Pagi ni berbelah bahagi nak check-out ke idok sebab boleh check-out pukul 2 petang. Fikir punya fikir sambil golek-golek atas katil, check-out aje lah. Dalam pukul 8.15pagi menapak terus ke train station. Berpeluh gaklah keti menapak ke sana.
Bila sampai aje terus left luggage kat kaunter. Kalau nak simpan beg kat China ni, memang kena scan bagai. Siap suruh buka beg lagi. Cuma kena bayar 20yuan sampailah ke petang nanti.
Dari situ, terus gerak ke belah kanan korang untuk naik bas #5(306). Senang je nak cari bas ni. Kalau tak silap kat depan China post. Dan konduktor dia macam hensem-hensem sikit. Naik je bas ni nanti konduktor tu minta bayaran. 7yuan je. Bas ni direct ke Terra-cotta Museum.
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam. Apa ntah nasib kat Xian ni, cuaca tak berapa nak cun sangat. Gloomy. Ni mesti penangan jerebu yang dah beralih arah dari negara kita. Agaknya lah.
Bas berhenti betul-betul kat car park yang merupakan stop terakhir bas tersebut. Pastu macam hilang arah tak tau nak ke mana sebab car park besar sangat. Rupa-rupanya, jalan terus ke depan.
Rupa-rupanya dari ticket office tu nak ke entrance museum ni jauh hazabedah. Dah la Syieda berjalan secara berjemaah dengan dorang. Bising yang amat okeh!
Mohon jangan buang ticket tadi yer, sebab kat entrance kena scan tic tu semula. Oleh sebab Syieda buat itinerary ni agak tergesa-gesa, makanya memang tak sempat nak buat research kawasan tersebut. Ingatkan jauh la dari satu pit ke pit yang lain. Rupanya tidak okeh!
Bangunan-bangunan kat dalam gambar kat bawah ni merupakan pit yang korang kena visit. Paling best 1st pit. Sebab paling besar.
Oleh sebab ko bukan sedara atau kekasih gelap Mark Zuckerberg, ko dapat nengok dari kejauhan aje la yer.
Kelihatan seekor kuda sedang dicantum-cantumkan badannya. Kat sini korang boleh lihat ahli arkeologi tengah buat kerja.
Kalau korang tanya berapa lama akan ambil masa kat sini, jawapan Syieda sekejap je la kot. Sebab hari tu pukul 1 dah siap buat tawaf satu museum. Bila dah siap-siap makan tengah hari kat bawah pokok, rancangnya nak balik. Okeh yang ni Syieda tak faham sebab balik lalu jalan lain. Tetiba je ada banyak kedai jual souvenir. Menyesal beli satu fridge magnet kat dalam sana. Mahal ya ampun! 120yuan! satu je pulak tu. Ingatkan tak de kedai souvenir. rupanya ada ha kat luar sini. Kat salah satu kedai ni lah Syieda pos poskad. Dan 1st postcard yang sampai di Malaysia. Postbox tu gantung kat tepi kiosk je. Memang sempoi.
Oleh sebab tak tahan sejuk, Syieda tak naik pun bas 306 tu. Lambat naw menunggu bas tu tak sampai-sampai....Syieda naik bas 914. Bas ni lambat sikitlah sampai kat bandar Xian tu, sebab lalu laluan lain. Senang cerita banyak tempat dia berhenti. Tambang mahal 1yuan rasanya.
Akhirnya sampai Xian pukul 3 petang. So ke muslim quarter la semula kita yer. Sebab memang aim Syieda nak makan banyak-banyak sebelum bertolak.
Kali ni tak berapa ramai sangat orang. Mungkin sebab hari Isnin la kot. Pastu tergerak hati nak join orang yang beratur panjang ni. Rupa-rupanya dorang beli kebab. Tapau la satu untuk makan dalam tren malam nanti. Mahal sikit kebab dorang ni 15yuan.
Perut dah start berkeroncong, so Syieda ke restoran semalam dan pesan menu yang sama jugak. Oleh sebab tak tau nak buat apa lagi... duduk je la kat dalam kedai makan tu. Orang silih berganti...Syieda je yang tak bangun-bangun. Dorang ni memang stock tak de nak berbual-bual lepas makan.. jenis nak cepat aje. Makan cepat-cepat terus blah.
Akhirnya, Syieda order mi tarik yang ada banyak kat luar tu. Sebabnya, tadi nampak sorang amoi tu dok order mi tarik. So Syieda pun tunjuk nak yang sama macam amoi tu. Mungkin sebab kenyang.....rasa mi tu macam tak boleh gi la. Kuah dia macam rasa kuah kacang. Kalau sedang lapar...mungkin sedap agaknya mi tu. Memang tak habis pun. Makan dua ke tiga sudu je.
Dah macam lama sangat duduk dalam kedai tu... Syieda pun plan nak tawaf untuk kali terakhir. Sedih kot time tu. Ntah bila la masanya boleh sampai lagi ke sini. Dalam pulun sedih tu, siap beli tauhu busuk yang banyak dijual kat sini. Hoiii..memang tak tertelan hokei! Tak sedap. Tapi Syieda ada jumpa 1 yang sedap. Kat Kunming sana. Sedap hoi! Yang tu kita cerita untuk entry yang entah bila nak timbulnya.
Sampai semula di tren station dalam pukul 7 malam. Panjang jugaklah beratur kat luar tu. Tunjukkan passport dan ticket tren, barulah korang boleh masuk ke dalam tren station. Oleh sebab tak nampak lagi kat platform number kat display board yang besar tu, Syieda syiok syiok je duduk kat waiting room tingkat bawah. Sesambil makan buah limau, dok peratikan aje warga China yang ada pada hari tu.
Tiba-tiba je nampak mak cik cleaner campak benda ntah kat lantai. Macam serbuk pun ada. Macam hampas apa ntah. Pastu dorang bersihkan semula. Satu waiting room dorang buat cenggitu. Unik gak cara dorang bersihkan lantai. Tak terfikir nak record sebab kagum sangat kot. hehehe..
Tak lama lepas tu, Syieda pun terus ke tingkat atas untuk tunggu tren. Ginilah rupa orang ramai kat waiting room. Insyaallah tak sesat. Jangan risau. baca je lah nombor tren tu.
Bila pintu yang rupa macam kat kandang lumba kuda tu terbuka.. memang amazing race la semuanya. Ntah apa yang dikejarkan pun tak tau. Padahal semua seat bernombor. Ke dorang tu duduk tak ikut nombor ea?
Untuk trip malam ni Syieda ambil seat kasta paling rendah. Woiii.. tak terjangkaulah seatnya tak berkusyen. Pastu kecik pulak tu. Tapi nasib baiklah satu coach tu cuma ada 3 orang je untuk malam tersebut. Mak cik yang duduk kat area tengah cabin memang ramah ajak berbual. Tapi haram tak faham. Sengih memanjang. Bila tren start bergerak...semuanya start tido. Syieda je la yang tak tido.
Dalam setiap coach ada sorang staf. Tapi dengan dia sekali bantai tido tak lama lepas tu.
Menjelang subuh...dalam coach tu cuma tinggal Syieda sorang jer. Agagagga...Brunch makan biskut dan coklat aje sesambil layan view yang bergunung ganang. Serius kagum kot pemandangan kat sini....
9 comments:
hahahhah....pintu lumba kuda sgt win...gelakk tak ingat ai tau
Wahhh lama tak jenguk & wowwww baru tahu syieda gi xi'an.
nampak sgt lama tak menjenguk blog org (blog snd pun bersawang huhu)..
Last year masa sale AA, jenguk2 jgk tiket gi Xi'An, ada murah dari Kelate.
Tp abah dina tanya APA ADA KAT XI'AN... errr alamak TAKDE IDEA... so tak jadi beli.
Ni dah ada reference dari syieda, buleh la buat pedoman hihi.
**kalau dina tengok patung2 tu.. dia takut rasanya.. dia berani tgk patung yg dia jual tu je hehe**
Ada tak panggung wayang yang pusing-pusing tu hihihih
Mmg sempoi la org sana. Asal boleh je
Tunggi dina besar sikit boleh la jejak xian pulak.
Panggung wayang? Macam best je. Kalau tau ada..mmg dah lama serbu
Panggung wayang? Macam best je. Kalau tau ada..mmg dah lama serbu
Tunggi dina besar sikit boleh la jejak xian pulak.
Mmg sempoi la org sana. Asal boleh je
Post a Comment