Budget ni termasuklah sekali dengan hostel/hotel yang kami dah booked tapi tak tido. So burn aje la payment tersebut. (rujuk cerita manarola).
24 hrs pass boleh abaikan kalau kita kesuntukan masa untuk explore sesuatu tempat. Tapi Syieda bantai beli semua pass 24 jam tu.
Syieda ada bagi link untuk uols refer. Mana yang boleh bayar terus dari Malaysia memang kami bayar penuh. Malas nak fikir dah time kat sana.
Sepanjang 25 hari kat EU ni, Syieda listkan juga ATM yang Syieda pernah gunakan.
1) Ataturk Airport
2) Athens Airport
3) Fumicino Airport (Rome)
4) CDG Airport (Paris)
5) Victoria Coach Station. (London)
6) Train station amsterdam
7) Geneva Airport
So kalau uols bercadang nak tour Europe bolehlah booked segalanya awal-awal. Jangan jadi macam Syieda yang booked last minute. Macam hotel kat Paris, Syieda dapat rate lebih kurang RM116 semalam. Tapi ada kawan Syieda kena hampir RM400++. Pastu macam ferry ke Santorini. Awal bulan Feb, time Syieda riki baru dalam RM200 gitew. Sekali bila time Syieda nak beli .........naik 2 kali ganda uols.
-The End-
51 comments:
bestnya
dahsyat gak ye syida..kena mantap stamina nak buat euro tour macam ni.thanks for the info. sangat-sangatlah teringin nak gi Rome n Venice u olls..
Anum,
Boleh tahan la jugak...
Sal,
Tu zaman muda boleh la travel cengitu..ni dah masuk senja kena pikir 2 3 kali jugaklah.. kikiki
Terbaekkk!
Memula baca, terus scroll ke bawah dulu, carik perkataan 'Total'..
Fuhh..bilalaa $$$ cukup untuk follow itinerary ni..
Nil..
Kalau nak ikutkan..banyak boleh dikurangkan lagi..sebab mcm banyak je pembaziran telah dibuat gitewww
+- rasanya berbaloi kuarkan duit rm11k++ utk trip 25 hari...sbb berbaloi...dah cover bape negara tu kan...
dalam kepala nak g sangat2 turki tu....turki jepun...turki jepun....hehehe
syok2....
Emy..
Rasanya berbaloi kot..
Emy g turki plisss..
Jepun kita blom jejak lagi..so tatau nak cakap apa
perghhh 25 hari tu syieda. kalo ko tanya aku, taknak dah buat trip2 lama2. busuk2 pn 7-8 hari dah la. bila dh lama2 tu excited tu dh hilang ntah ke mana. uhuhu.
anyway, tahniah diucapkan!
John....khen...penat jiwa dan raga uols..
aku br 8hari pi jepun dah asyik teringat umahhh jer...teringat makanan mesia...huhuhu camne nak travel lebih lama dr tu...hehehe
tp mmg berbaloi la kos ko tuh...25 hari kot...pi jepun 8 hari pun dkt separuh dr tu....jepun mahal!hehehe
Dj,
Mmg wish sebelum tua travel lama cengitu..kununnya lew..
Aishh separuh ke budget aku ni utk ke jepun? Ni yg aku risau sgt nih. Mana la nak cekau duit weiii....
aku pun wish gitu...tp dah tua, tak smpat capai impian..kehkehkeh
alaa bajet tu bajet hampeh aku...boleh pi lg rendah dr tu laaa...hehehe
Dj,
Tua ke ko? Muda la dr aku yg senja nih.
Tu la..aku kena turun naik bas je la. Sbb nak naik cab x mampu...
kagum mrs ngan syieda! 25 hari travel..tak mampu nak ikut cam syieda sebab sudah tua
yeeaayy tahun ni mrs cuma gi param tak sampai 5x..
Mrs..
Kita pun dah tua la. Aishhh dah nampak kedut ni...kikikiki
Nampaknya..syieda berjaya x pegi parammmm yahuuu..tapi ari2 mkn makanan param sbb org lain yg belikan. Eh?
wahh sonoknyer jalan2 europe tuu.,ehHHee
Wak,
Boleh la takat nak cuci mata..tapi m*sia lagi best kot.
err...
tak mampu buat
sbb faktor usia..faktor fizikal dan mental..paling utama..faktor duit..
(goncang tabung bunyi syiling)...
tahniah dik!!!!
Betul tu syieda.kalu kita plan awal semua dpt harga murah.sy pun last minute,flight tiket ke london pun rm4200,sedangkan kwn beli rm2600 jer.huhuhu
Kembara destinasi,
Khennnn...mmg sakit ati je kalau ingat. Tapi nak buat camana..pasrah je la kan..
Kak anash,
Ni pun plan 2 ke 3 tahun yg lampau..kalau ikutkan....mmg tak cukup duit kak. Tapi pikirkan faktor ketuaan...pejam mata je la mengalir je duit tu.
i wish i can have a month to travel.. hehehe
selamat berkenalan syida..
bestnya baca blog travel.terasa macam pengalaman sendiri pulak.nak pergi Rome n Venice? belum terfikir lagi.setakat ini kesebelah asia aje..
Love u lah!!lepas dah baca semua A to Z Cik Nun nak ucap tq..banyak benda leh guna pakai untuk itinerary..
Mereng! Aku kopipes semua dari Day 1. Akan ku gigih menabung. Hoyeah!
bila lagi boleh ikut cik syida diva ni..hehhehe
Hallooo Syieda...i'm here...baru nk terjah sini uollls..jgn merajuk meh..
Wahh entri budget yg begitu detail boleh lah menabung ..tapi setiap kali menabung asyik orek je huhuh..
salam kenal..
syoknya!!! banyak tepmpat dah u cover masa muda2 lagi..
thanks for the tips.. dah bookmark dah..
Jard,
I dapat sebulan tu pun sbb mmg cuti. If tak..mmg tak merasa lah. 1 of my friend siap hantar surat resign lagi. But boss kata tak boleh resign. So boleh ambik cuti tanpa gaji. Hapa lagi...meriahlah hidup dia.
Salam kak yon...
Saya ni ke sana sbb mmg dah plan hampir 3 tahun. Tu yg merasa ke sana. Saya pun belum habis belah asia ni kak. Insyaallah. .pelan2 kayuh. Kikikiki
Love u gak cik nun..
Tu sekadar perkongsian. Mana yang ingat lagi. Almaklumlah nak dekat setahun dah. Mana yg di catat..ingatlah. kalau ada silap minta maaf la yer...
Mereng!
Sila kumpul duit banyak2..pastu share ngan aku tau..kata semangat setiakawan..
Norh...
Meh plan 2 tahun lagik. Ngee ngee
Jm....
Sama la ngan syieda..tabung asyiklah tak penuh. Camana eh?
Jm....
Sama la ngan syieda..tabung asyiklah tak penuh. Camana eh?
Hi azian..
Tak banyak mana pun tempat yg I dah explore. Still counting before 4 series...
Salam kenal.
Yaaaa AMPUN!!!bestnye trip ni syieda oiiii!!! jeles mak baca! theheh..
OMOMO!! trip akan datang? eh..eh..
den ni ha baru tekial2 nak gi negara lain, org lain dah smpi merata rata dah..ekekkee..papepun tahniah utk detail blog yg sangat informative nih. Kalo ade rezeki den nak gi gak le europe trip ni kalo ade kemampuan ^^
wahhh terbaikkk uols..
ai dah sebln buat research nak tour europe nie... nak carik route macm u... puas gak ar carik org nak tour istanbul -greece-italy semua bagai tu... sebab most of them buat terbalik. London turun ke Istanbul.
i boleh rasa perasaan u... i pun mengalami masalah yang sama masa tour 1/4 Turki.. peh.. ambik masa 14 ari tour tu melalui 11 bandar.. memang giler... kawan2 hubby pun cakap giler akhirnya kami berjaya... tapi penat jgn cakap ar... tp beshh...
i amat2 bersyukur jumpa blog u... tempat yang u nak gi tu semuanya memang tempat2 yang ai nak lalu huhuhuhu ... tgk ar mid januari 2015 kot tour macam u InsyaAllah wish me luck ok.... huhuhuuh
n blog u memang detail thorbaikkkk ai bagi 10 star dear...
Ai ada 1 soalan cepu mas kalau u sudi jawab: Antara 7 negara tu mana negara yang u dah tak nak gi dah lepas nie and negara mana yang u nak gi sekali agik huhuhuhu
Miss...
Angan2 perlu ada. Insyaallah satu hari nanti akan jejak juga kat sana.
Aminnn
Hi awek sakti..
Mmg penat trip kali ni. Tapi sgt fun!
So far...semua tempat yg I gi tu I nak repeat. Serious tak puas jelajah each countries.
Wah 25 hari!!! Kagumnya! Nasib jumpa blog ni. Siap bg kos untuk semua. Mmg kena bookmark ni future reference.
Btw kami sebenarnya 3 sekawan yg baru je launch travel blog. Kalau ada masa, jemputlah singgah & bg feedback ;) Lagi satu, ok tak kalau kita bertukar link? Saya boleh letak di blog kami. Maklumla baru berjinak dengan travel blog, nak networking dgn otai2 yang dah hebat ni hehe
Terima kasih!
www.thetravelling3o.com
Bagus gila tips! jom exchange link :)
www.thetravelling3o.com
Hi travelling 30,
Salam kenal. Lately bz yg hamat x sempat nak buka blog uols..
mansee mansee hahaha.. hebat gila itinerary. semput dibuatnyaa kalau CT nak ikut hahahha
Ct. ...
Memang mcm amazing race hokei. Semputs gak la..
omagaddd!! u tour the whole europe? 25hr lama gler... btw, 11k all in ker? atau only accommodation and transport? kalo tmasuk makan n shopping sket2, how much in total?
tq
Hi Syida,
TQ, I dah nampak u tulis 11k x tmasuk makan :)
Very nice story...nape lah i x jmp before my europe trip hari tuhh...
Hi marissa. .
Sweet je namanya... sorry yer lambat reply. Almaklumlah tak sempat bukak blog gitew..kikiki
Dah jejak Europe kan? Meh la bagi link u plak. Boleh baca Pengalaman u masa kat sana aritu.
hye sis, would u mind to email me the istanbul- greece iternary. ke i boleh copy je :) fazrulhalim@ymail.com
if nak datang india i boleh bawak :)
Hi Fazrul..
Copy paste je itinerary yang ada. Blog ni pon memang konsep sharing is caring gitew.. Kalau ada apa2.. just email i je k. ssyyiieeddaa@yahoo.com.my
Post a Comment