9 Dec 2015
Pagi ni keluar hotel seawal 7.45 pagi sebab nak kejarkan bas pukul 8 pagi. Suasana masih gelap macam pukul 5 pagi. Kereta pun susah nak nampak. Yang ada ialah tukang sapu jalan je.
Masuk je bus stn.......... lenggang. Lepas dah scan semua tu....terus je menuju kepada sorang staff yang duduk betul-betul kat pintu. Lepas dia nengok ticket, terus dia bagi signal suruh duduk dulu. Tak lama selepas tu, dia panggil semula dan bagitau dah boleh naik bas. Ikut je la crowd. Nak tanya yang lain..macam tak sempat sebab semuanya rush semacam je.
#G08679 tu nombor bas yer. Itu je la yang aku faham bila kakak kaunter bagitau. Yang lain hareemmmm tak faham.
Naik je bas, terus duduk kat area depan. Gigih taw. Dulu zaman sekolah memang jangan haraplah nak duduk kat depan.Tak cool katanya. Tapi hari tu..memang duduk seat belakang driver eh. Dan dan tu jugaklah gerun nengok clip yang ditayangkan tentang suasana bas yang accident sebab tak pakai seat belt. Tunggang-langgang penumpang kat dalam bas tu. Oleh sebab insoffff....terus pakai seat belt. Tak lama lepas tu, driver check sorang-sorang untuk pastikan semua pakai seat belt. Ape ke pe'el dorang ni....nak suruh pakai seat belt pon macam nak gaduh. Orang yang berhati tisu memang akan sentiasa memendam rasa je la sepanjang duduk kat sana.
Sepanjang perjalanan.... memang kawasan padang jarak padang terkukur yer. View memang mendukacitakan lah. Langsung tak nampak pokok. Perjalanan mengambil masa sejam.
Sampailah tiba-tiba bas berhenti dan bagi signal suruh aku turun. Dengan terpinga-pinga..aku pun turun. Tapi sempatlah driver suruh aku lintas dan bagitau arah ke Danxia Landform ni.
Sekali kawasan tu rupanya macam ghost town. Lengang dan sunyi sepi. Semua kedai dan restoren tak buka. Sambil berjalan tu, aku terfikir ye ke tidak laluan ni. Tak de orang untuk bertanya soalan. Redahkan aje la berjalan sorang-sorang. Tiba-tiba........
jeng jeng.. seekor anjing main belon acah pulak. Dah la aku ni jenis penakut.
Tapi kali ni...aku beranikan diri sambil main belon acah dengan anjing tu. Last-last anjing tu surrender dan terus blah. Sorry la anjing....Kali ni tak dapat nak belanja makan pie ayam macam aku belanja sepupu ko masa kat santorini aritu.
Akhirnyaaa....sampai pun di pintu masuk landform ni. Pun lengang kat sini. Time tu..matahari dah start tinggi. Bukit kat tepi yang berlapis-lapis warnanya mulai pudar. Memang aku budget tak berapa nampak sangat keajaibannya bila matahari mula meninggi. Sememangnya betul. So saranan aku...kalau korang pergi secara ber'group' ada lah lebih afdol korang sewa kereta ke sana. Biasanya kalau nak nengok view yang ohsem..korang pergi lewat petang ataupun selepas hujan. Sebab landform ni sangatlah asyik viewnya kalau kurang pencahayaan.
Oleh sebab aku ni pergi solo, haruslah aku adjust sikit masa agar tidak tertinggal bas untuk pulang ke west bus station nanti. Seingat akulah..untuk winter ni...bas pukul 8pagi bukanlah bas pertama ke sini. Kalau tak silap dalam pukul 7 lebih kot paling awal korang boleh bertolak.
Oleh sebab aku tak tau pun macam mana keadaan kat belah dalam park ni.....haruslah aku mengosongkan tangki air. Nasib baiklah toilet dia boleh diterima dari segi kebersihan. Else..haruslah aku tahan untuk membuang kat hotel nanti.
Berbekalkan 60 yuan (entrance+shuttle) aku pun masuklah ke dalam park. Kakak kaunter dah siap-siap bagitau aku suruh naik mini van yang ada kat situ. Aku pun menonong je terus bukak pintu van dan naik.
Dalam 5 minit tak lama lepas tu..ada sorang lelaki approach aku. Berbahasa mandarin. Aku cuma tau cakap..."wo bu minpai". Hambik ko..Tersengih je dia. Pastu terus dia berbahasa inggeris dengan aku. Hiks. Rupa-rupanya dia tu dari Taiwan. Kiranya versi pelancong macam aku jugaklah tu. Berbudi bahasa okeh.
Kejap lagi dia datang semula dan bagitau aku suruh masuk waiting room kat tepi tu. Aku yang terkulat-kulat tu pun ikutlah dia. Rupa-rupanya..ada ramai lagi orang yang tengah tunggu turn nak naik mini van tu. Hahahhaha..Kiasu pulak rasanyeeee...
Kat sini macam terkagum sikitlah sebab ko boleh nampak heater zaman dolu-dolu yang versi kayu api tu. Minuman panas pun disediakan. 45 minit lepas tu..barulah kami naik van.
Mestilah korang tertanya-tanya kan...benda apa yang aku cari kat Danxia ni. Aku tak sure korang pernah baca artikel tentang tempat ni ke tak.
Al-kisahnya......sebelum bertolak aritu, aku rasa hari-hari aku ternampak artikel tentang tempat ni kat fb mahu pun gambar yang ohsem di ig. Start tu, aku mulalah meng'google' tempat ni. Memandangkan dah alang-alang aku ke China...haruslah aku gali dan terus gali info tentang tempat ni. Malang sungguh sebab masa aku pergi tu...aku kekurangan sumber rujukan. Paling payah aku nak jumpa artikel yang ditulis oleh orang kita. Senang cerita memang tak de la. Mungkin orang kita yang dah ke sini tak de menulis sebarang artikel tentang pengalaman mereka secara maya. Sebab bagi aku secara peribadi, untuk pergi ke tempat cenggini..biasanya aku kena banyak membaca pengalaman orang lain. Dari situ barulah aku dapat buat gambaran.
Berbekalkan satu travelog dari Indonesia aku nekad follow itinerary dia. Walaupun trip dia tu 3 ke 4 tahun sebelum ini...aku harap tak banyaklah yang berubah. Dan akhirnya...aku pun tiba ke sini dengan selamat dan jayanya.. hoyehh..
Ni lah pit yang pertama van turunkan kami......aku nengok macam kacang je nak menapak ke atas sana. Sekali hambik ko...macam nak putus nyawa aku dibuatnya.
Aku rasa aku la kot orang yang paling last sampai kat atas sana. Dorang ni jenis yang sampai je atas..ambik gambo dua tiga keping pastu terus turun. Korang bayangkanlah aku yang baru je sampai kat atas..snap je la gambar yang ada terus turun bawah. Platform kat belah atas ni pon satu.....besar bapak! Semua sudut aku rasa view menawan.
Gambar-gambar yang seterusnya dari pit kedua dan ketiga. Sebab aku rasa van tu turunkan kami macam 3 kali je. Memang tak nampak jelaslah colourful mountain yang macam kat ig tu. Cahaya matahari membuatkan tempat ni tak nampak sangat pun keajaibannya.
Oleh sebab banyak pit yang ditutup untuk kerja-kerja penyelenggaraan...trip aku ni tamat pukul 11 cenggitu. Saranan aku....pakailah krim sunblock lebih sikit ok. Dia punya sunburn macam naik greatwall aritu. Kalau korang ada kawan cina..meh suruh dorang bacakan jadual kat bawah ni. Aku pun tak sure ni jadual apa. Agaknya jadual bas la kot.
Pukul 11.40pagi aku pun berjalan untuk tunggu bas ke Zhangye. Now aku tak tau nak tunggu kat mana. Sebabnya aku tak nampak pun kat mana bus stop. Kejap lagi...datang sorang perempuan ni. Aku try communicate dengan dia. Ternyata terdapat komunikasi 5 atau 6 hala. Apa pun dia tak paham. Bila aku sebut Zhangye ala-ala slang orang tempatan...baru dia paham. Nampak tu... huruf Z bukan sebut macam Z kita okeh. Pandai-pandai la korang lenggokkan bunyinya. Ikut suka hati.
Daripada apa yang aku faham bahasa badan dia...bas yang lalu kat depan ni akan buat u-turn kat depan sana untuk bawa kita balik ke Zhangye. Memang betul..Tak sampai 10 minit bas tu lalu kat depan kami...kejap lagi dia u-turn. Naik je bas...kakak tadi cakapkan dengan driver..... aku nak turun kat Zhangye West Bus Station. Baiklah hai kakak tuh. Tiket bas beli kat konduktor aje. 10 yuan. Tak payah susah-susah sebab konduktor tu yang akan datang kat korang.
Sepanjang perjalanan memang mata aku terbuai-buai. Yang menariknya..aku ada ternampak sebuah kilang halal dalam perjalanan pulang. So aku yakinlah ada orang islam kat sini dan kebarangkalian untuk dapat makanan halal pun sangat tinggi.
Tak lama lepas tu....kakak tu nak turun. Aku suspek dia nak gi kerja kat kilang-kilang di sanalah. Sebelum turun..sempat dia jerit kat aku yang duduk dibelakang bas ni. Jerit kat aku just nak babai je. Satu bas buat tak peduli pon kecuali aku. Mestilah dorang tak terkejut sebab dah biasa dengar orang menjerit.
Sejam kemudian ....bus pun berhentikan kami kat Zhangye West Bus Station. Kali ni tak payah risau...sebab rasanya ni final stop. Tapi kena ingat..bus akan berhentikan korang kat belakang west bus station.
Akhirnya aku pun sampai jam 1230. Aku suspek kat tepi bus station ni ada kedai makan halal. Tapi aku tak de la gi singgah sebabnya mengantok! Memang mengantuk tahap gaban. Tak boleh nak tolong lagi dah. Cepat-cepat aku balik hotel. Lepas tu aktiviti aku hanyalah bergolek-golek atas katil macam panda sampailah ke malam.

6 comments:
betullah kan..kalau sepanjang jalan tak de yg hijau, it's so boring kan.. tak bernafsu gitu.
Salam...wow cantik sangat. Memang ada juga simpan cita-cita nak ke sini..
Wah ni tempat yg intro teaser filem great wall matt damon tu.
syieda, agak2 kalau aku p time winter ok tak?
bukit-bukau saujana mata memandang... syieda p jalan ni sorang aja ka or with friends..?
Wehhh cantiknya.. 1st time tengok.. kagum rasanya.
Post a Comment